Pages

Showing posts with label ijazah. Show all posts
Showing posts with label ijazah. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Post hiatus

back from a very looooongggggggg hiatus.XD

menyepi lagi tanpa sebarang update terkini.
oh, kenape ye?
jawapannya mudah, sindrom MIM ALIP LAM SIN
dikuatkan dengan komitmen luaran yang lainnnye.(ceh..konon~)

tapi apabila seorang hamba Allah mencadangkan kepada aku agar diletakkan juga paling kurang gambar-gambar mengenai aktiviti terkini sepanjang keberadaan di Mesir ini, terketuk jugak ruangan kepala aku ini.
oh ya, aku memang target nak tampalkan segala pengalaman yang aku lalui dekat sini untuk menjadi tatapan kalau bukan korang yang membaca, untuk aku sendiri juga. kerana pengalaman ini amat berharga dan tidak mungkin berulang.
kredit untuk monolograsya
bak kata kartunis batch aku ini
pengalaman jika disimpan lama-lama akan jadi lebih berharga dari petroleum
Begitu lah lebih kurang selepas aku terjemahkan. Kalau silap maap la E-sung deh~


Baru-baru ini..

Hari Raya Aidiladha 2010

hai, comel kan saya??[sebelum..]

[selepas..] !@#$

Selesai menguruskan unta-unta, lembu-lembu dan kambing-kambing untuk disembelih bersempena ketibaan Hari Raya Korban.Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar dan dapat aku menimba ilmu baru pasal unta dan lembu.
banyak kisah-kisah menarik dan comel mengenai binatang korban ini. Antaranya yang sempat dirakam ada di SINI...


Tidak cukup dengan unta,kambing dan lembu, ahli-ahli PERUBATAN pun turut serta skali disembelih. Merewang secara berjemaah dan berjamuan hari raya beramai-ramai pada raya kedua.



Dalam masa yang sama juga, bumi Mesir diserikan dengan kehadiran sahabat-sahabat dari Jordan. Ada yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini dan ada juga yang dah macam nak jadi penduduk tetap disini.
Tabik spring dari aku kerana mampu bertahan dan masih tidak serik-serik.. lagi.XD
Ala kulli hal,ahlen2...

Anas, Pijan dan Akim



Menu seafood..

Bukan sahaja datang sebagai tetamu malah tolong masakkan sekali untuk tuan rumah. Aiseh, terok betol tuan rumah!
oh, lagipun bukan selalu aku dapat merasa masakan chef dibawa khas dari Jordan.:P

oh,ini bukan kes buli mahupun paksa rela tetapi sekadar meraikan permintaan mereka.*peace*
Selama kurang lebih seminggu mereka berada disini tetapi beberapa hari sahaja yang sempat untuk aku meluangkan masa bersama , bergelak ketawa, berkongsi cerita.
Moga masa yang sedikit itu tidak menjadi sia-sia.



28/11-Genap 21 tahun hambaMu fakir berkelana di bumi ini.Kau terimalah amalan-amalan ku.Dengan rahmatMu, ampun kan dosa-dosa ini yang tidak mampu untuk aku menanggungnya. Pelihara kedua orang tua ku sebagaimana mereka memeliharaku sejak kecil. Tetapkan aku pada jalan juang ini. Kurniakan kami kesudahan yang terbaik...Husnul khatimah~ameen.

Sunday, July 25, 2010

Matruh-Siwa 2010

Tangan yang sudah lama tidak menaip semakin lama semakin 'berkarat'. Mana tidaknya, mahu habiskan satu ayat yang lengkap pun perlu 2 ke 3 kali tulis , padam , tulis balik , padam.

Tapi tetap terasa tergerak untuk mencoret pengalaman menarik disini.
1 dalam 1000.
bukannya selalu dapat pengalaman begini. Terasa rugi jika terlupa feeling ketika sedang mengalami sesuatu itu.Mungkin dengan sedikit coretan cukup untuk refresh kan balik apa yang aku dah lalui.

