Pages

Saturday, June 22, 2013

Sejuk vs Panas


Cerita musim sejuk.

Di tengah kedinginan malam. Masing-masing tengah lena dibuai mimpi. Pukul 2 pagi, lena hilang entah ke mana bila tiba-tiba pintu bilik di ketuk kuat.
"Bangun! Cepat keluar!"
Kita yang tengah mamai cuba nak kumpul balik maklumat satu-satu.

"Eh, aku kat mana ni?"

Tak sempat nak fikir panjang. "Bangun, cepat keluar! Sakhonah meletup."

Waras mula datang sedikit demi sedikit. Oh, semalam sebelum tidur aku ada buat pendawaian elektrik sakhonah sendiri. Eh, kat mana silap pulak ni? Habis la. Dalam kepala dah bayang-bayang habis meletup sakhonah sebab silap sambungan wayar elektrik.

Bila keadaan makin reda, barulah boleh nak jenguk. Rupanya yang meletup bukan lah sakhonah nya tetapi sambungan paip air sakhonah akibat tekanan air yang tinggi. Air dan wap air panas tersembur keluar.

Alhamdulillah, tiada yang luka-luka. Lega juga bukan aku punya 'kerja'. -_-'
Hasilnya, 2-3 hari tak merasa air panas. Nasib badan menggigil-gigil terpaksa tahan sejuk dek kerana air paip rasa macam ada orang letak ais.

Musim panas sudah mula menjengah kini. Lain pula kisahnya.

Belek-belek ramalan kaji cuaca. Ramalan suhu 45 darjah celcius. Erk.
Kelas tetap berjalan seperti biasa. Matahari semakin meninggi di atas kepala. Seawal jam 9 pagi, bahang mula terasa.

Belum sempat nak melangkah, dah berpeluh-peluh.

Balik sekolah pukul 12 tengahari. Naik motor, angin sepoi-sepoi bahasa. Tapi bahasanya panas lain macam. Kena muka, berbekas-bekas pedihnya. Bahang.

Musim-musim begini juga dapat jumpa housemates baru. Housemates ini yang tak bestnya dia buat macam rumah sendiri padahal satu sen pun tak bayar sewa. Namanya semut, lipas dan lalat. Dari mana-mana entah datang. Tiba-tiba dah siap berumah, beranak-pinak tak minta izin. Nak halau tak sampai hati, jadi terpaksa masak buat lauk bunuh saja lah. Err. 




Macam-macam kisahnya. Kalau mahu merungut, memang tak habis nak disenarai. Nak dikira juga takkan cukup jari tangan dan kaki. Sejuk tak kena, panas pun tak kena.

Setiap rungutan itu, sebenarnya ia ditujukan kepada siapa? Secara tidak langsungnya akan kembali kepada Yang Mencipta. Belajar untuk menerima. Menerima setiap ketentuanNya yang sememangnya terbaik bagi setiap saat dan ketika waktu.


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim 14:7)


Moga kita termasuk dalam golongan yang bersyukur dalam apa jua keadaan. Kerana lambakan nikmat yang tak terhitung banyaknya. Samada yang kita sedar atau tidak. Kerana kita tidak lebih dari sekadar hamba.

Alhamdulillah.

p/s : Hairan sungguh. Perangkap racun serangga yang dibawa dari Malaysia tak beri kesan langsung. Siap sengih-sengih selamba lagi. Huh. Kebal-kebal serangga sini.

*Sakhonah - pemanas air

Friday, June 21, 2013

Don't Mess


Alhamdulillah, dipanjangkan langkah kaki sehingga kini. Sehingga dapat melangkah ke tempat-tempat yang setengahnya tidak pernah aku terfikir atau terbayang untuk sampai. Dalam mimpi atau realiti.

Tempat berbeza suasananya pun ikut sama berbeza. Buat aku lebih membuka mata. Kadang-kadang buat aku terasa asing di bumi sendiri.

Antara yang masih segar aku ingat.

Merantau di tengah bandar Damsyik, Syria. Pertama kali sampai ke sini buat aku jadi makhluk asing(?). Bukan asing yang naik piring terbang-terbang itu. Tapi asing yang tidak tahu hendak tuju ke mana. Ke kiri bukan ke kanan pun bukan. Sesat.

Sepanjang jalan dari tempat penginapan aku camkan bangunannya. Struktur jalan-jalannya. Tapi bila patah balik, macam pertama kali pula aku lihat rupa bangunan dan jalannya. Aku yang tersilap jalan atau bangunan ini yang bertukar tempatnya?

Mujurlah aku diajar dulu-dulu. Malu bertanya sesat jalan.
Jadi, bila dah sesat. Hendaklah bertanya walaupun malu tak tahu nak sorok muka kat mana lagi.

Pandang kiri, pandang kanan. Mencari mangsa untuk disoal-siasat.
Kebetulan lalu 2 orang akhawat.

"Haa, ada pun orang. Ok, Bismillah.."

"Minta maaf, tumpang tanya.."
 
"........"

Tiada jawapan. Terfikir mungkin suara aku tak sampai threshold untuk mengetuk gegendang telinga mereka.
Aku kuatkan sedikit.

"Minta maaf, tumpang tanya.."

Pun sama. Tiada jawapan. Toleh muka pun tidak. -_-'
Aduh, ligat kepala fikir kat mana salahnya. Buat aku rasa betul-betul macam makhluk asing. Muka aku ada iras-iras makhluk asing kah? Sampai takut nak pandang.

Kemudian selisih pula dengan kaum Adam. Baru lah sapaan aku akhirnya berbalas.
Bertanya begitu dan begini sampai lah aku temui kembali jalan pulang.

Aku berjalan pulang dengan kepala sarat. Sarat duk fikir apa sebab musabab nya aku di reject mentah-mentah tadi.

Jawapan itu aku temui akhirnya. Selepas diberi penerangan oleh seorang sahabat. Masyarakat disini sememangnya sangat menjaga wanita-wanita mereka. Jika anda seorang lelaki tidak semena-mena menegur wanita yang tiada apa-apa pertalian, ia adalah sesuatu yang pelik. Lebih-lebih lagi jika wanita itu belum berkahwin.

Lega, rupanya bukanlah kerana aku si makhluk asing. Ia kerana kedudukan wanita begitu ditinggikan di kalangan mereka dan bukan sebarangan orang boleh menjentik mahupun mengusik. Hanya yang tertentu sahaja yang layak.

Akhir-akhir ini, termenung aku. Bila dengar, lihat, dan baca kisah terkini berkenaan bumi Syam sana. Wanita dikasari, diperkosa, dibunuh, dijadikan umpan semata-mata untuk tujuan memancing pihak Mujahidin.

Nasib wanita yang menjadi pelarian pula seolah-olah dijadikan barang perdagangan.

Bumi yang aku kenali dulu begitu menitikberatkan darjat dan maruah seorang wanita itu kini berhadapan dengan krisis. Maruah seorang wanita diperlakukan sewenang-wenangnya oleh puak penindas Nusairiyah yang zalim.



Antara kenang-kenangan yang sempat aku bawa balik dari sana. Masih aku simpan. Tiap kali memandangnya buat aku terkenang. Ayat ini pasti suatu hari nanti akan dapat ditegakkan kembali di bumi sana. Serta mana-mana saja, insyaAllah.

Don't mess with our women!

Allahummansuril Islam wal muslimin ya rabb..

Saturday, March 23, 2013

Kacau


"Ma, tengok angah nii!"

"Kesian ma, dari kecik lagi dah tengok angah. Tiba nak suruh ma tengokkan lagi. Tengok lain la pulak. Tengok tv, tengok pemandangan ke, ade la jugak faedahnya.. "

"Ma!"

Itu la kerja sampingan tanpa gaji aku waktu dulu-dulu duduk rumah takde aktiviti lain nak dibuat. Yang dikacau, makhluk-makhluk comel yang ada kat rumah waktu tu. Adik-adik perempuan permata hati. Dulu si acik yang jadi mangsa tapi bila dah tua-tua ni, si bongsu pula pengganti.

Bukan selalu dapat jumpa dengan mereka-mereka ni sekarang. Sekali sekala berjumpa, memang banyak modal nak meloya. Tapi akhir-akhir ni mereka semakin berbakat. Berbakat nak kenakan aku balik. Aih, lawan tok guru. Kacau ini kacau untuk merapatkan yang jurang, mendekatkan yang jauh, menceriakan yang muram.

