Pages

Monday, October 26, 2009

Ikan atau pokok??




Alkesah...
Seorang sahabat mamat ni dengan penuh semangat cintakan fauna nye ingin memelihara ikan.(nama dirahsiakan....bukan ahli beit aku)

>Menda ape yang boleh pelihara tapi tak keluarkan tahi ek???ikan ni kalo bagi makan pun asek berak aje. Kejap aje da kotor air.

uish..




>ko ternak pokok aje aa....da malas sangat nak cuci tahi memanjang je.
ko ternak pokok pun untung gak....ko bagi de baje tahi(organik) sekali pun, tetap de idup dan keluarkan hasil utk ko. 





Teringat pula satu alkesah laen antara seorang jahil dan orang alim yang sememangnya berlaku dalam kehidupan nyata kita ini..

>apa ko ingat ko baek sangat ke pakai serban atas kepala???
ko ingat ko bijak ke ape haaa???
*nada menengking*



maka dengan tenangnya orang yang alim itu memberi serangan balas..

>sesungguhnya orang yang bijak itu adalah orang yang mampu mengawal marahnya..
jadilah seperti pokok, yang walaupun dilontarkan batu atau najis tetap akan mengeluarkan buah2an yang lazat.
*dush!!tajam menusuk kalbu*

Marah itu adalah api, maka sejukkannya dengan ais air.


Suatu kejadian pernah berlaku kepada nabi Muhammad S.A.W. Ketika baginda berjalan bersama2 seorang sahabatnya, datang seorang arab badwi ke arah baginda lalu menarik selendang baginda hingga berbekas di lehernya. Sahabat2 yang melihat kejadian itu bertindak mahu memarahi arab badwi tersebut tetapi baginda dengan sifat penyabarnya melarang sahabat berbuat demikian. Malah baginda memberikan sahaja selendangnya itu kepada arab Badwi yang berbuat kasar kepadanya tadi.

Alkesah lagi..

Ketika mana Rasulullah SAW pergi ke Thaif ditemani Zaid bin Harithah untuk menyampaikan dakwahnya, seruan baginda telah ditolak. Bukan sekadar itu, penduduk2 itu juga telah memaki hamun dan melontari mereka berdua dengan anak2 batu sehingga pecah dan luka2 kaki Baginda. Darah melumuri kasut Baginda manakala Zaid bin Harithah membentengkan badan Rasulullah SAW dengan dirinya sehingga luka kepalanya. Rasulullah SAW sangat berdukacita sehingga berdoa..


 Ya Allah Ya Tuhanku kepada dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan helahku, kehinaanku di hadapan manusia, wahai Maha Penyayang Lagi Belas Kasihan. Dikaulah Tuhan golongan lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah kepada orang yang jauh membenci daku? atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau keatasku, tidaklah ku peduli, namun afiat dariMu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan, dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari terturunnya keatasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi Kau jua tempat kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan.




Mendengarkan doa Baginda itu Allah lantas mengutuskan malaikat2 untuk datang mengadap baginda bertanya samada mahu dihempapkan gunung ganang ke atas kaum yang telah ingkar itu. Dengan kemuliaan akhlakNya, Baginda menolak tawaran tersebut sebaliknya mengharapkan agar akan keluar dari keturunan mereka itu benih2 yang akan menyembah Allah yang Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun.

(sumber : Al-Raheeq Al-Makhtum)



Sollu 'ala al Nabi...
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad.

Tiada terdetik dihati Baginda untuk menyimpan sebarang dendam kesumat bahkan didoakan pula dengan kesejahteraan untuk keturunannya.
Sebaik2 contoh ditunjukkan oleh role model kita semua. Jadi kita yang mengaku sebagai umat Beliau lagi2 la perlu berusaha untuk mencontohi sunnah peninggalanNya.

moral of the story:
- Jika di beri 'tahi' sekalipun, cubalah untuk membalas kembali 'buah' atau 'bunga' silat cekak...macam pokok.
- Jangan sekali2 cuba untuk memberi 'tahi' sesudah orang beri kita 'bunga'....macam ikan.



Jadi tepuk dada tanya iman...

IKAN atau POKOK???

7 bebelan:

radhiahsyahida said...

aslmkm..
tye sket,
mu salu dgr kuliah sirah raheq makhtum ke kt sn?

faisazli said...

radhiah:
wslm..
eh..dop la.kt sni mmg ade byk daurah kitab...tp kitab ni dop lg stkt ni.ak bce sndri2 je nih..
mg ade kliah psl ktb ni ke?

mohd hazwan bin mohd salleh said...

innocent 'ikan'..

ikan xsalah..jgn kutuk beliau!

setelah memberi ikan mkn kita akan mendapat kebahagiaan.yay!

faisazli said...

hazwan:
hahaha..

ye2..
mndapat kebahagiaan sangat sampai terlupe airnye da berkurun tak tukar2.*peace*

radhiahsyahida said...

yep..
skng tgh follow kuliah sirah raheeq makhtum..
sj je tnya..

faisazli said...

radhiah :
oo..
buley mnx syarah r ntii.;)

radhiahsyahida said...

huhu..
dop la sapa gtu..
tp ade website yg rekod kuliah tu
blh download audio
kalu nk buleh ar
www.kuliahsirah.wordpress.com