Pages

Monday, December 21, 2009


Wednesday, December 9, 2009

Madinah Al-Munawwarah.

ke MADINAH..


On the way ke Madinah yang dijangka memakan masa selama 8 jam, sempat juga kami singgah di Masjid Terapung. Aku sendiri tak pasti jika orang memanggil nama masjid itu dengan gelaran Masjid Terapung atau tidak tapi oleh kerana reka bentuknya yang seiras2 dengan masjid Terapung di Kuala Ibai, Teganung, maka aku memandai2 je.


Memandangkan hari ini hari Jumaat dan waktu zohor juga telah menjengah tiba, kami terus aje bersembahyang Jumaat di situ. Kebetulan dengan kehadiran kami disini, terdapat banyak juga jemaah2 dari Malaysia yang datang untuk mengerjakan@telah selesai menunaikan ibadat umrah. Berbunga-bunga lg aku apabila dapat berjumpa dengan group Malizii ini setelah lama tidak menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.

Tuah ayam di kaki tapi tuah manusia Allah saja yang tahu.
Rezeki datang bergolek apabila kebanyakan jemaah2 Malaysia memberi bermacam sumbangan kepada kami yang memegang status penuntut-penuntut ilmu ini. Bukan diminta!tapi diberi.=)


















Perut mula bergendang lagu irama padang pasir isyarat 'tangki' perlu diisi lagi. Maka, mat'am@restoran Indon menjadi singgahan seterusnya sebelum bas terus meluncur laju di tengah padang pasir menuju Madinah Al-Munawwarah. Aku, terlena dek kesedapan ayam panggang~

Wednesday, December 2, 2009

Barakallahulakuma

Pada suatu hari yang dilimpah barakah dari Nya...yaummun min ayyam al-tasyriq-->11 Zulhijjah 1430H

Surau Rumah Anak-anak Terengganu menjadi saksi apabila 2 pasang hati yang telah disatukan bersama-sama diraikan secara gilang-gemilangnya.

Ustaz Ismail  dan Uztaz Che Ku bersama pasangan masing2.

ya, aku akui yang aku memang antara muka2 yang jarang muncul di Rumah Negeri tetapi sempat untuk berkenalan rapat dengan salah sorang pengantin(Ustaz Wae@Ismail) apabila kami sama2 berkelana ke bumi Saudi untuk menunaikan umrah baru2 ini.

eh, hari itu baru pegi buat umrah sekali.tup..tup balik da kawen?=)



MAJLIS KESYUKURAN WALIMATULURUS

oo..'hugoh'nyee berdiri sebelah pengantin2 ni..;P

 dari kiri: kome, esang, pengantin, aku, ustaz che ku, ustaz ismail, najib sum, mat ding, talhah, wan beras.








Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair.

Sekarang, ingin aku sumbangkan sebuah lagu yang tidak sumbang tetapi sangat best untuk sahabat pengantin aku ini. Dijemput saudara Maher Zain~

p/s: untuk dengar lagu dengan jelas tanpa gangguan bunyi2an laen, anda dipersilakan untuk pause kan terlebih dahulu playlist di bawah.harap maklum.terima kasih.








Baraka Allahu Lakuma - Maher Zain

Tuesday, December 1, 2009

Salam Aidiladha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sekadar hiasan.


Walaupun agak terlambat, tetap ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!.

Sunday, November 29, 2009

perjalanan menujuNya.

Azan maghrib berkumandang...
Kaki mula melangkah bergerak bersama sahabat2 laen...diiringi dengan lambaian sahabat yang sanggup datang mengiringi pemergian kami ini.
Walaupun menghadapi kesukaran sedikit, tetapi setelah bersusah payah sket menerangkan kepada ammu driver teksi, Mahattah Tarjuman(baca Targuman utk lahjah amiiyyah mesir) terpampang gah jugak akhirnya depan mata.
Dengan menggunakan status musafir yang baru berusia beberapa detik lepas, aku suda dibolehkan utk menjama'kan terus solat maghrib dan isya' di masjid mahatttah bas itu jgk sebagai rukhsah. Cuba untuk memanfaatkan sebaik mungkin masa yang ada sementara menunggu kedatangan bas yang akan mengangkut kami semua.

sabar menanti~

Jam lebih kurang 10 malam, masa dinanti akhirnya tiba dan bas mula bergerak meninggalkan mahattah menuju destinasi yang sedia ada tertaip pada tiket.




Jujurnya aku lebih senang dengan perjalanan malam sebegini kerana dapat 'compensate' kan rasa letih+mengantuk dengan waktu yang sememangnya dijadualkan untuk tidurr!maka sepanjang perjalanan kebanyakannya diisi dengan dengkuran penuh melodi sajalah. sesekali terjaga sbb dihantuk oleh tingkap bas apabila terlentok.

Entah jam berapa, aku terjaga apabila bas mula perlahan. Destinasi sudah berjaya dijejak.eh, bukan2. Perjalanan masih berbaki jauh. Ini baru sekadar permulaannya sahaja. Tuah badan dapat tidur, perjalanan yg amik masa 8 jam terasa beberapa kelip mata sahaja(campur yang tersedar time trhantuk kpale..aduhh!).
Matahari baru shaja mula menjenguk , ayam juga baru berkokok suara serak2 basah ketika aku mula menjejakkan kaki di Port Safaja(bace Safaga utk lahjah amiyyah mesir).