Pages

Showing posts with label eiduladha. Show all posts
Showing posts with label eiduladha. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Post hiatus

back from a very looooongggggggg hiatus.XD

menyepi lagi tanpa sebarang update terkini.
oh, kenape ye?
jawapannya mudah, sindrom MIM ALIP LAM SIN
dikuatkan dengan komitmen luaran yang lainnnye.(ceh..konon~)

tapi apabila seorang hamba Allah mencadangkan kepada aku agar diletakkan juga paling kurang gambar-gambar mengenai aktiviti terkini sepanjang keberadaan di Mesir ini, terketuk jugak ruangan kepala aku ini.
oh ya, aku memang target nak tampalkan segala pengalaman yang aku lalui dekat sini untuk menjadi tatapan kalau bukan korang yang membaca, untuk aku sendiri juga. kerana pengalaman ini amat berharga dan tidak mungkin berulang.
kredit untuk monolograsya
bak kata kartunis batch aku ini
pengalaman jika disimpan lama-lama akan jadi lebih berharga dari petroleum
Begitu lah lebih kurang selepas aku terjemahkan. Kalau silap maap la E-sung deh~


Baru-baru ini..

Hari Raya Aidiladha 2010

hai, comel kan saya??[sebelum..]

[selepas..] !@#$

Selesai menguruskan unta-unta, lembu-lembu dan kambing-kambing untuk disembelih bersempena ketibaan Hari Raya Korban.Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar dan dapat aku menimba ilmu baru pasal unta dan lembu.
banyak kisah-kisah menarik dan comel mengenai binatang korban ini. Antaranya yang sempat dirakam ada di SINI...


Tidak cukup dengan unta,kambing dan lembu, ahli-ahli PERUBATAN pun turut serta skali disembelih. Merewang secara berjemaah dan berjamuan hari raya beramai-ramai pada raya kedua.



Dalam masa yang sama juga, bumi Mesir diserikan dengan kehadiran sahabat-sahabat dari Jordan. Ada yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini dan ada juga yang dah macam nak jadi penduduk tetap disini.
Tabik spring dari aku kerana mampu bertahan dan masih tidak serik-serik.. lagi.XD
Ala kulli hal,ahlen2...

Anas, Pijan dan Akim



Menu seafood..

Bukan sahaja datang sebagai tetamu malah tolong masakkan sekali untuk tuan rumah. Aiseh, terok betol tuan rumah!
oh, lagipun bukan selalu aku dapat merasa masakan chef dibawa khas dari Jordan.:P

oh,ini bukan kes buli mahupun paksa rela tetapi sekadar meraikan permintaan mereka.*peace*
Selama kurang lebih seminggu mereka berada disini tetapi beberapa hari sahaja yang sempat untuk aku meluangkan masa bersama , bergelak ketawa, berkongsi cerita.
Moga masa yang sedikit itu tidak menjadi sia-sia.



28/11-Genap 21 tahun hambaMu fakir berkelana di bumi ini.Kau terimalah amalan-amalan ku.Dengan rahmatMu, ampun kan dosa-dosa ini yang tidak mampu untuk aku menanggungnya. Pelihara kedua orang tua ku sebagaimana mereka memeliharaku sejak kecil. Tetapkan aku pada jalan juang ini. Kurniakan kami kesudahan yang terbaik...Husnul khatimah~ameen.

Tuesday, December 1, 2009

Salam Aidiladha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sekadar hiasan.


Walaupun agak terlambat, tetap ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!.

Tuesday, December 9, 2008

ME...on the day of Raya Eidul Adha.

Allahuakbar~....Allahuakbar~.....Allahuakbar~.....Allahuakbar~....walillahilhamdu~~

pagi raya..

eh...cepat2 bangun!!istaiqiz lillah!petugas2 mula mengejutkan semua ahli2 beit yang masih dilema mimpi..."kang nnti ade plak yang terlepas trip bas pagi nii!"..
saperti yang telah dimaklumkan bahawa sembahyang raya dan majlis korban untuk tahun ini akan dilangsungkan di dataran kompleks rumah2 negeri iaitu di hayyu asyir maka, pihak malaysian student department telah menyediakan beberapa buah bas untuk kemudahan pelajar2 medic di ceruk sayeda zainab wa munira ni untuk pergi nun jauh ke asyir....huhu.
"nseb bek ade bas, kalu tak.. tinggal harapan je laa ak nak pergi"
"join arab berkorban pon jd laa"
macam2 laa...komen sahabat2...tk terlepas juga diriku ini..keskes.
bile semua da bangun...maka bermulalah pula episod mengambil nombor giliran untuk ke hammam..adess..nseb bek laa bangun awal sket...so dpt nombor dpn2...hehe.
"weh...mandi P.Ramlee sudah laa!!"

ade plak yang memberi cadangan yang 'bernas' ini....ish..ish.korang2~mandi sunat hari raya laa!!
selepas itu...mula laa bersiap semuanya untuk turun bersembahyang subuh berjamaah bersama uncle2 arab di masjid..
untuk pengetahuan semua...beit kami nmenye bait al a'la...kenapa???kerana kedudukannya yg strategik..iaitu di tingkat 6 dan tanpa asansir(lif)...huwawa...tkpelaa...byk sket pahala duk berulang alik ngn masjid...keskes.
masjid2 di kawasan ini pon sudah mula bertakbir raya wif arab style...haaa...takdelaa mendayu2 macam takbir raya melayu tuu..dan pagi itu jalan2 yang kebiasaannya lengang di waktu awal pagi sudah dipenuhi dengan ramai orang.
sesudah solat subuh...naek rumah blk kejap untuk mengambil segala kelengkapan berperang dengan unta dan kambing...hehe(fuhhh...kne panjat tangga nk naek rumah lg la)
"eh,ko nak pakai baju ape pgi smayang raye pagi ni??"
"pakai aje laa ape pun...jagan xpakai sudaa..kecoh nnti"
eh2...sempat pulak buat lawak di pagi raya ni ek..huhu.


