Pages

Showing posts with label summer. Show all posts
Showing posts with label summer. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Sejuk vs Panas


Cerita musim sejuk.

Di tengah kedinginan malam. Masing-masing tengah lena dibuai mimpi. Pukul 2 pagi, lena hilang entah ke mana bila tiba-tiba pintu bilik di ketuk kuat.
"Bangun! Cepat keluar!"
Kita yang tengah mamai cuba nak kumpul balik maklumat satu-satu.

"Eh, aku kat mana ni?"

Tak sempat nak fikir panjang. "Bangun, cepat keluar! Sakhonah meletup."

Waras mula datang sedikit demi sedikit. Oh, semalam sebelum tidur aku ada buat pendawaian elektrik sakhonah sendiri. Eh, kat mana silap pulak ni? Habis la. Dalam kepala dah bayang-bayang habis meletup sakhonah sebab silap sambungan wayar elektrik.

Bila keadaan makin reda, barulah boleh nak jenguk. Rupanya yang meletup bukan lah sakhonah nya tetapi sambungan paip air sakhonah akibat tekanan air yang tinggi. Air dan wap air panas tersembur keluar.

Alhamdulillah, tiada yang luka-luka. Lega juga bukan aku punya 'kerja'. -_-'
Hasilnya, 2-3 hari tak merasa air panas. Nasib badan menggigil-gigil terpaksa tahan sejuk dek kerana air paip rasa macam ada orang letak ais.

Musim panas sudah mula menjengah kini. Lain pula kisahnya.

Belek-belek ramalan kaji cuaca. Ramalan suhu 45 darjah celcius. Erk.
Kelas tetap berjalan seperti biasa. Matahari semakin meninggi di atas kepala. Seawal jam 9 pagi, bahang mula terasa.

Belum sempat nak melangkah, dah berpeluh-peluh.

Balik sekolah pukul 12 tengahari. Naik motor, angin sepoi-sepoi bahasa. Tapi bahasanya panas lain macam. Kena muka, berbekas-bekas pedihnya. Bahang.

Musim-musim begini juga dapat jumpa housemates baru. Housemates ini yang tak bestnya dia buat macam rumah sendiri padahal satu sen pun tak bayar sewa. Namanya semut, lipas dan lalat. Dari mana-mana entah datang. Tiba-tiba dah siap berumah, beranak-pinak tak minta izin. Nak halau tak sampai hati, jadi terpaksa masak buat lauk bunuh saja lah. Err. 




Macam-macam kisahnya. Kalau mahu merungut, memang tak habis nak disenarai. Nak dikira juga takkan cukup jari tangan dan kaki. Sejuk tak kena, panas pun tak kena.

Setiap rungutan itu, sebenarnya ia ditujukan kepada siapa? Secara tidak langsungnya akan kembali kepada Yang Mencipta. Belajar untuk menerima. Menerima setiap ketentuanNya yang sememangnya terbaik bagi setiap saat dan ketika waktu.


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim 14:7)


Moga kita termasuk dalam golongan yang bersyukur dalam apa jua keadaan. Kerana lambakan nikmat yang tak terhitung banyaknya. Samada yang kita sedar atau tidak. Kerana kita tidak lebih dari sekadar hamba.

Alhamdulillah.

p/s : Hairan sungguh. Perangkap racun serangga yang dibawa dari Malaysia tak beri kesan langsung. Siap sengih-sengih selamba lagi. Huh. Kebal-kebal serangga sini.

*Sakhonah - pemanas air

Sunday, July 25, 2010

Matruh-Siwa 2010

Tangan yang sudah lama tidak menaip semakin lama semakin 'berkarat'. Mana tidaknya, mahu habiskan satu ayat yang lengkap pun perlu 2 ke 3 kali tulis , padam , tulis balik , padam.

Tapi tetap terasa tergerak untuk mencoret pengalaman menarik disini.
1 dalam 1000.
bukannya selalu dapat pengalaman begini. Terasa rugi jika terlupa feeling ketika sedang mengalami sesuatu itu.Mungkin dengan sedikit coretan cukup untuk refresh kan balik apa yang aku dah lalui.

Untuk summer break kali ini, aku berkesempatan lagi untuk menjelajah bumi Allah yang luas ini.
Satu lagi tempat baru telah berjaya aku copkan dengan tapak kasut aku saiz 6.

Summer Break Matruh-Siwa  2010 PERUBATAN
A stroll down the lane of history
13-15 July 2010

Hasrat aku yang pada awalnya ingin turut serta dengan rombongan semua XY tidak kesampaian apabila peserta-peserta lelaki semakin pupus. Ada yang sudah pergi sebelum ini, ada yang sibuk atau buat2 sibuk, dan ramainya yang sudah balik ke Malaysia. Mahu dijadikan cerita aku diserap untuk masuk ke rombongan XX.

Aku terima sahaja pelawaan itu atas tiket sebagai peserta walaupun sebenarnya secara tidak langsung aku juga automatik menjadi musyrif...erkk.haha.bukan tidak sudi cuma terlalu dimomokkan dengan makhluk-makhluk lain yang pernah merasa garam lebih dahulu dari aku.
"jadi musyrif nanti ko macam tunggul la...tak boleh nak buat apa-apa"
"tak enjoy laaaa"
Nasib baik sudah tercatat di etika untuk musyrif yang para musyrif juga bebas untuk menghayati dan bersuka ria tanpa melupakan tanggungjawab.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun dengan sedikit masalah-masalah kecil yang dapat diatasi. Mungkin rombongan ini tidak semeriah jika aku turut sama dengan kaum sejenis, tetapi tetap aku bersyukur akan pengalaman berharga ini. Bergembira dan dalam masa yang sama menjalankan tanggungjawab sebagai pengiring. Sebarang cacat atau kurang sepanjang 'kerja' aku ini harapnya jangan disimpan. Buang saja jauh-jauh.

Sedikit memori yang sempat aku rakamkan untuk menjadi tatapan.


