Pages

Sunday, June 14, 2009

alhamdulillah....lebih baik.

Alhamdulillah....semalam berpeluang juga untuk menjejakkan kaki ke dalam wad ICU di Hospital Faransawi KasrEl Ainy.
kenapa lambat pergi lawat??
padahal hospitalnye beberapa depa tak jauh sahaja kt depan rumah nii..

kalau diikutkan hati dan perasaan...mahu aje pergi lawat terus sebaik sahaja dapat tahu bahawa diorang berdua(Aman dan Eckm) dipindahkan ke hospital di hadapan rumah ini..
tetapi setelah difikir2 balik.....rasionalnya...lebih baik jika diberi peluang kepada mereka yang terdekat dengan mereka untuk pergi menjengah terlebih dahulu...

wajah2 yang sangat dinanti2kan untuk ditatap oleh mereka berdua..
wajah2 yang mampu memberi push up semangat kepada mereka untuk melawan kesakitan yang mereka hadapi sekarang..

lebih2 lagi dengan kehadirannya ibu bapa Eckm dari Malaysia baru2 ini..sudah tentunya memberi lebih suntikan semangat..

Alhamdulillah juga....keadaan mereka bertambah baik..
ameen ya rabb...
Engkau lah Maha Mendengar rintihan hamba2mu ini yang tidak putus2 mendoakan untuk sahabat2 mereka yang ditimpa ujian ini...
bukannya kami ini mempunyai pertalian darah....bahkan pertalian yang lebih erat dari itu....pertalian UKHUWWAH.

pertama kalinya aku dapat melihat muka Aman setelah kemalangan itu(Eckm xsmpat nak tengok sbb sedang dirawat ketika lawatan)...
terdetikdi hati...ya Allah....bukanlah mudah ujian yang Engkau timpakan ke atas hambaMu ini..belum tentu mampu jika diturunkan ke atsku..
tetapi aku tidak boleh lemah....sebab mereka sedang berjuang....dan aku juga harus menyumbang kekuatan kepada mereka.

tidak banyak yang diperkatakan ketika lawatan singkat semalam...dek kerana keadaan Aman yang tidak membenarkannya untuk bercakap2 panjang....
lagipun sudah sememangnya adab menziarahi pesakit untuk tidak banyak bertanya sehingga menimbulkan ketidak selesaan kepada pesakit....hanya kata2 semangat yang disampaikan.

sejak dari hari pertama untuk lawatan dibuka....sememangnya tidak putus2 sahabat yang datang untuk memberikan semangat....dari seluruh pelusuk Kaherah ini..
sehinggakan semua staff di hospital ma'ruf jika kelihatan susuk tubuh orang2 Asia ini di hospital, tentunya mereka akan terus menunjukkan ke arah wad ICU(tempat eckm dan aman).

mereka sedang diuji dengan ujian kesakitan....banyak membuatkan aku berfikir ..
dari Muaz bin Jabal ra, "Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan suatu bencana, Dia berkata kepada (Malaikat) pencatat amalan buruk, "Hapuskan catatan daripadanya.dan berkata kepada pencatat amal baik,"Tuliskan untuk hambaKu yang lebih baik dari apa yang dia perbuat."

dalam sebuah hadis..
Nabi SAW turut bersabda..
"Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua malaikat kepadanya, seraya berkata, "Lihatlah kalian apa kata hambaKu."
Jika dia berkata 'Alhadulillah', maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, "Aku berjanji untuk hambaKu.Jika aku mematikannya, kumasukkan dia ke Syurga.Dan jika aku menyembuhnya, Ku ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik dari darahnya.Dan aku hapuskan pula keburukannya."

maka, apakah yang lebih benar melainkan janji2 Allah??

moga dibersihkan hati ini dari segala kehitaman maksiat dan kemungkaran....dan diberi sinar hidayahMu ya Allah..hambaMu ini banyak berdosa....

sekian...

0 bebelan: