Pages

Tuesday, October 6, 2009

Diari Ramadhan 1


Salam alaykum warahmatullah wabarokatuh..

14 september 2009/24 ramadhan 1430 H
Balik bercuti setelah 2 tahun ini menyebabkan banyak perkara seolah ‘baru’.Mna taknya, pertama kali menjejakkan kaki ketika turun sahaja di KLIA, ak da cukup terpinga2 tengok ramai btol orang yang sama ‘spesies’ ngn aku sekeliling.maka, aku dengan muka jakun macam tak penah jumpa orang terkial2 kt tgh2 airport tu sambil kepala duk pusing2..
Kini ramadhan pun telah hampir samai ke penghujung lagi. Semuanya dirasakan sekejap.dari saat ak mula sampai ke Malaysia, mula berpuasa, dan kemudian sekarang ramadhan hampir penghujung menandakan hari raya bakal tiba tidak lama lagi. Sedar tak sedar, cuti ak juga sudah makin sedikit yang berbaki.
Cakap pasal da nak raya nih, haa..macam2 iklan pasal raya ada.Dalam tv, radio, pasar2 raya pun turut sama nak beraya. Eh, tak2.sbenarnya yang ak perasan dari awal ramadhan lgi da ade iklan pasal raya.ooh, ini satu lagi perkara seakan ‘baru’ utk aku. Hari raya aku yg lepas tak sebegini rupa. Aku melihat perbezaan ini sebagai suatu hikmah untuk aku belajar sesuatu hendaknya.
Akhir2 ramadhan begini, surau2 di kawasan rumah ak pun berebut2 mengadakan iftar jamaie. 2 hari berturut ak pun menyumbang tenaga melapahkan daging2 lembu. Bak kata abah, orang2 muda tak elok disimpan aje tenaga.uih2.nseb la kbetulan dengan aku tengah takde keje.

Petang semalam ak selongkar stor kat blakang rumah mecari sesuatu. Cari sana, cari sini...haa akhirnya jumpa.PELITA!ini smua gara2 adek bongsu aku yang beria2 sangat nak pasang pelita nih.Em, nak puaskan hati si kecik itu, ak pn psngkn la kt kliling kwsn dpn umah.


Da siap2 pasang....tadaaa!wah,bru ade gaye macam da nak raya la.
Hurmm...dalam 2-3 hari lagi adek dan abg aku akn balik bersama2 mak cik ak.  Perancangannya kami akan konvoi beramai2 pulang ke kampung halaman di kelantan. Aish..tidak sabar rasanya untuk kembali berkumpul beramai2.




0 bebelan: