Pages

Showing posts with label self-reminder. Show all posts
Showing posts with label self-reminder. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Aku, Kau, Kita HAMBA

Pernah naik roller coaster?

Aku?

Tak pernah. Dan tidak merancang untuk naik lagi setakat ini.
Kalau nak cabar aku, jangan cabar naik itu. Cabar makan nasi ayam ke makan cokelat ke ok jugak. InsyaAllah aku terima cabaran dengan rela hati. Kenyang pun kenyang.

Roller coaster itu kalau mendatar aje tak dipanggil roller coaster tapi boleh dipanggil keretapi mini kot? Tetapi disebabkan turun , naik, pusing , lingkup ,tunggang terbaliknye ia dinamakan sedemikian.

Begitu perumpamaan untuk salah satu nikmat yang moga-moga kita masih dapat merasainya...IMAN.

roller coaster = turun naik, pusing-pusing
iman = turun naik, kadang-kadang statik
maka, roller coaster = iman  ??

err....XD

Hamba

Macam skrip cerita dulu-dulu kala.
"Tuan hamba jangan bermuram durja.blablabla"

oh, hamba tidak bermaksud begitu.
'Hamba' yang hamba nak disebutkan ini yang lain. Sebenar-benar hamba. Hamba kepada Si Pencipta. Yang Maha Hebat.
Hamba itu adalah kita. Kita adalah hamba itu. Samada sedar atau tidak. Kerana kita yang dicipta. Hidup berlantaikan bumi Allah berbumbungkan langit milik Allah, menghirup oksigen Allah. Segala-galanya milik Allah.

Tapi selaku hamba, adakah kita bersifat dengan sifat-sifat hamba?


Macam mana untuk kita mengaplikasikan sifat ubudiyyah itu?
Sifat-sifat ubudiyyah itu salah satu boleh diterjemahkan dalam bentuk amal soleh.


Iman, amal soleh

Iman yang disertai amal soleh dalam diri seorang muslim itu ibarat seperti pokok yang berbuah-buah.

Ya.Pokok dan buah. Macam durian, rambutan, manggis dan segala macam pokok yang berbuah-buah itu.

Sebagaimana pokok perlu dijaga, disiram dan disemai, untuk memastikannya terus hidup, begitulah juga dengan iman. Perlu dijaga dan dipelihara agar terus hidup dan tidak hilang dari jiwa seseorang muslim.

Apabila pokoknya dijaga dengan baik, dapatlah menghasilkan durian  buah yang baik juga kan?Begitu juga keadaan iman dan tauhid yang kukuh dan subur dalam diri seorang muslim.
Iman dan tauhid yang subur akan membuahkan amal-amal soleh pada diri individu Muslim.


Tapi apakah baja-baja organik dan sintetik yang perlu seorang Muslim itu telan untuk menyuburkan pokok Iman dan sifat ubudiyyah itu?

1.Zikir

Ingat lah Allah dalam setiap masa dan keadaan. Zikir itu ada am dan khasnya. Bukan hanya perlu pegang tasbih untuk zikir. Malah ketaatan pada Allah juga termasuk sekali dalam apa jua keadaan.

Berkata Ustaz Said Hawwa :
Zikir itu adalah perkara yang menghidupkan hati
Mafhum dari sabda Rasulullah SAW..
perumpamaan orang berzikir dan yang tidak berzikir sama seperti perbezaan orang yang hidup dan mati 
Agak-agaknya kita hidup dan 'hidup' ke hidup tapi 'mati' ?
Oh, kenapa aku rasa macam makan cili...pedass...pedassss.uuh


2.Ilmu

Memetik lagi kata-kata Ustaz Said Hawwa:

Sebahagian besar dari orang Islam yang terlibat dan menisbahkan diri mereka kepada gerakan Islan dan dakwah , kemudian mengambil beberapa fikrah am gerakan-gerakan tersebut dan sebahagian ilmu, timbul dalam diri mereka perasaan cukup dan berpada(dengan apa yang telah diperolehi).


Jom kita minta dan doa-doa selalu Ya Allah, tambahkan pada diri kami akan ilmu.


3.Membantu Rasulullah SAW

Eh?macam mana nak bantu?
Dah la berlainan masa bukannya sehari dua, tapi beribu tahun lamanya. Lama tuuu..

Oh, boleh aje. Jom tengok apa yang boleh dibantu.
- Segala bentuk jihad (tuntut ilmu pun jihad)
- Amar makruf nahi mungkar
- Membantu perjalanan dan penyebaran ilmu dan pusat pengajian Islam
- Mempertahankan Islam
- Peperangan sekiranya perlu

Dan banyak lagi cara-cara yang boleh kita bantu. Cumanya nak atau tak?

4.Infaq

Petik lagi (berapa banyak petik daa) kata-kata Ustaz Said Hawwa:

"Infaq adalah makanan dan air yang akan menyuburkan hati"

Hati umpama kapal. Dunia umpama laut. Sudah menjadi sinonim kapal itu apabila dikaitkan dengan laut. Iye lah, kapal itu kan belayar di tengah laut. Tiada masalah untuk kapal dan laut itu untuk berada sekali tetapi menjadi masalah apabila air laut itu masuk ke dalam kapal. Lama kelamaan kapal makin tenggelam..tenggelam...dan kemudian karam.

Infaq inilah yang menjalankan mekanisme mengeluarkan air dari dalam kapal sehingga kapal kembali mampu untuk belayar dengan selamatnya di tengah laut yang ada gelora-gelora.


p/s : Beruntungnya mereka yang merasa sedih dengan keburukan yang pernah mereka lakukan dan cuba untuk berubah itu. Allah sampaikan berita gembira untuk kamu. Bukti yang iman masih berpaut erat dengan hati. Bergembiralah!Jauh nya nak banding dengan diri aku.

Jom perbaiki diri jadi HAMBA yang lebih baik!

Tuesday, January 26, 2010

sembahyang...sembah-Nya..




rasa yg patut ada waktu kita sembahyang


Waktu bersembahyang jangan hanya dirikan fizikal
Yang tidak ada perasaan
Dirikan hatimu hingga terasa hebat di hadapan Tuhan
Setidak-tidaknya engkau sedar
Tuhan memerhatikan..

Monday, October 26, 2009

Ikan atau pokok??




Alkesah...
Seorang sahabat mamat ni dengan penuh semangat cintakan fauna nye ingin memelihara ikan.(nama dirahsiakan....bukan ahli beit aku)

>Menda ape yang boleh pelihara tapi tak keluarkan tahi ek???ikan ni kalo bagi makan pun asek berak aje. Kejap aje da kotor air.

uish..




>ko ternak pokok aje aa....da malas sangat nak cuci tahi memanjang je.
ko ternak pokok pun untung gak....ko bagi de baje tahi(organik) sekali pun, tetap de idup dan keluarkan hasil utk ko. 





Teringat pula satu alkesah laen antara seorang jahil dan orang alim yang sememangnya berlaku dalam kehidupan nyata kita ini..

>apa ko ingat ko baek sangat ke pakai serban atas kepala???
ko ingat ko bijak ke ape haaa???
*nada menengking*

Friday, October 9, 2009

A.M.A.N.A.H

Alhamdulillah....alhamdulillah....alhamdulillah.


Segala pujian kepada Allah.....hari ini dapat celikkan mata dari lena dan dapat tarik hembus nafas kelegaan.
kenapa?


Setahun yang dirasakan amat panjang...hari demi hari dilalui dengan harapan agar masih mampu bertahan. Amanah yang diletakkan dipundak terase sangat berat untuk dibawa ke sana ke mari. Sampai kekadang terasa seperti mahu terjatuh menyembah ke bumi. Dengan hanya berbekalkan doa2 dan suntikan semangat dari sumber2 tertentu dapat terus menggagahkan lagi untuk terus melangkah hingga ke hari ini.

Kerana aku hanyalah seperti budak yang baru sahaja belajar untuk merangkak tetapi tiba2 disuruh untuk bingkas bangun dan berlari. Tetapi betul juga, sampai bila asyik mahu merangkak?sedangkan keadaan sekarang menuntut aku untuk mampu lebih dari itu.

