Pages

Thursday, December 11, 2008

halwa telinga...penyejuk hati~

Harris Shaffix - Keimanan


Andai matahari ditangan kananku...
takkan mampu mengubah yakinku
terpatri dan takkan terbeli
dalam lubuk hati

Bilakah rembulan di tangan kiriku
takkan sanggup mengganti imanku
jiwa dan raga ini
apapun adanya....

Andaikan seribu siksaan
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
seujung rambut pun aku takkan bimbang
jalan ini yang kutempuh

Bilakah ajal kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid
yang penuh kenikmatan

Cintaku hanya untukMu
tetapkan muslimku selalu...



copyright from..http://www.nasyidfm.my/forum/showthread.php?p=110#post110


Nasyid yang ringkas cuma tetapi cukup untuk mengingatkan diri ini sewaktu Nabi Junjungan Mulia Muhammad S.A.W ditawarkan dengan pelbagai kemewahan harta,pangkat,wanita dan semacam lagi cubaan semata-mata agar Baginda meninggalkan dakwahnya......tetapi Baginda tetap berpegang teguh dengan Allah dengan perumpamaan walau diletakkan matahari ditangan kanannya, dan bulan ditangan kirinya.....

..sama2 hayati dan koreksi..

Tuesday, December 9, 2008

ME...on the day of Raya Eidul Adha.

Allahuakbar~....Allahuakbar~.....Allahuakbar~.....Allahuakbar~....walillahilhamdu~~

pagi raya..

eh...cepat2 bangun!!istaiqiz lillah!petugas2 mula mengejutkan semua ahli2 beit yang masih dilema mimpi..."kang nnti ade plak yang terlepas trip bas pagi nii!"..
saperti yang telah dimaklumkan bahawa sembahyang raya dan majlis korban untuk tahun ini akan dilangsungkan di dataran kompleks rumah2 negeri iaitu di hayyu asyir maka, pihak malaysian student department telah menyediakan beberapa buah bas untuk kemudahan pelajar2 medic di ceruk sayeda zainab wa munira ni untuk pergi nun jauh ke asyir....huhu.
"nseb bek ade bas, kalu tak.. tinggal harapan je laa ak nak pergi"
"join arab berkorban pon jd laa"
macam2 laa...komen sahabat2...tk terlepas juga diriku ini..keskes.
bile semua da bangun...maka bermulalah pula episod mengambil nombor giliran untuk ke hammam..adess..nseb bek laa bangun awal sket...so dpt nombor dpn2...hehe.
"weh...mandi P.Ramlee sudah laa!!"

ade plak yang memberi cadangan yang 'bernas' ini....ish..ish.korang2~mandi sunat hari raya laa!!
selepas itu...mula laa bersiap semuanya untuk turun bersembahyang subuh berjamaah bersama uncle2 arab di masjid..
untuk pengetahuan semua...beit kami nmenye bait al a'la...kenapa???kerana kedudukannya yg strategik..iaitu di tingkat 6 dan tanpa asansir(lif)...huwawa...tkpelaa...byk sket pahala duk berulang alik ngn masjid...keskes.
masjid2 di kawasan ini pon sudah mula bertakbir raya wif arab style...haaa...takdelaa mendayu2 macam takbir raya melayu tuu..dan pagi itu jalan2 yang kebiasaannya lengang di waktu awal pagi sudah dipenuhi dengan ramai orang.
sesudah solat subuh...naek rumah blk kejap untuk mengambil segala kelengkapan berperang dengan unta dan kambing...hehe(fuhhh...kne panjat tangga nk naek rumah lg la)
"eh,ko nak pakai baju ape pgi smayang raye pagi ni??"
"pakai aje laa ape pun...jagan xpakai sudaa..kecoh nnti"
eh2...sempat pulak buat lawak di pagi raya ni ek..huhu.


tepat pukul 6 pagi, maka mula menuju ke asyir dengan menaiki bas yang sudah sedia menunggu pelajar2.nak kena cepat sampai ke sana kerana sembahyang raya dijadualkan bermula pada pukul 7 pagi dan kebiasaannya arab akan sembahyang lebih awal...kemungkinan banyak jalan akan ditutup bagi menyediakan tempat untuk sembahyang.
sesampai je di hayyu asyir..kelihatan sudah ramai manusia2 disana dan orang malaysia juga berduyun2..


berposing di kompleks hayyu asyir.hihi..

