Pages

Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Tahun Akhir

Bismillah ar Rahman ar Rahiim

Alhamdulillah. Masih dikurnia nikmat iman dan islam. Masih dipinjam umur yang tak tahu berapa banyak tinggal berbaki. Masih diberi kesempatan lagi buat kesekian kalinya untuk merayau-rayau di blog sendiri. (tak ingat bila last datang sini. err)

Mata ini..dipejam, dicelik, dipejam, dicelik sudah 6 tahun rupanya tercampak ke bumi bertuah Mesir ini. Sekali lagi diberi peluang memegang jawatan sebagai pelajar tahun akhir.

Tahun akhir di sekolah rendah, memori dah berkarat sampai ingat-ingat lupa apa yang jadi. Semangat ke kelas malam untuk UPSR. Padahal semangat bukan sebab kelasnya, tapi sebab boleh main lumba beskal malam-malam dekat sekolah takde pak cik jaga nak kejar.  -_-'
Konklusinya tak perlu nak sibuk-sibuk uruskan diri. Semua siap dihidang!

Tahun akhir di sekolah menengah. Apa yang dilarang, itulah yang nak buat.
"Pelajar-pelajar tidak dibenarkan outing selain dari bandar Klang", terpacak kita di MidValley.
"Waktu prep malam wajib berada di kelas", terbaring pulak kita dalam bilik.
Punya lah 'berlumus tungkus' dengan SPM nya.
Konklusi- Belajar uruskan diri sendiri (macam fail?)

Sekarang, masih berusaha nak menyesuaikan dengan gelaran pelajar tahun akhir kali ini. Iya la, dulu-dulu kalau terserempak dengan orang Malaysia, boleh jadi itu senior atau junior. Tapi sekarang kalau berselisih itu, tentunya junior, tiada lagi senior. Ya, aku tau..aku tau. Nak tuduh dah tua la tu.

Lebih-lebih terasa perbezaannya. Apabila suatu masa dulu, muka-muka ini yang pernah menyambut kita, men'taaruf'kan kita, kini sorang demi sorang kita hantarkan pula untuk kembali ke tanah air. 

Tiada lagi yang siap dihidang. Belajar uruskan diri dan dalam masa sama, urus orang lain dengan tanggungjawab yang diamanahkan.

Masa terus berjalan. Kita sedar atau tidak.

Perjalanan disini sudah semakin hampir ke penghujungnya. Tapi belum pasti hujungnya yang macam mana. Apa pun, kita diberi ruang dan peluang untuk usaha. Selagi mampu. Selebihnya kita serah pada Allah.



Sesi ziarah dan wida' dengan senior Dr Abd Rahman

"Hidup ibarat naik escalator. Duk diam pun akan tetap akan bergerak ke penghujungnya. 6 tahun tak lama. Imam Ghazali kata hidup di dunia sa'ah (sedetik) saja nak banding dengan kehidupan akhirat. Umur jika ada berbaki maka kita akan berjumpa lagi."

Ringkas saja ucapannya. Tapi melekat-lekat rasanya di dalam kepala. Terkesan jauh ke dalam hati.

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.


Selamat pulang berkhidmat doktor gen 06 sekalian!
:')

Monday, July 9, 2012

D5000


Kesian dia. Akhir-akhir ini sibuk, selalu kena tinggal.
Tak dipedulikan.
Apa boleh buat? Kamu bukan prioriti buat masa itu. Ada menda lain lagi yang lebih perlu untuk aku berikan haknya.
Bukan kah kita kena berlaku adil? :)

Genap sebulan. Apa khabar dia agaknya? Lama tak jumpa. Selalu teringat. Bila dah jumpa, nampak kesian. Tak terurus. Serabai sana sini.

Nikon D5000

Sekarang barulah sempat nak belek-belek balik 'dia' nih. Selepas sebulan dikurung dalam almari tak terusik. Nasiblah berada di bumi Mesir. Simpan elok-elok macam mana pun, tetap tak boleh lari dari debu. Itu sudah memang sinonim.

Bagi meraikan pembebasan[?] 'dia', aku bawa ambil angin nun jauh ke Maadi. Sambil-sambil raikan sahabat-sahabat aku yang sudah habis berjuang di medan exam.


Lokasi : Cilantro cafe, Maadi










Muka tak puas hati belom habis exam -_-'

Sunday, April 26, 2009

just gambar2 n eidul miilad mr NAQI..

Dikala kebosanan...
ringan plak terasa tangn ni nak membelek2 kamera....ambik gmba sana...ambik gmba sini....


abes segala mnde mau ditangkap gmbarnye..

make inilaa jadinye..








senja di berandaku..



mawar berduri...mekarnya sekuntum aje kt blk hzwan~



dari balik jaring...bebaskan diri anda!



erk..no comment.[beg ihsang hamdan]..


kek hari lahir slah sorang ahli beitku....mr NAQI skema..hehe.


Tergelak ak sesorang pikir2 blk...
patutlaa hazwan 2 orang ni(juwe dan hazu) duk bercakap ngn aku gne bahase isyarat aje...
ak yang kebingungn ini pulak agak lmbat nak memahami..rupanya ade surprise birthday party utk birthday boy sorang nii...huahua..

respon NAQI-->terdiam...tak trkate2 ape2.....(jange jerit NAQI deh~)
muahaha..

tp mmg berbaloi sbb naqi belanje kami blk makan Nasi Ikan.siap ihsan ngn talhah join skali...orang kaya baru~keskes.

ok...xleh lame2...banyak lagi kne bace nii...

got to go now..salam sejahtera ke atas kamu wahai pembaca2 sekalian~~

wslm.