Ooh,sekali lagi hikmah menjadi watak dalam cerita ini. Dalam mana2 kisah sekali pun tentu sekali ada hikmah yang menanti untuk memunculkan diri. Sekadar menanti untuk diterokai.
Dalam hal ini, dalam usaha untuk berlari walaupun mungkin tak berjaya, tetapi tanpa sedar mungkin sudah dapat berdiri at least.hoo yeaaa...

A.M.A.N.A.H
Ya!amanah yang itu. Macam nama kelas aku ketika darjah 6 (6 AMANAH). Ia suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Di dunia ini tempat untuk kita menanggung 'amanah' yang itu dan di akhirat nanti akan kita jawab persoalan 'amanah' yang itu juga.
untuk calon2 yang sudah dipilih bakal menyambung amanah-->SELAMAT BERTUGAS!!!

Sunday, June 14, 2009

alhamdulillah....lebih baik.

Alhamdulillah....semalam berpeluang juga untuk menjejakkan kaki ke dalam wad ICU di Hospital Faransawi KasrEl Ainy.
kenapa lambat pergi lawat??
padahal hospitalnye beberapa depa tak jauh sahaja kt depan rumah nii..

kalau diikutkan hati dan perasaan...mahu aje pergi lawat terus sebaik sahaja dapat tahu bahawa diorang berdua(Aman dan Eckm) dipindahkan ke hospital di hadapan rumah ini..
tetapi setelah difikir2 balik.....rasionalnya...lebih baik jika diberi peluang kepada mereka yang terdekat dengan mereka untuk pergi menjengah terlebih dahulu...

wajah2 yang sangat dinanti2kan untuk ditatap oleh mereka berdua..
wajah2 yang mampu memberi push up semangat kepada mereka untuk melawan kesakitan yang mereka hadapi sekarang..

lebih2 lagi dengan kehadirannya ibu bapa Eckm dari Malaysia baru2 ini..sudah tentunya memberi lebih suntikan semangat..

Alhamdulillah juga....keadaan mereka bertambah baik..
ameen ya rabb...
Engkau lah Maha Mendengar rintihan hamba2mu ini yang tidak putus2 mendoakan untuk sahabat2 mereka yang ditimpa ujian ini...
bukannya kami ini mempunyai pertalian darah....bahkan pertalian yang lebih erat dari itu....pertalian UKHUWWAH.

pertama kalinya aku dapat melihat muka Aman setelah kemalangan itu(Eckm xsmpat nak tengok sbb sedang dirawat ketika lawatan)...
terdetikdi hati...ya Allah....bukanlah mudah ujian yang Engkau timpakan ke atas hambaMu ini..belum tentu mampu jika diturunkan ke atsku..
tetapi aku tidak boleh lemah....sebab mereka sedang berjuang....dan aku juga harus menyumbang kekuatan kepada mereka.

tidak banyak yang diperkatakan ketika lawatan singkat semalam...dek kerana keadaan Aman yang tidak membenarkannya untuk bercakap2 panjang....
lagipun sudah sememangnya adab menziarahi pesakit untuk tidak banyak bertanya sehingga menimbulkan ketidak selesaan kepada pesakit....hanya kata2 semangat yang disampaikan.

sejak dari hari pertama untuk lawatan dibuka....sememangnya tidak putus2 sahabat yang datang untuk memberikan semangat....dari seluruh pelusuk Kaherah ini..
sehinggakan semua staff di hospital ma'ruf jika kelihatan susuk tubuh orang2 Asia ini di hospital, tentunya mereka akan terus menunjukkan ke arah wad ICU(tempat eckm dan aman).

mereka sedang diuji dengan ujian kesakitan....banyak membuatkan aku berfikir ..
dari Muaz bin Jabal ra, "Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan suatu bencana, Dia berkata kepada (Malaikat) pencatat amalan buruk, "Hapuskan catatan daripadanya.dan berkata kepada pencatat amal baik,"Tuliskan untuk hambaKu yang lebih baik dari apa yang dia perbuat."

dalam sebuah hadis..
Nabi SAW turut bersabda..
"Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua malaikat kepadanya, seraya berkata, "Lihatlah kalian apa kata hambaKu."
Jika dia berkata 'Alhadulillah', maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, "Aku berjanji untuk hambaKu.Jika aku mematikannya, kumasukkan dia ke Syurga.Dan jika aku menyembuhnya, Ku ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik dari darahnya.Dan aku hapuskan pula keburukannya."

maka, apakah yang lebih benar melainkan janji2 Allah??

moga dibersihkan hati ini dari segala kehitaman maksiat dan kemungkaran....dan diberi sinar hidayahMu ya Allah..hambaMu ini banyak berdosa....

sekian...

Friday, June 12, 2009

hilangnya satu permata bersinar~

*malam sebelom exam oral anatomy*

dini: mg tau dop ade dak 3rd year accident??
ak:eh, ye ke??bpe org?
dini: 5 orang

bla....bla....bla..

tgh menyibukkan diri dgn buku2 oral anatomy....inilah permulaannya berita ini sampai ke ak.
hati rasa xsedap....tapi saje pikir dalam kepala...
'insyaAllah xde ape2...accident bese2 aje kot'

*di pagi exam oral anatomy*

trbaca ini...


Dengan namaMu ya Allah, yang nyawaku sentiasa di dalam genggamanNya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)
- telah pulang ke Rahmatullah

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!

Setakat itu maklumat yang diterima daripada presiden PERUBATAN, Ahmad Wafi Arshad dan beberapa wakil yang masih berada di sana. Maklumat terkini insyaAllah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Wassalam.

Al Faqir ilAllah,

Mohamad Ashraf Mohamad Isa
Timbalan Presiden I
PERUBATAN

SUMBER: http://perubatan.org/


innalillahiwainnailaihiraaji'uun..
ya Allah....
.....
.....
hebat perancanganMu....dalam sekelip mata....tanpa disangka2.
seperti baru sahaja duduk bersama mengerah tenaga untuk International Day bru2 ini.

benar lah janji2 Allah....apabila telah datangnya maut itu, tidak akan dilambatkan walau sesaat atau diawalkan..

alhamdulillah, arwah pergi dalam keadaan baik....dengan kalimah mulia.

kali ini Allah mahu memperingatkan aku lagi.....tetapi dengan peringatan yang perit..

wahai jiwa hamba,tidak sedar2 lagikah dengan lamunan2 mainan dunia nii???sesudah peringatan demi peringatan yang sampai...
leka untuk memuaskan diri sendiri....ini tak cukup, itu tak cukup.
ape yang kita sedang kumpul atau kerjakan ini sekarang???berbaloikah untuk dijadikan bekalan ke 'sana' nanti???
berapa ramai lg yang perlu berkorban untuk menyedarkan diri ini,kamu...kita??

sebak.... bila menerima mesej2 dari ID yahoo messenger kepunyaan arwah ammar....walaupun ID yang sama tetapi mesejnya bukan lagi oleh empunya asal yang telah pergi mengadapNya.mesej2 telah dikirm oleh Ummu Ammar....

ammar zul: Asslamualaikum,bangunlah wahai mujahid dan mujahidah teruskan perjuangan ammar mudah-mudahan ALLAH menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada ISLAM dalam rangka untuk mendidik dan berbakti
ammar zul: daripada UMMU AMMAR....sekian wassalam(mesej ym dikirim oleh Ummu Ammar)

hati terkedu.....dengan ketabahan seorang wanita bergelar ibu ini..ibu mana yang tidak sayangkan anaknya.
tetapi satu yang ku kagumi....dikala kami semua sahabat handai terasa perit dengan pemergian ammar, sebaliknya yang berlaku apabila Ummu Ammar sendiri yang memberikan kata2 semangat untuk kami ini sekalian....

terjumpa perbualan ini ketika mmbelek2 archive mesej ym ku...perbualan ini adalah sekitar seminggu sebelum berlangsungnya International Day di universiti.

