Pages

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Monday, July 9, 2012

D5000


Kesian dia. Akhir-akhir ini sibuk, selalu kena tinggal.
Tak dipedulikan.
Apa boleh buat? Kamu bukan prioriti buat masa itu. Ada menda lain lagi yang lebih perlu untuk aku berikan haknya.
Bukan kah kita kena berlaku adil? :)

Genap sebulan. Apa khabar dia agaknya? Lama tak jumpa. Selalu teringat. Bila dah jumpa, nampak kesian. Tak terurus. Serabai sana sini.

Nikon D5000

Sekarang barulah sempat nak belek-belek balik 'dia' nih. Selepas sebulan dikurung dalam almari tak terusik. Nasiblah berada di bumi Mesir. Simpan elok-elok macam mana pun, tetap tak boleh lari dari debu. Itu sudah memang sinonim.

Bagi meraikan pembebasan[?] 'dia', aku bawa ambil angin nun jauh ke Maadi. Sambil-sambil raikan sahabat-sahabat aku yang sudah habis berjuang di medan exam.


Lokasi : Cilantro cafe, Maadi










Muka tak puas hati belom habis exam -_-'

Wednesday, December 8, 2010

Pro fessional Day

I am professional.

Fenomena baru melanda seluruh Mesir.

Persatuan penaung pelajar-pelajar sains kesihatan di Mesir telah mula mengambil langkah drastik tentang etika pemakaian untuk pelajar-pelajar perubatan Malaysia di Mesir keseluruhannya.

Secara rasminya ia dilancarkan untuk semua pelajar PERUBATAN. Satu hari dalam seminggu, secara serentak semua mahasiswa akan hadir ke kuliah dengan berpakaian formal.

Menjana transformasi. 1 PERUBATAN




model: baim aimi

Semalam hari Isnin. 30 Zulhijjah 1431H. Terasa semangat pula aku untuk menggalas kamera gedabak aku ke kelas semata-mata untuk merakam detik-detik bersejarah begini. Biar susah janji puas.

Jom tengok ape jadi dalam kelas round Ophthalmology kami ini.

 are we professional??


uncle moji : can you see my finger?!is it moving??(vision field test)
jidin : where??!

 group discussion(g)


demo dari al fadhil doktor khaled





calon suami.sila pilih doktor-doktor Islam


tekun.alhamdulillah.tak sia-sia JPA hantar jauh-jauh.:)


what is your name? increase intra occular pressure..:D


low vision acuity


pose dr. najib chumel


yes we are!insyaAllah.

 oh, di Mesir ini tiada etika pemakaian yang khusus untuk ke universiti. what do you prefer.say it.round neck shirt?selipar Japan?pagoda?kain pelikat?!XD

Kalau dahulu kala, ada yang datang kuliah pakai jubah. lelaki la. perempan itu normal. Macam kuliah dirasat Al-Azhar pun ada.
Ada yang datang pakai seluar track dan selipar Japan. Sekali pandang macam ada gaya nak pergi bersukan pula.
Bukan mahu memandang sekeliling, diri sendiri pun tidak terjaga.
Ketiadaan etika yang khusus diambil manfaat secara sepenuhnya!

Hari semakin hari, minda ini harus berubah. Tiada lagi orang untuk mengubah diri kita melainkan diri sendiri.


Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.( hadis riwayat Muslim dan Tarmizi)

Bersama menyokong slogan En Arep selaku Ketua Batch Medicairo7 2010/2011, Towards Professionalism!


Tuesday, April 6, 2010

Syabab Al Mansyud

Jumaat , 2 April 2010

mood sekarang pun xde lah rajin sangat mahu meng update..tetapi memandangkan terdapat sedikit modal yang boleh dikongsi, aku muatkan jugak di sini.
dibiar lama-lama nanti basi.

'Syabab Al Mansyud'<--ya,ini nama rumah baru kami..maksudnya...kome pikirlah sendiri ye.

Seharian itu kami ber picnic ke Hadiqah Azhar@Azhar Park@taman bunga. Hasrat yang pada asalnya untuk mengabadikan kenangan bergambar dengan 'keluarga' baru kami.

untuk mengisi kelompongan dinding di rumah dengan gambar2 cool berhias frame brlatar belakangkan bunga2an...eww.err??

untuk...apa2 sajalah yang berkaitan. 

disamping juga memasang hasrat sampingan untuk berlatih skill photography...iye lah, saya kan budak baru belajar~

 
Ukhuwwah itu lagi manis dari gula..





lompat2..


 efek..


menendang dan ditendang..

makan2...





 
Haziq@uncle moji


 
Ibrahim@Baem


Hazwan Saleh

Hazwan Rusli@Ustaz Wae


Hazim Azhar@photographer


Zack@photographer


K.A.M.I

A big thanks to hazim and zakwan for their compliances to spend time and help to capture those precious moments..
tunjuk ajar mereka banyak membantu aku.

p/s: byk lagi nak kena tuntut ilmu nih...aih.