Untuk summer break kali ini, aku berkesempatan lagi untuk menjelajah bumi Allah yang luas ini.
Satu lagi tempat baru telah berjaya aku copkan dengan tapak kasut aku saiz 6.

Summer Break Matruh-Siwa  2010 PERUBATAN
A stroll down the lane of history
13-15 July 2010

Hasrat aku yang pada awalnya ingin turut serta dengan rombongan semua XY tidak kesampaian apabila peserta-peserta lelaki semakin pupus. Ada yang sudah pergi sebelum ini, ada yang sibuk atau buat2 sibuk, dan ramainya yang sudah balik ke Malaysia. Mahu dijadikan cerita aku diserap untuk masuk ke rombongan XX.

Aku terima sahaja pelawaan itu atas tiket sebagai peserta walaupun sebenarnya secara tidak langsung aku juga automatik menjadi musyrif...erkk.haha.bukan tidak sudi cuma terlalu dimomokkan dengan makhluk-makhluk lain yang pernah merasa garam lebih dahulu dari aku.
"jadi musyrif nanti ko macam tunggul la...tak boleh nak buat apa-apa"
"tak enjoy laaaa"
Nasib baik sudah tercatat di etika untuk musyrif yang para musyrif juga bebas untuk menghayati dan bersuka ria tanpa melupakan tanggungjawab.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun dengan sedikit masalah-masalah kecil yang dapat diatasi. Mungkin rombongan ini tidak semeriah jika aku turut sama dengan kaum sejenis, tetapi tetap aku bersyukur akan pengalaman berharga ini. Bergembira dan dalam masa yang sama menjalankan tanggungjawab sebagai pengiring. Sebarang cacat atau kurang sepanjang 'kerja' aku ini harapnya jangan disimpan. Buang saja jauh-jauh.

Sedikit memori yang sempat aku rakamkan untuk menjadi tatapan.


Pantai di Hammam Cleopatra

Pantai di Hammam Cleopatra

Hammam Cleopatra

Hammam Cleopatra(dalam)

Pantai Ajeeba

Kota Lama Siwa

Kolam Mata Air Cleopatra

Para pengiring di Jabal Mouta

Ahli rombongan

Ammu Magdi(driver)

Geng tukang masak KLCC( Ust Hafiz, Wafi, Hilmi)

p/s: banyak gambar-gambar yang tiada disini kerana tak sanggup menunggu proses upload yang sangat memakan nasi masa.
bakinya ada disini ..

Wednesday, December 9, 2009

Madinah Al-Munawwarah.

ke MADINAH..


On the way ke Madinah yang dijangka memakan masa selama 8 jam, sempat juga kami singgah di Masjid Terapung. Aku sendiri tak pasti jika orang memanggil nama masjid itu dengan gelaran Masjid Terapung atau tidak tapi oleh kerana reka bentuknya yang seiras2 dengan masjid Terapung di Kuala Ibai, Teganung, maka aku memandai2 je.


Memandangkan hari ini hari Jumaat dan waktu zohor juga telah menjengah tiba, kami terus aje bersembahyang Jumaat di situ. Kebetulan dengan kehadiran kami disini, terdapat banyak juga jemaah2 dari Malaysia yang datang untuk mengerjakan@telah selesai menunaikan ibadat umrah. Berbunga-bunga lg aku apabila dapat berjumpa dengan group Malizii ini setelah lama tidak menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.

Tuah ayam di kaki tapi tuah manusia Allah saja yang tahu.
Rezeki datang bergolek apabila kebanyakan jemaah2 Malaysia memberi bermacam sumbangan kepada kami yang memegang status penuntut-penuntut ilmu ini. Bukan diminta!tapi diberi.=)


















Perut mula bergendang lagu irama padang pasir isyarat 'tangki' perlu diisi lagi. Maka, mat'am@restoran Indon menjadi singgahan seterusnya sebelum bas terus meluncur laju di tengah padang pasir menuju Madinah Al-Munawwarah. Aku, terlena dek kesedapan ayam panggang~

Sunday, November 29, 2009

perjalanan menujuNya.