"wahwah...sini da jadi mcam port pelajar2 malaysia dari semua bidang...sama ada medic mahupun agama".
hurmm...bagus juga sebab bukannya senang dapat berkumpul semua sekaligus begini.diri ini sendiri pn terus bergerak ke bawah khemah yang telah disediakan untuk bertakbir malay style pula beramai-ramai...hehe.iskisk...mendayu2~ooo...typical malay takbir..huhu.tak kesahlaa....takbir ttp takbir..ia tidak mengubah apa2 makna.kemudian, dalam kul 7.30 lbey kurang...solat hari raya dimulakan dengan diimamkan oleh ustaz zainudin from MSD...sangat lunak bacaannya sehingga membuatkan hati sayu apabila dibacakan surah Al-Ghaasyiah mengenai pembalasan(hari Kiamat) untuk segala amalan2 kita didunia ini dan ayat2 di akhirnya...sesungguhnya ke atas Kami ..perhitungan ke atas mereka(orang2 yang kufur).


sedang bertakbir beramai2 sebelum solat hari raya..


selesai solat~

Setelah selesai solat dan kemudiannya diikuti dengan khutbah hari raya yang disampaikan oleh Duta Besar Malaysia ke Mesir iaitu Dato' Zainal Abidin sendiri..macam2 disampaikan...lahirkan pelajar2 cemerlang...itu..ini...and then time for kudapan.sempat la juga untuk menjamah sedikit makanan untuk mengalas perut sebelum memulakan kerja2 selepas ini. Bagi melancarkan perjalanan aktiviti seterusnya..bro Rahman telah menyampaikan briefing ringkas mengenai pembahagian tugas dan tempat2 untuk melapah...untuk pengetahuan semua, kali ini sebanyak 14 ekor kambing dan 4 ekor unta dikorbankan..huuu...banyak tuu~


maka, bermulalah aktiviti silat bersilat bersama haiwan korban....xpercaya???tengok nii...hehe


unta:haa...sapa mau lawan??meh masuk gelanggang..


tukang sembelih:aiyah...ish2..


unta:erk..ak kecundang lagi..


unta:*&^%$$#....



Ustaz Fawwaz bin Hj Fadzil Noor pn pernah mengingatkan dalam ceramahnya sempena Hari Raya Korban....pernah ada seorang sahabat yang datang berjumpa dengan Rasulallah S.A.W mengadu bahawa beliau merasa kasihan akan binatangnya yang dikorbankan, maka Rasulallah S.A.W memberitahu bahawa dia telah mnedapat 2 ganjaran iaitu ganjaran berkorban dan kerana mengasihani binatang tersebut..jadi kita juga sebolehnya berasa kasihan apabila melihat haiwan yang dikorbankan.

Penulis sendiri juga telah ditaklifkan untuk men'settle'kan seekor kambing bersama beberapa orng lagi...walaupun tidak dapat mengambil bahagian dalam berkorban, tapi dapat tolong orang yang berkorban pun ok la...insyaAllah tahun depan cuba ambil bahagian cepat2 sikit.huhu.
Di samping itu juga penulis telah ditaklifkan untuk menjadi 'cleaner'....haha...hal ehwal kebersihan laa.penat juga nak mencari orang2 yang sanggup bersusah payah dalam bab nii..hihi.ada yang da konpem...tibe2 hilang plak..sape agaknye tu ek??haa...xpe2..abai2kn.
bila da sebut cleaner...keje2 nye pn mesti laa membersihkan...tempat sembelih, alat2an, dll.
hanya Allah yang membalas jasa2 kamu semua.=)



eh..manje pulak kambing2 tuh nk kne dukung.=P

Bergerak pulang ke sarang(rumah)...sebelum menjelangnya Maghrib....fuhhh...target balik ni konpem da xlarat nak bangun..huhu.tapi xsangka plak malam tu sempat pula menjamu pizza beramai2 bersama ahli beit..hehehe.ummm...hari yang agak meletihkan tetapi full of satisfaction..guess what?penulis bangun pagi ni dengan pinggang dan belakang yg masih sakit...huhu.mengomel macam orang tua la plak.;P

Skian aje dlu dari meja pengarang untuk kali ini...jika semalam majlis sembelih, hari ni pula majlis untuk makan2..hehe.jom pergi serbu ARMA!!


p/s:ammar all bakry!!tlong btulkan pinggang ngn belakang aku nii...da tebongkok2 cam org tua da~hehe.