Tuesday, April 7, 2009

aura musim panasss~

setelah beberapa bulan hidup dalam 'peti sejuk'...
skarang 'microwave' da nak datang balik!!

huh...ayat perumpamaan musim sejuk dan musim panas~

Bangun pagi2....pegi nak gosok gigi....bukak paip...*dengan mata yang masih mamai*
huwaaa!!!panasss!!
....berdesip rasanya menahan panas....
rupanya tangan aku terpulas kepala paip air panas....dan bukannya paip biasa.

aih...sudah terbiasa di musim sejuk menggunakan paip air panas itu...sampai tangan sudah di 'autoset'kan nak pulas paip2 mana.
terlupa pula yang 'salji2'(ade ke??) kt kaherah ni smenye da cair...menandakan zaman beku winter da berakhir..

baju2 tebal smenye daa boleh bungkus2 balik wat pameran dalam almari....dan banyak2 time kaseh kerana telah banyak berjasa kepadaku sepanjang musim winter kali ini...
mengharung winter yg mmg mencabar ketahananku di bumi Irbid,Jordan..
mengharung kesejukan tengah malam winter ketika tiada tempat berteduh di tengah kota Damsyik,Syria..

huhu.



owh...selepas musim winter....musim bunga pula kn??
terbayang bunga2 yang memekar....pelbagai aneka warna dari pelbagai jenis...
alangkah indah ...tapi ...eh,kejap....
ini cerita Mesir...bukan cerita UK...ok?
jangan lah dibandingkn dengan UK yang musim panassnye sepanas berbelas2 darjah celcius sahaja.
di Mesir ini...musim bunga pun sudah boleh terasa bahangnya musim panas yang tidak sabar2 hendak menyusul.

eh...tp Mesir pn tidak kurang hebatnya....
musim bunga di Hadiqah Azhar tersangat laa lawa....orang yang cakapla..ntah iye ke tidak wallahua'lam sbb ak pon blom penah sampai lg ke situ...huhu..
mungkin juga dikalangan student2 Malaysia sudah layak mendapat jolokan 'pre-senior' disini, i'm the only one who has never been to that place??..haha.(gelak ngn diri sendiri..)

hari ini pulang2 aje dari kuliah..
lemah aje satu badan...xbermaya..setelah seharian terpaksa menongkat mata untuk menerima lecture2 yang bertubi2..
iye...cuaca yang agak2 panas begini menyebabkan badan lebih mudah terdehidrat...berbanding dengan musim sejuk.
solusinya...kena selalu minum air laa...kalau tak, nanti suhu badan naik tak tentu pasal.


fizikal diuji dengan panasnya cuaca....dan mental pula diuji dengan bertimbun2 topik medikal yang hendak dihabiskan sebelum tibanya final exam ini..
tidak hairan lah apabila kedengaran ramai sahabat2 yang jatuh sakit....fenomena exam+perubahan musim...
pape pun....ini adalah ujian.....
study2 juga....kesihatan tetap perlu diutamakan wahai bakal2 doktor sekalian~!.


erk.

penat2..rehat dlu~

Sunday, March 29, 2009

opss...junk lagii..~!

Entah mengapa....terasa gatal2 pula tangan nak menulis nii..
bg memenuhi permintaan tangan yang nk menulis sg nii...nah!tulis laa ape yg nak ditulis..


ari nii jalan2 balik umah dari uni....saje lalu jalan jauh sket...singgah ikut depan Al Baghal(kedai mkanan ala2 cam KFC gtu laa...iye ke??)

selalunya jarang aje lalu ctu sbb ade short cut yang lagi dekat nak sampai ke Baitul A'la tempat menginapku iniii.

jalan2....

"eh, rupa2nya da ade kedai aasir yang baru buka dekat sini..macam menarik je~"



kaki pn melangkah pgi jalan2 dkt ngn kedai tuu....jmpe ammar ngn ikmal 3rd year..dorang duk merasa aasir kedai baru itu..

borak2 jap...pastu jenguk2 dalam kedai...

"waaa...lawa,leh tahan"

tapi last2...ak kuar camtu je...tak beli pon aasir(uish2..xde keje)



Balik2 umah....pikir ape nk kne wat petang nii...
erm..bru tringt...ade temujanji rpenye.....
temujanji keje part time ak...tukang-gondol-kepala-orang @ barber..
mesin punya mesin...siap 2 kepala kugondolkan..huahua...puas ati~!

jika kepala orang da digondolkan...bila masa plk mau gondolkan buku2 medic ni sma??
exam yang suda makin hampir dekat nak sampai(??)...owhoo..mmg smpai ke thresholdnya utk buatku cuak~!


p/s:jangan ditanya atau dihairankan kalau semenjak dua ini...macam2 la plak yang ditulis n plek2 aje..trkena sindrom tulis xkena, xtulis pn xkena..(sumthing wrong with me or u?????)


aii..sindrom mkin parah....mne obat?...nak obaatt..oobaattt!!...

Monday, February 23, 2009

taggedbyRASYA..


Jadual exam final da keluar...tetapi sebelom menghadapi soklan2 exam medic yang memeningkan kepala dan anggota2 berkaitan, kena berhadapan dahulu dengan soalan2 tag oleh rasya yg bermonolog@monolograsya ini.

erm...tengah2 free gni...cambes jgk men jwb2 tag ni kekadang...leh pekene orang, dan macam2 lagi manfaatnye(??)..huahua.
so....ini jawapan yang tulus mulus lagi lurus dariku..

Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)


1) Anak Kunci
Kegunaan asal - da namenye anak kunci, mestilah berkhidmat untuk ibu kuncinya..kunci rumah,kunci loker(slalu ilang time kt asrama dolu2...aihh), kunci moto kereta, kunci reban ayam,kunci...kucing...koci(kueh??)..eh2..
Kegunaan sampingan - memenuhkan ruangan dalam laci meja..poket..haa...dan juga berguna dijadikan sebagai koleksi(gugusan anakcucucicit kunci..)

2) Penutup Pen
Kegunaan asal - secara istilah..penutup iaitu yang melakukan perbuatan menutup sesuatu yang terbuka dan pen pula sebagai maf'ul bih.maka, penutup pen ialah sesuatu yang digunakan untuk menutup pen yang terbuka.
Kegunaan sampingan - erm..ape ye??haa..untuk digigit sewaktu kepala ligat mencari idea..(ade sape mau pinjam??)

3) Botol Mineral
Kegunaan asal - of course...wat isi air, kalau tak bocor aa..
Kegunaan sampingan - wat roket air(tringat plak projek roket air aku yang trsangkut kt atas bumbung gymnasium tyme skola dlu..huhu..isk2.)

4) Paper lama
Kegunaan asal - cri bhn utk assignmnt??(kt mesir sini xyah wat assignmnt pon..idop mesir!)maka, jadi bahan bacaan bile da xde ape lagi yang ada untuk dibaca aje..
kegunaan sampingan - wat bungkus nasi lemak pon ok jgk.

5) Seluar lama
Kegunaan asal - seluar??ade orang wat mnde laen ke gne seluar nii??stakat yg sy tau dan penah wat hanyalah untuk dipakai..
Kegunaan sampingan - kalu da xmuat bagilaa kat adek2@sedare mare yg muda(da berlobang2 baru nak pass kt orang len...ish2...truk2)tp tkpe...second hand ori gtu~.

6) Lesung batu
Kegunaan asal - secara adatnya..untuk menumbuk bawang, perkakas memasak.
Kegunaan sampingan - secara kreatifnya...untuk mengetuk sape2 yg degil..haa...meh rase lesung batu nih!made in malaysia lagii..

7) Langsir
Kegunaan asal - wat cover tingkap, hiasan dalam umah...n macam2.
Kegunaan sampingan - setuju ngan radhiah!!bole wat selimut di kala kedinginan musim winter..huahua.(in case saratoga@selimut not available laa)

8) Komputer pejabat
Kegunaan asal - (buat2 macam ade pejabat walopon xde..)menyiapkan urusan2 rasmi of course..
Kegunaan sampingan - maen ym..blogging..maen cs,DOTA (memang xlame nk kne pecat kalu gni..)

9) Duit syiling
Kegunaan asal - untuk mencukupkan fakkah(duit kecil) yang perlu dibayar time beli kt kedai..
Kegunaan sampingan - bukan untuk ditelan ketika lapar..(??)

10) Laman Blog
Kegunaan asal - tempat muhasabah sudut hidup ini...agar hari ini lebih baek dari semalam dan hari2 seterusnya lebih baek dari hari ini..
Kegunaan sampingan - mendengar bebelan...'ble nak update??!!", menjawab tag niii dan juga mengetagg orang laen balik..hehe.

dan seterusnya...mau tagg mereka2 ini pula..
1.hazu@wansal..ahli sarkis rumahku.
2.ehse hamdan@musegalo..
3.sopi..built to be tough!
4.rasydan..bkn slalu leh knekan kwn lame nii..hehe.

special thanks to radhiah yg 'mengenekan' sy tagg ini..(ade mase ak balas balik naa)
haa...stakat ni dulu...kalau ramai2 sangat kang nnti ade yang mengamuk pulak..so,selamat menjawab sma ye~larii duluu...



Saturday, December 6, 2008

taggedbyEHSE


erk??being tagged by ehse..
new blogger, yet very talented...;)


1. Do you think you're hot?

how come being hot???its winter nowadays larr...it shivers me lot!!!
>
>
>
2. Upload your favorite picture of you

>
3. Why do you like that picture?

because of you=U in the P.I.C.T.U.R.E
n coz....luv 2 all my frens..hubban lillah
>
>
>
4. When was the last time you ate pizza?
>
cant remember when...mybe during summer hols i guess.
>
>
>
5. The last song you listen to.
>
new-released mirwana's album..sambil duk kutuk2 ngn kimi -->nasyid cam ni ka??
>
>
>
6. What are you doing right now besides this?
>
stalking blogs...asking my self.."eii fais, ble lg nk stat study plk nii???"huhu..

>

>
7. What name would you prefer besides yours?
>
some Masriyyin used to call me fawwaz instead of fais...so???
>
>
>
People to tag:

who's next???hehehe...

1.khairul farhan@pa'an

2.XX

3.XX

4.XX

5.XX

can't think of other names yet to be tagged..so, one is enough k??ehse.

8. Who is number one?


em...a strict mature guy..(ex-student of royal military college...no wonder~hehe)..very talented in basketball....still single??ask me not...=P.

9. Number three is having a relationship with?

>nope

>
10. Say something about number five.

nope
>
>

11. How about number four?
>nope

>
>
12. Who is number two?
nope
>

p/s;sori ye ehse.....ak jwb sekoda2 aje laaaaa..=P



Thursday, November 27, 2008

adoiii.....SAKITT!!!


".......by increasing pain threshold....the response toward pain will decrease but when pain is felt, its gonna be really severe..."

ak yang sedang khusyuk memerhatikan gerak geri gaya lecturer physioku....begitu dan begini..menerangkan setiap kalam patah perkataan yang keluar dari mulutnya tanpa habes2..huhu.

berkebetulan pula dengan subjek yang dipelajari kali ini iaitu pain sensation....membuatkan banyak menda yang bermain2 dalam benak kepalaku ini..
pain=sakit
sakit=pain

adakah sakit ini menyeronokkan???
adoii...
soalan yang pelik lagi menghairankan...
jika ditanya kepada sesiapa sahaja yang mumayyiz..mempunyai akal yang dapat berfungsi secara normalnya tentu sahaja akan menidakkan..

siapa yang mahukan sakit???
jika ianya hanya mendatangkan kesengsaraan...


hurmmm....
sengaje memerah otak ini untuk berfikir seketika mengenai perkara ini..
kenapa adanya sakit???
sebelum ini aku tidak pernah langsung walau terdetik mengenai ini..
ade macam2 sakit...
ade yang sakit hati...
ade yang sakit kepala..
ade yang sakit jiwa..
tak kurang juge yang buat2 sakit(for certain reason...eg..nk escape kls ke...haha)

bagaimana pula dengan orang yang menyakiti orang lain...dan orang yang disakiti??
seronokkah memberikan sesuatu yang menyeksakan ini kepada orang lain??
tidakkah cukup terseksa orang yang diberi penyeksaan ini??

mereka yang menyakiti tidak akan memahami sehingga mereka sendiri yang disakiti dan mereka yang disakiti berharap suatu masa nanti blsan yang setimpal utk yang menyakiti..

maka terciptalah suatu rantaian yang tidak tidak ketahuan di mana penghujungnya


'in syringomyelia disease..there will be thermoanesthesia..'

'waaa...mantap r orang yang kena mnde alah nii...takde rase sakit.kebal woo!!'

mencelah plak mmber sorang kt sebelah aku nii...

'hurmm...ape gunenye kebal ini jika pada akhirnya menyusahkan diri sendiri??'

ya!!ALLAH menciptakan sakit ini sebagai suatu mekanisme untuk kebaikan diri ini juga..
melindungi dari ancaman2 yang boleh memudaratkan tubuh badan...

cuba kita fikir2...
suatu hari...anda berjalan2 di tepi pantai yang indah....
menikmati angin yang sepoi2 bahasa...
sedang berjalan2....kaki anda terpijak duri yang extra large..
lalu menembusi segala fascia2 di kaki anda dan menyebabkan excessive bleeding..
dan anda....
terus sahaja berjalan seolah2 tiada suatu apa pun yg berlaku...
dengan hemorrhage di kaki anda yang terdedah dengan pelbagai jenis infection.
see....skarang anda akan lebih menghargai sakit itu...haha

'hadoii...ak masih di dalam lecture'(erk...jgn ditiru bab mengeluh ni...tak baek utk kesihatan..hehe)

'everyone have the same average of pain threshold but different in the reaction to the pain...'

jika ini dikaitkan dengan SOAL HATI..
ada yang digolongkan dalam berhati lembut dan berhati keras..
apa yang membezakan antara kedua ini??
kedua2nya ttp mempunyai tahap yang sama bila mana menghadapi rintangan demi rintangan...hati akan merasa susah.
tetapi berbeza dengan macam mn individu itu mengawal gelora hatinya..
orang yang lebih rendah threshold hatinya lebih mudah untuk meluahkan segalanya...tapi bg yang lebih tnggi thresholdnya.....
dipendam sedalam2...sehingga sehingga ke suatu tahap yang benar2 'memakan hati sendiri'..



"Bekunya air mata kerana KERASNYA HATI, Kerasnya hati kerana PANJANGNYA ANGAN-ANGAN, Panjangnya angan-angan kerana BANYAKNYA DOSA, Banyaknya dosa kerana CINTAKAN DUNIA!! -Imam AL-GHAZALI-"




'thats all for today...we'll meet again in the next lecture'....
dan tbe la masanya lecturer ak ini pn mnamatkan bait2 terakhirnya...hihi.



Ya ALLAH jinakkanlah hati ku ini dengan sentiasa menyebut namaMu..ameen.








Monday, September 29, 2008

sesat cari jalan pulang~..- mlm 27 ramadhan

"jadi ke tak...pegi malam nii??"

"ntah la..depend ngn program orientac ni jgak r..ntah bile nk abes.."

"adoii..nnti kalu lewt2 sgt xde tmpt laa.."

"xpe2...kte tgk cne nnti..."

berceloteh...celoteh....
beriya-iya betul seorang sahabat sy seorang ini mengajak saya...

nk kemana nii??
haaa....destinasi tujuan---->Masjid Amru Al As..
**pada malam ke 27 ramadhan setiap tahun....masyarakat arab akan menyerbu ke masjid Amru Al As kerana Jbrail akan turun...(jibrail turun??)hehe..
As-syeikhu Jibrail senanye yang akan datang ke massjid ini untuk mengimamkan solat terawih pada malam tersebut.
seorang syeikh yang sangat tersohor.....
Apa yang istimewanya??haaaa....bagi yang ingin menguji stamina bolelah mencuba untuk turut serta kerana anda akan betul2 teruji...
doa qunut pada rakaat terakhir solat witir selama...

1 JAM LEBIH!!!

*untuk makluman...diatas ini bukanlah typing error....atau terkabur mata yang memandang...tetapi memang sejam++..ahaks.
tetapi untuk kali ini bukan lah kerana keunikan qunutnya yang panjang mahu sy tuliskan disini.....tapi.......hehe.

sememangnya dri sndiri ade menyimpan niat untuk pergi lagi ke masjid amru kali ini selepas berpeluang pada tahun yg lepas...
tidak mahu terlepas merasaikan zouknye..
tetapi agak sukar kali ini kerana telah bertembung dengan program orientasi untuk pelajar2 baru MARA yang baru sahaja sampai.
erk..
mjlis orientasi dijadualkan berakhir untuk hari ini hampir2 waktu maghrib...