Azan maghrib berkumandang...
Kaki mula melangkah bergerak bersama sahabat2 laen...diiringi dengan lambaian sahabat yang sanggup datang mengiringi pemergian kami ini.
Walaupun menghadapi kesukaran sedikit, tetapi setelah bersusah payah sket menerangkan kepada ammu driver teksi, Mahattah Tarjuman(baca Targuman utk lahjah amiiyyah mesir) terpampang gah jugak akhirnya depan mata.
Dengan menggunakan status musafir yang baru berusia beberapa detik lepas, aku suda dibolehkan utk menjama'kan terus solat maghrib dan isya' di masjid mahatttah bas itu jgk sebagai rukhsah. Cuba untuk memanfaatkan sebaik mungkin masa yang ada sementara menunggu kedatangan bas yang akan mengangkut kami semua.

sabar menanti~

Jam lebih kurang 10 malam, masa dinanti akhirnya tiba dan bas mula bergerak meninggalkan mahattah menuju destinasi yang sedia ada tertaip pada tiket.




Jujurnya aku lebih senang dengan perjalanan malam sebegini kerana dapat 'compensate' kan rasa letih+mengantuk dengan waktu yang sememangnya dijadualkan untuk tidurr!maka sepanjang perjalanan kebanyakannya diisi dengan dengkuran penuh melodi sajalah. sesekali terjaga sbb dihantuk oleh tingkap bas apabila terlentok.

Entah jam berapa, aku terjaga apabila bas mula perlahan. Destinasi sudah berjaya dijejak.eh, bukan2. Perjalanan masih berbaki jauh. Ini baru sekadar permulaannya sahaja. Tuah badan dapat tidur, perjalanan yg amik masa 8 jam terasa beberapa kelip mata sahaja(campur yang tersedar time trhantuk kpale..aduhh!).
Matahari baru shaja mula menjenguk , ayam juga baru berkokok suara serak2 basah ketika aku mula menjejakkan kaki di Port Safaja(bace Safaga utk lahjah amiyyah mesir).


Thursday, October 22, 2009

Hari ini hari raya..09

Di sebuah kampung terpencil....
Esok hari raya!!esok hari raya!!yeaa.........
satu rumah digemparkan dengan jeritan monster2 kecil@kanak2 riang..iye lah...kan esoknye hari raya!
pak cik femes-slalu-umum-esok-hari raya baru sahaja mengisytiharkan perang tarikh hari raya puasa yang akan jatuh pd esok hari.
aku pun join skali duk sambil geleng2 pale aje la melihat gelagat mereka semua.
sebijik macam aku zaman dahulu kala juga la..

malam itu aman damai kerana mereka semua(monster2) tidur awal kerana bersemangat mahu bangun awal untuk beraya esoknya+tiada modal untuk bermain lagi kerana bunga2 api juga telah kehabisan stok.

sedang semua orang nyenyak.....aku juga yang tidak dapat ketiduran~aii...naseb2.

Di pagi raya..

mereka semua beraya!









 watak2 hari raya




senyum sampai ke external auditory meatus!....raye o raye...acik oo acik






mak cik dan anak buah nye..





tengah semua orang sibuk2 melayan tetamu datang beraya...tercari2 aku dimanakah hilangnya yang sorang ini.
rupanya elok je tersorok bawah meja kecik ni sambil tengah maen game...aduh!(adik sepupu)


adik2 sepupu(s) juga..

DUET RAYA..

tetamu tengah nak balik...
kakak : eh....errr....mama!(dengan nada yang kuat)...nape kak ngah(adiknye) dapat lagi banyak sampul duet raye dari kak long??
orang ramai : ketawa pecah berderai.........

dengan tanpa segan silunya beliau meng'komplen' pasal ade orang terlupa nak hulurkan duet raye.aii..macam2~

aku juga turut tidak terlepas untuk menjadi mangsa...

monster2 kecik : angah mesti byk duet kn??hehe.
(paham2 aje laaa)
da siap2 salam dan hulur duet....siap bole mintak lebih lagi!uhh...ak muflis2~




Tercapai juga matlamat untuk beraya di kampung....tiba masa untuk terbang pulang semula..