Bila duduk di bumi Arab Mesir ini, macam-macam perangai manusia boleh jumpa. Ramai yang baik dari alim ulama'nya tapi ramai juga yang memang jenis saja buat kacau. Motor yang diparking semalamnya elok. Esoknya dah pecah cermin. Itu kira nasib baik. Ada yang tinggal cuma cermin, motornya selamat di'angkut' lari. 
Kacau ini kacau cari pasal. Mengeruhkan yang jernih.

Bila tiba musim periksa kat sini, lain pula kacaunya.

"Ok, set masa. Nak baca buku ni 2 jam. Jangan berhenti selagi tak habis!"

5 minit. "Eh, ikan tak bagi makan lagi"
Lari kejap pergi bagi makan ikan.

10 minit. " Ish, baju tak lipat lagi"
Lari pulak pergi kemas-kemas baju.

15 minit, 20 minit. Ada saja yang terfikir nak dibuat. Macam tak boleh nak ditangguh pula kerja-kerjanya. Padahal sebelum-sebelum ini tak terfikir pula nak dibuat. Masa-masa ini jugak yang di'kacau'. -_-'
Macam-macam distraction nya.

Kadang-kadang hati kita juga sangat mudah dikacau dengan perkara yang tidak sepatutnya. Tempat itu yang pada asalnya telah dikhaskan hanya untuk menempatkan Sang Pencipta hati tapi kita isikan dengan yang selainnya. Moga dunia itu kekal di genggaman tidak ber metastasis masuk ke dalam hati. Kalau ada, cepat-cepat kita bagi radiotherapy atau chemotherapy nya. Moga Allah jaga hati-hati kita.


يَامُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلى دِيْنِكَ
"Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu"

(HR Imam Ahmad, Imam Tirmidzi dan lainnya)

Masjid cucu Saidina Rasulullah S.A.W, Sayeda Zainab dalam kekuningan. Unedited.
-Kredit untuk penghuni bangunan 11 tingkat. Dapat view lawa-
Hari ini, atmosfera Kaherah pun turut sama di kacau. Kena kacau dengan ribut debu-debu pasir. Tengok kiri, kanan, atas, bawah. Semua jadi kuning. Petanda musim panas dah mula jenguk-jenguk datang nak kacau musim sejuk.


Sunday, March 17, 2013

RM 50


Pulang sekolah petang.

"Jom teman aku.."

Malas-malas pun diringankanlah juga badan ni nak bergerak. Penangan janji yang aku telah sepakati dengan ahli beit untuk membeli belah di sekitar masjid Azhar.

Keadaan trafik di Kota Kaherah ini sememangnya sesak dengan dengan pelbagai jenis kenderaan di waktu begini. Ya, pelbagai jenis kenderaan. You name it! Dari sekuno-kuno kereta, ke secanggih-canggihnya. Dari besi bergerak yang tak bernyawa sehinggalah kereta keldai dan kuda pun tak ketinggalan.

Alhamdulillah, kesesakannya tak terasa mana, berkat kuda perang (baca: motor) kepunyaan ahli beit aku yang kencang meredah dan mencelah. Perjalanan mengambil masa kira-kira 15 minit. Perjalanan yang sesingkat itu boleh jadi berlipat kali ganda lamanya jika menaiki pengangkutan awam samada teksi, van, keldai, atau bas. Bukan kerana jauh jaraknya, tapi sebab banyak sesaknya.



Sampai di perkarangan masjid Al-Azhar, terjenguk-jenguk mencari-cari ruang untuk meletakkan motor. Tongkat motor, kunci rantai. Berpaling ke belakang, ternampak sekumpulan muka-muka Melayu.

"Gaya macam orang Malaysia.." aku main congak-congak.

Kebiasaannya masyarakat Malaysia yang ada di bumi Mesir ini majoritinya terdiri dari pelajar-pelajar. Jadi baya umur itu selalunya tidak jauh beza antara satu sama lain. Bila terserempak dengan kumpulan yang ramai-ramai begini, riak wajahnya pula baya umur mak-mak atau ayah-ayah. Kemungkinannya samada jemaah umrah/haji yang datang menziarah ataupun keluarga-keluarga yang datang melawat anak-anak.

Dari jauh salah sorang mak cik ternampak kami berdua. Terus tersenyum. Adab bila dah jadi tuan rumah ini tak boleh nak lari dari meraikan tetamu. Kami mendekat dan bertegur sapa. Memang sah apa yang aku congak-congakkan. Orang Malaysia. Jemaah umrah Andalusia yang tengah dalam pakej ziarah ke Mesir. 

"Makcik ada amanat yang nak disampaikan ini. Orang yang minta sampaikan.."

"Amanat? Amanat apa pula yang mak cik ni cakap?", aku tertanya-tanya. Tapi aku simpan tanda tanya tu. Sambil tunggu mak cik ni macam duk cari-cari benda dalam beg nya.

"Nah, ambil ni. Buat belajar.."

Not RM 50. Sorang satu. Kami dua-dua pakat tercengang.

Niat asalnya datang nak meng'habis'kan duit. Tapi sebaliknya di'tambah' pula dalam keadaan tak disangka-sangka. Sememangnya ajal, jodoh, rezeki itu bukan hak kita nak tentukan. Allah yang tetapkan. Bila, siapa dan bagaimana.


Sampai ke siling
'Tembok' kitab
Gudang ilmu
Nak ambil kitab, panjat sini dulu.

Ini yang dibeli-belahkan.
Alhamdulillah, rezeki Allah bagi secara tak disangka-sangka untuk belajar. Jadi, kita manfaatkan.
Ilmu dalam bahasa Arab ni sangat-sangat banyak. Rugi terasa kerana lemahnya penguasaan bahasa. Peluangnya sudah ada, cuma tinggal untuk diteroka.

Moga Allah balas ganjaran yang sebaik-baiknya atas kemurahan hati hambanya itu.

Friday, March 15, 2013

Rumah dan Tangga


Bila sebut rumah.
Terbayang struktur fizikal sebuah bangunan yang teguh. Ada pintunya, ada tingkapnya. Cukup dengan hiasan-hiasan. Bunga sini, bunga sana.
Ada kecil biasa-biasa saja, ada yang besar gedabak.

Rumah tanpa tangga?
Tangga.
Siapa tak kenal? Angkat tangan.

Tapi apabila digabung.
rumah + tangga = rumah tangga.
Maknanya lagi luas. Terbayang rumah yang lengkap dengan keluarga yang menghuninya.

Tangga










Nak bina rumah, orang bukan terus pacak tiang dan tadaa! Siap semua bilik tidurnya, ruang tamunya, dapurnya. Nak buat boleh, tapi kalau runtuh jangan salahkan cakap aku yang ajar.
Aku pun agak-agak sahaja. Tiada bab pembinaan rumah dalam buku Internal Medicine mahupun General Surgery aku tahun ini.

Tapi kalau di Mesir ini, rumahnya tiada yang sebiji-sebiji macam Malaysia. Semuanya bertingkat-tingkat. Macam apartmen. Lagi-lagi di tengah bandar-sesak-pagi-petang-siang-malam Kaherah ini. Kepadatan penghuninya yang tinggi menjadi faktor.

Setiap kali nak bina bangunan baru, mereka gali dulu dalam-dalam bumi padang pasir ini. Tuang simen, batu kerikil, bubuh besi cerucuk. Untuk apa? Supaya foundation nya kukuh. Supaya nanti tiada yang senget sebelah.

Sifirnya, nak buat apa saja mesti ada asas yang kukuh supaya tidak runtuh. Apa asasnya nak bina rumah dengan tangga tadi? Tanya orang yang ahlinya. Aku belum daftar keahlian lagi jadi, tiada skema jawapan disediakan disini. Harap maaf. :)

Nak bina rumah, matlamatnya untuk berlindung dari hujan panas. Merehatkan diri setelah seharian berpenat lelah. Untuk matlamat ini, seluruh bahagian rumah ada peranannya. Tak lengkap rumah tanpa bilik airnya. Tapi kalau bina hanya untuk dapatkan bilik air sahaja, biasanya aku tengok orang tulis 'tandas awam'.