Pantai di Hammam Cleopatra

Pantai di Hammam Cleopatra

Hammam Cleopatra

Hammam Cleopatra(dalam)

Pantai Ajeeba

Kota Lama Siwa

Kolam Mata Air Cleopatra

Para pengiring di Jabal Mouta

Ahli rombongan

Ammu Magdi(driver)

Geng tukang masak KLCC( Ust Hafiz, Wafi, Hilmi)

p/s: banyak gambar-gambar yang tiada disini kerana tak sanggup menunggu proses upload yang sangat memakan nasi masa.
bakinya ada disini ..

Wednesday, December 9, 2009

Madinah Al-Munawwarah.

ke MADINAH..


On the way ke Madinah yang dijangka memakan masa selama 8 jam, sempat juga kami singgah di Masjid Terapung. Aku sendiri tak pasti jika orang memanggil nama masjid itu dengan gelaran Masjid Terapung atau tidak tapi oleh kerana reka bentuknya yang seiras2 dengan masjid Terapung di Kuala Ibai, Teganung, maka aku memandai2 je.


Memandangkan hari ini hari Jumaat dan waktu zohor juga telah menjengah tiba, kami terus aje bersembahyang Jumaat di situ. Kebetulan dengan kehadiran kami disini, terdapat banyak juga jemaah2 dari Malaysia yang datang untuk mengerjakan@telah selesai menunaikan ibadat umrah. Berbunga-bunga lg aku apabila dapat berjumpa dengan group Malizii ini setelah lama tidak menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.

Tuah ayam di kaki tapi tuah manusia Allah saja yang tahu.
Rezeki datang bergolek apabila kebanyakan jemaah2 Malaysia memberi bermacam sumbangan kepada kami yang memegang status penuntut-penuntut ilmu ini. Bukan diminta!tapi diberi.=)


















Perut mula bergendang lagu irama padang pasir isyarat 'tangki' perlu diisi lagi. Maka, mat'am@restoran Indon menjadi singgahan seterusnya sebelum bas terus meluncur laju di tengah padang pasir menuju Madinah Al-Munawwarah. Aku, terlena dek kesedapan ayam panggang~

Sunday, November 29, 2009

perjalanan menujuNya.

Azan maghrib berkumandang...
Kaki mula melangkah bergerak bersama sahabat2 laen...diiringi dengan lambaian sahabat yang sanggup datang mengiringi pemergian kami ini.
Walaupun menghadapi kesukaran sedikit, tetapi setelah bersusah payah sket menerangkan kepada ammu driver teksi, Mahattah Tarjuman(baca Targuman utk lahjah amiiyyah mesir) terpampang gah jugak akhirnya depan mata.
Dengan menggunakan status musafir yang baru berusia beberapa detik lepas, aku suda dibolehkan utk menjama'kan terus solat maghrib dan isya' di masjid mahatttah bas itu jgk sebagai rukhsah. Cuba untuk memanfaatkan sebaik mungkin masa yang ada sementara menunggu kedatangan bas yang akan mengangkut kami semua.

sabar menanti~

Jam lebih kurang 10 malam, masa dinanti akhirnya tiba dan bas mula bergerak meninggalkan mahattah menuju destinasi yang sedia ada tertaip pada tiket.




Jujurnya aku lebih senang dengan perjalanan malam sebegini kerana dapat 'compensate' kan rasa letih+mengantuk dengan waktu yang sememangnya dijadualkan untuk tidurr!maka sepanjang perjalanan kebanyakannya diisi dengan dengkuran penuh melodi sajalah. sesekali terjaga sbb dihantuk oleh tingkap bas apabila terlentok.

Entah jam berapa, aku terjaga apabila bas mula perlahan. Destinasi sudah berjaya dijejak.eh, bukan2. Perjalanan masih berbaki jauh. Ini baru sekadar permulaannya sahaja. Tuah badan dapat tidur, perjalanan yg amik masa 8 jam terasa beberapa kelip mata sahaja(campur yang tersedar time trhantuk kpale..aduhh!).
Matahari baru shaja mula menjenguk , ayam juga baru berkokok suara serak2 basah ketika aku mula menjejakkan kaki di Port Safaja(bace Safaga utk lahjah amiyyah mesir).


Friday, August 29, 2008

CAHAYA diatas CAHAYA...

Alhamdulillah...segala jenis puji bagi Allah...tuhan sekalian alam.
dengan rahmat dan kurnianya kita masih dapat hidup dengan nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam.

nukilan kali ini dengan harapan dipermudahkan perjalananku untuk pulang kepangkal jalan...

beristiqamah..tetap, thabit dalam perjuangan menegakkan kebenaran

...segalanya bermula dengan membersihkan diri ini sendiri...




taubat seorang hamba-irsyadee ft hafiz hamidun..



Ya Allah..

aku mengadu...lemahnya daya upaya ku ini..
kurangnya amal ibadatku..
goyahnya keimananku..

Kepada siapa akan Kau serah diriku ini?
Adakah Engkau akan hanya melihat aku dari jauh dengan wajah yang masam?
tapi ku yakin Engkau sentiasa menolong hambaMu..
hanya kepada Mu aku menaruh harapan..
mohon dijauhkan kemurkaan dan digantikan keredhaan..
mengharapkan cahaya hidayahMu..
CAHAYA diatas CAHAYA.