"kalu macam ni, konpemnye kt masjid sudah melimpah dengan lautan manusia.."*sigh

hati kecil ini memberontak mahu pergi jugak kerana telah sy jadualkan malam 27 ramadhan di masjid amru ini sebagai salah satu must-do event sepanjang mengasingkan diri di bumi anbia' ini..keskes.
rase tidak lengkap sekiranya tidak dapat dipenuhi segala yang telah di rancang..

didorong dengan rasa tersebut...maka setelah selesai bersolat maghrib, digagahkan juga diri ini untuk bergerak pergi walaupn agak kepenatan setelah seharian berorientasi bersama adik2 baru..
kbetulan pula diajak oleh seorang sahabat untuk join skali ke masjid amru menaiki motorsikal...huh!alhamdulillah...dipermudah..
cuma sifulan ni tak tau jalannye untuk ke masjid amru...dan terpaksala sy selaku bekas penduduk di fustat yang berdekatan dengan masjid amru menjadi driver..cehh!!

recall...recall blk jalan nak balik ke masakin fustat...hehe..
maka bermulalah kisah pengembaraan yang ingin sy kongsikan sebenarnya disini..(intro yg agak panjang lol..;P)
mula bergerak dari ARMA....terus memulas minyak dan enjin berderum menuju mengikut arah handle kupusing2..
sy pn mula mengecam balik jalan untuk ke masjid amru kerana jalannya adalah laluan yang biasa sy lalui suatu ketika dahulu sewaktu ingin pulang ke rumah di masakin fustat.

terus meluncur laju sehinggalah sampai ke satu kawasan di mana laluan terbahagi kepada 3 lanes...
argh...tbe jd konfius....
eh...mn satu lane yang nak ke fustat dulu ni ek??
jalan yang dah bertukar....atau aku ni yang da blur/??adess..
dengan tekadnya ku memilih lane yang ditengah...(buat2 yakin jer)
masuk2 je lane tuh....trus masuk dalam satu terowong nih....eh???
eh?eh?
bile mase plak ade terowong time nak balik fustat dulu??

hah....da memang btol2 konpem la kali nii....
SESAT CARI JALAN PULANG LAA!!

tp senanye bukan sesat gak pon....just tersilap jalan aje..hehe
nak u turn pn tak leh da dalam terowong tuh sehala jek...
mahu tak mahu....men terus aje laaa....
terowong ni pon satu hal....ape pasal la panjang sangat???(ish2...nak salahkan terowong plak)
motor terus meluncur dipandu terowong....entah ke mana agaknya..
pecut punya pecut....akhirnya sampai ke hujung terowong...

eh...kte kt mana nih??

ntah...ak pon xtau..

maka...bermulalah sesi soal jawab....menandakan masing2 dah mati akal mengenai tempat yang kami berada pada waktu tuu..TAK TAU!!
huwaa...tak penah lagi ku sampai ke tempaat nih...penin pn ade...nk u turn xleh lgi...
pusing2 punya pusing tetap tak dapat nak cari lubang keluar dari 'dunia' yg tk pernah ku sampai lg nii..

check minyak...check minyak...
fuhh.. nseb bek da isi full awl2 td.....

last2...terpakse la jgak kami menggunakan khidmat pnunjuk jalan percuma...PEKERJA MAJLIS BANDARAYA CAIRO(hehe...kesian pk cik tuh sbb kami ganggu de tgh khusyuk sapu smpah time tuu)..
at last..bejaye juga mencari gateway yang menghubungkan 'lost world' itu dengan dunia yg nyata..huh??
lega...
arghh...masih tk kusangka boleh terlupa jalan pulang ke fustat yang selalu ku lalui dlu...heh!
xpe2..cobaan.
berjaye untuk sampai ke masjid amru jgk walaupun ketika itu sudah selesai solat isya'...*agak terlewat dek kerana gara2 mahu mencari parking dan mujurlah motor boleh mncelah dalam kepadatan knderaan2 pd malam itu..


gambar...
sedang berehat sementara menunggu separuh masa kedua terawih...erk??

agak sedey...taun ini tidak dapat msuk rapat ke kwsn masjid dan hanya dapat menunaikan solat di atas jalan raya sejauh lbey kurang 500 meter dari perkrangan masjid..(huh!ramai betol manusia..)

lagi gambar yg sempat di'snap' kt sini...


mn masjid??xnampak pun...huh!ini adalah jalan raya yang dipenuhi lautan manusia(500 meter dari masjid)


ala kulli hal....malam itu sy dpt pulang dengan berpuas hati kerana hasrat untuk menjejak kaki lagi ke sini tercapai lagi untuk kali keduanya...
tahun depan i'm afraid i can't...because........i'll be in my hometown..Malaysia!!!!insyaAllah..yeahyeah..ha3.


coming up next---> catatan di malam 1 syawal.......penglmn best brsama kengkawan di perantauan...nantikan....hehe


Thursday, September 11, 2008

"Aku Terima Nikahnya"??

Jam 3.00 pagi...waktu Kaherah.

Masih terasa lagi kepala yang berdenyut-denyut...entah apa yang tidak kena??
sejak malam semalam kepala asek berpusing...balik sahaja dari bertadarus bersama2 dengan pelajar dari maahad Shoubra.

Sekejap sahaja lagi da nak kena bersiap untuk bersahur pula...bimbang juga nanti kalau dilayan sangat duk menulis nii, sahur melayang....rugiilaa kalu terlepas keberkatan sahur ini.so, tulis yg mana 'dan' aje laa dulu ...