Monday, June 15, 2009

Khabar Pemergian- A tribute to Ammar





credits:

Lirik & Lagu: Aphique
Vokal: Copuk
Susunan & Suntingan Video: HafizAdam
Video Asal: Ikmal, HafizAdam
Gambar: Ahli Beit Ammar & Anas
Penerbit: Gen6 Mdcairo


Lirik Di Bawah



Khabar Pemergian

Lagu: Aphique
Lirik: Aphique
Vokal: Copuk


Tersentakku dari lamunan
Mendengarkan satu perkhabaran
Sahabat yang amat ku sanjungi
Telah pergi untuk selamanya

Sebak rasa hatiku
Tak tertahan lagi kesedihan
Kucuba tabahkan diriku
Namun air mata jatuh berlinangan

Hadirmu disambut dengan senyuman
Pergimu kuiiringi tangisan
Kurelakan pemergianmu
Kerana Tuhan lebih menyayangi dirimu oh teman

Tak mungkin ku lupakan
Wajah riangmu penuh kemesraan
Kita terpaksa terpisah di dunia yang fana
Ku harap engkau kan tenang di sana


Sunday, June 14, 2009

alhamdulillah....lebih baik.

Alhamdulillah....semalam berpeluang juga untuk menjejakkan kaki ke dalam wad ICU di Hospital Faransawi KasrEl Ainy.
kenapa lambat pergi lawat??
padahal hospitalnye beberapa depa tak jauh sahaja kt depan rumah nii..

kalau diikutkan hati dan perasaan...mahu aje pergi lawat terus sebaik sahaja dapat tahu bahawa diorang berdua(Aman dan Eckm) dipindahkan ke hospital di hadapan rumah ini..
tetapi setelah difikir2 balik.....rasionalnya...lebih baik jika diberi peluang kepada mereka yang terdekat dengan mereka untuk pergi menjengah terlebih dahulu...

wajah2 yang sangat dinanti2kan untuk ditatap oleh mereka berdua..
wajah2 yang mampu memberi push up semangat kepada mereka untuk melawan kesakitan yang mereka hadapi sekarang..

lebih2 lagi dengan kehadirannya ibu bapa Eckm dari Malaysia baru2 ini..sudah tentunya memberi lebih suntikan semangat..

Alhamdulillah juga....keadaan mereka bertambah baik..
ameen ya rabb...
Engkau lah Maha Mendengar rintihan hamba2mu ini yang tidak putus2 mendoakan untuk sahabat2 mereka yang ditimpa ujian ini...
bukannya kami ini mempunyai pertalian darah....bahkan pertalian yang lebih erat dari itu....pertalian UKHUWWAH.

pertama kalinya aku dapat melihat muka Aman setelah kemalangan itu(Eckm xsmpat nak tengok sbb sedang dirawat ketika lawatan)...
terdetikdi hati...ya Allah....bukanlah mudah ujian yang Engkau timpakan ke atas hambaMu ini..belum tentu mampu jika diturunkan ke atsku..
tetapi aku tidak boleh lemah....sebab mereka sedang berjuang....dan aku juga harus menyumbang kekuatan kepada mereka.

tidak banyak yang diperkatakan ketika lawatan singkat semalam...dek kerana keadaan Aman yang tidak membenarkannya untuk bercakap2 panjang....
lagipun sudah sememangnya adab menziarahi pesakit untuk tidak banyak bertanya sehingga menimbulkan ketidak selesaan kepada pesakit....hanya kata2 semangat yang disampaikan.

sejak dari hari pertama untuk lawatan dibuka....sememangnya tidak putus2 sahabat yang datang untuk memberikan semangat....dari seluruh pelusuk Kaherah ini..
sehinggakan semua staff di hospital ma'ruf jika kelihatan susuk tubuh orang2 Asia ini di hospital, tentunya mereka akan terus menunjukkan ke arah wad ICU(tempat eckm dan aman).

mereka sedang diuji dengan ujian kesakitan....banyak membuatkan aku berfikir ..
dari Muaz bin Jabal ra, "Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan suatu bencana, Dia berkata kepada (Malaikat) pencatat amalan buruk, "Hapuskan catatan daripadanya.dan berkata kepada pencatat amal baik,"Tuliskan untuk hambaKu yang lebih baik dari apa yang dia perbuat."

dalam sebuah hadis..
Nabi SAW turut bersabda..
"Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua malaikat kepadanya, seraya berkata, "Lihatlah kalian apa kata hambaKu."
Jika dia berkata 'Alhadulillah', maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, "Aku berjanji untuk hambaKu.Jika aku mematikannya, kumasukkan dia ke Syurga.Dan jika aku menyembuhnya, Ku ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik dari darahnya.Dan aku hapuskan pula keburukannya."

maka, apakah yang lebih benar melainkan janji2 Allah??

moga dibersihkan hati ini dari segala kehitaman maksiat dan kemungkaran....dan diberi sinar hidayahMu ya Allah..hambaMu ini banyak berdosa....

sekian...

Friday, June 12, 2009

hilangnya satu permata bersinar~

*malam sebelom exam oral anatomy*

dini: mg tau dop ade dak 3rd year accident??
ak:eh, ye ke??bpe org?
dini: 5 orang

bla....bla....bla..

tgh menyibukkan diri dgn buku2 oral anatomy....inilah permulaannya berita ini sampai ke ak.
hati rasa xsedap....tapi saje pikir dalam kepala...
'insyaAllah xde ape2...accident bese2 aje kot'

*di pagi exam oral anatomy*

trbaca ini...


Dengan namaMu ya Allah, yang nyawaku sentiasa di dalam genggamanNya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)
- telah pulang ke Rahmatullah

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!

Setakat itu maklumat yang diterima daripada presiden PERUBATAN, Ahmad Wafi Arshad dan beberapa wakil yang masih berada di sana. Maklumat terkini insyaAllah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Wassalam.