Saturday, December 6, 2008

patah kan tumbuh, HILANG adakah berganti??




Kehilanganmu sungguh bermakna...


Pada 3 Disember yang lalu jasadmu selamat ku semadikan...
kini tiada lagi penemanku yang sentiasa bersama in most of the time..

terkilan,
bukan kerana tinggi nilai harganya...
atau cantik rupa parasnya...
walaupun sentiasa menjadi tarikan mata yang memandang
tetapi kerana nilai sentimentalnya..
yang ku jaga dan pelihara selama perkelanaanku di bumi terasing ini..
tanda kepercayaan seorang yang aku hormati kepada diri ini.

.........

ops...entry hilang pulak la ye..
ape2 la ye..janji terisi ruang yg lompong ini..
dan bukanlah hilang pada hakikatnya....tetapi lebih kepada hilangnya peranan@ dengan kata yang lebih mudah ..rosak..

3 disember..

dipendekkan ctenye...

Al kesah....ak telah kehilangan sesuatu yang berharga buatku...apakah ia???
ia adalah barangan berharga pemberian abah
apakah yang signifikan mengenainya???sejurus sebelum diterbangkan ke Mesir ini..abah telah memberikan sebentuk cincinnya kepadaku..
Aku memang sangat menjaga pemberian tersebut...kerana sebelum2 ini pn pernah aje ku ade cincin sendiri tapi memang xleh lekat lame kt jari ni....asek nk ilang aje...huhu
pernah aje pemberian ini terjatuh sekali ketika menetap di fustat dulu.....menyebabkanku tidur tak lena, mandi tak basah laa duk pikir mne jatuhnya barang ni(???)....cari punya cari...satu kawasan fustat yang pernah aku lalui itu ku geledah balik........mencari....mencari....dan terus mencari...
hampir je rase macam....."aahhh, biarkan aje la...konpem da xjumpe nii"
tapi tup...tup....jumpe gak last2.nseb bek la.

Kali ini...da xleh nak berbuat ape2...memandangkan barangnya juga sudah 'broken'.....ape yang jadi???haaa....a minor incident..n i guess it's because of my fault...T_T.
redha dengan setiap apa terjadi...ada hikmahnya.

Ala kulli hal...bukannya entry ini untuk menceritakan perihal pemberian ini.....tetapi keHILANGan itu sendiri...
Kita jarang menghargai@mensyukuri sesuatu yang ada di hadapan mata.....tetapi mula terasa janggal setelah ia HILANG....setuju??

Berapa banyak juga yang diri sendiri ini bersyukur....
dengan waktu lapang yang ada sebelum datangnya sempit,
dengan kesihatan yang ada sebelum datangnya sakit,
dengan kesenangan sebelum datangnya susah,

dengan kekayaan sebelum datangnya miskin,
dengan hidup yang masih ada ini sebelum maut datang menjemput???

Hurmm...tetibe terfikir mengenai bab hilang ini bile terbaca suatu mesej ini yang ku terima melalui ym


-->disaat ibumu tidur, cuba kamu lihat matanya dan bayangkan matanya takkan terbuka untuk selamanya..
tangannya tak dapat hapuskan airmata mu dan tiada lagi nasihat yang sering kita abaikan..
bayangkan ibumu sudah tiada..apakah kamu cukup
membahagiakannya..
apakah kamu pernah berfikir bertapa besar pengorbanannya semenjak kamu berada di dalam perutnya...
katakan, "Mak, i love you mom"..ma, wa ai ni....mak, saya sayang mak".
Slame kte berjauhan ngn dorg,KalauLah kite diberi masa utk bsame mreke,spend la mase spnuhnye utk mreke,
sblum smenyer terlambat.luv ur only mak =D<--
gracias untuk sahabat2 yang meng'forward'kan mesej2 berguna seperti ini..membuka minda untuk fikir2.
salah satu contoh yang berguna untuk kita hargai sebelum ianya juga turut 'hilang'.