(28 sya'ban 1429h)

Wednesday, August 27, 2008

renungan sejenak~

DUNIA...
yang merupakan jejambat untuk ke akhirat....
tidak dapat tidak...kita harus melalui alam dunia ini sebelum sampai ke alam yang selepasnya..
walaupun sesetengahnya hanyalah sementara cuma....sekadar satu kerlipan mata....ataupun mungkin langsung tidak sempat hendak mengerlipkan mata melihat alam penuh tipu daya ini. tiada yang kekal dan nyata di dunia ini melainkan di akhirat sana nanti.
namun, bagi yang sempat untuk merasa kehidupan dunia ini lebih lama sedikit mula dijangkiti dengan penya
kit WAHAN..





huh!!tatk
ala terasa diri ini kuat dan punya keyakinan mantap....seakan mahu beramal tanpa henti... tapi dikala diri lemah...mudah sahaja untuk tergelincir dari landasan yang sepatutnya...
ya!!sememangnya iman umat manusia ini 'yaziid wa yankus' tetapi sekadar mana kah pengurangan itu??
jika disandarkan pada angka....adakah mencapai paras NEGATIF??
Dalam kita bersukaria-ria....
sedar atau tidak???MAUT itu semakin menghampiri kita semua...

'la yasta'khiruuna saa'atan wala yastaqdimuun'.




semakin bertambah usia....semakin hampir kita kepada perhentian terakhir.
sekali kita menghembus nafas...belum tentu selepas ini kita akan masih berpeluang untuk menarik nafas untuk kesekian kalinya..
mungkinkah hembusan itu adalah yang terakhir??
sesaat kita masih hidup dan sesaat kemudian mungkin sudah tiada bagi kita.
alangkah ruginya jika dibazirkan setiap saat d
i dalam hidup ini..

memetik kata2 Tuan Guru Nik Abdul Aziz da
lam satu ceramahnya..

kita hidup ini diibarat seperti sebuah kenderaan yang sedang dihidupkan enjinnya....jika tidak digunakan untuk berkhidmat kepada tuannya dan dibiarkan tersadai...adalah satu kerugian kerana minyak tetap digunakan.

Ini diibaratkan kepada diri seorang manusia yang bergelar hamba yang merasakan sudah cukup baginya dengan tidak beramal tetapi tidak juga melakukan perkara2 larangan..

apakah dikira hidupnya didunia ini tidak menggunakan nikmat2 Allah??
sudah tentu jawapannya mustahil...dan ma
ka dengan itu, perlulah disyukuri nikmat2 itu..


ingat wahai diri!!brape banyak dosa yang telah kamu lakukan??!! sekadar mana sngatkah amal kebaikan yang telah kamu lakukan.
nukilan ini tidak lain dan tidak bukan.. mahu memperingatkan diri ini yang leka!hanyut!dibuai dengan indahnya perhiasan dunia ini..



Hanya Allah yang maha tahu betapa banyaknya berdosa diri kita ini...
moga dengan sebenar2 taubat dan dengan linangan air mata mampu membasuh segala kesilapan kita yang telah lalu..

Allahummaghfirlna zunuubana... waliwaalidaina warhamhuma kama rabbayaana soghirana..
walimua'llimiina wali jami'ie muslimina wa muslimat..
walmu'miniina walmu'minat..
al ahyaa' i minhum wal amwat..




-->orang yang paling bijak adalah yang sentiasa mengingati mati..

Monday, August 25, 2008

::AL-IHTIMAM HAMMU!!::



IKLAN RAMADHAN!!!
Kini sudah hampir berlalunya Sya'ban....dan kini mampir tiba pula bulan yang ditunggu2...Ramadhan al-mubarak
Hurmm...masih belum mahu mengulas panjang mengenai bulan ramadhan ini lagi dalam entry kali ini..
cma sebagai introduction akan hadirnya bulan istimewa nanti..

genap seminggu dari hari ini maka akan perjuangan melawan nafsu..makan,minum dan perkara2 yang membatalkan puasa.
hurmm....adakah daku sudah bersedia??bagaimana dengan kalian semua??tepuk dada sendiri...pastu jawab sesorang ye..hihi.

Di bumi mesir sudah bermula pengajian Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki....seorang ulama' dari tanah indonesia...tersohor dengan keilmuannya.
pengajian tafaqquh fiddin ini sememangnya diadakan setiap tahun bersempena dengan tibanya bulan Ramadhan...MAI BERPAKAT KITA RAMAI2KAN.

p/s: kelas pengajian ini turut disiarkan live secara online di mymkkk.tv..so kepada sesiapa sahaja yang nak join tapi tidak berkesempatan , bley la ke laman ini.

Saturday, August 23, 2008

keeping faces in memory..part 1

Olla~..
this time 'my life corner' membawakan tatapan wajah2 yang telah ditinggalkan semenjak setahun yang lepas di kampung halaman Malaysia..

Bukannya ape...cuma mahu mengupdatekan kembali wajah-wajah terkini di dalam memori ini...tkut2 laa nanti da terlupa pula..
Lagi2 wajah si anak2 kecil yang cepat betul mengalami perubahan...ye la...sedang membesar la ktakan~

yang dahulunya meniarap....da boleh merangkak..
yang merangkak...da berjalan..
yang dahulunya xbrape reti nak bercakap....skarang da pot...pet..pot...pet..haha.

Untuk kali ini...mahu updatekan gambar anak2 sepupuku..thanks to my cousin, abang din sebab dapat mereply kan email dengan segera sebaik sahaja dikemukakan request untuk gambar2 ini...




abang n kakak

ketika bersekolah di Kolej Islam Sultan Alam Shah , Klang , Selangor dulu , di kala cuti hujung minggu maka akanku meluncur menaiki komuter ke rumah sepupuku di Bangi berdekatan ngn MPI...menghabiskan waktu cuti disana ..ape mau buat??takkan mau balik ke terengganu setiap minggu...penat lar!

maka..nk dijadikan cerita...memang selalu juga laa melayan kerenah si cilik ini semua..wahwah...memang aktif!haha..memang penat nak layan...tapi xpe la lagipn bukannya selalu dapat jumpa dengan pak Ngah mereka nii..haha


da besar yang ni sorang ek...mke pn da xcam..adess




waduh..kok mau besilat ke ape ni??haha




happy birthday...eit.spe pnye bday nii??kak long ke?haha.



abang din, kak long n family..

sekian dahulu untuk edisi kali ini....
masih menantikan reply untuk request gambar2 terkini dari kemaman, terengganu.....cepat2 la deh!
part 2 akan menyusul selepas ini...dengan edisi gambar2 si cilik dari kemaman pula....