Padahal pada awalnya tak terase mahu menulis dengan keadaan yang tidak berapa mengizinkan ini+++mode malas..ish2....tapi tetibe jek terase mahu juga setelah di'sapa' dengan suatu perkhabaran oleh seorang sahabat lama.

Sambil duk terbaring sendirian bertemankan laptop melayan kepala yang tidak abes2 berdenyut.....
tetiba
buzz!!window yahoo messenger yang memang sengaja dibiarkan terbuka.. menyala2..
menandakan ade makhluk yang telah menyapa..

sengaje dibiarkan seketika...memikirkan mungkin sekadar gurauan tangan2 yang memang tak leh kalau tak buzz orang laen..huh?
then...terpapar mesej.

"salam"

"fais...ko kne tolong aku.."

"really need ur advice n help rite now"

aduii....macam penting la pulak bunyinye...nak tak nak...kena la jugak mnjawab..

"wslm"

"pe jd?"

sekadar membalas dengan ringkas kerana perasaan ingin tahu itu di'compensate' dengan kepala yang btul2 tgh keberatan..

borak punye borak...tanye punye tanye...
tup..tup....barulaa ku paham kenape laa 'de' nii beriya-iya sangat bunyinya nk tegur..
rupanya 'de' ni dalam mushkilah kabiir bak kate orang arab...
masalahnya ini bukan masalah besar......tapi betul2 besar...hihi.
cukup untuk membuatkan ku yang mendengar ini....bertambah2 lagi kepeningannya.
uhuk2!!
aiyaaa...

pe yang masalah sebenarnya skarang????
rupa2nya....'de' ni yang merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan(identiti dirahsiakan) yang sememangnya merupakan salah seorang yang boleh dikatakan sahabat agak lame laa.
telah menerima suatu undangan walimah.....
so what??
bukan walimah untuk orang laen...tetapi undangan untuk walimah sendiri.
senang cakap ade orang nak propose laa.

menurut cerita yang telah disampaikan dari tuan punya badan...
ade seorang ikhwah yang telah meluahkan segala isi hati perut dan segala macam isi lagi kepadanya..
menyatakan bahawa mahu meng'cop' de nii sebagai bakal isterinya...(eh...bley men cop2 lak..)
dah stat macam tu...maka haru lah jadinya si tuan punya badan tuu..
menjadi serba tak kena..
mndi tak basah..
tidur tak lena..
makan tak kenyang(pose laa)....niii sy yg tmbh sendiri la.haha.

maka alkesahnya telah diadukan dengan bakal doktor ni(me laa) knonnya doktor bab hati dan perasaan laa...adesss..
eh2...bukannye mahu berlagak sebagai seorang pro disini....
takde pengalaman pun dalam bab2 begini...bukannya sudah menjadi tunang orang, jauh lagi menjadi suami orang...
tapi cuba untuk sekadar menjawab atas kapasiti sebagai seorang sahabat yang telah diberi kepercayaan untuk mendengar keluhan dan diminta pendapat serta nasehat..

Ape yang patut dicakapkn ye???
Kelu+gagap+terketar juga tangan mahu menaipkan sesuatu...
iye laa...dah namenye pn amatur lagi dalam bab2 begini..
tengah duk pening2 tuu....teringat laa sy ini dengan sebuah buku yang berjudul "Aku terima nikahnya" karangan Ustz Hasrizal@Abu Saif.

Bab2 begini...."JANGAN TERGESA-GESA DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH" katanya di dalam buku tersebut.
what more can i say??
huh!..
buntu....buntu....
jika sebelum ini diminta nasehat mengenai hal2 laen....insyaAllah masih boleh untuk berkongsi sebarang dua nasihat dan pesanan....tapi berat untuk kali ini.
tapi mungkin ada dikalangan pembaca2 sekalian yang lebih arif ataupun mempunyai sebarang pendapat untuk diutarakan mengenai hal ini.....dipersilakan~

Apabila ditanya sendiri kepada tuan punya badan adakah sudah bersedia???
kerana segalanya ku rasakan atas kesanggupan tuan punya badan tu sendiri jugak laa..

ktenye..
'agak2 la jugak sebab study pon blom abes lagi...bajet nak tnggu laa sampai 3rd year ke pe..'

tp tmbahnye lagi yang si ikhwah itu pn bersungguh-sungguh dalam membuat 'tawaran' itu..
antara dialog yang dikatakannya 'aku betul2 siyes nii..'....'ak da pilih masak2 ko sebagai calon isteri aku'...(lbey kurang gtu laa...setelah di author semula)
oo...parah2..kesian jugak aku mengingatkan member ini seorang yang dalam dilema untuk membuat keputusan terbaik buat masa sekarang..

Ini belum diambil kira dari pihak keluarga pula....ape respon mereka...terutamanya dari mak dan ayah??
memang tak dapat ku bayang macam mana situasinya itu....dan memang kalu bley tak nak bayang.

bunyinya macam teruk sangat kah??uhuk2.
sehingga sekarang...daku pun masih tidak memberikan sebarang respon secara betul2 sebab nak settlekan dulu ape2 yang memeningkan kepala ini..
biarlah respon yang diberi nanti betul2 datang dari akal yang waras dan sehat walafiat....bukannya repekan atau rapuan yang ntah ape2.
hurmm...respon??fikir...fikir..


kisah ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar salah satu dari bermacam2 lagi kisah2 yang berlaku terhadap insan2 disekeliling ku...menambah koleksi2 asam garam kehidupan diri.
mungkin untuk kali ini bukan diri nii yang menjadi subjeknya....tetapi manalah diketahui sekiranya di waktu2 hadapan berdepan dengan situasi yang hampir sama kn??kn?


wallahua'lam...

*masih mahu melelapkan mata barang seketika*dah nak sahur laaa!!