ammar zul: ade ape2 masalah lg x?
ammar zul: tul kaminyer turn kul 4 -6?
faisazli: insyaAllah
faisazli: stkt ni xde la rsenye
ammar zul: nak maklum kt sumer duta ni?
ammar zul: nak maklum kt sumer duta ni
ammar zul: tul kaminyer turn kul 4 -6?
ammar zul: ana nk bgtau kt kwn2 ana yg bertugas
ammar zul: no hal
ammar zul: ana kerah dak2 pompuan batch ana
ammar zul: he3
ammar zul: ok
ammar zul: kirenyer gini
ammar zul: batch ana n ke atas
ammar zul: akan bertugas
ammar zul: dr kul 4 -6
ammar zul: pas2
ammar zul: klu sapa2 yg lapang leh dtg awal menolong
ammar zul: gitu?
faisazli: jap ea..ammar
ammar zul: oo
faisazli: haa...btol3
faisazli: gtu laa
faisazli: xkesah kalau ramai yg nk mnolong
faisazli: meriahkn booth kte
faisazli: hihi
ammar zul:
ammar zul: i-Allah
ammar zul: tima kaseh la jasa nta
ammar zul: memudahkan byk keje kwn2 kite lain
faisazli: huhu
faisazli: ana wat stkt mmpu je...
ammar zul: moga Allah balas yg lbh baik utk nta
ammar zul: stadi paiz yer
ammar zul: jgn pening2 sgt
faisazli: ameen...
faisazli: waiyyaka
faisazli: insyaAllah

perbualan ini ketika ak mengadu tentang masalah2 persiapan International Day.
tutur katanya....sentiasa menenangkan hati yang resah walaupun dilanda pelbagai masalah sepanjang menguruskan persiapan demi persiapan....
tidak lekang dengan kata2 semangat. mengajar ku untuk tidak cepat melatah.

Ammar, nta telah dapat kmenangan yang telah dijanjikanNya lebih dahulu dari ana dan sahabat2 semua disini...kerana apabila seseorang itu keluar di jalan Allah maka baginya tiada kekalahan melainkan 2 kemenangan.......SYAHID fisabilillah atau tertegaknya ISLAM itu sendiri.

cukuplah....
pemergian nta bukan lagi untuk ditangisi....tetapi sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang dan peringatan keras untuk diri yang hanyut serta leka ini....pemergian nta bukanlah satu perpisahan tetapi menyiapkan pertemuan yang kekal abadi.

marilah kita terus bernafas dalam jiwa hamba.....selagi masih punya masa~

-AMMAR-
"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat."

moga tenang rohmu bersama para solihiin...di syurga yang penuh nikmat.


sedikit gambar2 ketika majlis solat jenazah allahyarham Ammar Zulkifli di ARMA.







Allahummaghfirlahu..warhamhu...wa'afihi..wa'fuanhu.....

Al fatihah

................

p/s:sama2 mendoakan kesihatan dan keselamatan 4 lagi sahabat2 yang turut sama terbabit dalam kemalangan tersebut.........yakinlah pertolongan Allah S.W.T bersama kalian.

Wednesday, April 1, 2009

bersediakah ak?kita?

dalam kegelapan malam....saat semua orang sudah melelapkan mata masing2..
seorang sahabat bertanya..
"eh.....macam mana rasenye mati ek??"

tergamam ak apabila ditanyakan ttiba2 ditanyakan soalan begini...tidak pernah pula terfikirkan jawapannya itu..
siapa yang bole jawab??
persoalan yang tiada siapa tahu jawapannya.....melainkan mereka2 yang telah 'pergi' dahulu sebelum diri ini.

"............................"
ini lah bait2 jawapan yang ak beri sebagai balasan kepada soalan itu.
awal2nye....mata yang sudah terasa mengantuk ini..
skang sudah hilang mengantuknya...
terkebil2....dipejam pun xmau lena..

"uii...takutnyaa aku nak mati"tambah sahabat ini lagi..

ya...bergetar hati ini!takut?
bimbang kerana sedikitnya amalan yang mampu ku bawa....
bimbang mungkinkah bekalan ini akan habis dipertengahan jalan..tanpa sempat sampai ke destinasi.


SETIAP YANG HIDUP ITU PASTI AKAN MATI

semua orang tahu kenyataan yang tidak dapat diubah ini..
lari aje walau ke mana..
ke puncak tertinggi.......atau ke lembah terdalam..
ajal itu tetap akan datang apabila sudah sampai waktunya..

"anta kena ingat..
orang2 yang beriman dan berpegang teguh dengan agama Allah ini....tidak akan runsing dengan ugutan2 mahupun halangan2 yang mendatang sewaktu menegakkan yang hak...kerana dia tahu bahawa walau macam mana pun orang berbuat kepadanya.....rezeki...hidup matinya...telah ditetapkan dan tidak akan bertambah atau berkurang walau sesaat."

pesan seorang ustaz yang juga sahabat..memperingatkan aku.

terfikir juga....bagaimanakah pengakhiran diri ini nanti??adakah baik atau sebaliknya(naudzubillah min zalik)??


"wallahu taala a'lam..."

"nak tak nak nanti kita tetap akan rasa.."ak membalas.

terbayang2 akan kisah ketika saat2 akhir kehidupan seorang insan termulia...penghulu segala rasul dan nabi.

betapa peritnya sakaratul maut itu....saat Izrail yang disifatkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai penghapus kenikmatan sementara,pemisah pertemuan di dunia......datang menjemput.
tiada lagi bertangguh..

layakkah kita untuk bertanyakan....apa hakku di hadapan Allah nanti??
layakkah kita....mengaku sebagai umat nabi kekasih Allah?
layakkah..?layakkah..?

Ya Allah...kau jika Kau takdirkan aku hidup,maka hidupkanlah aku dalam kemuliaan redhaMu...patuh dengan perintahMu..jauh dari segala maksiat dan dosa2....tapi jika Kau tadirkan aku mati, maka matikanlah aku dengan husnul khatimah....hamba ini sesungguhnya sangat hina dan lemah.

al fatihah untuk roh2 orang beriman yang telah pergi terdahulu..

Monday, March 30, 2009

fikir2 sejenak~

Selesai sembahyang maghrib..
duduk2 sekejap di masjid...
wirid disambung istighfar...diulang2..

hati ku rasa setenang-tenangnya.....aman damai dalam hiruk pikuk di tengah kota Kaherah nii.
mungkin kah barakahnya berada di dalam rumah Allah ini.
ingin sekali ku simpan perasaan begini....biar sentiasa bersemat di dalam diri...walau dimana dan bila2 sahaja aku berada.

Ya...
'berfikir sejenak itu lebih baik dari beribadah seribu tahun..'

duduk termenung di sudut masjid..sambil kepala dilapangkan dari segala masalah sehari-hari..
di sudut2 lain....pak cik2 arab ada yang khusyuk mengaji...ada yang masih bersolat..
ada yang bermuzakarah..dan ada juga yang duduk termenung(mungkin tgh fikir macam ape yg ku fikir agaknye..)

tidak jauh dibelakang tempat ku duduk...kedengaran sorang pak cik arab sedang membacakan alquran..
agak tinggi suaranya....