Moga apa sahaja perbuatan mahupun amalan kita matlamatnya kerana Allah. Hatta berumah bertangga. Bukan semata bermatlamatkan seronok-seronok, mahupun sebagai aktiviti memenuhi waktu lapang dan sebagainya. Tiap-tiap perkara itu datang bersamanya tanggungjawab yang bermacam jenis.

Bak kata Uncle Ben Spiderman, "With great power, comes great responsibility!"

Post bersempena hari bahagia bagi mereka-mereka yang hampir di sekeliling aku. Yang elok, kita ambil. Yang tak elok angkut masuk tong sampah, buang jauh-jauh. Ini orang cakap la. Bukan aku. :)

Selamat membina bro!  :)

Sunday, March 10, 2013

Tahun Akhir

Bismillah ar Rahman ar Rahiim

Alhamdulillah. Masih dikurnia nikmat iman dan islam. Masih dipinjam umur yang tak tahu berapa banyak tinggal berbaki. Masih diberi kesempatan lagi buat kesekian kalinya untuk merayau-rayau di blog sendiri. (tak ingat bila last datang sini. err)

Mata ini..dipejam, dicelik, dipejam, dicelik sudah 6 tahun rupanya tercampak ke bumi bertuah Mesir ini. Sekali lagi diberi peluang memegang jawatan sebagai pelajar tahun akhir.

Tahun akhir di sekolah rendah, memori dah berkarat sampai ingat-ingat lupa apa yang jadi. Semangat ke kelas malam untuk UPSR. Padahal semangat bukan sebab kelasnya, tapi sebab boleh main lumba beskal malam-malam dekat sekolah takde pak cik jaga nak kejar.  -_-'
Konklusinya tak perlu nak sibuk-sibuk uruskan diri. Semua siap dihidang!

Tahun akhir di sekolah menengah. Apa yang dilarang, itulah yang nak buat.
"Pelajar-pelajar tidak dibenarkan outing selain dari bandar Klang", terpacak kita di MidValley.
"Waktu prep malam wajib berada di kelas", terbaring pulak kita dalam bilik.
Punya lah 'berlumus tungkus' dengan SPM nya.
Konklusi- Belajar uruskan diri sendiri (macam fail?)

Sekarang, masih berusaha nak menyesuaikan dengan gelaran pelajar tahun akhir kali ini. Iya la, dulu-dulu kalau terserempak dengan orang Malaysia, boleh jadi itu senior atau junior. Tapi sekarang kalau berselisih itu, tentunya junior, tiada lagi senior. Ya, aku tau..aku tau. Nak tuduh dah tua la tu.

Lebih-lebih terasa perbezaannya. Apabila suatu masa dulu, muka-muka ini yang pernah menyambut kita, men'taaruf'kan kita, kini sorang demi sorang kita hantarkan pula untuk kembali ke tanah air. 

Tiada lagi yang siap dihidang. Belajar uruskan diri dan dalam masa sama, urus orang lain dengan tanggungjawab yang diamanahkan.

Masa terus berjalan. Kita sedar atau tidak.

Perjalanan disini sudah semakin hampir ke penghujungnya. Tapi belum pasti hujungnya yang macam mana. Apa pun, kita diberi ruang dan peluang untuk usaha. Selagi mampu. Selebihnya kita serah pada Allah.



Sesi ziarah dan wida' dengan senior Dr Abd Rahman

"Hidup ibarat naik escalator. Duk diam pun akan tetap akan bergerak ke penghujungnya. 6 tahun tak lama. Imam Ghazali kata hidup di dunia sa'ah (sedetik) saja nak banding dengan kehidupan akhirat. Umur jika ada berbaki maka kita akan berjumpa lagi."

Ringkas saja ucapannya. Tapi melekat-lekat rasanya di dalam kepala. Terkesan jauh ke dalam hati.

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.


Selamat pulang berkhidmat doktor gen 06 sekalian!
:')

Monday, July 9, 2012

D5000


Kesian dia. Akhir-akhir ini sibuk, selalu kena tinggal.
Tak dipedulikan.
Apa boleh buat? Kamu bukan prioriti buat masa itu. Ada menda lain lagi yang lebih perlu untuk aku berikan haknya.
Bukan kah kita kena berlaku adil? :)

Genap sebulan. Apa khabar dia agaknya? Lama tak jumpa. Selalu teringat. Bila dah jumpa, nampak kesian. Tak terurus. Serabai sana sini.

Nikon D5000

Sekarang barulah sempat nak belek-belek balik 'dia' nih. Selepas sebulan dikurung dalam almari tak terusik. Nasiblah berada di bumi Mesir. Simpan elok-elok macam mana pun, tetap tak boleh lari dari debu. Itu sudah memang sinonim.

Bagi meraikan pembebasan[?] 'dia', aku bawa ambil angin nun jauh ke Maadi. Sambil-sambil raikan sahabat-sahabat aku yang sudah habis berjuang di medan exam.


Lokasi : Cilantro cafe, Maadi










Muka tak puas hati belom habis exam -_-'

Saturday, July 7, 2012

20120707

20120707

Hari ini.
Lawa tarikh.

Hari ini.
Sahabat-sahabat aku pun ada yang pergi berjuang terlebih awal nak banding dengan yang lain-lain termasuk aku yang akan exam pada 11 Julai. Berjuang untuk habiskan exam terakhir bagi tahun 5 ini. Practical Examination dan Oral Paediatrics. Muka-muka ini lah juga muka-muka yang akan pulang awal ke Malaysia. Ada yang nak kahwin, ada yang nak menikah, ada yang nak nikahkan orang.

Apa-apa pun, sama-sama kita pakat tadah tangan. Doakan bagi yang terbaik untuk mereka semua. Moga kita turut sama dipermudahkan dalam urusan kita.

Sambil jalan-jalan di alam maya. Bukak web sana. Tekan link sini. Nampak abah online di facebook. Ajaib. Sebab perkara ini hanya berlaku beberapa kali setahun. Haha.

Rupanya ma yang online kan facebook abah. Menghilangkan bosan tunggu si bongsu nak siapkan kerja sekolah katanya. Teringat aku zaman-zaman kecik dahulu kala.

Dari along yang sulung, angah yang tengah ni dan si kakcik. Rutin yang sama ini juga la berlaku di rumah. Ma pasti akan ada masa untuk luangkan masa teman anak-anak siapkan kerja sekolah atau buat latihan tubi. Walaupun kerja-kerja seharian di rumah yang tak pernah putus. Tapi sejak dari dulu memang aku juara. Juara paling liat nak kena suruh belajar.
"Angah, masa belajar sekarang! Tutup tv tu.."

"Ok bos, 5 minit. Lagi 5 minit"

Dan biasanya 5 minit tu tak pernah tepat. Jadi 15 minit. Takpun setengah jam.

Sampai kadang sekarang ni aku pulak yang jadi tukang sakat.
"Ma kerja macam mengalahkan doktor on call la.."

Tapi ma balas balik.
"Ha ah, patut ma dapat gaji full 30 hari sebulan"

Mungkin ma tak dapat gaji RM10-20k hasil dari kerja 'on call' memanjang dari dulu sampai sekarang. Tapi yang pasti 'gaji' yang tak nampak itu aku pasti tak cukup jari kaki tangan nak kira.

Sebab itu, syurga Allah umpamakan letaknya dibawah kaki ibu. Tak salah la kalau nak minta berkat ibu banyak-banyak kali pun. Doakan untuk ini. Doakan itu.

"Ma, doakan angah. Dipermudahkan segala urusan ye. Untuk exam yang akan datang ni.
dan bagi dapat menantu baik macam ma juga "

"Amboi, bukan main!"
:) *troll*

Friday, July 6, 2012

Berubah

Bismillah.

Percubaan untuk menulis dua hari berturut-turut merangkap post yang ke 4[?] untuk tahun ini. Jangan hairan. Jangan bagi soalan. Sebab nanti susah aku nak bagi jawapan.

Latest post  February 2012.
Haha. Rasa macam baru semalam tekan butang publish. tup tup "eh, da 5 bulan tak terusik?"
Aku bukan penulis tegar. Sekian.

Menulis bila suatu ilham itu datang dari lubuk hati yang dalam. Itu ayat skema. Ayat sebetulnya ikut suka hati je nak tulis bila.