 


babai semua....babai Malaysia....-KLIA-





- Dubai International Airport-(xtau nme btol)



p/s : moga ia kekal menjadi sebuah memori berharga yang tak mungkin dilupakan..
 ni yang malas sangat nak balik....nanti rase nak balik lagiii.!







Wednesday, October 7, 2009

Diari Ramadhan 2

Balik kampung

18 September 2009/28 Ramadhan 1430H

Along dan cik Yan selamat menjejakkan kaki ke rumah dari KL dalam lebih kurang pkul 3 pagi.Tengah2 malam buta pgi hon2 dan ketuk2 pntu rumah...aih..naseb baek tak disambut dengan parang kontot abah.maklumlaa,pencuri skang pon ramai pastu kreatif2 plak.
Mujurlah si pilot@along tuh jenis mata kalis-tidur-dikala-malam-hari-tapi-bukan-disiang-hari jadi, setakat drive KL-Kemaman tgh2 malam tu bknlah satu masalah.
Lagipun pada hari ini gak diisytiharkan tol free bermula dari 12 tgh malam sampai 5 pagi.memang berbaloi dapat jimat banyak duit tuu.

Konvoi mula bergerak balik ke kelantan selepas pkul 11 pagi sebab nak bagi can kat along dan mak cik yang kepenatan berehat dulu.

Malang takde bau

Aku duk memerhati aje sepanjang perjalanan. Lepas satu...satu...ade je accident.ish2.trlintas dlm hati..'pe nak jadi..'
Ak pon yang kebosanan mula duk borak ngn abah pasal insurans kete yang accident tuh.bla..bla...kne repot situ...claim sini...
Tugas aku hari ni sebagai co-pilot stu kte ngn ma dan abah.abang ak plak lagi satu kete ngan mk cik.
Elok2 aje tengah syok berbual hati ak rase tak brape sedap.. along kt depan tengah memotong dan abah pun ikut rapat aje memotong sekali.
tetiba..

'skreeeeeeeeeeetttttttttttttt'
'dummmmmmmmmm'

Allah!
rpenye kete depan emergency brake sebab ade lori tanker..dan abang aku pn tros pgi emergency brake sambil tgh memotong sbb takde ruang.abah aku yang follow dr belakang plak...
beginilaa jadinye......






dan begini..hua3.









begini pula naseb yang dilanggar..

Alamatnye tergandala perjalanan kami kerana terpaksa tersadai di balai polis trafik selama 3 jam. Iye lah, macam yang kami borakkan tadi. Kena buat repot untuk claim insurans. Cuma bezanya tadi teori tapi sekarang pula praktikalnya. Memang pakej lengkap!

Alhamdulillah kerana walaupun sebegitu rupa jadinya, tangki air tak bocor dan tetap dapat meneruskan perjalanan seperti biasa sehingga ke kampung halaman.fuuhhh.
Hikmah sebalik kejadian-->jangan langgar kete orang laen, kalau kete sesame sendiri takpe????
eh...tak2.hikmahnye untuk belajar sabar...sabar...sabar...dan hati2.



p/s : Sampai ke hari ini , fobia ktika memandu masih berbekas2. Lagi plak ble naek teksi ngn ammu arab yang tak reti2 nak tekan brek. Maunye ak nak tekankn brek.uihhh..

Tuesday, October 6, 2009

Diari Ramadhan 1


Salam alaykum warahmatullah wabarokatuh..