"ya hagg!lausamahta...fi haddi yusolli"
seorang anak muda menegur pak cik itu kerana bimbang bacaannya mengganggu jemaah kecil yang sedang solat.
dan tanpa berkata panjang, pak cik itu terus memperlahankan bacaannya tanda memahami teguran tersebut.

aku yang sedari tadi memerhati gelagat2 manusia di sekeliling...kagum seketika...kenapa e?
iye laa...normalnya kita selalu melihat yang tua menegur yang muda dan kekadang yang tua agak susah untuk menerima teguran golongn muda..
tetapi dalam kes ini...yg tua mahupn yang muda saling sanggup menegur dan ditegur...tidak wujudnya jurang pemisah antara usia.

mengintai jam....
'setengah jam lg nak isya' nii..'

fikiran melayang jauh lagi ketika mana menetap di masakin fustat dahulu...
waktu2 begini....sememangnya jami' syafii menjadi tempat wajib rehatkan minda..
ditambah pula dengan adenye syeikh ahmad redho..
mendengar celoteh2nya....dan satu hadis qudsi yang selalu diulang2nya kepada ku ini entah berapa puluh kali...sehingga melekat didalam kepala ini..

antara ayat2nya..(setelah ditranslatekan kepada ayt2 mudah)
"fawwaz....meh sini, ak mau bagitahu sesuatu kepada kau.."
"hadis ini adalah hadis qudsi..."bla...bla..bla...
sampai la abes dibacanya.....

sudah abes dibacanya....disuruh pulak ak ini mengulangnya berkali2...sampai lah lancar...fuhh!macam nak tasmi' qiraat..
gambar hiasan time kena 'pulun' ngn syeikh redho..;p


masakin fustat dalam kenangan~

dan kini....harus melangkah lagi menempuh mn2 tempat ak dicampakkan.
banyak lagi cabaran menunggu ak dihadapan..samada dalaman mahupun luaran.
ak kena kuat!kerana syaitan yang menanti2 peluang untuk melemahkanku tidak pernah rehat..
jika dalam peperangan menentang musyrikin...kita samada akan mendapat kemenangan atau jika ditakdir dikalahkn musuh...akan syahid dengan syurga dijanji Allah..
tetapi jika dalam peperangan menentang syaitan..tidak boleh tidak..kita mesti menang kerana jika kalah..murka Allah menanti...naudzubillah min zalik...


isya' da msuk...jalan dulu,,,,



Saturday, March 28, 2009

coretan saje2..

p/s : ini adalah 'junk entry' yang tiada ape faedah sgt pon....so,think twice before proceed.

hari ini hari sabtu..
genap seminggu sudah mylifecorner ni tutup kedai..
ape pasal??
ntah...xtentu pasal.
hajatnye mahu mengrenovatekan sumthing sket kt sini tapi tup...tup...gni jugak.

hurmm....banyak hal yang perlu difikir seminggu dua ini..
sampai terlupakan blog nih yang di'off'kn rupanya...uishh.

mengeluh???
eh...xade la...siapa ak nak mengeluh2 plk ni..
baru kena sikit...da nak give up ka?
moga-moga yang diusahakan membuahkan hasil hendaknya.
kita hanya mampu merancang dan Allah sahaja yang menentukan..

2 minggu latest ini ibarat kelas intensif bgiku..
bukan kelas ilmu medicine...
bukan juga kelas talaqqi...
tapi kelas ilmu kehidupan..

cukup untuk membuatkan aku terduduk memerah isi kepala ini....bagaimana itu?bagaimana ini?
kelas intensif mengenai kehidupan ini..ade banyak syllabusnye..
n one of them is......the wisdom of making the most very best decision(aiyyark...byk ayat penguatnye)
apabila berada di persimpangan simpang 2...atau simpang 3...atau round about..yang mana patut dipilih???

"sepatutnye ko kena buat macam ini!!"

macam mana nak tahu antara beribu pilihan yang ada.....which one is the 'sepatut'nya??
ish2....xpatut2~..bak kata Sudin Bujang Lapok.."impossible!!"


haaa...kepala yang kacau sket...
tapi xpe2...alhamdulillah..da lega pon..
en3 ini sekadar bertujuan untuk menyalurkan segala yang bertakung kt lubuk fikiran ke sni...biar kembali yang keruh menjadi jernih.

dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang~

sekian..

Friday, January 23, 2009

celoteh exam..bla~bla~


Hari: wednesday(21.01.2009)
subject:kertas Histologi
waktu:10:00a.m-11:00a.m

reminder:buat betul2....jawab pon biar betul...yang salah jangan dijawab.
target:nak pungut markah lbey kali nii.....;P



9:45 pagi

Baru mula nak bergerak dari rumah....++ perjalanan menaiki kenderaan awam untuk ke universiti(jalan kaki) so,estimate sampai ke dewan exam betul2 pkul 10 pagi. hurmmmm.....lewat kan???atau adakah punctual@menepati masa namenye tuh???

sememangnya dari awal2 lagi merancang untuk tidak pergi awal ke dewan exam tuh bagi mengelakkan suatu sindrom melanda diri nii....sindrom 'ITU TAK KENA DAN INI TAK KENA' .
sindromyang sering kali melanda di kala menghadapi exam....
berdasarkan pengalaman2 yang lepas....di kala mahu menjejak kaki ke dalam kawasan peperiksaan....sangatlaa menjadi kebiasaan di kalangan colleague2 nii untuk berbincang tentang subjek yang bakal di'exam'kan..

mumkin its ok bg mereka2 tersebut....tapi sangat la tidak ok bg ak!!!!!!!!!(well..masing2 ada cara tersendiri)
as long as tidak menjejaskan perjalanan exam..so, alternatif datang lewat ni mnjadi penyelesaiannya...;P

mana pelajar2 yang mahu memasuki zon peperiksaan mstilah melepasi gate yg dikawal rapi oleh bawwab(penjaga) dan polis pon ade kdg2 tuh..
dan sesampai aje kt gate tuh...rupa2nya gate telah ditutup....adesss.

"Ya Allah..haaa.....memang 'menjadi' la sangat skill datang lewat gni.."
"laen kali buat lagi!"

tapi sememangnya pertolongan Allah tak terduga....alashan(oleh kerana) ana nih student Malaysia agaknya...ammu(pak cik) bawwab tuh terus bukak balik gate tuh ble nmpak ana nih nk masuk...

"Mutashakkir awi ya hagg!!"(tenkiu sangat2 pak cik)

"bittaufik wannajah ya duktur..insyaAllah"(dengan taufik dan petunjuk wahai doc)

sememangnya masyarakat Arab yang tinggi budi bahasanya..
sejuk hati mendengarnye~~

alhamdulillah....dapat juga sampai ke dewan peperiksaan tepat pada masanya...amik tempat dan tanpa perlu menunggu lama sambil menahan debaran ,exam dimulakan.
BISMILLAH....


dalam keheningan dewan peperiksaan..

"ish2....aih...eiii..."
"fuhh...."

kedengaran sayup2....cbe nak tangkap dari mana dtangnya suara..
rpa2nya datang dari row sebelah nii.....si Brader John(bukan nama sebenar)..hoho....psycho2!!
*Brader John=antara pemegang rekod result mantap2@mumtaziin fi sanah illi faatt..

so....macam mana agaknye ni ye Abg John...betul ke xleh jawab???hehe..

begitu laa....sedikit sebanyak gelagat yang sempat dimuatkan untuk post kali ini(study pn xabes lg nii)...
yang menandakan kami semua student2 Malaysia second year sedang dalam fatrah imtihan...mid year exam.
namun, dalam kesibukan masing2 mengadap kitab2 medic siang dan malam...ghairah membuat persiapan untuk peperiksaan.....kekadang dimata ini hanya terbayangkan exam...exam...exam...

entah dimana silapnya......tetapi sebenarnya ia memberi impak yang besar kepada corak pembelajaran kita itu juga sendiri...
cuba kita lihat....

apabila belajar untuk exam..
"eh...yang nii tak bace lagi....yang ni pon xbace lgi.....adoiii...macam mane niii????abes laa..."

minda da di'set'kan begitu...maka proses penyerapan ilmu2 dari dalam buku juga akan terganggu dengan keadaan emosi yang kurang stabil.kita akan mudah rasa 'down' dan lebih parah putus harapan..

bukankah lebih bagus sekiranya kita 'tune'kan balik mind set kita agar menuju kepada saluran yang lebih baik...jika kita ingat bahawa sesungguhnya Allah tidak mengambil kira akan apa hasilnya tetapi sekadarmana usaha yang telah kita curahkan..

seperti kisah burung kecil yang membantu Nabi Ibrahim sewaktu dibakar....berulang alik membawakan air dalam paruhnya untuk memadamkan api tersebut..

maka, alangkah baiknya jika diri ini dapat menjadi seperti burung kecil itu...teruskan berusaha secara konsisten dan tidak akan wujud lagi istilah putus harapan dan jemu walau sesusah mana situasi yang dihadapi. Kita berusaha sedaya mungkin dan yang slebihnya bertawakkallah kepada Allah.