Banyak perubahan yang jadi selama 5 bulan. Kalau orang mengandung, ini sudah masuk ke tengah second trimester. Jantung kandungan dah berdegup kencang. Kaki duk tendang-tendang. Cukup haribulan, takde apa-apa complication, deliver. Itupun kalau tak jadi preterm labour. (Penangan subjek ibu dan anak)

Ini bertukar. Itu tertukar.
Buka-buka je blogspot. Termenung sekejap. Apa dah jadi?
Interface nya dah berubah 360. Aku  kembali menjadi noob. Tak tahu nak tekan yang mana.
So, bertambah lagi kerja. Nak jelajah balik satu demi satu.

Dapat berita dari tanah air. Teman sepermainan dari kecik jadi suami orang. Rumah pun sudah berubah jadi kondominium.
Harapnya aku tak sesat nanti nak pergi cari rumah sendiri. Tak pergi ketuk pintu rumah orang lain.

Mesir pun tidak ketinggalan. Heboh satu dunia. Semua orang menjadi saksi. Jatuhnya Mubarak, naiknya Mursi. Dari zahirnya nampak begitu. Tetapi ia simbol kemenangan rakyat menentang kezaliman. Islam semakin mendapat tempat.

Game over

Semua perkara di sekeliling berubah. Kita pun turut berubah. Cuma adakah perubahan itu suatu yang positif? Dari yang buruk menjadi baik. Yang baik menjadi bertambah baik.
Maka sesungguhnya yang beruntung itu adalah apabila mereka hari ini lebih baik dari dari mereka yang semalam dan mereka esoknya lebih baik dari hari ini.

p/s: setengah jam pusing-pusing mana mau publish. aih.

Thursday, July 5, 2012

Dengan rendah dirinya..

Hari ini selesai sudah exam MCQ Paediatrics. Written Paediatrics, selesai. Obgyn pun dah selesai. Yang tinggal berbaki cuma tinggal Practical dan Oral Paediatrics tak lama lagi.

Dalam seronok mengira rintangan-rintangan yang dah selesai aku tepis dan tempuh ini bimbang pun bertambah-tambah. Bimbang akan natijahnya.
Ya, bimbang itu normal. Kalau langsung tidak bimbang itu yang lagi patut dibimbangkan.

Apapun, sememangnya kita sedang berusaha pada suatu keputusan yang sudah tertulis. Bukan untuk melemahkan semangat kita dari berusaha, tetapi sebagai motivasi untuk kita serahkan segalanya pada Allah setelah habis berusaha. Jadi, doakan saja. Biar baik-baik belaka,

Akhir-akhir ini,
Ibarat satu fenomena yang berlaku dalam kalangan sahabat-sahabat seperjuangan medicairo07. Lebih ketara di group fb batch.
Satu-satu post itu akan menjadi perhatian bilamana bermula begini..

"Assalamualaikum wbt. Dengan rasa rendah dirinya saya...bla..bla..bla"

Walimatul urus.
Gelombang baru yang melanda abang-abang kakak-kakak tahun 5 ini.
Hinggakan pengumuman yang tidak berkaitan pun intronya diciplak sekali. Nak ambik keberkatan mungkin?

Bukti menunjukkan roda kehidupan ini sedang berputar. Kalau dulunya, bertatih mula belajar mengadaptasi kehidupan di bumi Mesir.
Kemudian berkenal-kenalan dengan ilmu perubatan yang saban tahun semakin mencabar.
Kini mula berbicara soal perancangan dan masa depan.

Apapun, tahniah ingin aku ucapkan untuk sahabat-sahabat yang sudah atau bakal mendirikan baitulmuslim masing-masing bersama pasangan.

Dua hati bakal disatukan dalam satu ikatan yang sah. Ikatan yang mulia. Ikatan yang merupakan pemisah antara HALAL dan HARAM. DOSA dan PAHALA.

Sungguh telah Allah nukilkan dalam ayat-ayatNya.

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

maka benarlah janjiNya.

bahkan Rasulullah turut bersabda

“Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku”.

Bukan perjanjian sehari dua, tetapi untuk selamanya. Moga sampai syurga.

p/s: Paling kurang 15 orang bakal naik pelamin tahun ini. Ternanti-nanti pengumuman seterusnya. :)

Friday, February 17, 2012

Syria: Sebuah memori

Pada musim winter tahun kedua berada di bumi Mesir, diberi rezeki lebih untuk menjelajah ke bumi asing. Belum pernah aku jejak. Memang tidak pernah terlintas di dalam kepala akan dapat sampai ke tempat-tempat ini.

Syria. Bumi Syam. Tersohor namanya sering disebut dalam al-Quran. Tidak kurang juga tersohor kerana sering disebut rupa paras orang-orangnya yang sedap dipandang mata.

Melihatkan keadaannya kini, menyebabkan aku terfikir sejenak. Beruntungnya dapat untuk aku menziarahi tempat yang banyak dengan must-visit-location seperti maqam-maqam, kesan tinggalan Islam dan sebagainya.

Ketika itu kami sedang berjalan di kawasan pasar di tengah kota Damsyik. Aku dengan Dinie menyertai rombongan bersama-sama sahabat dari Jordan ke Syria walaupun niat pada asalnya ingin pergi berdua sahaja. Tanpa ada apa-apa persiapan terasa rugi pula jika kami sekadar pergi untuk melihat-lihat tanpa ada penerangan dari orang yang sudah familiar dengan lokasi yang selalu dilawat di Syria. Maka kata putus diambil saat-saat akhir untuk mencukupkan bilangan rombongan seramai 8 orang.

Kalau sudah dinamakan pasar, sudah pasti tak lari dengan kesibukan dan kepadatan manusia. Begitu juga dengan keadaan disini, cuma perkara sebegini tak pelik bagi aku. Janggal mungkin bagi teman-teman aku dari Jordan. Rutin harian dalam kepadatan manusia di kota Kaherah banyak memberikan kelebihan dalam situasi ini. :D

Dari satu gerai ke gerai yang lain, sehingga lah matahari makin menghilang, hari semakin gelap. Petanda Maghrib sudah hampir. Kami yang ditemani Tarmizi, seorang kenalan baruku yang menuntut di Damsyik mula bergerak ke satu masjid.
"Masjid ini tandasnya bersih, siap boleh tidur dalamnya. Kalau ada yang nak qada hajat atau nak bersiap ambil wudhu' boleh la ke sana" Tarmizi mencadangkan kepada kami.
Selaku orang asing di tempat ini, aku mengangguk sahaja tanpa banyak cakap. dalam kepala "Ok, masjid. Boleh sembahyang terus."

Sesampai di sana, kami pun terpisah di kawasan masjid. Semua membawa haluan masing-masing. Setelah siap berwudhu', aku terjumpa Dinie di hadapan pintu masjid tetapi tidak kelihatan pula ahli-ahli rombongan yang lain. "Agaknya diorang da masuk solat. Jom kita masuk dulu. Nanti lepas solat kita cari diorang. Lagipun orang dah nak mula solat." Aku mengajak.

Masuk dalam masjid, perkara pertama yang menarik perhatian aku. Saf wanita betul-betul di bahagian belakang saf jemaah lelaki dan tiada tabir seperti kebiasaan di masjid-masjid lain. Mungkin sahaja ini adat di tempat ini. Lain tempat, lain adatnya. Kami mula mengambil tempat berdiri di saf setelah semua makmum berdiri. Yang jelasnya, kami menjadi perhatian oleh kebanyakan makmum yang perasan dengan kehadiran kami pada waktu itu. Muka tipikal melayu, mana nak sama dengan arab Syam. Aku fikir,

Baru hendak mengangkat takbir. Aku perasan ada batu kecil seperti telah disusun elok di tempat sujud. Bimbangkan terhantuk ke dahi ketika sujud, aku cepat-cepat mengalihkan batu tersebut. Sekali lagi, aku perasan yang aku menjadi titik fokus mata-mata orang sekeliling. Dah rasa macam artis pun ada. Err. ok. Terlebih imaginasi. Rakaat pertama, imam mula membacakan surah. Allahuakbar! aku baru hendak ruku' tetapi semua jemaah menadah tangan sambil imam membacakan doa. Mahu dikata qunut nazilah, belum lagi sempat ruku' dan ini baru rakaat pertama. Aku terus diam membatukan diri sehingga imam selesai berdoa dalam bahasa yang aku tak fahami.

Dalam kepala, memang dah sarat dengan tanda soal.
"Sembahyang ape plak nih? Smayang jenazah? Bukan.."

