Baru sahaja abes exam physiology...
blk2 umah terus capai laptop laa....ish2(padahal ade lg exam histology, anatomy n biochem yang belambak lagi mau dihadam...huhu)..
tapi apakan daya, hati kate JANGAN!!!tapi tangan dan anggota badan yang laen bergerak jugak...
Melompat lompat.....dari satu web page ke satu web page yang laen......dari satu blog ke blog orang laen...
hajat sekadar mahu merehatkan sedikit badan yang kelesuan entah ape puncanya(takkan sebab exam kot??!!) terbatal pula hajat ni bila baru nak lelap sket, da azan....
Allahu Akbar!!Allahu Akbar!!
"Alaaa...tdo dulu r kejap, baru je lg azan tu..smpt lg nk solat jemaah nnti"
bisikan2 yang kurang enak pn mle laa.........uish2....syaiton2~
Katil dirasakan enak.....dan mata lg persis untuk memejam...waduh2 gawat.
"Audzubillahiminassyaitonirrajiim"....
fuh...gaara2 tak mau si makhluk mal'un(bak kata arab) tuu ketawa berdekah-dekah atas kekalahan ak .....maka dikerah jugak segala motor neuron kt badan nii untuk menyampaikan excitatory impulse dan bukannya inhibitory ke segala panacaindera badan..
"haaa....padan muka kau..ak menang lg kli ini."
"alhamdulillah.."
menapak turun ke masjid dari puncak menara baitul a'la.
"Alamak...da mule semayang da niii..melepas ak.."
trus pgi join jemaah....solat...dan solat....solat..
hingga ke rakaat terakhir...bangun dr ruku' imam menadahkan tangan menandakan bacaan qunut nadzilah menyusul pula..
dan ke atas ma'mum utntuk turut sama mengaminkan doa tersebut.
"aamiiinnnn!!!amiiiinnnnn!!!.....ya rabb"
bergema dalam masjid laungan amiin yg menyelangi doa dibaca oleh al imam..bersambung dengan esak2 tangisan..
walaupun tak banyak yang dapat difahami dari doa2 yang dibacakn al imam trsebut coz klemahan penguasaan lughah arabiyyah....hati ini turut 'basah'.
kenapa gtu???
sebabnya....orang2 dsini kebanyakannya sangat terkesan dengan penderitaan saudara2 di Palestin sana.
Apa berlaku???
Saya, kamu dan satu dunia juga tahu.....kebiadaban zionis Yahudi sekarang yang melampaui batas.
Sedang berterusan melakukan 'holocaust' di bumi Gaza...
mangsanya??
dari 1300 angka kematian yang dicatatkan n 5000+ injuries......angka untuk kanak2 sahaja lbey kurang 500 tau..
kenapa??
"Dunia perlu meletakkan kesalahan ini pada pihak Hamas yang menggunakan rakyat2 awam as human shield..."
memetik kata menteri pertahanan israel yang tak panjang mana lgi umurnya tuu(ameen kn..)
ha...ha....dan haaa....ini laa lawak antarabangsa yang paling kelakar pernah dibuat dalam sejarah manusia...
dan lagi...
"kami berbuat begini kerana mahu melindungi dari ancaman roket2 dari pejuang2 Palestin.."
memetik kata sape2 ntah dari pihak yahudi yang sudah mentally retarded....dan nak me'mental retarded' kan orang laen pulak..
terdengar jga perumpamaan untuk keadaan ini....
dimana seorang lelaki yang sasa mahu merogol seorang wanita yang kerdil tetapi memiliki black belt taekwondo,silat, muay thai dan mcm2 lg seni mempertahankan diri...dek kerana tersilap percaturannya maka disepaknya si lelaki itu td di genital organ nya oleh si gadis itu....
haa...da kena macam tuu...tiba2 si lelaki itu nak wat laporan bahawa si gadis itu yang mengancam dirinya...??????????????????????
"aih...ak rase dunia da terbalik laa"
petanda HARI itu semakin sangat2 hampir....
HARI dimana semua orang tidak mempedulikan hal2 laen lagi.....hanya mahu melepaskan diri sendiri...
HARI yang dimana segala janji2 kebenaran akan tertunai...
HARI yang dimana semua makhluk dalam kerugian...kecuali yang tetap teguh di jalan yang benar..
HARI KEBANGKITAN.
dan ku berdoa...
"Ya Allah, kau tetapkan lah diriku,sifulan yang sedang membaca ini dan seluruh muslimin dan muslimat di jalan Mu...jalan yang sebenar2nya...serta kurniakanlah kemenangan kepada pihak Islam dengan hancurnya musuh2 agamaMu...AllahummansurilIslamawalmuslimiin"
SM IMTIAZ KB KEKAL CEMERLANG PMR 2013
11 years ago
2 bebelan:
"kami berbuat begini kerana mahu melindungi dari ancaman roket2 dari pejuang2 Palestin.."
nampak sgt diorang nih yang pengecut n pengganas.. dh tau kte nih bek ati xbnh org ske2.. ske2 die je nk jdikan manusia tuh sbg shield.. haih~
manusia2..
radin:
apabila sang lembu cuba bermain akal....begitulaa jadinya.
xmasuk akal~!
haa...ye..manusia2~
Post a Comment