Jika difikirkan situasi yg sedang melanda saudara seakidah di Gaza.....mereka semua sedang berjihad menentang golongan kuffar Yahudi......dan menuntut ilmu itu juga suatu jihad....walaupun sangat jauh perbezaan secara relatifnya.
Mungkinkah bagi seorang pejuang untuk mengangkat bendera putih sebagai tanda menyerah kalah dan berputus harapan..???
Nikmat iman dan Islam itu tidakmungkin akan dapat dikecapi sekiranya orang2 yang terdahulu dari kita mempunyai attitude sperti itu..
mereka tersangatla tetap dan teguh atas platform mereka yang telah mereka pilih...dan bagi mereka tiada kekalahan melainkan 2 kemenangan....
kemenangan mengalahkan musuh2 mereka ataupun kemenangan syahid di jalan Allah.




Sekadar mahu mambangunkan diri ini yang ter'tidur'.


p/s:doakan agar dikurniakan ketenangan dalam diri ini...dan keberjayaan bersama dalam peperiksaan....dunia dan akhirat.
-untuk sahabat2 seperjuangan...bittaufik wannajah!!!!

coming up next-->anatomy wa biochemistry..


Saturday, December 6, 2008

patah kan tumbuh, HILANG adakah berganti??




Kehilanganmu sungguh bermakna...


Pada 3 Disember yang lalu jasadmu selamat ku semadikan...
kini tiada lagi penemanku yang sentiasa bersama in most of the time..

terkilan,
bukan kerana tinggi nilai harganya...
atau cantik rupa parasnya...
walaupun sentiasa menjadi tarikan mata yang memandang
tetapi kerana nilai sentimentalnya..
yang ku jaga dan pelihara selama perkelanaanku di bumi terasing ini..
tanda kepercayaan seorang yang aku hormati kepada diri ini.

.........

ops...entry hilang pulak la ye..
ape2 la ye..janji terisi ruang yg lompong ini..
dan bukanlah hilang pada hakikatnya....tetapi lebih kepada hilangnya peranan@ dengan kata yang lebih mudah ..rosak..

3 disember..

dipendekkan ctenye...

Al kesah....ak telah kehilangan sesuatu yang berharga buatku...apakah ia???
ia adalah barangan berharga pemberian abah
apakah yang signifikan mengenainya???sejurus sebelum diterbangkan ke Mesir ini..abah telah memberikan sebentuk cincinnya kepadaku..
Aku memang sangat menjaga pemberian tersebut...kerana sebelum2 ini pn pernah aje ku ade cincin sendiri tapi memang xleh lekat lame kt jari ni....asek nk ilang aje...huhu
pernah aje pemberian ini terjatuh sekali ketika menetap di fustat dulu.....menyebabkanku tidur tak lena, mandi tak basah laa duk pikir mne jatuhnya barang ni(???)....cari punya cari...satu kawasan fustat yang pernah aku lalui itu ku geledah balik........mencari....mencari....dan terus mencari...
hampir je rase macam....."aahhh, biarkan aje la...konpem da xjumpe nii"
tapi tup...tup....jumpe gak last2.nseb bek la.

Kali ini...da xleh nak berbuat ape2...memandangkan barangnya juga sudah 'broken'.....ape yang jadi???haaa....a minor incident..n i guess it's because of my fault...T_T.
redha dengan setiap apa terjadi...ada hikmahnya.

Ala kulli hal...bukannya entry ini untuk menceritakan perihal pemberian ini.....tetapi keHILANGan itu sendiri...
Kita jarang menghargai@mensyukuri sesuatu yang ada di hadapan mata.....tetapi mula terasa janggal setelah ia HILANG....setuju??

Berapa banyak juga yang diri sendiri ini bersyukur....
dengan waktu lapang yang ada sebelum datangnya sempit,
dengan kesihatan yang ada sebelum datangnya sakit,
dengan kesenangan sebelum datangnya susah,

dengan kekayaan sebelum datangnya miskin,
dengan hidup yang masih ada ini sebelum maut datang menjemput???

Hurmm...tetibe terfikir mengenai bab hilang ini bile terbaca suatu mesej ini yang ku terima melalui ym


-->disaat ibumu tidur, cuba kamu lihat matanya dan bayangkan matanya takkan terbuka untuk selamanya..
tangannya tak dapat hapuskan airmata mu dan tiada lagi nasihat yang sering kita abaikan..
bayangkan ibumu sudah tiada..apakah kamu cukup
membahagiakannya..
apakah kamu pernah berfikir bertapa besar pengorbanannya semenjak kamu berada di dalam perutnya...
katakan, "Mak, i love you mom"..ma, wa ai ni....mak, saya sayang mak".
Slame kte berjauhan ngn dorg,KalauLah kite diberi masa utk bsame mreke,spend la mase spnuhnye utk mreke,
sblum smenyer terlambat.luv ur only mak =D<--
gracias untuk sahabat2 yang meng'forward'kan mesej2 berguna seperti ini..membuka minda untuk fikir2.
salah satu contoh yang berguna untuk kita hargai sebelum ianya juga turut 'hilang'.

peluang yang ada sementara di dunia ini juga tidak boleh disia2kan dan dibiarkan hilang begitu sahaja....kerana inilah peluang yang julung2 kalinya dan hilangnya tidak lagi berganti...
tiada kedua mahupun ketiga..
sekalipn menangis air mata darah...tetap tidak dapat mengembalikan peluang ini andai sudah terlepasnya..
jika dimanfaatkan peluang ini....akan mendapat kegembiraan....eternal happiness
tapi jika tidak dimanfaatkan....you'll regret it...endless regret..
Berapa ramai manusia yang pada awalnya mendustakan segala perkhabaran mengenai Hari Pembalasan dan menjalani kehidupan di dunia ini seolah-olah dunia ini mereka yang punya!!tetapi apabila mereka dikembalikan@dibangkitkan nanti barulah mereka berkata....

"Sesungguhnya sekarang kami telah percaya akan segala perkhabaran2 dahulu itu"

dan mereka memohon untuk dikembalikan semula ke dunia untuk membetulkan kembali kesilapan2 lalu..
huh!!kelakarnya...mana mungkin lagi peluang itu datang buat kali kedua..

Masa yang lepas itu tinggal sejarahku...
dan yang akan datang hanya angan2ku...
sekarang adalah realiti bagiku.

hamba yang lemah ini tidak mampu mengubah apa2 yang telah lepas dan perkara di masa hadapan tak trcapai dek jangkauan....apa yang ada hanyalah saat dan ketika ini.
maka rancanglah dengan apa yang di tangan.


sama2 lah kita mengambil iktibar..


oh..ya sblum trlupa,tkziah juga kepada ex-school mate husna yang turut merasai kehilangan...ttp kehilangan sumthing yang lebih bernilai iaitu anak pertama beliau bersama Nik Faris.. moga jiwa kalian berdua tabah dan sabar...insyaAllah nama anak itu trmktub sbg slh seorang penghuni syurga Allah kerana sucinya dari dosa2.ameen.

p/s:Al-Fatihah untuk arwah..



gambar hiasan-->my broken ring!!huwaa.

Thursday, November 27, 2008

adoiii.....SAKITT!!!


".......by increasing pain threshold....the response toward pain will decrease but when pain is felt, its gonna be really severe..."

ak yang sedang khusyuk memerhatikan gerak geri gaya lecturer physioku....begitu dan begini..menerangkan setiap kalam patah perkataan yang keluar dari mulutnya tanpa habes2..huhu.

berkebetulan pula dengan subjek yang dipelajari kali ini iaitu pain sensation....membuatkan banyak menda yang bermain2 dalam benak kepalaku ini..
pain=sakit
sakit=pain

adakah sakit ini menyeronokkan???
adoii...
soalan yang pelik lagi menghairankan...
jika ditanya kepada sesiapa sahaja yang mumayyiz..mempunyai akal yang dapat berfungsi secara normalnya tentu sahaja akan menidakkan..

siapa yang mahukan sakit???
jika ianya hanya mendatangkan kesengsaraan...


hurmmm....
sengaje memerah otak ini untuk berfikir seketika mengenai perkara ini..
kenapa adanya sakit???
sebelum ini aku tidak pernah langsung walau terdetik mengenai ini..
ade macam2 sakit...
ade yang sakit hati...
ade yang sakit kepala..
ade yang sakit jiwa..
tak kurang juge yang buat2 sakit(for certain reason...eg..nk escape kls ke...haha)

bagaimana pula dengan orang yang menyakiti orang lain...dan orang yang disakiti??
seronokkah memberikan sesuatu yang menyeksakan ini kepada orang lain??
tidakkah cukup terseksa orang yang diberi penyeksaan ini??

mereka yang menyakiti tidak akan memahami sehingga mereka sendiri yang disakiti dan mereka yang disakiti berharap suatu masa nanti blsan yang setimpal utk yang menyakiti..

maka terciptalah suatu rantaian yang tidak tidak ketahuan di mana penghujungnya


'in syringomyelia disease..there will be thermoanesthesia..'