"Diorang ni ikut mazhab mana?"

"Macam mana aku bleh tersesat tengah-tengah geng ni?"

"Mana la pulak pergi diorang (ahli rombongan) ni?"

"Kat mana duit aku jatuh td?"

"2+3=?"

"Lepas ni nak makan ape?"


Selesai sahaja solat, aku tak tunggu lama. Terus bingkas bangun mahu cepat-cepat keluar dari masjid selepas selesai doa. Baru hendak melangkah, orang-orang yang berhampiran dengan aku dalam satu saf memandang ke arah kami.
"Kamu hendak ke mana?!" Kita dah nak solat ni.."
Makmum semua dah mula berdiri dan imam bersiap-siap hendak mula untuk solat. Untuk kali kedua.
Rasa lain macam aku yang dari tadi tak hilang-hilang makin bertambah-tambah. Aduh, ape alasan aku nak buat ni. Sebelum apa-apa terus aku cakap yang ada kawan sedang menunggu di luar masjid. Buat-buat gaya macam nak cepat sikit dan cabut tak pandang belakang langsung.

Keluar dari masjid, baru lah ternampak kelibat Tarmizi. Belum sempat aku nak tanya, dia dah dapat agak yang kami sembahyang didalam masjid itu. Terjawab persoalan aku rupa-rupanya keseluruhan jemaah dalam masjid itu adalah golongan Syiah. Golongan Syiah apabila solat mereka akan sujud di atas batu kecil yang dikatakan berasal dari bumi Karbala kerana mengatakan tempat yang lain adalah tidak suci. Solatnya cuma 3 kali sehari kerana menjama'kan zohor dengan asar dan mahgrib dengan isya'.

Maka, jadilah aku buat pertama kalinya orang Melayu yang solat berimamkan dan bersama-sama makmum Syiah. Menyesal? Tentulah tak. Sebab aku dapat pengalaman berharga. Boleh dikongsi-kongsi nanti kalau masih dipanjangkan umur sampai ke anak cucu cicit.


Sumpah ikrar rakyat Syria untuk berjuang sehingga ke titisan darah terakhir mempertahankan anak ,wanita, keluarga mereka


Kisah ini yang bermain-main dalam fikiran aku tiap kali mendengarkan keperitan saudara-saudara Islam aku di Syria sekarang. Mereka di sembelih, di perkosa, dizalimi bukan kerana salah mereka. Tetapi kerana mereka adalah Muslim Sunni. Dan yang menindas mereka adalah kerajaan Basyar dari golongan Syiah. Moga Allah bantu saudara-saudara ku disana dengan menghancurkan mereka yang zalim.



p/s: nak letak gambar dulu-dulu masa kat sana. tapi semua dah hilang gara-gara laptop format. tinggal gambar dalam memori kepala saja.

Tuesday, February 14, 2012

Haru..alhamdulillah

Dub...dab...dub...dab.

Now, please start your examination on this patient..

Adoi, aku dah cakap. buat biasa-biasa saje. Jangan cuak. Kang da blank.
Sekarang dah tambah masalah baru. Ape yang aku nak fill in the blank? Hantam saja la lagipun patient dah ada depan mata.
Naseb la patient pun dah memahami yang aku ni taraf amatur. Sesetengah simptom tak menyempat aku nak tanya lagi dah dijawab. Dah jadi macam patient yang bercerita. Aku, tinggal angguk-angguk, dan salinn.:)

Alhamdulillah, hari ini selesai sudah end round exam bagi round Pediatrics. Macam-macam pengalaman baru yang dapat aku belajar selama round kali ini.
Haru..... kadang-kadang bila terpaksa berhadapan dengan pesakit-pesakit junior nih.

Pernah sekali ketika aku diminta untuk membuat general examination ke atas seorang pesakit. Belum sempat lagi buat sebarang examination, si anak dah meraung. Ok, mungkin budak-budak ada yang jenis trauma dengan hospital, doktor dan segala jenis macam ubat-ubat. Habis trick aku pakai. Tapi semua kalis.
Mula cakap 2-3 patah, si Ibu pula yang menangis. Budak-budak biasa orang pujuk bagi gula-gula takpun kadang-kadang bagi mainan nak tarik perhatian. Tapi orang tua?

Tapi dari situ aku belajar sesuatu yang bernilai. Si ibu ini apabila nampak anaknya susah sedikit sahaja tentu hati dah resah sampai menitiskan air mata. Lebih-lebih lagi pula dalam keadaan kes yang aku berhadapan ini. Seorang pesakit Werdnig Hoffman disease. Hanya mampu menunggu masa apabila satu demi satu otot di tubuh badan menjadi semakin lumpuh. Sehingga ke suatu peringkat dimana otot yang diperlukan untuk pernafasan tidak akan mampu lagi untuk menjalankan kerjanya. Kebiasaannya mengambil masa setahun. Hadirnya si anak dalam hidup ibu seolah-olah untuk mengajar si ibu tentang sabar untuk beberapa ketika sehingga nyawanya ditarik kembali.

Ini lah realiti hidup. Mungkin aku tak merasa tetapi itu tidak bermakna ia tidak akan terjadi. Membuatkan aku yang masih cukup kuat mengerah otot bernafas dan bergerak untuk lebih menghargai peluang yang diberi. Menghargai seorang wanita. Menghargai seorang Ibu.
 
Satu yang aku perasan. Kebanyakan pesakit yang hadir ke hospital ini dibawa oleh Ibu. Ya, Ibu. Mana ayah? Mungkin ayah-ayah sedang sibuk membanting tulang empat kerat mencari rezeki. Mungkin. Kan ayah perlu menyara dan memberi nafkah untuk keluarga juga. Ada juga orang kata yang kasihnya ayah ini jarang yang ditunjuk tetapi dalam masa sama mereka akan cuba berhempas pulas demi memastikan keperluan keluarga terjaga. Wanita dengan caranya dan lelaki dengan caranya tersendiri. Baru lah saling melengkapi. :)


Habis pediatrics, surgery pula jom!

Bersama Dr Hesyam Safouh di hari terakhir tutorial Pediatrics





Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan ke-24

"Angah, ape 3 kepentingan sirah Nabi kepada umat Islam?"

Satu, bla..bla....dua, bla..bla..tiga, bla..bla..

Pagi-pagi lepas semayang Subuh lagi sudah kena menjadi tenaga pengajar untuk adik bongsu aku yang sorang ini. Bukan selalu lagipun dapat peluang nak jadi cekgu KAFA on-the-spot begini.

Teringat pula ketika zaman belajar Pendidikan Al-Quran dan Ass sunnah (PQS) dulu-dulu.

Anak-anak mestilah diajar mengenal Allah dan Rasul Nya sejak dari kecil lagi (eceh, tetiba..:))

Ramadhan kini di peringkat terakhirnya untuk kali ini. Rahmat, sudah berlalu. Maghfirah, pun sudah berlalu. Dan kini, pelepasan dari api neraka. Ini lah kemuncak yang dinantikan. Di hari yang tiada ketentuan lain antara syurga dan neraka. Terselamat dari neraka, maka syurga lah tempatnya. Dan begitulah sebaliknya. Naudzubillah.

Pernah juga aku diperdengarkan dengan kisah seorang hamba yang beribadat sepanjang hidupnya dan itu pun masih belum cukup untuk beliau dimasukkan ke dalam syurga Allah yang mahal itu jika bukan dengan rahmat Allah. Ibadat yang sebanyak itu hanya layak disamakan dengan nikmat sebelah mata sahaja. Ya, sebelah mata sahaja.

Macam mana sangat jika dibanding dengan diri yang masih tunggang langgang. Dosa dan pahala silih berganti. Macam langit dengan bumi.

Bulan ini,

Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan 3 golongan: Syirik kepada Allah, meniggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda: Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggalkan sunnah maka keluar dari jemaah (Islam). Hadis riwayat Ahmad, Alhakim, dan Baihaqi.

Bulan ini juga,

"Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!". (An- Nasaei)

Nah, sekarang terpulang ke atas kita. Mahu mendapatkan kelebihan yang atas itu bersama dengan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang lain atau pun sekadar berlapar dan dahaga seperti yang di bawah itu.

Kita tidak mahu menjadi muflis. Apatah lagi jika muflis dihadapan Allah kelak.

Mari jadi KAYA!

p/s: eh, ape kaitan intro dengan isi? layan aje la.