14 september 2009/24 ramadhan 1430 H
Balik bercuti setelah 2 tahun ini menyebabkan banyak perkara seolah ‘baru’.Mna taknya, pertama kali menjejakkan kaki ketika turun sahaja di KLIA, ak da cukup terpinga2 tengok ramai btol orang yang sama ‘spesies’ ngn aku sekeliling.maka, aku dengan muka jakun macam tak penah jumpa orang terkial2 kt tgh2 airport tu sambil kepala duk pusing2..
Kini ramadhan pun telah hampir samai ke penghujung lagi. Semuanya dirasakan sekejap.dari saat ak mula sampai ke Malaysia, mula berpuasa, dan kemudian sekarang ramadhan hampir penghujung menandakan hari raya bakal tiba tidak lama lagi. Sedar tak sedar, cuti ak juga sudah makin sedikit yang berbaki.
Cakap pasal da nak raya nih, haa..macam2 iklan pasal raya ada.Dalam tv, radio, pasar2 raya pun turut sama nak beraya. Eh, tak2.sbenarnya yang ak perasan dari awal ramadhan lgi da ade iklan pasal raya.ooh, ini satu lagi perkara seakan ‘baru’ utk aku. Hari raya aku yg lepas tak sebegini rupa. Aku melihat perbezaan ini sebagai suatu hikmah untuk aku belajar sesuatu hendaknya.
Akhir2 ramadhan begini, surau2 di kawasan rumah ak pun berebut2 mengadakan iftar jamaie. 2 hari berturut ak pun menyumbang tenaga melapahkan daging2 lembu. Bak kata abah, orang2 muda tak elok disimpan aje tenaga.uih2.nseb la kbetulan dengan aku tengah takde keje.

Petang semalam ak selongkar stor kat blakang rumah mecari sesuatu. Cari sana, cari sini...haa akhirnya jumpa.PELITA!ini smua gara2 adek bongsu aku yang beria2 sangat nak pasang pelita nih.Em, nak puaskan hati si kecik itu, ak pn psngkn la kt kliling kwsn dpn umah.


Da siap2 pasang....tadaaa!wah,bru ade gaye macam da nak raya la.
Hurmm...dalam 2-3 hari lagi adek dan abg aku akn balik bersama2 mak cik ak.  Perancangannya kami akan konvoi beramai2 pulang ke kampung halaman di kelantan. Aish..tidak sabar rasanya untuk kembali berkumpul beramai2.




Tuesday, February 17, 2009

mengutip sekeping P.E.N.G.A.L.A.M.A.N - part 3



next stop-->Ma'rakah Mu'tah n Bahr Maiyit@Dead Sea

erk??jadual yang sangat packed utk hari ini memandangkan kami baru sahaja habis menjelajah seluruh Petra..
Memang penat...betol!!xtipu..
so,,ape lg naek van memang konpem nyenyak laa.....bukak2 mata aje tgk da sampai di hadapan universiti Mu'tah.
berpusing2 mencari kt mana kawasan tapak perang Mu'tah.......tanye sana...sini...brulaa leh jumpe.

tapak peperangan Mu'tah dari kejauhan..

dini n daus di memorial ma'rakah mu'tah

kesan2 tinggalan runtuhan kubu..

aku..berdiri di atas bekas2 tapak para mujahid dan syuhada' perang Mu'tah..



Para syuhada'....Zaid bin Harisah,Ja'afar bin Abi Talib, Abdullah bin Rawahah....

dataran ma'rakah mu'tah dilimpah cahaya senja


Kawasan yang tidaklah sebesar mana ini....hakikatnya menyimpan seribu makna...kisah pengorbanan para sahabat yang begitu mengharukan semata-mata demi menegakkan agama Islam.
Mereka tidak mati bahkan terus hidup disisi Allah S.W.T.