'waaa...mantap r orang yang kena mnde alah nii...takde rase sakit.kebal woo!!'

mencelah plak mmber sorang kt sebelah aku nii...

'hurmm...ape gunenye kebal ini jika pada akhirnya menyusahkan diri sendiri??'

ya!!ALLAH menciptakan sakit ini sebagai suatu mekanisme untuk kebaikan diri ini juga..
melindungi dari ancaman2 yang boleh memudaratkan tubuh badan...

cuba kita fikir2...
suatu hari...anda berjalan2 di tepi pantai yang indah....
menikmati angin yang sepoi2 bahasa...
sedang berjalan2....kaki anda terpijak duri yang extra large..
lalu menembusi segala fascia2 di kaki anda dan menyebabkan excessive bleeding..
dan anda....
terus sahaja berjalan seolah2 tiada suatu apa pun yg berlaku...
dengan hemorrhage di kaki anda yang terdedah dengan pelbagai jenis infection.
see....skarang anda akan lebih menghargai sakit itu...haha

'hadoii...ak masih di dalam lecture'(erk...jgn ditiru bab mengeluh ni...tak baek utk kesihatan..hehe)

'everyone have the same average of pain threshold but different in the reaction to the pain...'

jika ini dikaitkan dengan SOAL HATI..
ada yang digolongkan dalam berhati lembut dan berhati keras..
apa yang membezakan antara kedua ini??
kedua2nya ttp mempunyai tahap yang sama bila mana menghadapi rintangan demi rintangan...hati akan merasa susah.
tetapi berbeza dengan macam mn individu itu mengawal gelora hatinya..
orang yang lebih rendah threshold hatinya lebih mudah untuk meluahkan segalanya...tapi bg yang lebih tnggi thresholdnya.....
dipendam sedalam2...sehingga sehingga ke suatu tahap yang benar2 'memakan hati sendiri'..



"Bekunya air mata kerana KERASNYA HATI, Kerasnya hati kerana PANJANGNYA ANGAN-ANGAN, Panjangnya angan-angan kerana BANYAKNYA DOSA, Banyaknya dosa kerana CINTAKAN DUNIA!! -Imam AL-GHAZALI-"




'thats all for today...we'll meet again in the next lecture'....
dan tbe la masanya lecturer ak ini pn mnamatkan bait2 terakhirnya...hihi.



Ya ALLAH jinakkanlah hati ku ini dengan sentiasa menyebut namaMu..ameen.








Friday, August 29, 2008

CAHAYA diatas CAHAYA...

Alhamdulillah...segala jenis puji bagi Allah...tuhan sekalian alam.
dengan rahmat dan kurnianya kita masih dapat hidup dengan nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam.

nukilan kali ini dengan harapan dipermudahkan perjalananku untuk pulang kepangkal jalan...

beristiqamah..tetap, thabit dalam perjuangan menegakkan kebenaran

...segalanya bermula dengan membersihkan diri ini sendiri...




taubat seorang hamba-irsyadee ft hafiz hamidun..



Ya Allah..

aku mengadu...lemahnya daya upaya ku ini..
kurangnya amal ibadatku..
goyahnya keimananku..

Kepada siapa akan Kau serah diriku ini?
Adakah Engkau akan hanya melihat aku dari jauh dengan wajah yang masam?
tapi ku yakin Engkau sentiasa menolong hambaMu..
hanya kepada Mu aku menaruh harapan..
mohon dijauhkan kemurkaan dan digantikan keredhaan..
mengharapkan cahaya hidayahMu..
CAHAYA diatas CAHAYA.



(28 sya'ban 1429h)

Wednesday, August 27, 2008

renungan sejenak~

DUNIA...
yang merupakan jejambat untuk ke akhirat....
tidak dapat tidak...kita harus melalui alam dunia ini sebelum sampai ke alam yang selepasnya..
walaupun sesetengahnya hanyalah sementara cuma....sekadar satu kerlipan mata....ataupun mungkin langsung tidak sempat hendak mengerlipkan mata melihat alam penuh tipu daya ini. tiada yang kekal dan nyata di dunia ini melainkan di akhirat sana nanti.
namun, bagi yang sempat untuk merasa kehidupan dunia ini lebih lama sedikit mula dijangkiti dengan penya
kit WAHAN..





huh!!tatk
ala terasa diri ini kuat dan punya keyakinan mantap....seakan mahu beramal tanpa henti... tapi dikala diri lemah...mudah sahaja untuk tergelincir dari landasan yang sepatutnya...
ya!!sememangnya iman umat manusia ini 'yaziid wa yankus' tetapi sekadar mana kah pengurangan itu??
jika disandarkan pada angka....adakah mencapai paras NEGATIF??
Dalam kita bersukaria-ria....
sedar atau tidak???MAUT itu semakin menghampiri kita semua...

'la yasta'khiruuna saa'atan wala yastaqdimuun'.




semakin bertambah usia....semakin hampir kita kepada perhentian terakhir.
sekali kita menghembus nafas...belum tentu selepas ini kita akan masih berpeluang untuk menarik nafas untuk kesekian kalinya..
mungkinkah hembusan itu adalah yang terakhir??
sesaat kita masih hidup dan sesaat kemudian mungkin sudah tiada bagi kita.
alangkah ruginya jika dibazirkan setiap saat d
i dalam hidup ini..

memetik kata2 Tuan Guru Nik Abdul Aziz da
lam satu ceramahnya..

kita hidup ini diibarat seperti sebuah kenderaan yang sedang dihidupkan enjinnya....jika tidak digunakan untuk berkhidmat kepada tuannya dan dibiarkan tersadai...adalah satu kerugian kerana minyak tetap digunakan.

Ini diibaratkan kepada diri seorang manusia yang bergelar hamba yang merasakan sudah cukup baginya dengan tidak beramal tetapi tidak juga melakukan perkara2 larangan..

apakah dikira hidupnya didunia ini tidak menggunakan nikmat2 Allah??
sudah tentu jawapannya mustahil...dan ma
ka dengan itu, perlulah disyukuri nikmat2 itu..


ingat wahai diri!!brape banyak dosa yang telah kamu lakukan??!! sekadar mana sngatkah amal kebaikan yang telah kamu lakukan.
nukilan ini tidak lain dan tidak bukan.. mahu memperingatkan diri ini yang leka!hanyut!dibuai dengan indahnya perhiasan dunia ini..



Hanya Allah yang maha tahu betapa banyaknya berdosa diri kita ini...
moga dengan sebenar2 taubat dan dengan linangan air mata mampu membasuh segala kesilapan kita yang telah lalu..

Allahummaghfirlna zunuubana... waliwaalidaina warhamhuma kama rabbayaana soghirana..
walimua'llimiina wali jami'ie muslimina wa muslimat..
walmu'miniina walmu'minat..
al ahyaa' i minhum wal amwat..




-->orang yang paling bijak adalah yang sentiasa mengingati mati..

Friday, August 8, 2008

::SYA'BAN::


Pejam....celik....pejam...celik....

yaAllah....rupanya aku skarang sudah berada dalam bulan Sya'ban..

kenapa macam tiada zouq dalam diri nii...untuk mempergiatkan lagi amalan sedangkan bulan Sya'ban sudah pun menyapa untuk ke sekian kalinya??

