Pages

Saturday, July 7, 2012

20120707

20120707

Hari ini.
Lawa tarikh.

Hari ini.
Sahabat-sahabat aku pun ada yang pergi berjuang terlebih awal nak banding dengan yang lain-lain termasuk aku yang akan exam pada 11 Julai. Berjuang untuk habiskan exam terakhir bagi tahun 5 ini. Practical Examination dan Oral Paediatrics. Muka-muka ini lah juga muka-muka yang akan pulang awal ke Malaysia. Ada yang nak kahwin, ada yang nak menikah, ada yang nak nikahkan orang.

Apa-apa pun, sama-sama kita pakat tadah tangan. Doakan bagi yang terbaik untuk mereka semua. Moga kita turut sama dipermudahkan dalam urusan kita.

Sambil jalan-jalan di alam maya. Bukak web sana. Tekan link sini. Nampak abah online di facebook. Ajaib. Sebab perkara ini hanya berlaku beberapa kali setahun. Haha.

Rupanya ma yang online kan facebook abah. Menghilangkan bosan tunggu si bongsu nak siapkan kerja sekolah katanya. Teringat aku zaman-zaman kecik dahulu kala.

Dari along yang sulung, angah yang tengah ni dan si kakcik. Rutin yang sama ini juga la berlaku di rumah. Ma pasti akan ada masa untuk luangkan masa teman anak-anak siapkan kerja sekolah atau buat latihan tubi. Walaupun kerja-kerja seharian di rumah yang tak pernah putus. Tapi sejak dari dulu memang aku juara. Juara paling liat nak kena suruh belajar.
"Angah, masa belajar sekarang! Tutup tv tu.."

"Ok bos, 5 minit. Lagi 5 minit"

Dan biasanya 5 minit tu tak pernah tepat. Jadi 15 minit. Takpun setengah jam.

Sampai kadang sekarang ni aku pulak yang jadi tukang sakat.
"Ma kerja macam mengalahkan doktor on call la.."

Tapi ma balas balik.
"Ha ah, patut ma dapat gaji full 30 hari sebulan"

Mungkin ma tak dapat gaji RM10-20k hasil dari kerja 'on call' memanjang dari dulu sampai sekarang. Tapi yang pasti 'gaji' yang tak nampak itu aku pasti tak cukup jari kaki tangan nak kira.

Sebab itu, syurga Allah umpamakan letaknya dibawah kaki ibu. Tak salah la kalau nak minta berkat ibu banyak-banyak kali pun. Doakan untuk ini. Doakan itu.

"Ma, doakan angah. Dipermudahkan segala urusan ye. Untuk exam yang akan datang ni.
dan bagi dapat menantu baik macam ma juga "

"Amboi, bukan main!"
:) *troll*

4 bebelan:

Anonymous said...

tuan blog nie ble nak kawen?asek cakap orang je???hehe

faisazli said...

anony: jemput la datang rumah cuti ni.
ade buat majlis.

tapi majlis rumah terbuka la.
bagi can orang lain dulu. haha

Rossarina™ said...

senyum2 aku baca part akhir sekali tu. jangan lupa bagi kad kawen wangi2 ke jordan. ;)

faisazli said...

Itu.. susah nak cakap la.
nanti aku konfemkn dulu nama yg nk isi dalam kad tu. haha.

weh, bz betol attchment ye. jgn lupa tulis. nanti ak baca.