Tuesday, August 23, 2011

Memori-memori Indah Terakam

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.

Ketenangan terasa apabila dapat lagi menjjejak ke kampung halaman buat kesekian kalinya. Manakan tidak, bumi yang sama aku mula belajar bertatih dan kemudian berlari.

Kesyukuran juga untuk nikmat-nikmat yang tidak pernah putus walaupun jarang-jarang sekali lafaz syukur ini diungkap.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" ar-Rahman: 13

Ramadhan semakin ke penghujungnya. Bagaimana? adakah bertambah baik? atau sebaliknya? Moga semakin baik itu yang kita kejar kejar dan kita dapat. insyaAllah.

Untuk cuti kali ini, aku telah ditaklifkan untuk menjadi tukang daftar dan promot untuk program anjuran persatuan di tanah air. Walaupun semput-semput dapat kerja last minute tapi alhamdulillah, program berjaya berjalan seperti perancangan.

Simposium Mahasiswa Perubatan Islam 2011

Peserta-peserta

Peserta ikhwah bersama TGNA

Peserta akhawat bersama TGNA


Sangat banyak input berguna berjaya disedut sepanjang program. Moga-moga ia bermanfaat.

Kenangan bekerja sepanjang program, dapat berkenalan dengan kenalan baru sesungguhnya akan aku semat menjadi antara perkara yang tidak akan aku lupakan dalam kotak memori ini.

Saturday, April 16, 2011

Aku, Kau, Kita HAMBA

Pernah naik roller coaster?

Aku?

Tak pernah. Dan tidak merancang untuk naik lagi setakat ini.
Kalau nak cabar aku, jangan cabar naik itu. Cabar makan nasi ayam ke makan cokelat ke ok jugak. InsyaAllah aku terima cabaran dengan rela hati. Kenyang pun kenyang.

Roller coaster itu kalau mendatar aje tak dipanggil roller coaster tapi boleh dipanggil keretapi mini kot? Tetapi disebabkan turun , naik, pusing , lingkup ,tunggang terbaliknye ia dinamakan sedemikian.

Begitu perumpamaan untuk salah satu nikmat yang moga-moga kita masih dapat merasainya...IMAN.

roller coaster = turun naik, pusing-pusing
iman = turun naik, kadang-kadang statik
maka, roller coaster = iman  ??

err....XD

Hamba

Macam skrip cerita dulu-dulu kala.
"Tuan hamba jangan bermuram durja.blablabla"

oh, hamba tidak bermaksud begitu.
'Hamba' yang hamba nak disebutkan ini yang lain. Sebenar-benar hamba. Hamba kepada Si Pencipta. Yang Maha Hebat.
Hamba itu adalah kita. Kita adalah hamba itu. Samada sedar atau tidak. Kerana kita yang dicipta. Hidup berlantaikan bumi Allah berbumbungkan langit milik Allah, menghirup oksigen Allah. Segala-galanya milik Allah.

Tapi selaku hamba, adakah kita bersifat dengan sifat-sifat hamba?


Macam mana untuk kita mengaplikasikan sifat ubudiyyah itu?
Sifat-sifat ubudiyyah itu salah satu boleh diterjemahkan dalam bentuk amal soleh.


Iman, amal soleh

Iman yang disertai amal soleh dalam diri seorang muslim itu ibarat seperti pokok yang berbuah-buah.

Ya.Pokok dan buah. Macam durian, rambutan, manggis dan segala macam pokok yang berbuah-buah itu.

Sebagaimana pokok perlu dijaga, disiram dan disemai, untuk memastikannya terus hidup, begitulah juga dengan iman. Perlu dijaga dan dipelihara agar terus hidup dan tidak hilang dari jiwa seseorang muslim.

Apabila pokoknya dijaga dengan baik, dapatlah menghasilkan durian  buah yang baik juga kan?Begitu juga keadaan iman dan tauhid yang kukuh dan subur dalam diri seorang muslim.
Iman dan tauhid yang subur akan membuahkan amal-amal soleh pada diri individu Muslim.


Tapi apakah baja-baja organik dan sintetik yang perlu seorang Muslim itu telan untuk menyuburkan pokok Iman dan sifat ubudiyyah itu?

1.Zikir

Ingat lah Allah dalam setiap masa dan keadaan. Zikir itu ada am dan khasnya. Bukan hanya perlu pegang tasbih untuk zikir. Malah ketaatan pada Allah juga termasuk sekali dalam apa jua keadaan.

Berkata Ustaz Said Hawwa :
Zikir itu adalah perkara yang menghidupkan hati
Mafhum dari sabda Rasulullah SAW..
perumpamaan orang berzikir dan yang tidak berzikir sama seperti perbezaan orang yang hidup dan mati 
Agak-agaknya kita hidup dan 'hidup' ke hidup tapi 'mati' ?
Oh, kenapa aku rasa macam makan cili...pedass...pedassss.uuh


2.Ilmu

Memetik lagi kata-kata Ustaz Said Hawwa:

Sebahagian besar dari orang Islam yang terlibat dan menisbahkan diri mereka kepada gerakan Islan dan dakwah , kemudian mengambil beberapa fikrah am gerakan-gerakan tersebut dan sebahagian ilmu, timbul dalam diri mereka perasaan cukup dan berpada(dengan apa yang telah diperolehi).


Jom kita minta dan doa-doa selalu Ya Allah, tambahkan pada diri kami akan ilmu.


3.Membantu Rasulullah SAW

Eh?macam mana nak bantu?
Dah la berlainan masa bukannya sehari dua, tapi beribu tahun lamanya. Lama tuuu..

Oh, boleh aje. Jom tengok apa yang boleh dibantu.
- Segala bentuk jihad (tuntut ilmu pun jihad)
- Amar makruf nahi mungkar
- Membantu perjalanan dan penyebaran ilmu dan pusat pengajian Islam
- Mempertahankan Islam
- Peperangan sekiranya perlu

Dan banyak lagi cara-cara yang boleh kita bantu. Cumanya nak atau tak?

4.Infaq

Petik lagi (berapa banyak petik daa) kata-kata Ustaz Said Hawwa:

"Infaq adalah makanan dan air yang akan menyuburkan hati"

Hati umpama kapal. Dunia umpama laut. Sudah menjadi sinonim kapal itu apabila dikaitkan dengan laut. Iye lah, kapal itu kan belayar di tengah laut. Tiada masalah untuk kapal dan laut itu untuk berada sekali tetapi menjadi masalah apabila air laut itu masuk ke dalam kapal. Lama kelamaan kapal makin tenggelam..tenggelam...dan kemudian karam.

Infaq inilah yang menjalankan mekanisme mengeluarkan air dari dalam kapal sehingga kapal kembali mampu untuk belayar dengan selamatnya di tengah laut yang ada gelora-gelora.


p/s : Beruntungnya mereka yang merasa sedih dengan keburukan yang pernah mereka lakukan dan cuba untuk berubah itu. Allah sampaikan berita gembira untuk kamu. Bukti yang iman masih berpaut erat dengan hati. Bergembiralah!Jauh nya nak banding dengan diri aku.

Jom perbaiki diri jadi HAMBA yang lebih baik!

Tuesday, December 14, 2010

1+1=.....

1+1???

Tentu ramai yang telah biasa melihat persamaan seakan ini.

1+1=1
1+1>2
1+1=0

persamaan ini adalah yang biasa bermain-main di kelopak mata apabila berbicara tentang tajuk sinergi kan?kan?

Tetapi bukan tajuk sinergi yang sedang bermain di dalam kotak fikiran aku ini. Aku memang selalu begini.Selalu lari tajuk.


Ini yang bermain dalam kepala aku apabila jari-jari secara automatik bertatih laju menekan butang kalkulator untuk membuat proses kira-kira mudah.

Apabila proses kira-kira yang tidak memerlukan proses darab, bahagi, kuasa dua,sin, kos, tan atau logaritma bahkan hanya tambah dan tolak yang diperlukan tetapi terpaksa memakan masa untuk buffer yang sangat panjang.

Jom kita buat sedikit praktikal.

sila jawab dalam masa 10 saat.

1+2+3+4+5+6+7=.............


23+32+23+32=.............

teet.
ok..sudah.sudah.masa dah tamat.cuba lagi lain kali.
sempat perah otak matematik anda?tak mengapa kalau tak sempat..kita senasib.