Friday, September 5, 2008

UnIdentified Flying Objects[U.F.O]-Ramadhan Kareem~

Salam sejahtera ke atas kamu yg sedang membaca ini...

iye laa!kmu laa....xyah laa duk pndang2 kt len ..
mcm mana dengan puasa??ckp lg x stakat nii??
me??alhamdulillah.....xde lg ponteng stakat nii...arap2nye berterusan laa...
sme2 amiin kn ek..

Adoii....mood berat ati nak update blog nii da dtang blk laa....huh!
xpe2....mau lawan gak....so, tulis aje laa ape2 pn janji tulis juge..

haa....tajuk ni mcam angker jgak kan??
ade gaye macam X-files gtu gak r..
tp jangan bmbang ini cerita bkan cerita hantu...jembalang mhupun pontianak..
nak tau cite ape????haaa....bace lagi....dan...lagi...



Satu hari ini.....
daku dlm perjalanan balik dari Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah...

time tuu jam sudah menunjukkn pukul....6.00 petang.

'aisey...lg setengah jam je lg nih nak berbuka pose'

'sempat x ak nk smpai umah nii???tawakkal aje laa'

daku pn bergerak aje laa pergi ke mahattah untuk menunggu bas ke arah Abu Riish....jalan sorang2...jalan..jalan...jalan..dan terus jalan(byk jalan2 nii sbb jauh ngt mahattah tuu dari ARMA)
penat seh!!

da smpai kat mahattah tu....
daku pun mnunggu menanti dan brharap....biarlaa cepat2 sket bas ni sampai..
da 10 mnt berlalu..daku msih lgi tercacak brdiri kt tmpt sama..
'adess...kang nanti tak pasal ak berbukak pose tepi jalan ni jgak!'

pastu elok2 aje ade bas sampai...huh! lega..alhamdulillah da settle bab mnunggu bas nii...tapi masalah skang ni lak...sempat ke tak sampai umah sblom berbuke pose nii??huhu..haru2~
ala....kamikaze aje laa....

nseb bek laa pak cik yang bawak bas ritu adalah merupakan bekas pelumba formula 1 yang baru je retire..
fuhh....de bwk bas macam nk tercabut je tayarnye...siap leh mencelah2 lagi..
jalan pn tengah kosong dekat ngn bukak pose gni...memang jadi circuit nk memecut laa..

haaa....skang da nak sampai yang part2 U.F.O nii...hehe

bas time tuh da agk kosong sbb kebanyakan masyarakat arab da pgi serbu 'maidah rahman' daa... mau
tgh2 syok daku ni pn duk melayan perasaan sorang dalam bas sambil duk mengintai2 jam tangan....tkut trlewat laa....da janji nak pegi bukak pose kt umah jepah n da gang rni.

TIBE2....ttooiiiinnngg!!
muncul satu objek entah dari mana menhentam kepala ku ini...adess.
aku tercari-cari mende ape laa agaknye tu...berterbangan dari luar tingkap bas....huh...unidentified???!!!
Mende ape la tu agknye ek???
Objek kehitam-hitaman....berbentuk agak mencurigakan....
erk...

Cukuplah dengan suspen setakat ni yer...haha

Rupa-rupanya 'objek kehitaman' yang diklasifikasikan unidentified flying object tuh sbenarnye buah2 kurma yang telah siap dipekkan di dalam plastik...
adoiiilaaa...merapu bukan maen panjang stakat nak bagitau pasal buah kurma ke???

Senanye atas permintaan beberapa sahabat...mahu daku menceritakan macam mana suasana bulan Ramadhan di bumi anbia' untuk taun ini..
so...daku mengambil inisiatif untuk memberi sedikit gambaran mengenai apa yang terjadi sepanjang bulan ramadhan disini...*walaupun agk terlbey2 gambarannya*hehe..

Macam2 yang berlaku disini yang menjadikan bulan ramadhan disini lebih meriah berbanding bulan2 laen dan di tempat2 laen....
Mengenai kes U.F.O td itu...sebenarnya menjadi kebiasaan apabila hampir tiba waktu berbuka puasa...maka berlambak2 'pekerja2 sukarelawan' menanti di tepi2 jalan raya..
pe tugasnye???
mereka akan mengagih2kan makanan kepada kenderaan2 yang melalui jalan tersebut...khususnya untuk kenderaan2 awam.
bunyi mengaih-agihkan tuu bunyi macam baek sket..tp hakikatnye dorang ade maen campak2 je ikt tingkap bas...(satu yang tersesat landing kt kepala gue..huhu)

Memang mereka memenuhi disepanjang jalan....sehinggakan ade yang road block semata2 nak agih2agihkan makanan dan minuman kepada penumpang2 bas contohnya.

Alaa...mnde kecik je pon ni.....watpe nk dibesar2kn???

Walopon nmpak macam remeh....tapi cukup membuatkan daku kagum sebab suasana begini tak dijumpai di tempat2 laen...that's what makes it unique!
Smemangnya masyarakat2 Arab ini sangat memuliakan bulan yang penuh barakah ini...

Bandar Kaherah ini juga dipenuhi dengan cahaya yang melimpah ruah di bulan Ramadhan... pelita2 Arab dipasang di merata2 tempat..
mengingatkan daku pada suasana Hari Raya di kampung halaman...
ditambah lagi dengan budak2 Arab disini pon obses dengan mercun...haha...mcm daku di zaman muda2 dlu...ngehngeh.