Al Faqir ilAllah,

Mohamad Ashraf Mohamad Isa
Timbalan Presiden I
PERUBATAN

SUMBER: http://perubatan.org/


innalillahiwainnailaihiraaji'uun..
ya Allah....
.....
.....
hebat perancanganMu....dalam sekelip mata....tanpa disangka2.
seperti baru sahaja duduk bersama mengerah tenaga untuk International Day bru2 ini.

benar lah janji2 Allah....apabila telah datangnya maut itu, tidak akan dilambatkan walau sesaat atau diawalkan..

alhamdulillah, arwah pergi dalam keadaan baik....dengan kalimah mulia.

kali ini Allah mahu memperingatkan aku lagi.....tetapi dengan peringatan yang perit..

wahai jiwa hamba,tidak sedar2 lagikah dengan lamunan2 mainan dunia nii???sesudah peringatan demi peringatan yang sampai...
leka untuk memuaskan diri sendiri....ini tak cukup, itu tak cukup.
ape yang kita sedang kumpul atau kerjakan ini sekarang???berbaloikah untuk dijadikan bekalan ke 'sana' nanti???
berapa ramai lg yang perlu berkorban untuk menyedarkan diri ini,kamu...kita??

sebak.... bila menerima mesej2 dari ID yahoo messenger kepunyaan arwah ammar....walaupun ID yang sama tetapi mesejnya bukan lagi oleh empunya asal yang telah pergi mengadapNya.mesej2 telah dikirm oleh Ummu Ammar....

ammar zul: Asslamualaikum,bangunlah wahai mujahid dan mujahidah teruskan perjuangan ammar mudah-mudahan ALLAH menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada ISLAM dalam rangka untuk mendidik dan berbakti
ammar zul: daripada UMMU AMMAR....sekian wassalam(mesej ym dikirim oleh Ummu Ammar)

hati terkedu.....dengan ketabahan seorang wanita bergelar ibu ini..ibu mana yang tidak sayangkan anaknya.
tetapi satu yang ku kagumi....dikala kami semua sahabat handai terasa perit dengan pemergian ammar, sebaliknya yang berlaku apabila Ummu Ammar sendiri yang memberikan kata2 semangat untuk kami ini sekalian....

terjumpa perbualan ini ketika mmbelek2 archive mesej ym ku...perbualan ini adalah sekitar seminggu sebelum berlangsungnya International Day di universiti.

ammar zul: ade ape2 masalah lg x?
ammar zul: tul kaminyer turn kul 4 -6?
faisazli: insyaAllah
faisazli: stkt ni xde la rsenye
ammar zul: nak maklum kt sumer duta ni?
ammar zul: nak maklum kt sumer duta ni
ammar zul: tul kaminyer turn kul 4 -6?
ammar zul: ana nk bgtau kt kwn2 ana yg bertugas
ammar zul: no hal
ammar zul: ana kerah dak2 pompuan batch ana
ammar zul: he3
ammar zul: ok
ammar zul: kirenyer gini
ammar zul: batch ana n ke atas
ammar zul: akan bertugas
ammar zul: dr kul 4 -6
ammar zul: pas2
ammar zul: klu sapa2 yg lapang leh dtg awal menolong
ammar zul: gitu?
faisazli: jap ea..ammar
ammar zul: oo
faisazli: haa...btol3
faisazli: gtu laa
faisazli: xkesah kalau ramai yg nk mnolong
faisazli: meriahkn booth kte
faisazli: hihi
ammar zul:
ammar zul: i-Allah
ammar zul: tima kaseh la jasa nta
ammar zul: memudahkan byk keje kwn2 kite lain
faisazli: huhu
faisazli: ana wat stkt mmpu je...
ammar zul: moga Allah balas yg lbh baik utk nta
ammar zul: stadi paiz yer
ammar zul: jgn pening2 sgt
faisazli: ameen...
faisazli: waiyyaka
faisazli: insyaAllah

perbualan ini ketika ak mengadu tentang masalah2 persiapan International Day.
tutur katanya....sentiasa menenangkan hati yang resah walaupun dilanda pelbagai masalah sepanjang menguruskan persiapan demi persiapan....
tidak lekang dengan kata2 semangat. mengajar ku untuk tidak cepat melatah.

Ammar, nta telah dapat kmenangan yang telah dijanjikanNya lebih dahulu dari ana dan sahabat2 semua disini...kerana apabila seseorang itu keluar di jalan Allah maka baginya tiada kekalahan melainkan 2 kemenangan.......SYAHID fisabilillah atau tertegaknya ISLAM itu sendiri.

cukuplah....
pemergian nta bukan lagi untuk ditangisi....tetapi sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang dan peringatan keras untuk diri yang hanyut serta leka ini....pemergian nta bukanlah satu perpisahan tetapi menyiapkan pertemuan yang kekal abadi.

marilah kita terus bernafas dalam jiwa hamba.....selagi masih punya masa~

-AMMAR-
"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat."

moga tenang rohmu bersama para solihiin...di syurga yang penuh nikmat.


sedikit gambar2 ketika majlis solat jenazah allahyarham Ammar Zulkifli di ARMA.







Allahummaghfirlahu..warhamhu...wa'afihi..wa'fuanhu.....

Al fatihah

................

p/s:sama2 mendoakan kesihatan dan keselamatan 4 lagi sahabat2 yang turut sama terbabit dalam kemalangan tersebut.........yakinlah pertolongan Allah S.W.T bersama kalian.

Sunday, April 26, 2009

just gambar2 n eidul miilad mr NAQI..