::what's newest in egypt.
-->Egypt parliament building in tahrir was caught in fire...bley plak pak2 arab ni bersorak tengok bangunan terbakar...adess
-->A talk by Syeikh Yusof Qardawi....i thought he was banned from entering Egypt??tokoh ikhwan muslimin...sambutan memang sangat hangat!(sdey tak dapt pergi walopon dekat aje ngn umah sbb xbrape sehat)
-->Ekspo Gempak PMRAM...baru sahaja berakhir dengan kisah malang menimpa diri ini...hukhuk.

::coming up next
-->Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia....sounds interesting~(must join!!)




Saturday, August 16, 2008

Ke sana...ke sini....rush hour!!

eh2...ape plak tajuk entry kali nih??!!!

hurmm...sekadar pengubat untuk blog tak ter'update' setelah skian lama nii..
huhu..
Akhir-akhir ini memang agak disibukkan @ menyibukkan diri dengan banyak hal juga laa(haa...sape suh cari pasal!!)hihi,,
Kejap ke hulu dan kejap ke hilir...memang tak leh dan tak mau nak duk diam r..ish2..

ini pun baru sahaja dapat berhenti menghela nafas seketika....pulang dari majlis sambutan nisfu sya'ban anjuran persatuan PERUBATAN untuk pelajar2 yang masih tertinggal di bumi Mesir ini..hehe.
walaupun majlis ini hanya lah 'sekadar' aja...namun dapat juga berkumpul dan bertegur sapa dengan sahabat dan senior....barulah terperasan....oohh, rupa2nya aku ini tidak bersendirian di bumi Mesir nih..

Dalam minggu ini juga sedang berlangsung suatu lagi program Ekspo Gempak PMRAM bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara yang bakal menjelang tiba(haa...jangan ingat kami di perantauan daa lupekan tanah air yee~)
...dan pihak PERUBATAN telah dijemput untuk menyertai pameran mengenai kesihatan...wahwah...dapt laa merasa pengalaman menjadi 'doktor' sket nanti...walaupun sekadar memeriksa tekanan darah, mngdakan pameran first aid dan lain2..erk..hehe.
Slebihnya mengenai ekspo ini akan diceritakan dengan lebih lanjut selepas selesainya ekspo ini nanti...mau snap pics sket laa..





Selepas ini mungkin terpaksa bertawakkuf seketika untuk meng'update' blog ini....tapi kalu ade kelapangan masa akan cuba juga nak update..
Terpaksa membuat persiapan juga untuk program Ihya' Ramadhan yang akan bermula sebaik masuk bulan Ramadhan yang sudah tidak lama lagi...
cukuplah dulu rasenye bebelan untuk setakat nii....selebihnya akan ade ulasan selepas berakhirnya program2 ini nanti....banyak mau dikongsi nanti rasenye...tataaa~

Sunday, August 10, 2008

::SEMOGA BERBAHAGIA::

Entry ini ditujukan untuk pasangan yang akan dan telah melangsungkan walimah.....terutamanya abang kadir yg lebih dikenali sebagai mr pres bg pelajar2 perubatan di Mesir..
beliau yg telah melansungkan akad pada 2 Ogos 2008...bersama pasangannya kak zaatil...

TENGKU ABDUL KADIR BIN TENGKU ZAINAL ABIDIN

dengan
ZAATIL IFFAH BINTI ASMAWI

dan tidak dilupakan juga satu lagi pasangan senior KISAS(sekolah penulis) iaitu kak salwa dan pasangannya khairil idham....yg mengadakn walimah pada 9 Ogos 2008..


SALWA BINTI MOHD SALEH
dengan
KHAIRIL IDHAM BIN ISMAIL



sama2 kita amiinkan doa untuk pasangan ini...


Bismillahir rahmanir rahim


Alhamdulillah robbil alamin hamdan hamidin hamdan syakirin hamdan sobirin hamdan yuwafi ni' amahu wayukafi mazidah

Allahumma Solli ala Saiyyidina Wanabiyyina Muhammad s.a.w

Ya Allah makmurkanlah rumah-rumah kami, janganlah engkau musnahkan kami dengan sebab keburukan perbuatan kami dan janganlah engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun kadar sekelip mata.

Ya Allah Ya tuhan Kami, kami memohon kepada Mu agar diberkati kedua pasangan ini dengan penuh keberkatanMu yang Maha Luas.

Satukanlah hati-hati kedua mempelai ini dengan rasa kasih sayang dan cinta yang berterusan, kemurahan dan kelapangan rezeki yang halal, serta zuriat yang soleh dan solehah yang bakal menggembirakan mereka dengan keturunan yang beriman.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jauhkanlah mereka dari rasa sedih dan dukacita, kesempitan rezeki dan kesusahan. Sesungguhnya Engkaulah Ya Allah yang mempunyai limpahan nikmat yang tidak habis-habis yang engkau limpahkan kepada semua hamba-hambaMu.


Ya Allah kurniakanlah kepada mempelai ini dengan limpahan taufik dan hidayah yang dengannya mereka berdua dapat mengharungi lautan kehidupan berumahtangga di atas petunjuk Mu dan bimbingan Nabi Mu Muhammad s.a.w, teguh dan kuat dalam menjaga syariat Mu, serta sabar dan istiqomah di atas landasan kebenaran dan keteguhan iman.


Ya Allah Sesungguhnya tidak turun bala melainkan dengan sebab dosa, dan tidak disingkap dosa melainkan dengan taubat. Inilah tangan-tangan kami yang penuh dosa menghulur memohon keampunanMu dan ubun-ubun kami tunduk bertaubat maka hindarkanlah dari kami segala bala kerana tiada siapa yang dapat menghilangkannya melainkan Engkau.