Ada aku terlihat di kalangan sahabat-sahabat medicairo gen07 yang menyimpan software permainan kira-kira di dalam handphone mereka. Menarik permainannya. Kamu perlu menjawab soalan-soalan matematik mudah-tahap-tadika(tambah dan tolak) tetapi dengan kadar yang cepat-tahap-tak-ingat untuk mendapat top score. Dan berdasarkan dari kepantasan kamu menjawab soalan tersebut, kamu akan dikategorikan kepada SIPUT, KURA-KURA, ARNAB atau lebih hebat lagi CHEETAH.
Aku kebiasaannya mendapat kategori...
tak mengapalah,abaikan. Kamu cuba sendiri nanti kalau berpeluang dan jangan lupa berkongsi kategori yang kamu dapat. kalau tak berjaya mendapat CHEETAH, maknanya kita belum setanding.XD 

Baik, berbalik kepada tajuk. Ya, aku memang suka lari tajuk.

Baru-baru ini, apabila ditaklifkan membuat satu akaun kira-kira mudah. Sekali dua kira, lain jumlahnya. 3-4 kali kira, lain pula nombor yang keluar.Jadi jangan lantik aku jadi bendahari selepas ini, sebab nanti akaun akan jadi tunggang langgang. Tak balance.erk.

Oh, isunya disini betulkah pelajar-pelajar Perubatan (aku) semakin tumpul otak kira-kiranya?

Berlaku pemisahan di antara dunia nombor dengan dunia copy-dari-buku-dan-paste di dalam-kepala[hafal]? 

Jangan dipisahkan mengira dan menghafal kerana keduanya dari daerah yang sama..Left Brain.

Ini bukan satu kesimpulan tetapi sekadar peringkat hipotesis mungkin. Kerana bahan uji kaji eksperimen setakat ini hanyalah aku dan tentulah tidak menyeluruh.

Apabila disebut tentang hal ini, ia juga mempengaruhi kehidupan seharian secara tidak sedar.
Macam mana?
Apabila kamu menaiki sebuah *van tremco yang masih kosong(situasi ini sesuai digambarkan oleh pelajar-pelajar di Mesir sahaja atau mereka yang pernah merasa life di Mesir. harap maklum ;)), posisi di bahagian manakah yang akan lebih kamu sukai?
Tengah? depan? atau barisan paling belakang?

Sejujurnya,pendapat peribadi aku.

Belakang sekali atau barisan kedua dari belakang.
Sebolehnya tempat yang paling aku elak adalah barisan paling hadapan penumpang. Kerana apabila berada di posisi itu, aku terpaksa bertindak sebagai konduktor secara automatik.
Semua duit dari belakang akan sampai ke tangan kamu dan perlu menjumlahkan wang tersebut sebelum diberi kepada pemandu van. Lagi rumit apabila harga tiket sesetengahnya bukan genap, 50 kirsh(macam 50 sen tetapi tidak sama nilai) tetapi 75 kirsh. Kebanyakan penumpang lebih mudah untuk menghulurkan wang dalam bentuk genap 50 kirsh atau 1 gunaih@1 Egyptian Pound(anggap 1 ringgit) jadi, tugas kamu seterusnya untuk mengagihkan baki wang kepada setiap penumpang.urgh.entah bila aku jadi allergi kira-kira.
Tak boleh bayangkan?tak mengapa.tak perlu susahkan otak kamu.
Dengan kata lain, ibarat menjadi orang tengah di antara penumpang dan pemandu.Itu sahaja.

Salah satu perkara yang aku kagum berada di dalam masyarakat Ummu Dunia Mesir ini apabila pemandu-pemandu kenderaan awamnya memang cekap melakukan proses kira-kira untuk setiap penumpang yang turun naik kenderaan sambil tengah memandu. Bab skil pemanduan ala F1itu satu bab lain pula. Mereka bukan sahaja melakukan urusan kira-kira dengan penumpang kenderaan mereka sendiri, tetapi kadang-kadang menjangkau ke kenderaan lain. Contohnya pertukaran *fakkah untuk dibuat baki bayaran.dan semua proses itu dilakukan pada kelajuan 10 km/h ke atas.Ya, ketika sedang memandu.

Don't try this at home.It will only best applied in Egypt.XD



Kesimpulannya, jangan tumpulkan prestasi diri anda. Asah ia selalu. Tidak kira dalam apa jua bidang.(apa kaitan dengan tajuk?)
Pasal kira-mengira yang dimerepekkan ini sekadar satu contoh untuk bagi lebih pening jelas.




think out of the box....be abnormal?
go!go!Egypt!XD

Jawapan soalan praktikal : 28, 110 

Glossary :
tremco - Van.salah satu pengangkutan awam di Mesir.
fakkah - Duit kecil.digunakan kebiasaannya sebagai baki bayaran.

Wednesday, December 8, 2010

Pro fessional Day

I am professional.

Fenomena baru melanda seluruh Mesir.

Persatuan penaung pelajar-pelajar sains kesihatan di Mesir telah mula mengambil langkah drastik tentang etika pemakaian untuk pelajar-pelajar perubatan Malaysia di Mesir keseluruhannya.

Secara rasminya ia dilancarkan untuk semua pelajar PERUBATAN. Satu hari dalam seminggu, secara serentak semua mahasiswa akan hadir ke kuliah dengan berpakaian formal.

Menjana transformasi. 1 PERUBATAN




model: baim aimi

Semalam hari Isnin. 30 Zulhijjah 1431H. Terasa semangat pula aku untuk menggalas kamera gedabak aku ke kelas semata-mata untuk merakam detik-detik bersejarah begini. Biar susah janji puas.

Jom tengok ape jadi dalam kelas round Ophthalmology kami ini.

 are we professional??


uncle moji : can you see my finger?!is it moving??(vision field test)
jidin : where??!

 group discussion(g)


demo dari al fadhil doktor khaled





calon suami.sila pilih doktor-doktor Islam


tekun.alhamdulillah.tak sia-sia JPA hantar jauh-jauh.:)


what is your name? increase intra occular pressure..:D


low vision acuity


pose dr. najib chumel


yes we are!insyaAllah.

 oh, di Mesir ini tiada etika pemakaian yang khusus untuk ke universiti. what do you prefer.say it.round neck shirt?selipar Japan?pagoda?kain pelikat?!XD

Kalau dahulu kala, ada yang datang kuliah pakai jubah. lelaki la. perempan itu normal. Macam kuliah dirasat Al-Azhar pun ada.
Ada yang datang pakai seluar track dan selipar Japan. Sekali pandang macam ada gaya nak pergi bersukan pula.
Bukan mahu memandang sekeliling, diri sendiri pun tidak terjaga.
Ketiadaan etika yang khusus diambil manfaat secara sepenuhnya!

Hari semakin hari, minda ini harus berubah. Tiada lagi orang untuk mengubah diri kita melainkan diri sendiri.


Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.( hadis riwayat Muslim dan Tarmizi)

Bersama menyokong slogan En Arep selaku Ketua Batch Medicairo7 2010/2011, Towards Professionalism!


Wednesday, December 1, 2010

Post hiatus

back from a very looooongggggggg hiatus.XD

menyepi lagi tanpa sebarang update terkini.
oh, kenape ye?
jawapannya mudah, sindrom MIM ALIP LAM SIN
dikuatkan dengan komitmen luaran yang lainnnye.(ceh..konon~)

tapi apabila seorang hamba Allah mencadangkan kepada aku agar diletakkan juga paling kurang gambar-gambar mengenai aktiviti terkini sepanjang keberadaan di Mesir ini, terketuk jugak ruangan kepala aku ini.
oh ya, aku memang target nak tampalkan segala pengalaman yang aku lalui dekat sini untuk menjadi tatapan kalau bukan korang yang membaca, untuk aku sendiri juga. kerana pengalaman ini amat berharga dan tidak mungkin berulang.
kredit untuk monolograsya
bak kata kartunis batch aku ini
pengalaman jika disimpan lama-lama akan jadi lebih berharga dari petroleum
Begitu lah lebih kurang selepas aku terjemahkan. Kalau silap maap la E-sung deh~


Baru-baru ini..

Hari Raya Aidiladha 2010

hai, comel kan saya??[sebelum..]