Persoalan yang dilontarkan oleh al-fadhil Ustaz Sayed Kadir ketika di majlis pengajian kitab Nailul Raja' benar-benar seperti menyedarkan diri dari lamunan..

"Siapa tahu hari ini sudah berapa Sya'ban ?"
maka brmulalah episod tembak menembak..
"eishh...ana rase semalam 6 Sya'ban...so ri ni kalu dikira2 sepatutnya 7 laa"

"eh...bknlaa..ustaz, ana rase ari ni baru 6 Sya'ban kot"

Macam2 ijtihad yang telah dikeluarkan oleh 'ulama' mengenai tarikh bulan hijriah ini...dan yang pastinya memang kurang mengambil berat...uhuk2..
diri ini pn tidak terlepas untuk mengambil bahagian dalam sesi tembak menembak itu....segan pn ade rsenye dengan ustaz kerana ketidak'cakna'an dalam bab ini(huh!...pe nk jadi??)hiih..

Sememangnya sangat mudah melupakan bulan Sya'ban ini....
bulan Sya'ban ini diumpamakan sperti waktu diantara Maghrib dan Isya' yang mana manusia sangat mudah lalai pada waktu tersebut..lalai bererti lalai dari mengingati Allah dan melakukan amal ibadat...
dan pada waktu itu jugalah antara waktu yang paling afdhal untuk beribadat dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda..
dikala manusia berat mahu melakukan ibadat, saat itu juga lah merupakan waktu yang afdhal untuk beribadat..

Rasulallah pernah ditanya mengapa beliau melebihkan puasa sunat dalam bulan Sya'ban berbanding bulan2 yang lain..baginda bersabda.

Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.

(Hadis riwayat an-Nasaie)

Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina 'Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban.

( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )


Hurmmm....termenung seketika..............


Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

Rejab yang juga merupakan bulan Allah..Sya'ban bulan nabi junjungan besar Muhammad S.A.W dan Ramadhan pula adalah bulan untuk umat Muhammad.

Terdapat juga malam yang istimewa dalam bulan Sya'ban ini iaitu malam nisfu Sya'ban....
merupakan salah satu malam daripada empat malam yang istimewa untuk beribadat dan beramal kebajikan..
malam nisfu Sya'ban, malam pertama hari raya Aidilfitri, malam Arafah dan malam seribu bulan iaitu malam lailatul Qadar yang disembunyikan waktunya agar umat Muhammad berlumba2 untuk mendapatkannya dengan hati yang seikhlas mungkin.

hurmm...jika Rejab dimuliakan dengan Isra' mikrajnya...maka Sya'ban dengan malam nisfu Sya'ban dan Ramadhan pula dengan Lailatul Qadar.

InsyaAllah...kali ini malam nisfu Sya'ban akan jatuh seminggu lagi bermula dari hari ini..bersamaan 15 Ogos(jumaat malam Sabtu)..
haa..apa lagi yg ditunggu....bersama2 lah kita melebihkan ibadat pada malam tersebut.
jika selalunya pada wktu2 perayaan akan ada special offer atau Grand Sale...walaupun kadang2 kala pada hari pertama puasa lagi sudah ada promosi untuk hari raya...betapa mahu meraikan perayaan itu dan ramai orang berpakat2 menyerbu ke tmpat2 promosi kerana pelbagai tawaran menarik yang disediakan...
maka apa salahnya kalau kita anggapkan malam nisfu Sya'ban ini sebagai GRAND SALE ataupn PROMOSI untuk kita melakukan ibadat...kerana pd malam itu menjanjikan seribu satu macam
keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda..

Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta'ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya'ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.

( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )


dan pelbagai2 lagi kelebihan laen yg terdapat pd malam nisfu Sya'ban dan bulan Sya'ban itu sendiri....rugi yang teramat rasanya jika 'promosi' ini dibiar berlalu begitu sahaja..
Pelbagai cara untuk meraikan malam nisfu Sya'ban ini dan kebiasaannya amalan bacaan Yassin sebanyak 3 kali antara solat maghrib dan isya' dilakukan secara beramai2 di masjid dan surau ataupun individu di rumah..

"adakah ini sekadar suatu u'ruf ataupun adat masyarakat kita Melayu ataukah bidaah??"duga ustaz mahu menguji para pelajar ketika dalam majlis ilmu trsebut..
"sedangkan tiada nas yang menyebutkan tentang amalan ini" sambung ustaz lagi...

menambah lagi kekusutan di kepala...ooo...masalah fiqh...smemangnya merumitkan.
diam mmbisu sajelaaa kali ini...nak dijawab dibimbangi salah dengan ilmu cetek didada..
tetapi dalam hati tetap mahu mnjawab...."hurmm..mungkinkah adat..."
tersenyum ustaz melihat para pelajar yang kebingungan malah penulis sndiri yang menggaru kepala(ish..isyarat tidak tahu~..)

Kemudian dijelaskan bahawa bacaan Yassin sebanyak 3 kali itu bukanlah adat orang Melayu semata kerana turut diamalkan di sesetengah negara Islam lain...seperti Bumi Mesir ini sendiri.
tidaklah logik jika dikatakan adat Melayu telah membawa pengaruh ke Mesir ini...tetapi sebaliknya.
ianya juga bukanlah bidaah..kerana terjadinya bidaah ini apabila mengkhususkan sesuatu ibadat hanya pada malam tersebut...contohnya slt sunat malam nisfu Sya'ban.
mengnai tiada nas yang menyebutkan mengenai bacaan Yassin ini, dijelaskan bahawa ianya telah dimulakan oleh para tabi'in yang mula menghidupkn amalan di malam nisfu sya'ban...yang sebelumnya tiada di zaman Rasulallah dan para sahabat..
kemudiannya menjadi ikutan umat selepasnya...sehingga ke hari ini..

Kurangnya penghayatan dalam diri menjadikan kurang kepekaan dalam perkara2 sperti ini...turut di pengaruhi dengan suasana..
jika dahulunya disekolah...lagi2 disekolah agama sentiasa diingatkan tentang hari2 kebesaran Islam..lebih membakar semangat untuk beramal dengan bi'ah yang sentiasa terjaga..
tapi kini...keadaan lebih mencabar...tiada lagi peringatan yang bertali arus...sendiri membawa diri dengan bi'ah realiti(pahit+manis+masam+masin...dan...mcm2 lg).
moga kita terus beristiqamah dan kekal dalam golongan yang diberi petunjuk...amiiinn.

Allahumma barikna fii sya'ban...waballighna ramadhan..

JOM HEBOHKAN FESTIVAL SYA'BAN MENUJU RAMADHAN!!

info dipetik dari al fadhil ustaz Syed Kadir dan untuk mklumat tmbahan sila rujuk disini.

Saturday, August 2, 2008

ME...A MEDICAL STUDENT??

Panas sungguh bumi Mesir ini dipetang hari di musim panas...

hurmmm...terdetik dihati bagaimanakah keadaannya jika di kawasan pedalaman lagi dan di bumi barakah Mekah al-mukarramah..memandangkan suhu di bandar metropolitan Kaherah ini(eh..metropolitan??ye ke??hehe) adalah yang paling rendah berbanding tmpat2 tersebut....segalanya kerana Nil yang mengalir tanpa henti menyejukkan atmosfera bandar di Perlembahan Nil ini..

Hurmm...Sungai Nil...besar jasa engkau kt bandar nih...walopon semakin hari semakin banyak pencemaran engkau hadapi...

Cabang dr Sg Nil tenang mengalir di hadapan fakulti perubatan Cairo Uni


Hari ini di'sibuk'kan dengan laptop sepanjang hari...huu~.memandangkan tiada kerja laen yang perlu dilakukan untuk hari ini...maka beginilah jadinya.

erk..perancangan masa yang agak kelam kabut...

hurmm...tiba2 terasa rindu dengan buku2 medic yang telah agak lama disisihkan dari perhatian.
bercerai dengan laptop seketika..mencapai buku physiology first year yang telah khatam dalam semester lepas.....berusaha mengingati kembali pelajaran2 yang lepas...