Ya Allah Perbaikilah kesudahan perkara kami seluruhnya dan selamatkanlah kami daripada malu di dunia dan azab di akhirat

Ya Allah ampunilah kami, ibu bapa kami, guru-guru kami orang-rang yang berbuat baik kepada kami, orang yang punya hak atas kami dan sekalian mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat.


Ya Allah persatukanlah hati-hati kami, tunjukilah kami jalan yang selamat, selamatkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya dan jauhkanlah kami dari kekejian zahir dan batin dan berkatilah kami pada pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, pasangan hidup kami dan zuriat kami dan terimalah taubat kami kerana sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Dan jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmatMu, memuji dan menerimanya dan sempurnakanlah dia buat kami.

Robbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah wa qina azab annar.


ucapan dari penulis--->moga sentiasa berbahagia sehingga ke anak, cucu, cicit, nyet...dll..;P

Friday, August 8, 2008

::SYA'BAN::


Pejam....celik....pejam...celik....

yaAllah....rupanya aku skarang sudah berada dalam bulan Sya'ban..

kenapa macam tiada zouq dalam diri nii...untuk mempergiatkan lagi amalan sedangkan bulan Sya'ban sudah pun menyapa untuk ke sekian kalinya??

Persoalan yang dilontarkan oleh al-fadhil Ustaz Sayed Kadir ketika di majlis pengajian kitab Nailul Raja' benar-benar seperti menyedarkan diri dari lamunan..

"Siapa tahu hari ini sudah berapa Sya'ban ?"
maka brmulalah episod tembak menembak..
"eishh...ana rase semalam 6 Sya'ban...so ri ni kalu dikira2 sepatutnya 7 laa"

"eh...bknlaa..ustaz, ana rase ari ni baru 6 Sya'ban kot"

Macam2 ijtihad yang telah dikeluarkan oleh 'ulama' mengenai tarikh bulan hijriah ini...dan yang pastinya memang kurang mengambil berat...uhuk2..
diri ini pn tidak terlepas untuk mengambil bahagian dalam sesi tembak menembak itu....segan pn ade rsenye dengan ustaz kerana ketidak'cakna'an dalam bab ini(huh!...pe nk jadi??)hiih..

Sememangnya sangat mudah melupakan bulan Sya'ban ini....
bulan Sya'ban ini diumpamakan sperti waktu diantara Maghrib dan Isya' yang mana manusia sangat mudah lalai pada waktu tersebut..lalai bererti lalai dari mengingati Allah dan melakukan amal ibadat...
dan pada waktu itu jugalah antara waktu yang paling afdhal untuk beribadat dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda..
dikala manusia berat mahu melakukan ibadat, saat itu juga lah merupakan waktu yang afdhal untuk beribadat..

Rasulallah pernah ditanya mengapa beliau melebihkan puasa sunat dalam bulan Sya'ban berbanding bulan2 yang lain..baginda bersabda.

Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.

(Hadis riwayat an-Nasaie)

Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina 'Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban.

( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )


Hurmmm....termenung seketika..............


Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

Rejab yang juga merupakan bulan Allah..Sya'ban bulan nabi junjungan besar Muhammad S.A.W dan Ramadhan pula adalah bulan untuk umat Muhammad.

Terdapat juga malam yang istimewa dalam bulan Sya'ban ini iaitu malam nisfu Sya'ban....
merupakan salah satu malam daripada empat malam yang istimewa untuk beribadat dan beramal kebajikan..
malam nisfu Sya'ban, malam pertama hari raya Aidilfitri, malam Arafah dan malam seribu bulan iaitu malam lailatul Qadar yang disembunyikan waktunya agar umat Muhammad berlumba2 untuk mendapatkannya dengan hati yang seikhlas mungkin.

hurmm...jika Rejab dimuliakan dengan Isra' mikrajnya...maka Sya'ban dengan malam nisfu Sya'ban dan Ramadhan pula dengan Lailatul Qadar.

InsyaAllah...kali ini malam nisfu Sya'ban akan jatuh seminggu lagi bermula dari hari ini..bersamaan 15 Ogos(jumaat malam Sabtu)..
haa..apa lagi yg ditunggu....bersama2 lah kita melebihkan ibadat pada malam tersebut.
jika selalunya pada wktu2 perayaan akan ada special offer atau Grand Sale...walaupun kadang2 kala pada hari pertama puasa lagi sudah ada promosi untuk hari raya...betapa mahu meraikan perayaan itu dan ramai orang berpakat2 menyerbu ke tmpat2 promosi kerana pelbagai tawaran menarik yang disediakan...
maka apa salahnya kalau kita anggapkan malam nisfu Sya'ban ini sebagai GRAND SALE ataupn PROMOSI untuk kita melakukan ibadat...kerana pd malam itu menjanjikan seribu satu macam
keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda..

Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta'ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya'ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.

( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )


dan pelbagai2 lagi kelebihan laen yg terdapat pd malam nisfu Sya'ban dan bulan Sya'ban itu sendiri....rugi yang teramat rasanya jika 'promosi' ini dibiar berlalu begitu sahaja..
Pelbagai cara untuk meraikan malam nisfu Sya'ban ini dan kebiasaannya amalan bacaan Yassin sebanyak 3 kali antara solat maghrib dan isya' dilakukan secara beramai2 di masjid dan surau ataupun individu di rumah..

"adakah ini sekadar suatu u'ruf ataupun adat masyarakat kita Melayu ataukah bidaah??"duga ustaz mahu menguji para pelajar ketika dalam majlis ilmu trsebut..
"sedangkan tiada nas yang menyebutkan tentang amalan ini" sambung ustaz lagi...

menambah lagi kekusutan di kepala...ooo...masalah fiqh...smemangnya merumitkan.
diam mmbisu sajelaaa kali ini...nak dijawab dibimbangi salah dengan ilmu cetek didada..
tetapi dalam hati tetap mahu mnjawab...."hurmm..mungkinkah adat..."
tersenyum ustaz melihat para pelajar yang kebingungan malah penulis sndiri yang menggaru kepala(ish..isyarat tidak tahu~..)