peluang yang ada sementara di dunia ini juga tidak boleh disia2kan dan dibiarkan hilang begitu sahaja....kerana inilah peluang yang julung2 kalinya dan hilangnya tidak lagi berganti...
tiada kedua mahupun ketiga..
sekalipn menangis air mata darah...tetap tidak dapat mengembalikan peluang ini andai sudah terlepasnya..
jika dimanfaatkan peluang ini....akan mendapat kegembiraan....eternal happiness
tapi jika tidak dimanfaatkan....you'll regret it...endless regret..
Berapa ramai manusia yang pada awalnya mendustakan segala perkhabaran mengenai Hari Pembalasan dan menjalani kehidupan di dunia ini seolah-olah dunia ini mereka yang punya!!tetapi apabila mereka dikembalikan@dibangkitkan nanti barulah mereka berkata....

"Sesungguhnya sekarang kami telah percaya akan segala perkhabaran2 dahulu itu"

dan mereka memohon untuk dikembalikan semula ke dunia untuk membetulkan kembali kesilapan2 lalu..
huh!!kelakarnya...mana mungkin lagi peluang itu datang buat kali kedua..

Masa yang lepas itu tinggal sejarahku...
dan yang akan datang hanya angan2ku...
sekarang adalah realiti bagiku.

hamba yang lemah ini tidak mampu mengubah apa2 yang telah lepas dan perkara di masa hadapan tak trcapai dek jangkauan....apa yang ada hanyalah saat dan ketika ini.
maka rancanglah dengan apa yang di tangan.


sama2 lah kita mengambil iktibar..


oh..ya sblum trlupa,tkziah juga kepada ex-school mate husna yang turut merasai kehilangan...ttp kehilangan sumthing yang lebih bernilai iaitu anak pertama beliau bersama Nik Faris.. moga jiwa kalian berdua tabah dan sabar...insyaAllah nama anak itu trmktub sbg slh seorang penghuni syurga Allah kerana sucinya dari dosa2.ameen.

p/s:Al-Fatihah untuk arwah..



gambar hiasan-->my broken ring!!huwaa.

taggedbyEHSE


erk??being tagged by ehse..
new blogger, yet very talented...;)


1. Do you think you're hot?

how come being hot???its winter nowadays larr...it shivers me lot!!!
>
>
>
2. Upload your favorite picture of you

>
3. Why do you like that picture?

because of you=U in the P.I.C.T.U.R.E
n coz....luv 2 all my frens..hubban lillah
>
>
>
4. When was the last time you ate pizza?
>
cant remember when...mybe during summer hols i guess.
>
>
>
5. The last song you listen to.
>
new-released mirwana's album..sambil duk kutuk2 ngn kimi -->nasyid cam ni ka??
>
>
>
6. What are you doing right now besides this?
>
stalking blogs...asking my self.."eii fais, ble lg nk stat study plk nii???"huhu..

>

>
7. What name would you prefer besides yours?
>
some Masriyyin used to call me fawwaz instead of fais...so???
>
>
>
People to tag:

who's next???hehehe...

1.khairul farhan@pa'an

2.XX

3.XX

4.XX

5.XX

can't think of other names yet to be tagged..so, one is enough k??ehse.

8. Who is number one?


em...a strict mature guy..(ex-student of royal military college...no wonder~hehe)..very talented in basketball....still single??ask me not...=P.

9. Number three is having a relationship with?

>nope

>
10. Say something about number five.

nope
>
>

11. How about number four?
>nope

>
>
12. Who is number two?
nope
>

p/s;sori ye ehse.....ak jwb sekoda2 aje laaaaa..=P



Thursday, November 27, 2008

adoiii.....SAKITT!!!


".......by increasing pain threshold....the response toward pain will decrease but when pain is felt, its gonna be really severe..."

ak yang sedang khusyuk memerhatikan gerak geri gaya lecturer physioku....begitu dan begini..menerangkan setiap kalam patah perkataan yang keluar dari mulutnya tanpa habes2..huhu.

berkebetulan pula dengan subjek yang dipelajari kali ini iaitu pain sensation....membuatkan banyak menda yang bermain2 dalam benak kepalaku ini..
pain=sakit
sakit=pain

adakah sakit ini menyeronokkan???
adoii...
soalan yang pelik lagi menghairankan...
jika ditanya kepada sesiapa sahaja yang mumayyiz..mempunyai akal yang dapat berfungsi secara normalnya tentu sahaja akan menidakkan..

siapa yang mahukan sakit???
jika ianya hanya mendatangkan kesengsaraan...


hurmmm....
sengaje memerah otak ini untuk berfikir seketika mengenai perkara ini..
kenapa adanya sakit???
sebelum ini aku tidak pernah langsung walau terdetik mengenai ini..
ade macam2 sakit...
ade yang sakit hati...
ade yang sakit kepala..
ade yang sakit jiwa..
tak kurang juge yang buat2 sakit(for certain reason...eg..nk escape kls ke...haha)

bagaimana pula dengan orang yang menyakiti orang lain...dan orang yang disakiti??
seronokkah memberikan sesuatu yang menyeksakan ini kepada orang lain??
tidakkah cukup terseksa orang yang diberi penyeksaan ini??

mereka yang menyakiti tidak akan memahami sehingga mereka sendiri yang disakiti dan mereka yang disakiti berharap suatu masa nanti blsan yang setimpal utk yang menyakiti..

maka terciptalah suatu rantaian yang tidak tidak ketahuan di mana penghujungnya


'in syringomyelia disease..there will be thermoanesthesia..'

'waaa...mantap r orang yang kena mnde alah nii...takde rase sakit.kebal woo!!'

mencelah plak mmber sorang kt sebelah aku nii...

'hurmm...ape gunenye kebal ini jika pada akhirnya menyusahkan diri sendiri??'

ya!!ALLAH menciptakan sakit ini sebagai suatu mekanisme untuk kebaikan diri ini juga..
melindungi dari ancaman2 yang boleh memudaratkan tubuh badan...

cuba kita fikir2...
suatu hari...anda berjalan2 di tepi pantai yang indah....
menikmati angin yang sepoi2 bahasa...
sedang berjalan2....kaki anda terpijak duri yang extra large..
lalu menembusi segala fascia2 di kaki anda dan menyebabkan excessive bleeding..
dan anda....
terus sahaja berjalan seolah2 tiada suatu apa pun yg berlaku...
dengan hemorrhage di kaki anda yang terdedah dengan pelbagai jenis infection.
see....skarang anda akan lebih menghargai sakit itu...haha

'hadoii...ak masih di dalam lecture'(erk...jgn ditiru bab mengeluh ni...tak baek utk kesihatan..hehe)

'everyone have the same average of pain threshold but different in the reaction to the pain...'

jika ini dikaitkan dengan SOAL HATI..
ada yang digolongkan dalam berhati lembut dan berhati keras..
apa yang membezakan antara kedua ini??
kedua2nya ttp mempunyai tahap yang sama bila mana menghadapi rintangan demi rintangan...hati akan merasa susah.
tetapi berbeza dengan macam mn individu itu mengawal gelora hatinya..
orang yang lebih rendah threshold hatinya lebih mudah untuk meluahkan segalanya...tapi bg yang lebih tnggi thresholdnya.....
dipendam sedalam2...sehingga sehingga ke suatu tahap yang benar2 'memakan hati sendiri'..



"Bekunya air mata kerana KERASNYA HATI, Kerasnya hati kerana PANJANGNYA ANGAN-ANGAN, Panjangnya angan-angan kerana BANYAKNYA DOSA, Banyaknya dosa kerana CINTAKAN DUNIA!! -Imam AL-GHAZALI-"




'thats all for today...we'll meet again in the next lecture'....
dan tbe la masanya lecturer ak ini pn mnamatkan bait2 terakhirnya...hihi.



Ya ALLAH jinakkanlah hati ku ini dengan sentiasa menyebut namaMu..ameen.








Sunday, November 23, 2008

bukan lagi seperti dahulu..~

andai kau faham...
aku bukannya lagi seperti dahulu kala..

kenapa susah sangat nak difahami??
berulang kali kau mempersoalkan.....berulang kali juga aku menjawabnya..
ya!dahulu lain dan sekarang laen..

dulu..
ko bebas nak berbuat ape sahaje..
tanpa perlu memikirkan....APA FAEDAH DAN APA PADAHNYA???
tindakan mu melulu dan terburu-buru..
tapi aku tak kesah ketika itu..
biar aje laa...

bukan sekali dua...bahkan tak terkira..
ko buat sesuatu....dengan meletakkan akal dibelakang nafsu..
walaupun da banyak kali orang bilang..
KAWAL NAFSUMU DENGAN AKALMU..