On da way ke Bahr Maiyit@Dead Sea...


nape pulak agaknye tuu???!!tgh mesyuarat ke ape?


malang tidak berbau.....tetapi malam kami pada hari itu berbau minyak~.
agak2nya apa akan jadi jika kereta berenjin petrol diisi dengan diesel??????
masing2 boleh teka sendiri apa hipotesisnya...tapi kesimpulan anda boleh lihat sendiri di bawah ini ye..
hasil eksperimen kami...

haa...tu dia....da nak nampak 'result'.


eh2....ade paip air bocor bwh kete ke???

apabila 20 dinar petrol+8 dinar(aje) diesel, maka = 28 dinar petroldiesel jd baja(??) wat siram tanah.kami bukan tgh basuh kereta tgh2 malam buta ini ye~


aih...memang kalut.apabila MPV yang mengangkut team abg isra' 'injured'.
naseb bek ade Abu Umar@driver van team kami yang terer bab2 mekanik ni untuk membantu..
Ujian dr Allah....yang merancang sebaik2nya.elok2 aje kami berkonvoi skali..kalu tak...tido kat stesen minyak itu la agaknye diorang...huihui.
Akibat dari 'eksperimen' yang tidak berapa menjadi itu, maka kami pon terpaksa berkampung di stesen minyak itu selama 2 jam...menantikan tangki minyak kete kering.ala kulli hal...alhamdulillah...sebab enjin tak kena overhaull.maunye kena beribu2 dinar nak repair blk nanti.mana nak sedut duet banyak gtu maa(nahnu tullab ya aamm~!)
Dan hasilnya trip ke Laut Mati pon di cancel...huhu(padahal badan ni pon da memang xlarat nk jalan lg daa....dari pagi gelap smpai ke tengah malam...fuhh!)
so, bergerak balik ke Irbid....masing2 mau cepat pulang ke sarang dan zzzZZZ~


Hari keempat-3 Februari 09

Kali ini kami tidak berkonvoi lagi, kerana team Abg Isra' telah mula bertolak ke Syria.maka kami yang masih berbaki di Irbid nii menjelajah ke tempat2 sekitar Irbid dan Amman..
Jika hari pertama=jaulah jarak dekat..
hari kedua=jaulah jarak jauh,
maka, hari ini boleh dikatakan jaulah jarak sederhana.

Berpandukan Akh Atiq sebagai tourist guide....kami melawat ke Ma'rakah Yarmouk, Umm Al Qais, Ajloun, Laut Mati dan Gua Ashabul Kahf..
Hajat hati yang mahu sampai Laut Mati sekurang2nya ..terubat jua walaupun macam2 yang jadi(merujuk kepada 'eksperimen' disebutkan di atas)

Di Medan Peperangan Yarmouk
Dini...di hadapan pintu masuk


lembah yang memisahkan sempadan 2 negara(Jordan dari tempat gambar diambil...Syria di kawasan bukit sebelah kanan)+1 negara haram yahudi(bermula dari bukit di kawasan hadapan)
Nampak tak bukit kecil di tengah2 yang dikelilingi bukit2 laen tuu??
Disitulah dikatakan tempat peperangan paling hebat meletus antara tentera Muslim pimpinan Khalid Al Walid yang mengejar tentera Rom sehingga ke situ.
Sebenarnya lembah yang dapat dilihat itu dahulunya merupakan dasar sebatang sungai yang kini telah kering kerana telah disekat oleh Syria yang tidak mahu bekalan air sampai ke pihak Yahudi.
Tempat di puncak bukit Ma'rakah Yarmouk ini sangatlah strategik kerana boleh memerhatikan pergerakan musuh dari semua sudut*sambil membayangkan keadaan ketika kemenangan besar Islam dalam perang ketika itu*
"hebat betul perancangan perang panglima Khalid Al Walid ini...memang tak hairan dikenal sebagai antara panglima perang terulung.."



K.A.M.I!!!
Sekali tengok macam ape ntah....dua kali tengok..."oo, rpenye replika mata pedang nih"


dini lagii..~-->Perhatian!Iklan ini ditaja oleh Kementerian Alam Sekitar Jordan.

wif Akh Atiq..