Kemudian dijelaskan bahawa bacaan Yassin sebanyak 3 kali itu bukanlah adat orang Melayu semata kerana turut diamalkan di sesetengah negara Islam lain...seperti Bumi Mesir ini sendiri.
tidaklah logik jika dikatakan adat Melayu telah membawa pengaruh ke Mesir ini...tetapi sebaliknya.
ianya juga bukanlah bidaah..kerana terjadinya bidaah ini apabila mengkhususkan sesuatu ibadat hanya pada malam tersebut...contohnya slt sunat malam nisfu Sya'ban.
mengnai tiada nas yang menyebutkan mengenai bacaan Yassin ini, dijelaskan bahawa ianya telah dimulakan oleh para tabi'in yang mula menghidupkn amalan di malam nisfu sya'ban...yang sebelumnya tiada di zaman Rasulallah dan para sahabat..
kemudiannya menjadi ikutan umat selepasnya...sehingga ke hari ini..

Kurangnya penghayatan dalam diri menjadikan kurang kepekaan dalam perkara2 sperti ini...turut di pengaruhi dengan suasana..
jika dahulunya disekolah...lagi2 disekolah agama sentiasa diingatkan tentang hari2 kebesaran Islam..lebih membakar semangat untuk beramal dengan bi'ah yang sentiasa terjaga..
tapi kini...keadaan lebih mencabar...tiada lagi peringatan yang bertali arus...sendiri membawa diri dengan bi'ah realiti(pahit+manis+masam+masin...dan...mcm2 lg).
moga kita terus beristiqamah dan kekal dalam golongan yang diberi petunjuk...amiiinn.

Allahumma barikna fii sya'ban...waballighna ramadhan..

JOM HEBOHKAN FESTIVAL SYA'BAN MENUJU RAMADHAN!!

info dipetik dari al fadhil ustaz Syed Kadir dan untuk mklumat tmbahan sila rujuk disini.

Saturday, August 2, 2008

ME...A MEDICAL STUDENT??

Panas sungguh bumi Mesir ini dipetang hari di musim panas...

hurmmm...terdetik dihati bagaimanakah keadaannya jika di kawasan pedalaman lagi dan di bumi barakah Mekah al-mukarramah..memandangkan suhu di bandar metropolitan Kaherah ini(eh..metropolitan??ye ke??hehe) adalah yang paling rendah berbanding tmpat2 tersebut....segalanya kerana Nil yang mengalir tanpa henti menyejukkan atmosfera bandar di Perlembahan Nil ini..

Hurmm...Sungai Nil...besar jasa engkau kt bandar nih...walopon semakin hari semakin banyak pencemaran engkau hadapi...

Cabang dr Sg Nil tenang mengalir di hadapan fakulti perubatan Cairo Uni


Hari ini di'sibuk'kan dengan laptop sepanjang hari...huu~.memandangkan tiada kerja laen yang perlu dilakukan untuk hari ini...maka beginilah jadinya.

erk..perancangan masa yang agak kelam kabut...

hurmm...tiba2 terasa rindu dengan buku2 medic yang telah agak lama disisihkan dari perhatian.
bercerai dengan laptop seketika..mencapai buku physiology first year yang telah khatam dalam semester lepas.....berusaha mengingati kembali pelajaran2 yang lepas...

'what are the substances that act as anti choline esterase enzymes??'

ermm...terdiam seketika...mahu memerah kembali saki baki yang masih tertinggal di dalam benak kepala ini.

'err...pro..pro....haa...prostigmine rse2nye...n DFp...'

baru diuji sedikit oleh diri sendiri pon sudah dirasakan payah..banyak lagi kelemahan disini..

Sudah memang menjadi lumrah apabila membaca buku(merujuk kepada diri sendiri)....
tidak sampai setengah jam...tiba-tiba mata terasa kabur...denyutan nadi semakin perlahan..kerlipan mata semakin lemah...(symptom mengantuk mula menyerang!!) dan jika tidak diatasi dengan segera...maka katil yang tidak bersalah bakal menjadi mangsa.
Yang pada akhirnya...buku hanya tinggal buku..
dan empunya hilang...bermimpi entah ke mana??

tetapi berlainan pula apabila membaca bahan2 bacaan laen seperti novel, komik(terutamanya) ...segala symptom2 itu tadi yang kebiasaannya datang tanpa diundang...kini hilang tanpa dihalau pula...ini bukan lah rekaan semata..tetapi realiti yang berdasarkan dalil dan bukti.
Jika dibangku sekolah rendah dahulu...penulis sendiri teramat meminati komik2....sehinggakan pergi berjalan ke mana2 pn dengan komik...hingga terlanggar tiang pn...gara2 mata khusyuk dengan komik.(don't try this at home).

Being a medical student....the most crucial part is reading(but not that comics and novels)..medical books..of course.
How i'm going to make it through...if i'm lack of it??
hurmm...not goin to know...unless i try it first.

Masakan tidak boleh membaca buku2 medik ini...padahal mudah2 aja mau abeskan komik dan novel yang tebal lg...gampang!(ops...ini gara2 'ter'tengok cerita ayat2 cinta laa...)
tapi tidak mencukupi dengan hanya sekadar membaca...prlu juga memahami dan sekaligus mengingat...wah!bukan senang mahu mendapatkan pakej 3 dalam 1 ini

membaca + memahami + menghafal=???najah insyaAllah.


