Pages

Sunday, April 5, 2009

hati..mata..telinga~

179. dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.

(QS7. Al A'raaf ayat 179)


memperingatkan diri sendiri yang sering kali terlupa akan hakikat ini..

Antara asas penciptaan makhluk Allah ialah 2 perkara ini....iaitu akal dan nafsu.dan dari 2 perkara ini dapat dikeluarkan 3 jenis golongan.

Golongan yang pertama yang mana hanya mempunyai nafsu tanpa akal...maka hiduplah ia di atas muka bumi ini dengan tabiatnya sedemikian itu dan diberi nama haiwan.

Golongan yang kedua pula yang hanya mempunyai akal dan tanpa nafsu...golongan ini hidupnya hanyalah beribadat kepada Allah...tidak makan dan minum,tidak berkahwin,...langsung tiada keinginan terhadap semua itu.golongan inilah dinamakan malaikat.

manakala golongan yang ketiga pula adalah golongan yang dikurniakan akal dan nafsu serentak....golongan ini adalah kita yang dinamakan maa-nasia(pelupa)@insan.

Kita sering kali dipandu oleh desakan nafsu ke arah perkara2 maksiat yang yang dirasakan seronok dan melalaikan...tetapi disitulah akal memainkan peranan untuk mengawal ibarat tali yang menambat kuda yang liar.

Apa hikmahnya dikurniakan akal dan nafsu sekaligus pada makhluk bernama manusia ini??Disini wujudnya 2 jalan untuk kita pilih....



Apabila akal digunakan sebaiknya untuk menguasai nafsu...maka,disitulah darjat akan diangkat disisi Allah...lebih tinggi dari para malaikat yang sepanjang hayatnya hanya beribadat kepada Allah. manusia ini telah bermujahadah untuk menundukkan nafsunya dan hasilnya dia menjadi makhluk yang terbaik.

tetapi apabila nafsu dibiarkan menguasai akal....jadilah manusia ini seperti haiwan2 bahkan lebih teruk. Mereka ini mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami , mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar seperti ayat2 diatas..


p/s:Mengetuk kepala sendiri untuk berfikir...berapa banyak selama ini ak telah mengikut telunjuk nafsu berbanding menggunakan akal???sama2 renungkan dan amik ikhtibar.

2 bebelan:

abgsoo CSE :) said...

tulis byak2 lagi, then jgn lupa save n collect. satu hari 6t bila blik malaysia, dah jd satu buku! terbitkan and dapat sen bro!...at least dpt keluar buku masa duk di negara org!tak sia-sia tulis blog kan?...keep up. sy sentiasa membacanya walau tak sempat mengomen membebel)...:)

faisazli said...

abgsoo CSE:
hoho...cg mmg kreatif~!
xpenah plk terpk nk buat buku cm gtu..
haa..kalu cg yg jd pngurus pmsrn mesti laku nih...hehehe.
tp rase2nye..xdop la gtu skali bro..sy tulis2 ni sme skadar nk abadikn memori2 merantau tmpt org ni aje..koleksi peribadi gtu..
kekgi tue2..bley la kenang2 blk zaman2 mude nii smbil tnjuk ke ank cucu.*jauh la plok merancang*ngeeeeheee..