Dikala kebosanan...
ringan plak terasa tangn ni nak membelek2 kamera....ambik gmba sana...ambik gmba sini....


abes segala mnde mau ditangkap gmbarnye..

make inilaa jadinye..








senja di berandaku..



mawar berduri...mekarnya sekuntum aje kt blk hzwan~



dari balik jaring...bebaskan diri anda!



erk..no comment.[beg ihsang hamdan]..


kek hari lahir slah sorang ahli beitku....mr NAQI skema..hehe.


Tergelak ak sesorang pikir2 blk...
patutlaa hazwan 2 orang ni(juwe dan hazu) duk bercakap ngn aku gne bahase isyarat aje...
ak yang kebingungn ini pulak agak lmbat nak memahami..rupanya ade surprise birthday party utk birthday boy sorang nii...huahua..

respon NAQI-->terdiam...tak trkate2 ape2.....(jange jerit NAQI deh~)
muahaha..

tp mmg berbaloi sbb naqi belanje kami blk makan Nasi Ikan.siap ihsan ngn talhah join skali...orang kaya baru~keskes.

ok...xleh lame2...banyak lagi kne bace nii...

got to go now..salam sejahtera ke atas kamu wahai pembaca2 sekalian~~

wslm.

Friday, April 17, 2009

ak menge'tag' dan ak juga di'tag'~!

Apekah?

tag lagi?

xd mende laen?

hahaha...

xpelaa...lately mood ni macam 'tag..tag..tag' aje...huh!jimat mase dan tenaga ak utk mengupdet sket laa.*malas btol*

n this time..tagged by [saya yg di'dadah'kn@i'm drugged]

ok..bgini ceritanya..


FOUR NAMES THAT FRIENDS and family CALL YOU

1.fais....normal la sbb nmeku mohd fais bin mohd azli.

2.fawwaz....
nme nih ak stat dpt stelah ak sampai ke Mesir ni.dimulakan oleh ammu syeikh redho.
banyak kali ak pesan" ya syeikh,ismi fais bukannye fawwaz!!"
dijawabnya"xpela,fawwaz tuu lg sedap bunyinye dan lgpun mksud de same aje..."
"urmm...ka maa turiid ya ammu"..ak me'reply' blk..layan aje laa~
kemudian diikuti dgn bawwab@guard umah ak...n smpai skarang kalau ade org arab tnye ak.."sape nme kau??"
akn ak jwb..."ana fawwaz!!"

3.angah-->oleh kerna i'm da second son in my family...maka ak adalah angah!dan ank2 sepupuku mmnggil pak ngah(erkk..mcm tue je daa bunyinye).

4.paih-->setelah dicampur aduk kan dengan 'slang' ketimuran..kelate+ganung

4 MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE

1.birthday yg tersayang(abah, ma, siblings...n yg tertentu(??)-->kucing ak laa..jgn pk macam2)
2.tarikh di'fly'kan ke Mesir nii..31 Ogos 2007
3.tarikh flight nk balik Malaysia taun nii
4.hari lahir...hari raya...harii...mau..

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES
1.tdo....zzZZ....
2.pastu loceng bunyi....kringgg....Allahuakbar2~(azan Subuh laa)
3.lompat terjun dr katil....basuh muka+gosok mata+gigi+amik wudhu'
4.pgi turun masjid...n solat subuh...

4 WAYS TO BE HAPPY
1.make other people happy
2.think positive!
3.org baling kau batu, maka kau hadiahkan lah dia itu buah..
4.sabar...sabar...sabar

4 GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE
1.open ticket 2,3 tahun return Cairo-KL-Cairo dgn unlimited luggage..huahua
2.DSLR pn ok jugak..
3.kesihatan family2 diMalaysia
4.Kesyukuran dalam nikmat,kesabaran dalam ujian...(payah nak dapat gift nih...sape leh bg?)

4 OF YOUR FAVORITE HOBBIES
1.Jawab tag korang laa..
2.mengetagg korang balik!
3.tido sunat
4.mengelamun entah ke mana

4PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION
1.Mekah

-->taun lps merancang...xdpt pgi, taun ni merancang lagi...bakal menjadi tetamu dirumahNya itu..Allah sebaik2 perancang right?xpe2,akn ku jejakkan juga kaki ke situ stu hari nnti,insyaAllah..huhu

2.UK
3.jelajah Europe
4.Aussie

banyak ak tempat ak nk pgi kn?tapi.....poket kering tinggal habuk je...sape nak support ak??

4FAVORITE DRINKS
1.air
2.teh
3.sirap bandun
4.air...oo...air....sangat memerlukannya di tengah kepanasan Mesir ini!

4 THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG
1.earphone sony ericcsson
2.sampah sarap
3.pen, pensel dan kerabat alat2 tulis laen
4.ubat allergi(sejak datang mesir mmg virus2 allergi sme dah lemah...so,rasenye pasni da nk kne buang dr dlm beg)+multivitamin

4 FAVORITE COLOURS
1.plain colours....tk ske laa warna yg menyala2 sgt
2.hijau....sejuk mata memandang..
3.biru...lmbang perpaduan
4.kuning...kedaulatan undang2

muahaha....skemanye~~~


TOP 4 HANGOUTS
1.baghal
2.dalam bilik
3.kt dapur(time kebulur n turn masak)
4.masjid(kn solat tuu wajib??)

TOP 4 U LOVE SO MUCH
1.me
2.u
3.family
4.friends

TOP 4 THINGS SPECIAL TO YOU
1.family
2.friends

erk...things??xpe laa...kirenye special utk ak jgk la tuu.
3.a ring(bkn cincin tunang ke ape...tp abah yg bg sblum dtg mesir..tp sayang, sudah kemek dipijak gergasi laa...uhuk2)
4.my home sweet home..