Ditambah pula dengan keberadaan ana(eh...sudah tukarka??hehe..) ini di bumi barakah...ummu dunia(bak kata orang2 arab mesir laa)...mau menadah, menghirup...menyedut dan macam2 me... lg laa bukan sahaja ilmu medic, tetapi juga ilmu kefahaman tentang agama juga.
Ini bukanlah bermaksud bahawa jika mahu mencari ilmu agama...hanya boleh didapati di bumi Mesir ini....
tetapi dari segi opportunity nya...lebih banyak disini...di kelilingi dengan ilmu yang melimpah ruah....
jika sudah namanya pn melimpah...jadi tidaklah perlu susah2 sngt untuk mencedok, hanya perlu menadah ilmu yang sudah melimpah itu(perumpamaan yang baru sahaja terfikir..)..
tidaklah pula dibiarkan ilmu yang melimpah begitu sahaja...kerana itu satu kerugian.
mungkin ilmu yang tidak dipelajari secara khusus ini, tidak mampu untuk memperbetulkan orang lain...tetapi cukuplah bagi memperbetulkan diri sendiri terlebih dahulu.
tapi jika punya kemampuan untuk perbetulkan individu sekeliling ...bertambah elok dan lebih dialu-alukan...
kerana kerja amar makruf dan nahi munkar @ dakwah ke arah, hak mnjauhi kebatilan...tidak mengira siapa kamu....ustaz?doktor?engineer?...cukup dengan kamu memegang title seorang muslim yang mu'min.

Syed Qutb berkata..

" Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini hanyalah satu mata dari mata2 rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjaungan kita dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda."


Ada satu kata hukama'(jika tidak silap.)

'Dunia adalah tempat bercucuk tanam untuk akhirat'

so..tidak kira apa yang diperbuat di dunia, adakah ia akan memberi pulangan yang subur di akhirat nanti...
bg ana, ia seakan2 sama ataupun memang samalaa...(haa..senang sket) dengan konsep 'begin by looking at the end'...dengan itu, setiap gerak langkah kita akan lebih teratur...mudah mudahan dengan izinNya...

Segala2nya berbalik kepada diri ini sendiri....ya Allah, permudahkanlah..




me...a medical student??doc to-be??insyaAllah..


Friday, August 1, 2008

SYABAB YANG HEBAT..

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah...diberi peluang untuk menulis lagi...
Semalam merupakan antara hari2 yang memenatkan terpaksa dilalui dalam kesibukan summer nii(eh...cuti2 pon bley banyak keje ke??)
manakan tidak..keluar pagi dan balik pon pagi...huuu~ mcm mane tuu??
keluar pukul 9 pagi dan balik pukul almost 2 pagi...quite hectic huh!

pada paginya...kepulangan kawan2 ke Malaysia lagi(uih...tak abes2 yang nak balik Malaysia nih...xpe sabar2...nntikan masaku kan tiba...hehe)
kemudian bergegas ke abbasiyah untuk program PERUBATAN dan seterusnya berkejaran pula ke Munirah untuk iftar jamaie' dan ceramah khas isra' mikraj mengenai isu Palestin..

Ape kena mengenanya dengan tajuk entry kali ini??

Syabab yang hebat...mampukah kita selaku syabab untuk mendapt gelaran HEBAT itu??
Berbalik kepada diri sendiri...bru disibukkan dengan perkara yang sedikit sudah terasa berat...ish2 lemah betol..
Sabda Rasulallah S.A.W mafhumnya...bukanlah seorang syabab yang hebat jika mengaku 'aku adalah anak bapaku'....tetapi syabab yang hebat adalah yang mengaku 'aku adalah aku'..

Seorang syabab yang mencipta kegemilangan dengan usaha, titik peluh dan susah payah sendiri barulah dikatakan hebat...dan bukannya dibayangi dengan kehebatan nenek moyang turun temurun..
dikalangan sahabat2 nabi sendiri juga merupakan dari golongan orang muda ataupun syabab bahkan Rasulallah S.A.W sendiri sewaktu menerima wahyu baru berumur 40 tahun..Abu Bakar muda 3 lagi tahun..Umar berumur 27 tahun..Ali yang paling muda antara kesemuanya...dan ramai lagi yang semuanya termasuk dalam golongan syabab..
Ada antara sahabat(terlupa namanya) yang sudah dapat memimpin angkatan perang pada usia 18 tahun....dan mencipta kejayaan.
erk??18 tahun??kenapa...xpecaya??
jika cuba dilakukan perkiraan maths ringkas...2008-1989(tahun kelahiranku)...usiaku sudah melebihi angka 18....tapi apakah sumbanganku setara atau paling kurang pun...hampir2 setara dengan itu??
masih leka dengan kemewahan dunia dan kesenangan.....ditambah pula dengan elaun yang baru sahaja dinaikkan(harap2nya dapat digunakan sebaik mungkin laa...)
Para pemuda perlu mempunyai hati anak kecil apabila berjuang...apakah hati anak kecil itu??
hurmm..pelik kedengarannya...tapi pernahkah kita melihat adik2 ataupun mungkin kita sendiri sewaktu kecil2 dahulu..
apabila mahukan sesuatu...anak2 kecil tidak akan berhenti meminta dengan apa cara sekalipun sehingga mendapat apa yang dikehendaki...sehinggakan mak ayah yg naik pening(huu...kisah lama~)
begitu juga dengan konteks para syabab..terus berjuang dan berjuang sehingga mencapai matlamat yang dikehendaki.

5 syiar yang perlu dipegang terutama utk golongan syabab dalam buku 'Sehingga para syabab mengetahuinya...' karangan Abdullah Nasih Ulwan..

Allah matlamat kami..
Rasul contoh tauladan kami..
Al-Quran perlembagaan kami..
Jihad jalan kami..
Syahid di jalan Allah cita2 tertinggi kami..

Sekadar peringatan ringkas untuk diri ini...dan para sahabat sekalian.
moga sama2 dapat manfaatnya..

*sedikit info dipetik dari al fadhil ustaz Fawwaz bin Fadzil Nor dan SC.

