Pages

Wednesday, December 9, 2009

Madinah Al-Munawwarah.

ke MADINAH..


On the way ke Madinah yang dijangka memakan masa selama 8 jam, sempat juga kami singgah di Masjid Terapung. Aku sendiri tak pasti jika orang memanggil nama masjid itu dengan gelaran Masjid Terapung atau tidak tapi oleh kerana reka bentuknya yang seiras2 dengan masjid Terapung di Kuala Ibai, Teganung, maka aku memandai2 je.


Memandangkan hari ini hari Jumaat dan waktu zohor juga telah menjengah tiba, kami terus aje bersembahyang Jumaat di situ. Kebetulan dengan kehadiran kami disini, terdapat banyak juga jemaah2 dari Malaysia yang datang untuk mengerjakan@telah selesai menunaikan ibadat umrah. Berbunga-bunga lg aku apabila dapat berjumpa dengan group Malizii ini setelah lama tidak menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.

Tuah ayam di kaki tapi tuah manusia Allah saja yang tahu.
Rezeki datang bergolek apabila kebanyakan jemaah2 Malaysia memberi bermacam sumbangan kepada kami yang memegang status penuntut-penuntut ilmu ini. Bukan diminta!tapi diberi.=)


















Perut mula bergendang lagu irama padang pasir isyarat 'tangki' perlu diisi lagi. Maka, mat'am@restoran Indon menjadi singgahan seterusnya sebelum bas terus meluncur laju di tengah padang pasir menuju Madinah Al-Munawwarah. Aku, terlena dek kesedapan ayam panggang~


Hari hampir malam apabila aku terjaga (lama betol tidur!) dikejutkan oleh sahabat2. Dengan mata yang sepet2 aku memandang ke luar tingkap bas. Kami sudah di Madinah. Dari jauh mula kelihatan seakan tiang2. Semakin lama , semakin jelas rupa bentuknya. Bukan satu tapi...err...tak sempat aku kira berapa bilangannya. Menara masjid Nabi!Masjid Nabawi! bagaikan aku tidak menyangka perjalanan aku yang jauh merentas laut, mendaki bukit bukau telah membawa aku dekat dengan sebaik2 tempat ini.

Sayup2 mula kedengaran...Allahu Akbar!Allahu Akbar!.....azan mula berkumandang dari corong pembesar suara masjid Nabi itu. Menandakan masuknya waktu Maghrib.
Aku di dalam bas ketika itu yang masih berlegar-legar di dalam kawasan bandar Madinah ini. Dari satu simpang ke satu simpang dilewati , dari satu lorong ke satu lorong yang laen dilalui. Hotel menjadi halatuju.

Sesampai di hotel dan check in, tidak sabar rasanya mahu segera melangkah ke masjid Nabi yang jaraknya tidak jauh dari hotel yang kami diami itu.
Masjid Nabi akhirnya tersergam di hadapan mata. Sperti mimpi di alam nyata apabila aku dapat menatap sendiri rumah Allah yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW ini. Dengan kaki kanan aku memulakan
langkah pertama memasuki masjid. Subhanallah!

Beriktikaf sekejap sementara menanti masuknya isya'.

Dengan saiz masjid yang sangat besar dan luas, aku mula menjelajah sendiri mencari2 di mana kawasan yang di namakan Raudhah Nabi SAW yang terdapat di situ makam Kekasih Allah dan mimbarNya.. Nabi SAW bersabda:

عن أبي سعيد الخذري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي هَذَا رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجِنَانِ


Dari Abi Sa’id al-Khurdri ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tempat di antara kubur dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun surga”. (Musnad Ahmad bin Hanbal)


Aku kehilangan arah pada awlnya dek kerana luasnya masjid tetapi kemudian aku dapati orang ramai mula bergerak dalam satu arus.....menuju ke suatu arah di dalam masjid. Aku yang terpinga seorang hanya membiarkan diri dibawa arus manusia sehingga sampai ke suatu kawasan yang sangat sesak dan padat dengan begitu ramai manusia. Di hadapan aku kelihatan kini sebuah mimbar dan tidak jauh darinya satu kawasan yang berpagar dan dikawal oleh beberapa tentera Saudi berpakaian seragam. Raudhah, mimbar dan makam Rasulullah SAW!
Assalamualaika Ya Habiballlah Saidina Muhammad wa Mustofa....