tepat pukul 6 pagi, maka mula menuju ke asyir dengan menaiki bas yang sudah sedia menunggu pelajar2.nak kena cepat sampai ke sana kerana sembahyang raya dijadualkan bermula pada pukul 7 pagi dan kebiasaannya arab akan sembahyang lebih awal...kemungkinan banyak jalan akan ditutup bagi menyediakan tempat untuk sembahyang.
sesampai je di hayyu asyir..kelihatan sudah ramai manusia2 disana dan orang malaysia juga berduyun2..


berposing di kompleks hayyu asyir.hihi..

"wahwah...sini da jadi mcam port pelajar2 malaysia dari semua bidang...sama ada medic mahupun agama".
hurmm...bagus juga sebab bukannya senang dapat berkumpul semua sekaligus begini.diri ini sendiri pn terus bergerak ke bawah khemah yang telah disediakan untuk bertakbir malay style pula beramai-ramai...hehe.iskisk...mendayu2~ooo...typical malay takbir..huhu.tak kesahlaa....takbir ttp takbir..ia tidak mengubah apa2 makna.kemudian, dalam kul 7.30 lbey kurang...solat hari raya dimulakan dengan diimamkan oleh ustaz zainudin from MSD...sangat lunak bacaannya sehingga membuatkan hati sayu apabila dibacakan surah Al-Ghaasyiah mengenai pembalasan(hari Kiamat) untuk segala amalan2 kita didunia ini dan ayat2 di akhirnya...sesungguhnya ke atas Kami ..perhitungan ke atas mereka(orang2 yang kufur).


sedang bertakbir beramai2 sebelum solat hari raya..


selesai solat~

Setelah selesai solat dan kemudiannya diikuti dengan khutbah hari raya yang disampaikan oleh Duta Besar Malaysia ke Mesir iaitu Dato' Zainal Abidin sendiri..macam2 disampaikan...lahirkan pelajar2 cemerlang...itu..ini...and then time for kudapan.sempat la juga untuk menjamah sedikit makanan untuk mengalas perut sebelum memulakan kerja2 selepas ini. Bagi melancarkan perjalanan aktiviti seterusnya..bro Rahman telah menyampaikan briefing ringkas mengenai pembahagian tugas dan tempat2 untuk melapah...untuk pengetahuan semua, kali ini sebanyak 14 ekor kambing dan 4 ekor unta dikorbankan..huuu...banyak tuu~


maka, bermulalah aktiviti silat bersilat bersama haiwan korban....xpercaya???tengok nii...hehe


unta:haa...sapa mau lawan??meh masuk gelanggang..


tukang sembelih:aiyah...ish2..


unta:erk..ak kecundang lagi..


unta:*&^%$$#....



Ustaz Fawwaz bin Hj Fadzil Noor pn pernah mengingatkan dalam ceramahnya sempena Hari Raya Korban....pernah ada seorang sahabat yang datang berjumpa dengan Rasulallah S.A.W mengadu bahawa beliau merasa kasihan akan binatangnya yang dikorbankan, maka Rasulallah S.A.W memberitahu bahawa dia telah mnedapat 2 ganjaran iaitu ganjaran berkorban dan kerana mengasihani binatang tersebut..jadi kita juga sebolehnya berasa kasihan apabila melihat haiwan yang dikorbankan.

Penulis sendiri juga telah ditaklifkan untuk men'settle'kan seekor kambing bersama beberapa orng lagi...walaupun tidak dapat mengambil bahagian dalam berkorban, tapi dapat tolong orang yang berkorban pun ok la...insyaAllah tahun depan cuba ambil bahagian cepat2 sikit.huhu.
Di samping itu juga penulis telah ditaklifkan untuk menjadi 'cleaner'....haha...hal ehwal kebersihan laa.penat juga nak mencari orang2 yang sanggup bersusah payah dalam bab nii..hihi.ada yang da konpem...tibe2 hilang plak..sape agaknye tu ek??haa...xpe2..abai2kn.
bila da sebut cleaner...keje2 nye pn mesti laa membersihkan...tempat sembelih, alat2an, dll.
hanya Allah yang membalas jasa2 kamu semua.=)



eh..manje pulak kambing2 tuh nk kne dukung.=P

Bergerak pulang ke sarang(rumah)...sebelum menjelangnya Maghrib....fuhhh...target balik ni konpem da xlarat nak bangun..huhu.tapi xsangka plak malam tu sempat pula menjamu pizza beramai2 bersama ahli beit..hehehe.ummm...hari yang agak meletihkan tetapi full of satisfaction..guess what?penulis bangun pagi ni dengan pinggang dan belakang yg masih sakit...huhu.mengomel macam orang tua la plak.;P

Skian aje dlu dari meja pengarang untuk kali ini...jika semalam majlis sembelih, hari ni pula majlis untuk makan2..hehe.jom pergi serbu ARMA!!


p/s:ammar all bakry!!tlong btulkan pinggang ngn belakang aku nii...da tebongkok2 cam org tua da~hehe.