Wednesday, July 30, 2008

::kejayaan yang tertangguh???!!!::

assalamualaikum..

dengan keizinanNya...dapat lagi untuk menulis untuk kali ini...
hurmm...alhamdulillah..diberi kemudahan untuk lbey mdah mengupdatekn blog dgn adanya wireless di rumah baru..
mahu dikatakan kemudahan...mm..tak jgak...kepayahan pon ade gak laa(da tak jadi nak wat keje laen...asek mengadap laptop aje...uhuk2)

walopon umah mengadap betol2 dengan masjid...namun amat mencabar untuk berulang alik ke masjid setiap waktu...urghh..lemahnya diri ini.
dibelenggu internet...dan faktor umah yg berada at the top of the world(6th floor without lift)...huhu.
moga terus diberi kekuatan dan istiqamah...amiinn..


::kejayaan yang tertangguh???!!!::...tajuk entry kali ni..
bersempena dengan natijah yang baru sahaja keluar untuk pelajar2 tahun satu kasr el-ainy medical school, Cairo University...syabas diucapkan untuk yang berjaya dan yang kurang berjaya jangan berputus asa...try ur best in dhur thani...
penulis sendiri pn bukanla tergolongan dalam golongan yang berjaya...cuma alhamdulillah cukup2 makan sahaja(ceaa...ayt bese..haha)
apabila melihatkan result yang tidak berapa baik baru2 ini....terdengar mulut2 yang menyebutkan..

"alaaaa...bese r tuh, first time.."

"soklan yang susah laa...killer.."


dan macam2 lagi..
tapi yang paling best...apabila ada mendengar komen dari seorang yang dianggap mentor..

"ini mungkinlaa kejayaan yang tertangguh..."


ayat2 yang benar2 membakar semangat agar tidak berputus asa...untuk diriku dan juga sahabat2 sekalian..
mungkin ada yang berkata..

" tu suma sekadar nak menyedapkan hati jek"


then, xde salahnya kalau pn sekadar nak sedapkan hati kn??!!
bukankah baek untuk menyedapkan hati orang yang dalam gundah gulana??...take it positive!!
alaa kulli hal, terpulang kepada kita untuk mentafsir dan menghadamnya..jika baik..maka baiklaa..
seorang yang hebat adalah seorang yang tidak berputus asa bahkan dengan rahmat Allah itu juga...
walaupun diri menanggung dosa bergunung..tetapi sesungguhnya keampunan Allah itu sangat luas!
menjadi hamba...tidak pernah mungkin lari dari melakukan dosa....
cma adakah kita yang betul2 mahu mendapatkan keampunan itu??!!


ini boleh dipraktikkan dalam isu tadi...peluang untuk kita berjaya itu masih terbuka luas...gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama2nya..
cma adakah kita yang bersedia untuk memperbaiki kelemahan diri??
nasihat ini bukan laa untuk orang laen sahaja...tetapi kembali juga kembali diri sendiri yang lemah ini..
come on!!wake up!!faissssssssss....


Kadang kala...Allah hilangkan mentari... Kemudian diturunkan hujan...disertai kilat dan petir.. Puas kita menangis...mencari ke mana hilangnya sinar.. Rupa2nya Allah mahu menghadiahkan pelangi yang indah.. bersabarlah wahai manusia.. Ada kemanisan disebalik kepahitan..









kepada sahabat2 yang akan pulang untuk dhur thani.....
cepat2 dapatkan kejayaan yang tertangguh itu agar dapatlaa kita sama2 untuk beraya di bumi anbia' ini lagi nanti...bittaufik wannajah..insyaAllah.




p/s: harap maaf...entry ini sepatutnya dipostkan sudah lama sebelum ini tetapi oleh kerana telah hilang buat seketika, maka terpaksa ditangguhkan...kredit untuk cik radin kerana telah membantu menemui semula entry yang ilang ini..peace~






Tuesday, July 29, 2008

sambungan episod baru..




sambungan dari yang lepas~


walla....this is my team!(dipaksa untuk bergambar selepas pulang dari dinner...walopon diri nih da ta'ban jiddan...hehe...jgn marah cameraman!!)



ramai btol yang jadi artis malam tuh...eh2..silap...mcm artis aje la..haha..


berakhirlaa satu program dengan jayanya...
kemudian disibukkan pula dengan kawan2 yang mula untuk pulang ke Malaysia untuk cuti summer...
kerap kali berulang alik ke matar(airport)...sehinggakan 3-4 kali dalam seminggu...huh!

walopon bukan diri ini yang melangkah untuk pulang ke tanah air, namun terasa gembira apabila melihat kawan2 yang tak sabar2 bahkan ada yang nervous untuk pulang ke Malaysia..ish2..ahaks.

Ketika brbual dngn salah sorang sahabatku yg pada ketika itu bakal pulang ke Malaysia..

kelihatan nya macam serba tak kena...agak kelam kabut...nervous katanya..hurmm...penin jugak si penulis nih mahu menyelami perasaan orang yang akan pulang ke malaysia nih...maybe sbb memang da set dalam fikiran nii 'feel' sebagai stayer di mesir ini....hehe.

so, nak menenangkan sahabat ini...terpikir laa untuk menggambarkan yang kapal terbang ini diibaratkan sebagai sebuah bilik...
kenapa bilik??!!sebab ada pintu, tingkap laa...lbey kurang la tuh...cma tingkapnya takleh dibuka dan jgn sekali2 cuba dibuka!laen jadinya nnti..
cukupla sekadar menggambarkan sahaja ye..

kemudian menyambung lagi...anggaplaa sahaja yang diri awk ini akan memasuki bilik ini untuk seketika waktu...kemudian apabila tiba masanya untuk keluar....kamu akan berpijak di bumi Malaysia dan bukan lagi Mesir..
Huh!!macam pintu ajaib doraemon pon ade...tapi begitu laa seakannya..
tak banyak yang diri ini boleh membantu untuk meredakan hati yang gundah gulana...skadar mampu untuk mengubah jalan ceritanya agar menjadi lebih positif....;P




diselitkan sedikit...


saat keberangkatan pulang..






sape yang mau balik nii??!!hehe..








sahabat2 Alex...pon mau balik gak..