TOP 4 WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY
nahhh...xpayah laa...sebab rasenye sme orang tgh bz lately...nak exam nye...nak pikir tiket flight balik malaysianye lagi...
kang xpasal2 ak di 'attack'..


TOP REASON WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY?
sebab....

erm...sebab...

alaaa....sebab..

sebab aku punya suka laa..wa enta maa lak???



p/s:
update yg agk sluggish aa smenjak 2 menjak nii....sebabnye exam final da mule.....!!!

Thursday, April 2, 2009

H.O.M.E.W.O.R.K~!!!

menunaikan permintaan seorang guru lama yang sentiasa mudaa(hehe) di Kolej Islam Sains Terengganu(skang da jd Imtiyaz Kuala Berang) ini yang juga merupakan sahabat baru saya sekarang....cg soohaimy..

sbb ape HOMEWORK??-->sbb CEKGU yang suruh wat keje nii...

task-->

cg soo:"eh, cg rase awak ade lgi seorang abang ke adik yang sekolah skali kt KIST dlu kn??"

me:"a a...yup...btol3."(mmg xsangka btol sy ble cg still bley ingt lg yg kami adik beradik2 ade sekolah kt ctu...hehe)

cg soo:"ape nmenye ea?"

me:"nmenye faris cg.."(skema la plk)

bla...bla...bla..

cg soo:"oo....sy pn da lupe mcm mn mukenye....ade gmbar de x?"

me:"jap2"(aish2...sebok menyelongkar peti2 file dlm laptop nk cri gmba along sy nih..)

lps beberapa ketika..

cg soo:"eh...xpe la kalu dop jmpe cri(tau2 aje cg ye...huahua)
nnti bubuh aje kt blog tuu skali ngn awk pnye gmba...sy dtg tgk nnti ye..."(adesss)

me:"erk..hahaha"

maka, dengan itu...secara rasminya sy telah mndapat satu 'kerja rumah'@homework utk disetelkan...
rpenye bukan kt sekolah aje ade homework nih....kt universiti pn ade lg...;P


my along...sibuk melayan si adik bongsu


haa..ini dia kalu cg nk kenal...ingt lg ke??
kalu sy xcakap...konpem xde orang akan perasan yg kami adek beradik...sbb mmg mke laen2...hihi.
dan kalau orang tau pon...orang akn ingt sy plk abg...aish2...


dan ini.......jeng..jeng..jeng
........not me neither sy pnya along.....




cg soohaimy bin embong....smart sngguh bro ni kn??(hehe...promote2~)


yay!! keje sekolah da siap....agak2nye bpe markah dpt ni ek???hihi.




p/s : gamba org Syria xde aa cg..da serik kena ngn dorang time kt syria..huhu.
p/s : tgh2 mlm td....dapat satu berita gmbira dr miss reporter.. asyila.
mmg tak tersangka....apabila slh sorang ex-schoolmate ku yg sedang mnuntut di Mansurah, Mesir(Husna) bkl mnimang chaya mata lagi setelah chaya mata yg pertamanya meninggal tidak lama selepas dilahirkan pd tahun lepas.-al fatihah-
ye..rezeki Allah itu mmg tak terjangka...boleh datang bila2 masa dan bermacam2 cara.
takdir Allah menarik sesuatu berharga dari kita untuk digantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik...maka perlulah bg kita untuk sentiasa berlapang dada dan husnu dzan dengan setiap ketentuanNya.
semoga Allah melimpahkan rezeki yang mencurah2 untuk pasangan Nik Mohd Fareez dan Husna...ameen~mabruk2.....
utk mklumat...klik sini.



Saturday, December 6, 2008

taggedbyEHSE


erk??being tagged by ehse..
new blogger, yet very talented...;)


1. Do you think you're hot?

how come being hot???its winter nowadays larr...it shivers me lot!!!
>
>
>
2. Upload your favorite picture of you

>
3. Why do you like that picture?

because of you=U in the P.I.C.T.U.R.E
n coz....luv 2 all my frens..hubban lillah
>
>
>
4. When was the last time you ate pizza?
>
cant remember when...mybe during summer hols i guess.
>
>
>
5. The last song you listen to.
>
new-released mirwana's album..sambil duk kutuk2 ngn kimi -->nasyid cam ni ka??
>
>
>
6. What are you doing right now besides this?
>
stalking blogs...asking my self.."eii fais, ble lg nk stat study plk nii???"huhu..

>

>
7. What name would you prefer besides yours?
>
some Masriyyin used to call me fawwaz instead of fais...so???
>
>
>
People to tag:

who's next???hehehe...

1.khairul farhan@pa'an

2.XX

3.XX

4.XX

5.XX

can't think of other names yet to be tagged..so, one is enough k??ehse.

8. Who is number one?


em...a strict mature guy..(ex-student of royal military college...no wonder~hehe)..very talented in basketball....still single??ask me not...=P.

9. Number three is having a relationship with?

>nope

>
10. Say something about number five.

nope
>
>

11. How about number four?
>nope

>
>
12. Who is number two?
nope
>

p/s;sori ye ehse.....ak jwb sekoda2 aje laaaaa..=P



Monday, September 29, 2008

sesat cari jalan pulang~..- mlm 27 ramadhan

"jadi ke tak...pegi malam nii??"

"ntah la..depend ngn program orientac ni jgak r..ntah bile nk abes.."

"adoii..nnti kalu lewt2 sgt xde tmpt laa.."

"xpe2...kte tgk cne nnti..."

berceloteh...celoteh....
beriya-iya betul seorang sahabat sy seorang ini mengajak saya...

nk kemana nii??
haaa....destinasi tujuan---->Masjid Amru Al As..
**pada malam ke 27 ramadhan setiap tahun....masyarakat arab akan menyerbu ke masjid Amru Al As kerana Jbrail akan turun...(jibrail turun??)hehe..
As-syeikhu Jibrail senanye yang akan datang ke massjid ini untuk mengimamkan solat terawih pada malam tersebut.
seorang syeikh yang sangat tersohor.....
Apa yang istimewanya??haaaa....bagi yang ingin menguji stamina bolelah mencuba untuk turut serta kerana anda akan betul2 teruji...
doa qunut pada rakaat terakhir solat witir selama...

1 JAM LEBIH!!!

*untuk makluman...diatas ini bukanlah typing error....atau terkabur mata yang memandang...tetapi memang sejam++..ahaks.
tetapi untuk kali ini bukan lah kerana keunikan qunutnya yang panjang mahu sy tuliskan disini.....tapi.......hehe.

sememangnya dri sndiri ade menyimpan niat untuk pergi lagi ke masjid amru kali ini selepas berpeluang pada tahun yg lepas...
tidak mahu terlepas merasaikan zouknye..
tetapi agak sukar kali ini kerana telah bertembung dengan program orientasi untuk pelajar2 baru MARA yang baru sahaja sampai.
erk..
mjlis orientasi dijadualkan berakhir untuk hari ini hampir2 waktu maghrib...

"kalu macam ni, konpemnye kt masjid sudah melimpah dengan lautan manusia.."*sigh

hati kecil ini memberontak mahu pergi jugak kerana telah sy jadualkan malam 27 ramadhan di masjid amru ini sebagai salah satu must-do event sepanjang mengasingkan diri di bumi anbia' ini..keskes.
rase tidak lengkap sekiranya tidak dapat dipenuhi segala yang telah di rancang..

didorong dengan rasa tersebut...maka setelah selesai bersolat maghrib, digagahkan juga diri ini untuk bergerak pergi walaupn agak kepenatan setelah seharian berorientasi bersama adik2 baru..
kbetulan pula diajak oleh seorang sahabat untuk join skali ke masjid amru menaiki motorsikal...huh!alhamdulillah...dipermudah..
cuma sifulan ni tak tau jalannye untuk ke masjid amru...dan terpaksala sy selaku bekas penduduk di fustat yang berdekatan dengan masjid amru menjadi driver..cehh!!

recall...recall blk jalan nak balik ke masakin fustat...hehe..
maka bermulalah kisah pengembaraan yang ingin sy kongsikan sebenarnya disini..(intro yg agak panjang lol..;P)
mula bergerak dari ARMA....terus memulas minyak dan enjin berderum menuju mengikut arah handle kupusing2..
sy pn mula mengecam balik jalan untuk ke masjid amru kerana jalannya adalah laluan yang biasa sy lalui suatu ketika dahulu sewaktu ingin pulang ke rumah di masakin fustat.

terus meluncur laju sehinggalah sampai ke satu kawasan di mana laluan terbahagi kepada 3 lanes...
argh...tbe jd konfius....
eh...mn satu lane yang nak ke fustat dulu ni ek??
jalan yang dah bertukar....atau aku ni yang da blur/??adess..
dengan tekadnya ku memilih lane yang ditengah...(buat2 yakin jer)
masuk2 je lane tuh....trus masuk dalam satu terowong nih....eh???
eh?eh?
bile mase plak ade terowong time nak balik fustat dulu??

hah....da memang btol2 konpem la kali nii....
SESAT CARI JALAN PULANG LAA!!

tp senanye bukan sesat gak pon....just tersilap jalan aje..hehe
nak u turn pn tak leh da dalam terowong tuh sehala jek...
mahu tak mahu....men terus aje laaa....
terowong ni pon satu hal....ape pasal la panjang sangat???(ish2...nak salahkan terowong plak)
motor terus meluncur dipandu terowong....entah ke mana agaknya..
pecut punya pecut....akhirnya sampai ke hujung terowong...

eh...kte kt mana nih??

ntah...ak pon xtau..

maka...bermulalah sesi soal jawab....menandakan masing2 dah mati akal mengenai tempat yang kami berada pada waktu tuu..TAK TAU!!
huwaa...tak penah lagi ku sampai ke tempaat nih...penin pn ade...nk u turn xleh lgi...
pusing2 punya pusing tetap tak dapat nak cari lubang keluar dari 'dunia' yg tk pernah ku sampai lg nii..

check minyak...check minyak...
fuhh.. nseb bek da isi full awl2 td.....

last2...terpakse la jgak kami menggunakan khidmat pnunjuk jalan percuma...PEKERJA MAJLIS BANDARAYA CAIRO(hehe...kesian pk cik tuh sbb kami ganggu de tgh khusyuk sapu smpah time tuu)..
at last..bejaye juga mencari gateway yang menghubungkan 'lost world' itu dengan dunia yg nyata..huh??
lega...
arghh...masih tk kusangka boleh terlupa jalan pulang ke fustat yang selalu ku lalui dlu...heh!
xpe2..cobaan.
berjaye untuk sampai ke masjid amru jgk walaupun ketika itu sudah selesai solat isya'...*agak terlewat dek kerana gara2 mahu mencari parking dan mujurlah motor boleh mncelah dalam kepadatan knderaan2 pd malam itu..


gambar...
sedang berehat sementara menunggu separuh masa kedua terawih...erk??