[selepas..] !@#$

Selesai menguruskan unta-unta, lembu-lembu dan kambing-kambing untuk disembelih bersempena ketibaan Hari Raya Korban.Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar dan dapat aku menimba ilmu baru pasal unta dan lembu.
banyak kisah-kisah menarik dan comel mengenai binatang korban ini. Antaranya yang sempat dirakam ada di SINI...


Tidak cukup dengan unta,kambing dan lembu, ahli-ahli PERUBATAN pun turut serta skali disembelih. Merewang secara berjemaah dan berjamuan hari raya beramai-ramai pada raya kedua.



Dalam masa yang sama juga, bumi Mesir diserikan dengan kehadiran sahabat-sahabat dari Jordan. Ada yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini dan ada juga yang dah macam nak jadi penduduk tetap disini.
Tabik spring dari aku kerana mampu bertahan dan masih tidak serik-serik.. lagi.XD
Ala kulli hal,ahlen2...

Anas, Pijan dan Akim



Menu seafood..

Bukan sahaja datang sebagai tetamu malah tolong masakkan sekali untuk tuan rumah. Aiseh, terok betol tuan rumah!
oh, lagipun bukan selalu aku dapat merasa masakan chef dibawa khas dari Jordan.:P

oh,ini bukan kes buli mahupun paksa rela tetapi sekadar meraikan permintaan mereka.*peace*
Selama kurang lebih seminggu mereka berada disini tetapi beberapa hari sahaja yang sempat untuk aku meluangkan masa bersama , bergelak ketawa, berkongsi cerita.
Moga masa yang sedikit itu tidak menjadi sia-sia.



28/11-Genap 21 tahun hambaMu fakir berkelana di bumi ini.Kau terimalah amalan-amalan ku.Dengan rahmatMu, ampun kan dosa-dosa ini yang tidak mampu untuk aku menanggungnya. Pelihara kedua orang tua ku sebagaimana mereka memeliharaku sejak kecil. Tetapkan aku pada jalan juang ini. Kurniakan kami kesudahan yang terbaik...Husnul khatimah~ameen.

Thursday, July 29, 2010

under construction

Bismillahirrahmanirrahim..

TIDUR.

kalau terlebih susah...terkurang pun susah juga.
tapi macam pula kalau tiba-tiba biological clock berubah tidak semena-mena?nak kata jetlag, aku cuma hantar kawan-kawan nak balik malaysia pergi ke airport tapi bukannya aku yang terbang pulang.

atau adakah jetlag itu infectious?mustahil!

info: jetlag is a consequence of alterations to circadian rhythms

dari segi medikalnya tidur ini terbahagi kepada beberapa peringkat. aku malas nak cerita panjang-panjang pasal tidur ini.untuk mengetahui serba sedikit pasal tidur dari segi saintifik, boleh tengok di blog rossarina.

sudah 2 malam aku hidup di kala orang lain semua mati.
boleh pula rasa mengantuk itu tiba-tiba hilang.entah ke mana..
kalau barang hilang biasanya orang buat laporan polis, tapi nak pergi buat laporan polis cakap sebab hilang mengantuk?
aku masih belum sedia nak pergi bermalam di wad psikiatri.oh tidak.

atau mungkin aku kena ambil dadah triazolam untuk initiate sleep??
bila sebut dadah ini, mesti tak lari dari side effectnya pulak.uuh.


telah diciptakan malam itu untuk berehat dan siang itu untuk bertebaran di bumi Allah ini mencari rezeki yang telah Allah tetapkan untuk masing-masing.
rombakan semula aktiviti-aktiviti harian akan memulihkan keadaan semula.insyaAllah.
doa untuk memudahkan tidur..

“Ya Allah, telah lenyap segala bintang dan telah lelap semua mata sedangkan Engkau sentiasa hidup lagi berdiri, tidak mendatangi / mengenai Engkau mengantuk dan lena, wahai Tuhan yang hidup lagi berdiri, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku.”


untuk famili yang tidak henti runsing memikirkan angah .don't worry.everything's fine here.for sure.:)

tidur-tidur juga..jangan lupa qiamullail kerana itu sumber kekuatan diri.
nasihat untuk diriku sendiri terlebih dahulu.



ok tukar tajuk sekejap.

Aku ingin mengucapkan Selamat Bakal Pengantin Baru untuk seorang ex-classmate aku di sekolah dulu yang juga rakan seangkatan di sekolah perubatan sekarang,  Wan Fathiyyah yang bakal membina bait muslimnya dengan saudara Umair pada 31 Julai bersamaan hari sabtu ini.

Kad 'saman' beliau telah pun sampai ke rumah tetapi apakan daya tidak dapat jugak aku nak menghadirkan diri.perancangan Allah itu mendahului perancangan aku, hamba yang lemah ini.


Cuti kali ini nampaknya dipenuhi dengan walimah-walimah. Dalam inbox yahoo mail pun sudah berderet-deret jemputan yang aku tak rasa mampu nak hadir semuanya.
8 pasangan semuanya yang sempat aku kira akan melangsungkan majlis perkahwinan. termasuk 2 junior(??).
nampaknya gen 8 mendahului gen 7 dalam bab ini..takpe2, bagi can la kat adik-adik dulu kan. uhuk. 

Semoga berbahagia selalu sampai ke anak cucu cicit dan menyambung zuriat pejuang agama Allah ini. insyaAllah.

Barakallahulakuma wajama'a bainakuma fi khair!!

Sunday, July 25, 2010

Matruh-Siwa 2010

Tangan yang sudah lama tidak menaip semakin lama semakin 'berkarat'. Mana tidaknya, mahu habiskan satu ayat yang lengkap pun perlu 2 ke 3 kali tulis , padam , tulis balik , padam.

Tapi tetap terasa tergerak untuk mencoret pengalaman menarik disini.
1 dalam 1000.
bukannya selalu dapat pengalaman begini. Terasa rugi jika terlupa feeling ketika sedang mengalami sesuatu itu.Mungkin dengan sedikit coretan cukup untuk refresh kan balik apa yang aku dah lalui.

Untuk summer break kali ini, aku berkesempatan lagi untuk menjelajah bumi Allah yang luas ini.
Satu lagi tempat baru telah berjaya aku copkan dengan tapak kasut aku saiz 6.

Summer Break Matruh-Siwa  2010 PERUBATAN
A stroll down the lane of history
13-15 July 2010

Hasrat aku yang pada awalnya ingin turut serta dengan rombongan semua XY tidak kesampaian apabila peserta-peserta lelaki semakin pupus. Ada yang sudah pergi sebelum ini, ada yang sibuk atau buat2 sibuk, dan ramainya yang sudah balik ke Malaysia. Mahu dijadikan cerita aku diserap untuk masuk ke rombongan XX.

Aku terima sahaja pelawaan itu atas tiket sebagai peserta walaupun sebenarnya secara tidak langsung aku juga automatik menjadi musyrif...erkk.haha.bukan tidak sudi cuma terlalu dimomokkan dengan makhluk-makhluk lain yang pernah merasa garam lebih dahulu dari aku.
"jadi musyrif nanti ko macam tunggul la...tak boleh nak buat apa-apa"
"tak enjoy laaaa"
Nasib baik sudah tercatat di etika untuk musyrif yang para musyrif juga bebas untuk menghayati dan bersuka ria tanpa melupakan tanggungjawab.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun dengan sedikit masalah-masalah kecil yang dapat diatasi. Mungkin rombongan ini tidak semeriah jika aku turut sama dengan kaum sejenis, tetapi tetap aku bersyukur akan pengalaman berharga ini. Bergembira dan dalam masa yang sama menjalankan tanggungjawab sebagai pengiring. Sebarang cacat atau kurang sepanjang 'kerja' aku ini harapnya jangan disimpan. Buang saja jauh-jauh.

Sedikit memori yang sempat aku rakamkan untuk menjadi tatapan.


Pantai di Hammam Cleopatra

Pantai di Hammam Cleopatra

Hammam Cleopatra

Hammam Cleopatra(dalam)

Pantai Ajeeba

Kota Lama Siwa

Kolam Mata Air Cleopatra

Para pengiring di Jabal Mouta

Ahli rombongan

Ammu Magdi(driver)

Geng tukang masak KLCC( Ust Hafiz, Wafi, Hilmi)

p/s: banyak gambar-gambar yang tiada disini kerana tak sanggup menunggu proses upload yang sangat memakan nasi masa.
bakinya ada disini ..