Sayu terasa apabila hamba yang kerdil saperti aku ini diberi peluang untuk menziarah semulia-mulia ciptaan Allah ini.Alhamdulillah ya Rabb~


gambar hiasan dari google search

Sebak mengenangkan perjuangan yang pernah dibawa oleh Pemilik makam di hadapan aku ini untuk menyebarkan cahaya Islam yang akhirnya sampai ke seluruh muka dunia tetapi betapa kurangnya perjuangan aku untuk sekadar memastikan Islam tertegak didalam diri.Astaghfirullah~

Sepanjang keberadaan di bumi Madinah ini, banyak tempat yang sempat diziarah dan kenangan diabadikan disini..




'payung' sekitar masjid Nabawi waktu pagi.


di bilik hotel(miro)

Disebalik keindahan senibina disini, hakikatnya tersembunyi pelbagai kisah suka dan duka Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwahnya bersama-sama para Muhajirin dan Ansar sehingga tertegak sebuah daulah Islamiah pertama.
dalam masjid..rehat menanti dhuha..


 
malam sekitar masjid

Rugi yang teramat terasa jika masa singkat yang ada selama di bumi Madinah ini tidak dihabiskan di masjid Nabi ini. Lebih2 lagi jika ingin mendapatkan tempat di raudhah yang sememangnya sentiasa penuh dengan manusia yang ingin mendapatkan keberkatan di situ. Peluang untuk duduk di raudhah tidak sanggup untuk disia-siakan sehingga kebanyakan jemaah yang sanggup menunggu dari sebelum zohor hingga selepas isya'. Sekali berganjak maka, tempat akan terus diisi oleh jemaah lain yang tidak putus2 berkerumun ke kawasan raudhah setiap masa.
Sepanjang aku duduk di kawasan raudhah itu , pasti sentiasa akan ada petugas2 sukarela yang akan datang menyediakan air zam2 dan buah kurma untuk  para jemaah. Kesimpulannya, soal makan dan minum tidak perlu dibimbangi walaupun mahu beriktikaf sepanjang hari.


berlatarbelakangkan kwsn perkuburan baqi'


masjid quba'(luar)


masjid quba'(dalam)


kilang pencetakan mushaf al-Quran terbesar di dunia


jabal uhud(kawasan pemanah tentera Islam)


tempat bersemadi para syuhada' perang Uhud


 ladang kurma

Sekalung penghargaan dan terima kasih buat seorang sahabat tahun akhir(jika xsilap) Universiti Madinah, Ustaz-nama-tak ingat yang sanggup mengorbankan masanya untuk membawa kami semua berjaulah di sekitar Madinah. Dengan kelancarannya menyingkap satu demi satu kisah yang berkaitan dengan setiap tempat yang kami lawati membuatkan jaulah yang sekejap cuma menjadi lebih bermakna.

Berat terasa hati hendak meninggalkan bumi Madinah ini, tetapi rasa teruja kembali mengatasi apabila memikirkan bahawa aku akan menuju ke destinasi sebenar perjalanan aku ini.....Makkah al Mukarromah~....


sorry to say...but still have to..
"to be continued~"=P

note: serba ringkas sepanjang di Madinah..tak dapat re-call dengan lebih detail..=(
sebarang penambahan kot2 teringat akan cuba diedit laen kali. *peace*

5 bebelan:

Anonymous said...

okeh sgt best ini journey. T_T

ps : nsb baik ade sorry to say tu. uhuhu.

abang72 said...

salam...very impressive journey!seolah sy yg bersama2 di situ...YA Allah, bawalah hambaMu ini ke sana suatu masa nanti...Amin

faisazli said...

arina:
bes2..ckp buat aku mau pgi lagi~huhu.

yep.nseb bek tringt nk ltk.;)

abang72:
wslm. conteng2 bese je cg.hihi.
Ya Allah kabulkanlah~ameen.

radhiahsyahida said...

tu la cg..best kan..
yaAllah, serius sgt jeles..
alhmduliLlah, ni rezeki dr Allah utk mu..
insyaAllah lenkali ms kitorg lak..
ameen3
g lama mane ni?

faisazli said...

radhiah:
Alhamdulillah...tk pnh trpikir aku Allah akn hntr aku ke tmpt tu mlalui cara ni.
doa...doa...doa je la.ade 1001 cara lagi Allah tnjukkn pahni utk mg n cg skali gk.insyaAllah.
ameen.=)
ak g lbey krg 18 ari..cmpur 2 ari pgi...2 ari blk ngn kpl laut.