agak sedey...taun ini tidak dapat msuk rapat ke kwsn masjid dan hanya dapat menunaikan solat di atas jalan raya sejauh lbey kurang 500 meter dari perkrangan masjid..(huh!ramai betol manusia..)

lagi gambar yg sempat di'snap' kt sini...


mn masjid??xnampak pun...huh!ini adalah jalan raya yang dipenuhi lautan manusia(500 meter dari masjid)


ala kulli hal....malam itu sy dpt pulang dengan berpuas hati kerana hasrat untuk menjejak kaki lagi ke sini tercapai lagi untuk kali keduanya...
tahun depan i'm afraid i can't...because........i'll be in my hometown..Malaysia!!!!insyaAllah..yeahyeah..ha3.


coming up next---> catatan di malam 1 syawal.......penglmn best brsama kengkawan di perantauan...nantikan....hehe


Thursday, September 11, 2008

"Aku Terima Nikahnya"??

Jam 3.00 pagi...waktu Kaherah.

Masih terasa lagi kepala yang berdenyut-denyut...entah apa yang tidak kena??
sejak malam semalam kepala asek berpusing...balik sahaja dari bertadarus bersama2 dengan pelajar dari maahad Shoubra.

Sekejap sahaja lagi da nak kena bersiap untuk bersahur pula...bimbang juga nanti kalau dilayan sangat duk menulis nii, sahur melayang....rugiilaa kalu terlepas keberkatan sahur ini.so, tulis yg mana 'dan' aje laa dulu ...

Padahal pada awalnya tak terase mahu menulis dengan keadaan yang tidak berapa mengizinkan ini+++mode malas..ish2....tapi tetibe jek terase mahu juga setelah di'sapa' dengan suatu perkhabaran oleh seorang sahabat lama.

Sambil duk terbaring sendirian bertemankan laptop melayan kepala yang tidak abes2 berdenyut.....
tetiba
buzz!!window yahoo messenger yang memang sengaja dibiarkan terbuka.. menyala2..
menandakan ade makhluk yang telah menyapa..

sengaje dibiarkan seketika...memikirkan mungkin sekadar gurauan tangan2 yang memang tak leh kalau tak buzz orang laen..huh?
then...terpapar mesej.

"salam"

"fais...ko kne tolong aku.."

"really need ur advice n help rite now"

aduii....macam penting la pulak bunyinye...nak tak nak...kena la jugak mnjawab..

"wslm"

"pe jd?"

sekadar membalas dengan ringkas kerana perasaan ingin tahu itu di'compensate' dengan kepala yang btul2 tgh keberatan..

borak punye borak...tanye punye tanye...
tup..tup....barulaa ku paham kenape laa 'de' nii beriya-iya sangat bunyinya nk tegur..
rupanya 'de' ni dalam mushkilah kabiir bak kate orang arab...
masalahnya ini bukan masalah besar......tapi betul2 besar...hihi.
cukup untuk membuatkan ku yang mendengar ini....bertambah2 lagi kepeningannya.
uhuk2!!
aiyaaa...

pe yang masalah sebenarnya skarang????
rupa2nya....'de' ni yang merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan(identiti dirahsiakan) yang sememangnya merupakan salah seorang yang boleh dikatakan sahabat agak lame laa.
telah menerima suatu undangan walimah.....
so what??
bukan walimah untuk orang laen...tetapi undangan untuk walimah sendiri.
senang cakap ade orang nak propose laa.

menurut cerita yang telah disampaikan dari tuan punya badan...
ade seorang ikhwah yang telah meluahkan segala isi hati perut dan segala macam isi lagi kepadanya..
menyatakan bahawa mahu meng'cop' de nii sebagai bakal isterinya...(eh...bley men cop2 lak..)
dah stat macam tu...maka haru lah jadinya si tuan punya badan tuu..
menjadi serba tak kena..
mndi tak basah..
tidur tak lena..
makan tak kenyang(pose laa)....niii sy yg tmbh sendiri la.haha.

maka alkesahnya telah diadukan dengan bakal doktor ni(me laa) knonnya doktor bab hati dan perasaan laa...adesss..
eh2...bukannye mahu berlagak sebagai seorang pro disini....
takde pengalaman pun dalam bab2 begini...bukannya sudah menjadi tunang orang, jauh lagi menjadi suami orang...
tapi cuba untuk sekadar menjawab atas kapasiti sebagai seorang sahabat yang telah diberi kepercayaan untuk mendengar keluhan dan diminta pendapat serta nasehat..

Ape yang patut dicakapkn ye???
Kelu+gagap+terketar juga tangan mahu menaipkan sesuatu...
iye laa...dah namenye pn amatur lagi dalam bab2 begini..
tengah duk pening2 tuu....teringat laa sy ini dengan sebuah buku yang berjudul "Aku terima nikahnya" karangan Ustz Hasrizal@Abu Saif.

Bab2 begini...."JANGAN TERGESA-GESA DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH" katanya di dalam buku tersebut.
what more can i say??
huh!..
buntu....buntu....
jika sebelum ini diminta nasehat mengenai hal2 laen....insyaAllah masih boleh untuk berkongsi sebarang dua nasihat dan pesanan....tapi berat untuk kali ini.
tapi mungkin ada dikalangan pembaca2 sekalian yang lebih arif ataupun mempunyai sebarang pendapat untuk diutarakan mengenai hal ini.....dipersilakan~

Apabila ditanya sendiri kepada tuan punya badan adakah sudah bersedia???
kerana segalanya ku rasakan atas kesanggupan tuan punya badan tu sendiri jugak laa..

ktenye..
'agak2 la jugak sebab study pon blom abes lagi...bajet nak tnggu laa sampai 3rd year ke pe..'

tp tmbahnye lagi yang si ikhwah itu pn bersungguh-sungguh dalam membuat 'tawaran' itu..
antara dialog yang dikatakannya 'aku betul2 siyes nii..'....'ak da pilih masak2 ko sebagai calon isteri aku'...(lbey kurang gtu laa...setelah di author semula)
oo...parah2..kesian jugak aku mengingatkan member ini seorang yang dalam dilema untuk membuat keputusan terbaik buat masa sekarang..