Hurmmm....satu perbezaan yang ketara sebaik sahaja menjelang bulan Ramadhan disini...semakin kurang orang2 Arab yang keluar rumah di waktu siang.....jalan2 menjadi agak lengang lagi2 di waktu pagi..
tapi apabila malam mula melabuhkan tirai......dorang pn mule la kuar umah...penuh la di jalanan tuh..(uih!mcm kelawar la plak..ha3)
Sepanjang malam juga la tidak akan sunyi dari kecohnya suara2 manusia dan lagi2 bunyi jeritan hon2 knderaan...
p/s:orng Arab mesir nih saangattt la ske maen hon...sket2 je hon.aduii..

Hurmm...cite punye la cite....last2 bas telah pn sampai ke destinasi....time nk pgi serbu iftar pula..
Dapat la jgak satu pengajaran daripada peristiwa kali ni.....laen kali tak payah bimbang untuk balik menaiki bas walopon da dekat dengan waktu berbuka kerana mkanan anda akan disponsor di sepanjang perjalanan nanti!!!hehe.

Saturday, August 23, 2008

keeping faces in memory..part 1

Olla~..
this time 'my life corner' membawakan tatapan wajah2 yang telah ditinggalkan semenjak setahun yang lepas di kampung halaman Malaysia..

Bukannya ape...cuma mahu mengupdatekan kembali wajah-wajah terkini di dalam memori ini...tkut2 laa nanti da terlupa pula..
Lagi2 wajah si anak2 kecil yang cepat betul mengalami perubahan...ye la...sedang membesar la ktakan~

yang dahulunya meniarap....da boleh merangkak..
yang merangkak...da berjalan..
yang dahulunya xbrape reti nak bercakap....skarang da pot...pet..pot...pet..haha.

Untuk kali ini...mahu updatekan gambar anak2 sepupuku..thanks to my cousin, abang din sebab dapat mereply kan email dengan segera sebaik sahaja dikemukakan request untuk gambar2 ini...




abang n kakak

ketika bersekolah di Kolej Islam Sultan Alam Shah , Klang , Selangor dulu , di kala cuti hujung minggu maka akanku meluncur menaiki komuter ke rumah sepupuku di Bangi berdekatan ngn MPI...menghabiskan waktu cuti disana ..ape mau buat??takkan mau balik ke terengganu setiap minggu...penat lar!

maka..nk dijadikan cerita...memang selalu juga laa melayan kerenah si cilik ini semua..wahwah...memang aktif!haha..memang penat nak layan...tapi xpe la lagipn bukannya selalu dapat jumpa dengan pak Ngah mereka nii..haha


da besar yang ni sorang ek...mke pn da xcam..adess




waduh..kok mau besilat ke ape ni??haha




happy birthday...eit.spe pnye bday nii??kak long ke?haha.



abang din, kak long n family..

sekian dahulu untuk edisi kali ini....
masih menantikan reply untuk request gambar2 terkini dari kemaman, terengganu.....cepat2 la deh!
part 2 akan menyusul selepas ini...dengan edisi gambar2 si cilik dari kemaman pula....



::what's newest in egypt.
-->Egypt parliament building in tahrir was caught in fire...bley plak pak2 arab ni bersorak tengok bangunan terbakar...adess
-->A talk by Syeikh Yusof Qardawi....i thought he was banned from entering Egypt??tokoh ikhwan muslimin...sambutan memang sangat hangat!(sdey tak dapt pergi walopon dekat aje ngn umah sbb xbrape sehat)
-->Ekspo Gempak PMRAM...baru sahaja berakhir dengan kisah malang menimpa diri ini...hukhuk.

::coming up next
-->Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia....sounds interesting~(must join!!)




Saturday, August 16, 2008

Ke sana...ke sini....rush hour!!

eh2...ape plak tajuk entry kali nih??!!!

hurmm...sekadar pengubat untuk blog tak ter'update' setelah skian lama nii..
huhu..
Akhir-akhir ini memang agak disibukkan @ menyibukkan diri dengan banyak hal juga laa(haa...sape suh cari pasal!!)hihi,,
Kejap ke hulu dan kejap ke hilir...memang tak leh dan tak mau nak duk diam r..ish2..

ini pun baru sahaja dapat berhenti menghela nafas seketika....pulang dari majlis sambutan nisfu sya'ban anjuran persatuan PERUBATAN untuk pelajar2 yang masih tertinggal di bumi Mesir ini..hehe.
walaupun majlis ini hanya lah 'sekadar' aja...namun dapat juga berkumpul dan bertegur sapa dengan sahabat dan senior....barulah terperasan....oohh, rupa2nya aku ini tidak bersendirian di bumi Mesir nih..

Dalam minggu ini juga sedang berlangsung suatu lagi program Ekspo Gempak PMRAM bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara yang bakal menjelang tiba(haa...jangan ingat kami di perantauan daa lupekan tanah air yee~)
...dan pihak PERUBATAN telah dijemput untuk menyertai pameran mengenai kesihatan...wahwah...dapt laa merasa pengalaman menjadi 'doktor' sket nanti...walaupun sekadar memeriksa tekanan darah, mngdakan pameran first aid dan lain2..erk..hehe.
Slebihnya mengenai ekspo ini akan diceritakan dengan lebih lanjut selepas selesainya ekspo ini nanti...mau snap pics sket laa..





Selepas ini mungkin terpaksa bertawakkuf seketika untuk meng'update' blog ini....tapi kalu ade kelapangan masa akan cuba juga nak update..
Terpaksa membuat persiapan juga untuk program Ihya' Ramadhan yang akan bermula sebaik masuk bulan Ramadhan yang sudah tidak lama lagi...
cukuplah dulu rasenye bebelan untuk setakat nii....selebihnya akan ade ulasan selepas berakhirnya program2 ini nanti....banyak mau dikongsi nanti rasenye...tataaa~