Pages

Sunday, November 29, 2009

perjalanan menujuNya.

Azan maghrib berkumandang...
Kaki mula melangkah bergerak bersama sahabat2 laen...diiringi dengan lambaian sahabat yang sanggup datang mengiringi pemergian kami ini.
Walaupun menghadapi kesukaran sedikit, tetapi setelah bersusah payah sket menerangkan kepada ammu driver teksi, Mahattah Tarjuman(baca Targuman utk lahjah amiiyyah mesir) terpampang gah jugak akhirnya depan mata.
Dengan menggunakan status musafir yang baru berusia beberapa detik lepas, aku suda dibolehkan utk menjama'kan terus solat maghrib dan isya' di masjid mahatttah bas itu jgk sebagai rukhsah. Cuba untuk memanfaatkan sebaik mungkin masa yang ada sementara menunggu kedatangan bas yang akan mengangkut kami semua.

sabar menanti~

Jam lebih kurang 10 malam, masa dinanti akhirnya tiba dan bas mula bergerak meninggalkan mahattah menuju destinasi yang sedia ada tertaip pada tiket.




Jujurnya aku lebih senang dengan perjalanan malam sebegini kerana dapat 'compensate' kan rasa letih+mengantuk dengan waktu yang sememangnya dijadualkan untuk tidurr!maka sepanjang perjalanan kebanyakannya diisi dengan dengkuran penuh melodi sajalah. sesekali terjaga sbb dihantuk oleh tingkap bas apabila terlentok.

Entah jam berapa, aku terjaga apabila bas mula perlahan. Destinasi sudah berjaya dijejak.eh, bukan2. Perjalanan masih berbaki jauh. Ini baru sekadar permulaannya sahaja. Tuah badan dapat tidur, perjalanan yg amik masa 8 jam terasa beberapa kelip mata sahaja(campur yang tersedar time trhantuk kpale..aduhh!).
Matahari baru shaja mula menjenguk , ayam juga baru berkokok suara serak2 basah ketika aku mula menjejakkan kaki di Port Safaja(bace Safaga utk lahjah amiyyah mesir).




Pada awalnya, kami menyangkakan akan dapat menaiki kapal seawal yang mungkin bagi mengelakkan kesesakan manusia. Sebaliknya lain pula yang terjadi. Kami terpaksa menunggu di sebuah masjid di luar pelabuhan sehingga waktu selepas matahari tergelincir (Zohor) dan kemudian barulah dibenarkan untuk check-in ke atas kapal. Terlintas je di dalam benak kepala aku ini seakan mahu mengutuk tetapi apabila difikir balik akan niat aku memulakan perjalanan ini adalah untuk menjadi tetamuNya, mungkin ini sesuai aku anggap sebagai ujian semata.
Alhamdulillah selepas berpenat lelah dengan pelbagai kerenah di pelabuhan, akhirnya dapat merehatkan diri di dalam perut kapal. Mujurlah kami berhasil mendapatkan tempat di bilik dan bukannya seat biasa kerana perjalanan yang akan mengambil masa 2 hari(termasuk menunggu untuk kapal mula bergerak) atau lebih tepatnya 32 jam tentu akan menghakis ....tepat jam 12 tengah malam kapal mula bergerak menjauhi Port Safaja sambil kami berkumpul beramai2 diatas dek kapal melambai2 kepada sanak saudara Masriyy yang setia menghantar kami. Tubuh yang kepenatan setelah seharian bekerja akhirnya lena diulit mimpi didalam kabin kapal...yang serba indah.



menuju ke kapal..


Apakan daya diri aku yang tidak biasa menaiki kapal, setelah beberapa lama dilambung arus Laut Merah sudah terasa pening-pening dan loya mengalahkan orang mengandung. Simptom2 mabuk laut mula ketara+demam. Ujian lagi...



membelah Laut Merah...bwekk!(mabuk laut lagii..)=(




<--bermuzakarah sambil makan angin atas dek kapal.







 Sekian lama berada di dunia laut yang membiru tanpa sempadan, akhirnya garis2 daratan mula kelihatan dari jauh. Bumi Saudi makin dihampir. Dan aku....waa...sangat teruja!

Kapal mula berlabuh di pelabuhan Jeddah dan dengan lafaz bismillah, aku pun memulakan langkah pertama di bumi Saudi. Baru mula melangkah, kami diuji lagi. Selama hampir sejam, kami menunggu di pintu imigresen Jeddah dek kerana masalah dengan ejen visa. Setelah mencapai kata putus, kami mula bergerak menaiki bas ke MADINAH........

to be continued..


p/s: kredit utk gambar2 hiasan kepada Ihsan Hamdan...stok gmbar2 aku tertinggal di Malaysia sudaa.huhu.

4 bebelan:

Anonymous said...

aku tgh syok2 bc, tibe2 nmpk bende alah neh

to be continued

alamak ..

ps : eh kpl tu nmpk lawa la.

faisazli said...

arina:
trpngruh ngn cekgu ajr time wat krngn kt skolah dlu kne ade unsur suspen.
tp klu gne mnde alah ni dlm krngn skolah,mesti cg ngamuk!

don't try this at school.:P

aah,gye cam titanic gtu~

radhiahsyahida said...

aslmkm..
bile mu gi?
bestnye~

faisazli said...

radhiah:
wslm.
ak g mase cuti musim pns bru ni je sblom blk ke mesia.
em..best2~rndu nk g lagi..