Ini belum diambil kira dari pihak keluarga pula....ape respon mereka...terutamanya dari mak dan ayah??
memang tak dapat ku bayang macam mana situasinya itu....dan memang kalu bley tak nak bayang.

bunyinya macam teruk sangat kah??uhuk2.
sehingga sekarang...daku pun masih tidak memberikan sebarang respon secara betul2 sebab nak settlekan dulu ape2 yang memeningkan kepala ini..
biarlah respon yang diberi nanti betul2 datang dari akal yang waras dan sehat walafiat....bukannya repekan atau rapuan yang ntah ape2.
hurmm...respon??fikir...fikir..


kisah ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar salah satu dari bermacam2 lagi kisah2 yang berlaku terhadap insan2 disekeliling ku...menambah koleksi2 asam garam kehidupan diri.
mungkin untuk kali ini bukan diri nii yang menjadi subjeknya....tetapi manalah diketahui sekiranya di waktu2 hadapan berdepan dengan situasi yang hampir sama kn??kn?


wallahua'lam...

*masih mahu melelapkan mata barang seketika*dah nak sahur laaa!!

Wednesday, July 30, 2008

::kejayaan yang tertangguh???!!!::

assalamualaikum..

dengan keizinanNya...dapat lagi untuk menulis untuk kali ini...
hurmm...alhamdulillah..diberi kemudahan untuk lbey mdah mengupdatekn blog dgn adanya wireless di rumah baru..
mahu dikatakan kemudahan...mm..tak jgak...kepayahan pon ade gak laa(da tak jadi nak wat keje laen...asek mengadap laptop aje...uhuk2)

walopon umah mengadap betol2 dengan masjid...namun amat mencabar untuk berulang alik ke masjid setiap waktu...urghh..lemahnya diri ini.
dibelenggu internet...dan faktor umah yg berada at the top of the world(6th floor without lift)...huhu.
moga terus diberi kekuatan dan istiqamah...amiinn..


::kejayaan yang tertangguh???!!!::...tajuk entry kali ni..
bersempena dengan natijah yang baru sahaja keluar untuk pelajar2 tahun satu kasr el-ainy medical school, Cairo University...syabas diucapkan untuk yang berjaya dan yang kurang berjaya jangan berputus asa...try ur best in dhur thani...
penulis sendiri pn bukanla tergolongan dalam golongan yang berjaya...cuma alhamdulillah cukup2 makan sahaja(ceaa...ayt bese..haha)
apabila melihatkan result yang tidak berapa baik baru2 ini....terdengar mulut2 yang menyebutkan..

"alaaaa...bese r tuh, first time.."

"soklan yang susah laa...killer.."


dan macam2 lagi..
tapi yang paling best...apabila ada mendengar komen dari seorang yang dianggap mentor..

"ini mungkinlaa kejayaan yang tertangguh..."


ayat2 yang benar2 membakar semangat agar tidak berputus asa...untuk diriku dan juga sahabat2 sekalian..
mungkin ada yang berkata..

" tu suma sekadar nak menyedapkan hati jek"


then, xde salahnya kalau pn sekadar nak sedapkan hati kn??!!
bukankah baek untuk menyedapkan hati orang yang dalam gundah gulana??...take it positive!!
alaa kulli hal, terpulang kepada kita untuk mentafsir dan menghadamnya..jika baik..maka baiklaa..
seorang yang hebat adalah seorang yang tidak berputus asa bahkan dengan rahmat Allah itu juga...
walaupun diri menanggung dosa bergunung..tetapi sesungguhnya keampunan Allah itu sangat luas!
menjadi hamba...tidak pernah mungkin lari dari melakukan dosa....
cma adakah kita yang betul2 mahu mendapatkan keampunan itu??!!


ini boleh dipraktikkan dalam isu tadi...peluang untuk kita berjaya itu masih terbuka luas...gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama2nya..
cma adakah kita yang bersedia untuk memperbaiki kelemahan diri??
nasihat ini bukan laa untuk orang laen sahaja...tetapi kembali juga kembali diri sendiri yang lemah ini..
come on!!wake up!!faissssssssss....


Kadang kala...Allah hilangkan mentari... Kemudian diturunkan hujan...disertai kilat dan petir.. Puas kita menangis...mencari ke mana hilangnya sinar.. Rupa2nya Allah mahu menghadiahkan pelangi yang indah.. bersabarlah wahai manusia.. Ada kemanisan disebalik kepahitan..









kepada sahabat2 yang akan pulang untuk dhur thani.....
cepat2 dapatkan kejayaan yang tertangguh itu agar dapatlaa kita sama2 untuk beraya di bumi anbia' ini lagi nanti...bittaufik wannajah..insyaAllah.




p/s: harap maaf...entry ini sepatutnya dipostkan sudah lama sebelum ini tetapi oleh kerana telah hilang buat seketika, maka terpaksa ditangguhkan...kredit untuk cik radin kerana telah membantu menemui semula entry yang ilang ini..peace~