'what are the substances that act as anti choline esterase enzymes??'

ermm...terdiam seketika...mahu memerah kembali saki baki yang masih tertinggal di dalam benak kepala ini.

'err...pro..pro....haa...prostigmine rse2nye...n DFp...'

baru diuji sedikit oleh diri sendiri pon sudah dirasakan payah..banyak lagi kelemahan disini..

Sudah memang menjadi lumrah apabila membaca buku(merujuk kepada diri sendiri)....
tidak sampai setengah jam...tiba-tiba mata terasa kabur...denyutan nadi semakin perlahan..kerlipan mata semakin lemah...(symptom mengantuk mula menyerang!!) dan jika tidak diatasi dengan segera...maka katil yang tidak bersalah bakal menjadi mangsa.
Yang pada akhirnya...buku hanya tinggal buku..
dan empunya hilang...bermimpi entah ke mana??

tetapi berlainan pula apabila membaca bahan2 bacaan laen seperti novel, komik(terutamanya) ...segala symptom2 itu tadi yang kebiasaannya datang tanpa diundang...kini hilang tanpa dihalau pula...ini bukan lah rekaan semata..tetapi realiti yang berdasarkan dalil dan bukti.
Jika dibangku sekolah rendah dahulu...penulis sendiri teramat meminati komik2....sehinggakan pergi berjalan ke mana2 pn dengan komik...hingga terlanggar tiang pn...gara2 mata khusyuk dengan komik.(don't try this at home).

Being a medical student....the most crucial part is reading(but not that comics and novels)..medical books..of course.
How i'm going to make it through...if i'm lack of it??
hurmm...not goin to know...unless i try it first.

Masakan tidak boleh membaca buku2 medik ini...padahal mudah2 aja mau abeskan komik dan novel yang tebal lg...gampang!(ops...ini gara2 'ter'tengok cerita ayat2 cinta laa...)
tapi tidak mencukupi dengan hanya sekadar membaca...prlu juga memahami dan sekaligus mengingat...wah!bukan senang mahu mendapatkan pakej 3 dalam 1 ini

membaca + memahami + menghafal=???najah insyaAllah.


Ditambah pula dengan keberadaan ana(eh...sudah tukarka??hehe..) ini di bumi barakah...ummu dunia(bak kata orang2 arab mesir laa)...mau menadah, menghirup...menyedut dan macam2 me... lg laa bukan sahaja ilmu medic, tetapi juga ilmu kefahaman tentang agama juga.
Ini bukanlah bermaksud bahawa jika mahu mencari ilmu agama...hanya boleh didapati di bumi Mesir ini....
tetapi dari segi opportunity nya...lebih banyak disini...di kelilingi dengan ilmu yang melimpah ruah....
jika sudah namanya pn melimpah...jadi tidaklah perlu susah2 sngt untuk mencedok, hanya perlu menadah ilmu yang sudah melimpah itu(perumpamaan yang baru sahaja terfikir..)..
tidaklah pula dibiarkan ilmu yang melimpah begitu sahaja...kerana itu satu kerugian.
mungkin ilmu yang tidak dipelajari secara khusus ini, tidak mampu untuk memperbetulkan orang lain...tetapi cukuplah bagi memperbetulkan diri sendiri terlebih dahulu.
tapi jika punya kemampuan untuk perbetulkan individu sekeliling ...bertambah elok dan lebih dialu-alukan...
kerana kerja amar makruf dan nahi munkar @ dakwah ke arah, hak mnjauhi kebatilan...tidak mengira siapa kamu....ustaz?doktor?engineer?...cukup dengan kamu memegang title seorang muslim yang mu'min.

Syed Qutb berkata..

" Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini hanyalah satu mata dari mata2 rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjaungan kita dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda."


Ada satu kata hukama'(jika tidak silap.)

'Dunia adalah tempat bercucuk tanam untuk akhirat'

so..tidak kira apa yang diperbuat di dunia, adakah ia akan memberi pulangan yang subur di akhirat nanti...
bg ana, ia seakan2 sama ataupun memang samalaa...(haa..senang sket) dengan konsep 'begin by looking at the end'...dengan itu, setiap gerak langkah kita akan lebih teratur...mudah mudahan dengan izinNya...

Segala2nya berbalik kepada diri ini sendiri....ya Allah, permudahkanlah..




me...a medical student??doc to-be??insyaAllah..


Friday, August 1, 2008

SYABAB YANG HEBAT..

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah...diberi peluang untuk menulis lagi...
Semalam merupakan antara hari2 yang memenatkan terpaksa dilalui dalam kesibukan summer nii(eh...cuti2 pon bley banyak keje ke??)
manakan tidak..keluar pagi dan balik pon pagi...huuu~ mcm mane tuu??
keluar pukul 9 pagi dan balik pukul almost 2 pagi...quite hectic huh!

pada paginya...kepulangan kawan2 ke Malaysia lagi(uih...tak abes2 yang nak balik Malaysia nih...xpe sabar2...nntikan masaku kan tiba...hehe)
kemudian bergegas ke abbasiyah untuk program PERUBATAN dan seterusnya berkejaran pula ke Munirah untuk iftar jamaie' dan ceramah khas isra' mikraj mengenai isu Palestin..

Ape kena mengenanya dengan tajuk entry kali ini??

Syabab yang hebat...mampukah kita selaku syabab untuk mendapt gelaran HEBAT itu??
Berbalik kepada diri sendiri...bru disibukkan dengan perkara yang sedikit sudah terasa berat...ish2 lemah betol..
Sabda Rasulallah S.A.W mafhumnya...bukanlah seorang syabab yang hebat jika mengaku 'aku adalah anak bapaku'....tetapi syabab yang hebat adalah yang mengaku 'aku adalah aku'..

Seorang syabab yang mencipta kegemilangan dengan usaha, titik peluh dan susah payah sendiri barulah dikatakan hebat...dan bukannya dibayangi dengan kehebatan nenek moyang turun temurun..
dikalangan sahabat2 nabi sendiri juga merupakan dari golongan orang muda ataupun syabab bahkan Rasulallah S.A.W sendiri sewaktu menerima wahyu baru berumur 40 tahun..Abu Bakar muda 3 lagi tahun..Umar berumur 27 tahun..Ali yang paling muda antara kesemuanya...dan ramai lagi yang semuanya termasuk dalam golongan syabab..
Ada antara sahabat(terlupa namanya) yang sudah dapat memimpin angkatan perang pada usia 18 tahun....dan mencipta kejayaan.
erk??18 tahun??kenapa...xpecaya??
jika cuba dilakukan perkiraan maths ringkas...2008-1989(tahun kelahiranku)...usiaku sudah melebihi angka 18....tapi apakah sumbanganku setara atau paling kurang pun...hampir2 setara dengan itu??
masih leka dengan kemewahan dunia dan kesenangan.....ditambah pula dengan elaun yang baru sahaja dinaikkan(harap2nya dapat digunakan sebaik mungkin laa...)
Para pemuda perlu mempunyai hati anak kecil apabila berjuang...apakah hati anak kecil itu??
hurmm..pelik kedengarannya...tapi pernahkah kita melihat adik2 ataupun mungkin kita sendiri sewaktu kecil2 dahulu..
apabila mahukan sesuatu...anak2 kecil tidak akan berhenti meminta dengan apa cara sekalipun sehingga mendapat apa yang dikehendaki...sehinggakan mak ayah yg naik pening(huu...kisah lama~)
begitu juga dengan konteks para syabab..terus berjuang dan berjuang sehingga mencapai matlamat yang dikehendaki.

5 syiar yang perlu dipegang terutama utk golongan syabab dalam buku 'Sehingga para syabab mengetahuinya...' karangan Abdullah Nasih Ulwan..

Allah matlamat kami..
Rasul contoh tauladan kami..
Al-Quran perlembagaan kami..
Jihad jalan kami..
Syahid di jalan Allah cita2 tertinggi kami..

Sekadar peringatan ringkas untuk diri ini...dan para sahabat sekalian.
moga sama2 dapat manfaatnya..

*sedikit info dipetik dari al fadhil ustaz Fawwaz bin Fadzil Nor dan SC.