*malam sebelom exam oral anatomy*
dini: mg tau dop ade dak 3rd year accident??
ak:eh, ye ke??bpe org?
dini: 5 orang
bla....bla....bla..
tgh menyibukkan diri dgn buku2 oral anatomy....inilah permulaannya berita ini sampai ke ak.
hati rasa xsedap....tapi saje pikir dalam kepala...
'insyaAllah xde ape2...accident bese2 aje kot'
*di pagi exam oral anatomy*
trbaca ini...
Dengan namaMu ya Allah, yang nyawaku sentiasa di dalam genggamanNya
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :
1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)-dalam keadaan stabil
2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)-masih kurang stabil
3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)-masih kurang stabil
4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)-dalam keadaan stabil
5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)- telah pulang ke Rahmatullah
Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.
Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.
Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!
Setakat itu maklumat yang diterima daripada presiden PERUBATAN, Ahmad Wafi Arshad dan beberapa wakil yang masih berada di sana. Maklumat terkini insyaAllah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Wassalam.
Al Faqir ilAllah,
Mohamad Ashraf Mohamad Isa
Timbalan Presiden I
PERUBATAN
SUMBER: http://perubatan.org/
innalillahiwainnailaihiraaji'uun..
ya Allah....
.....
.....
hebat perancanganMu....dalam sekelip mata....tanpa disangka2.
seperti baru sahaja duduk bersama mengerah tenaga untuk International Day bru2 ini.
benar lah janji2 Allah....apabila telah datangnya maut itu, tidak akan dilambatkan walau sesaat atau diawalkan..
alhamdulillah, arwah pergi dalam keadaan baik....dengan kalimah mulia.
kali ini Allah mahu memperingatkan aku lagi.....tetapi dengan peringatan yang perit..
wahai jiwa hamba,tidak sedar2 lagikah dengan lamunan2 mainan dunia nii???sesudah peringatan demi peringatan yang sampai...
leka untuk memuaskan diri sendiri....ini tak cukup, itu tak cukup.
ape yang kita sedang kumpul atau kerjakan ini sekarang???berbaloikah untuk dijadikan bekalan ke 'sana' nanti???
berapa ramai lg yang perlu berkorban untuk menyedarkan diri ini,kamu...kita??
sebak.... bila menerima mesej2 dari ID yahoo messenger kepunyaan arwah ammar....walaupun ID yang sama tetapi mesejnya bukan lagi oleh empunya asal yang telah pergi mengadapNya.mesej2 telah dikirm oleh Ummu Ammar....
ammar zul: Asslamualaikum,bangunlah wahai mujahid dan mujahidah teruskan perjuangan ammar mudah-mudahan ALLAH menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada ISLAM dalam rangka untuk mendidik dan berbaktiammar zul: daripada UMMU AMMAR....sekian wassalam(mesej ym dikirim oleh Ummu Ammar)
hati terkedu.....dengan ketabahan seorang wanita bergelar ibu ini..ibu mana yang tidak sayangkan anaknya.
tetapi satu yang ku kagumi....dikala kami semua sahabat handai terasa perit dengan pemergian ammar, sebaliknya yang berlaku apabila Ummu Ammar sendiri yang memberikan kata2 semangat untuk kami ini sekalian....
terjumpa perbualan ini ketika mmbelek2 archive mesej ym ku...perbualan ini adalah sekitar seminggu sebelum berlangsungnya International Day di universiti.
ammar zul: ade ape2 masalah lg x?
ammar zul: tul kaminyer turn kul 4 -6?
faisazli: insyaAllah
faisazli: stkt ni xde la rsenye
ammar zul: nak maklum kt sumer duta ni?
ammar zul: nak maklum kt sumer duta ni
ammar zul: tul kaminyer turn kul 4 -6?
ammar zul: ana nk bgtau kt kwn2 ana yg bertugas
ammar zul: no hal
ammar zul: ana kerah dak2 pompuan batch ana
ammar zul: he3
ammar zul: ok
ammar zul: kirenyer gini
ammar zul: batch ana n ke atas
ammar zul: akan bertugas
ammar zul: dr kul 4 -6
ammar zul: pas2
ammar zul: klu sapa2 yg lapang leh dtg awal menolong
ammar zul: gitu?
faisazli: jap ea..ammar
ammar zul: oo
faisazli: haa...btol3
faisazli: gtu laa
faisazli: xkesah kalau ramai yg nk mnolong
faisazli: meriahkn booth kte
faisazli: hihi
ammar zul:
ammar zul: i-Allah
ammar zul: tima kaseh la jasa nta
ammar zul: memudahkan byk keje kwn2 kite lain
faisazli: huhu
faisazli: ana wat stkt mmpu je...
ammar zul: moga Allah balas yg lbh baik utk nta
ammar zul: stadi paiz yer
ammar zul: jgn pening2 sgt
faisazli: ameen...
faisazli: waiyyaka
faisazli: insyaAllah
perbualan ini ketika ak mengadu tentang masalah2 persiapan International Day.
tutur katanya....sentiasa menenangkan hati yang resah walaupun dilanda pelbagai masalah sepanjang menguruskan persiapan demi persiapan....
tidak lekang dengan kata2 semangat. mengajar ku untuk tidak cepat melatah.
Ammar, nta telah dapat kmenangan yang telah dijanjikanNya lebih dahulu dari ana dan sahabat2 semua disini...kerana apabila seseorang itu keluar di jalan Allah maka baginya tiada kekalahan melainkan 2 kemenangan.......SYAHID fisabilillah atau tertegaknya ISLAM itu sendiri.
cukuplah....
pemergian nta bukan lagi untuk ditangisi....tetapi sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang dan peringatan keras untuk diri yang hanyut serta leka ini....pemergian nta bukanlah satu perpisahan tetapi menyiapkan pertemuan yang kekal abadi.
marilah kita terus bernafas dalam jiwa hamba.....selagi masih punya masa~
-
AMMAR-
"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat."
moga tenang rohmu bersama para solihiin...di syurga yang penuh nikmat.
sedikit gambar2 ketika majlis solat jenazah allahyarham Ammar Zulkifli di ARMA.
Allahummaghfirlahu..warhamhu...wa'afihi..wa'fuanhu.....
Al fatihah
................
p/s:sama2 mendoakan kesihatan dan keselamatan 4 lagi sahabat2 yang turut sama terbabit dalam kemalangan tersebut.........yakinlah pertolongan Allah S.W.T bersama kalian.