Arep pn nak jugak !dengan posing mahalnye....yalla!yalla!nus laira bas...sape mau beli??


aih,,sape plk ni?nun hijau sejauh mata memandang~~(dah lame tak nampak warna hijau nih...asek cokelat aje mmnjang)



Di Umm Al Qais

Disini merupakan bekas kubu n kawasan penempatan masyarakat Rom sebelum dikalahkan tentera Islam..
banyak struktur2 yang telah rosak disebabkan gempa bumi yang pernah berlaku(xingat ble..)


jom maen tiang2 ...sape nak join??ade lagi 2 kosong...yg kt tengah tuu da kalah awal2 laa...kesian2~

lagi muke tiang..

gate to another world~(macam pintu Doraemon dlu2 tuu..tkpun stargate ke ape2 aje la)

dan terimalah.......persembahan istimewa oleh incik Arep(Malaysia mari~..)
feewiitt....hooorayy....sorakan gemuruh 'penonton2'.*gimik saje*


Di Laut Mati.

Perjalanan ke tempat paling rendah atas bumi ini melalui jalan yang macam ular kena palu....menuruni cerun2 bukit...uihh...kecut gak perut.

Kawasan ini juga lebih panas berbanding tempat2 lain yang da dilawat(itu belum lagi musim panas...huh!)...sememangnya kawasan yang pernah menerima kemurkaan Allah..bukan kerana tempatnye tetapi kerana penghuninya suatu masa dahulu yang melampau.naudzubillah..~

"Ya Allah...ampunkan dosa2 ku...jauhkanlah aku dari perkara yang yang Kau murkai dan pautkanlah hati ku dengan sentiasa mengingatiMu".

Laut Mati...sememangnya nampak 'mati'.


Gua Ashabul Kahf

Seterusnya kami menuju ke gua Ashabul Kahfi...kisah yang sangat2 ma'aruf..
mengenai 7 orang pemuda yang ditidurkan oleh Allah..dinukilkan di dalam Al-Quran.
Hati terasa sayu apabila menjejak ke kawasan ini...kerana sejarah mereka yang begitu teguh mempertahankan aqidah walaupun dihimpit oleh pemerintah pada zaman itu.
Banyak tafsiran2 yang dapat dibuat daripada kisah 7 pemuda ini...
orang yang memperjuangkan kebenaran sentiasa akan menerima tentangan sehinggakan dihimpit ke suatu sudut sebagai signifikannya gua tempat persembunyian 7 pemuda..
antara signifikan pula kisah seekor anjing yang mengikut para pemuda itu pula adalah barangsiapa yang turut serta dalam kebenaran bersama2 orang soleh walaupun langsung tidak berbuat apa2 turut akan mendapat tempias kerahmatan dari Allah S.W.T yang Maha Pemurah.(sumber..munaqashah dalam usrah ..correct me if i'm wrong..)


pintu masuk..kecil aje.



di dalam gua yang landai...7 Ashabul Kahfi+2 orang guard gua(watak2 tmbahan..nak cukupkan 9 orang punya pasal~..)


gambar melalui cermin di salah satu kubur yang ada di dalam gua...dipercayai adalah tulang temulang Ashabul Kahf.



terdapat banyak khilaf mengenai tempat sebenar yang dikatakan gua Ashabul Kahf(lupa dimana lagi tempat2 laen) tetapi pendapat yang paling rojih lagi kuat adalah disini berdasarkan ayat2 Al Quran yang menyatakan reka bentuk gua dan juga terdapat sebuah masjid yang dibina berdekatan dengan gua tersebut...(boleh rujuk kembali kepada tafsir mushaf..)


Dalam perjalanan pulang.....sempat lagi singgah sebentar di hadapan JUST(Jordan University of Science and Technology)..
tapi amat menyayat hati kerana ak tidak berkesempatan nak tengok tempat budak2 di Jordan ini 'bersekolah'...tido punya pasal!huhu.
ala kulli hal...kalu orang tanye da penah pgi JUST ke x...aku akan cakap.."yep, da sampai da kt situ"(dorang xtanye dapat tengok ke x kn??)



next-->trip ke Syria bermula...best!!