Pages

Friday, July 24, 2009

Ade2 aje.

Sehingga sekarang.....klau nak dikire, da 2 minggu lebih menjejak kaki ke bumi hijau Malaysia nih. Tapi apekan daye....tak terupdate2 jgk blog usang ini.
2 minggu yang memang tak sempat nak duduk diam lagi. Hampir satu semenanjung ni ku pusing dalam 2 minggu yang cepat ini. Kelantan....teganu...selangor....perak....nogori sembilan.

waa...excited sangat agaknye aku ni bila da dapat jejak kat bumi malaysia ini sampaikan rase macam nak pergi tour satu malaysia.oh, laju kaki melangkah berjalan, laju juga duet dalam poket dompet mengalir keluar.nak kena berjimat juga, jadi rase hanya tinggal rase aje laa..

lame betul ruang ini terbiar lagi....urgh,kesian2.

ok...nak mula dari mana satu ni?

erm..
erm..

ape perasaan bila da dapat jejak ke Malaysia?

oh,gembire of course. tapi ayat2 yang diceritakan oleh kawan2 sewaktu sebelum berlepas ke tanah air dulu memang dikategorikan 'xboleh bla' dan 'kow2'. Iye la, diorang da merasa pulang ke Malaysia terlebih dulu dr aku.

Antaranya..
"Bila ko da dekat2 nak mendarat kat KLIA nanti kan..ko akan nampak pohon2 menghijau dari tingkap kpl terbang.Time tu ko akan rase macam tenang gle. Hati ko akan melonjak2 kegembiraan. Fuh, perasaan tuh memang tak boleh dibayangkan"

begini lah lebih kurangnye serba sedikit...tapi yang pastinya ayat2 itu akan membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnye 'berbulu'. Ada betulnya juga kata2 mereka tu barangkali tapi mungkin tak sempat nak aku rasa dek terkena penangan demam sepanjang perjalanan pulang. oh, memang tak menyempat nak feeling.


Ape nak dibuat @ dah dibuat untuk summer break ni?

Kalau diikut plan rangka kerja asal, banyak jugak program mahu dibuat. Attachment, reunion situ reunion sini, jalan sana jalan sini. Bila da sampai kat rumah ini, baru tersedar rupanya tanggungjawab kat rumah sendiri pun belum tentu dapat di bereskan semuanya. Kerja2 family pun ada juga tuu. Melawat atuk, nenek, mak2 sedare, bpe2 sedare, mak sepupu, sepupu2, 2 pupu, mak mertua, pak mertua dan ramai lagi yang xmampu dibilang dengan jari tangan mahupun kaki.

Haa..kan banyak juga tu.

Setakat ini aje la dulu update ringkas versi balik kampung ini. Moga Allah beri peluang untuk update lagi selepas ini.
Tentunya banyaakk hikmah yang sedang menanti sepanjang percutian aku kali ini. Moga kita terus berfikir dan mengambil pengajaran.

Sekian,wassalam.