tapi tidak..
ko tetap degil jugak..
sememangnya fitrah..kalu ke arah mnde yang menyeronokkan dan melalaikan...nafsu pun laju je mengerah..
tapi jika ke arah kemanfaatan...nafsu awal2 lagi mntak laluan mengundur diri.

sedikit demi sedikit...aku pn da mule terasa sesuatu yang tak kena dengan diri kau ini..
nak menegur...eh....tp ak rasekan aku tiada kekuatan dan keazaman lg ketika itu..


ku biar lagi..

makin hari....kau makin menjadi-jadi...
asek mahukan kemahuan dituruti..
mahu menegakkan juga benang yang sudah terang terangan basah
kau aje lah yg betul, sume orang salah..

egois..prejudis dan macam2 lagi laa..

aku makin xtahan dengan kerenah ini..
sudah tidak boleh dibiarkan...
aku mesti keluar dari kepompong ini

dan sekarang......

no more compromise...zaman kau da berakhir..
kini aku pula harus mendominasi...
sudah cukup rasanya aku memerhatikan setiap gerak langkah kau selama ini..
sudah tiba masanya giliran kau pula untuk memerhatikan aku...watch my step!

tiada lagi egois dan prejudis....
harus lebih peka dan respon dengan manusia laen di sekeliling..mereka punya perasaan sama seperti aku.
sedih..gembira..susah dan senang..

pesanan ak untuk kau..
fais.....berubah laa menjadi lebih baik~

new season, new episode...

uhuk2..!!!

terbatuk-batuk sewaktu mahu log in ke blogspot nii...
kenapa ye???
mn taknye....da berdebu2 sgt...lme terbiar di alam dunia siber ini tanpa diusik atau disentuh..aih!!
i've lost my motivation in writing for a bit(quite lonnggg i guess) time...hehe.

iye laa..
mudah aje mulut ini nak mengomel@beleter kt orang bile tgk ade je yang lame tak update blog...

"update blogg!!!update blog!!!"
bla...bla...bla......

but when it comes to me?????erk...
msuk telinga kanan keluar telinga kiri laa..haha

macam2 yang jadi......
mnta maaf juga kerana post yang dijanjikan utk hari raya dulu lagi masih tidak dapat disempurnakan..
huhu
tiada minat mahu menulis mengenai hari raya yang lepas kerana.......kerana ape ek??
sbb..byk sebab....
suasana disini yang sayu untuk meninggalkan bln ramadhan berlalu pergi..
raya yang tanpa raya..(i mean...tak semayang raya pon.y?technical probs ler)
malam raya yang tanpa kueh raya...(tetapi bergantikan BBQ team2 ARMA yang best!!)muahaha..

emm..
maybe i'm looking forward for the next hari raya...going to be special celebrating it with family..
(insyaAllah jika masih dpanjangkan umur utk tahun akn datang..)
jika tiada aral...insyaAllah terbang jge laa ank Malaysia sorang nii pulang ke tnh air..ape bley wat??orang2 disana sudah mula memnggil...ade nasi minyakkah???hehe..
so...sape nk join???sile2..hehe

xpe2...kte lpekn dlu hal2 tu...lmbat lg pon.
must focus on what lying ahead...second sem in medical school!!
fuhh...sedar tak sedar..
3 bln cuti..berjemur panas dsini...n then mnymbut kepulngn sahabat2 dari Mlaysia..
semuanya berlalu pantas...dan kini perjuangan bermula lagi..
new season...new episode...more adventure...huwaaaaa!!

digalaskan dengan satu tanggungjawab yang berat...(gara2 si pdod..grrr!!)
tapi tetap harus melangkah....laju lebih laju..
masih tidak boleh duduk dan berehat...kerana takut terlena.
kekadang tersadung.......lumrah yang mesti dibiasakan.

mga ak bertambah matang dalam menghadapi hari2 yang mendatang..
tenang menghadapi masalah demi masalah..
kerana di penghujungnya ada hikmah..
kerana pengalaman itu sesuatu yang berharga...sebaik2 pengajar.


SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK ADALAH LEBIH BAIK DARI HARI INI...

Thursday, October 23, 2008

Untuk Kak Cik~..

Salam untuk semua..
Tidak sempat untuk mencoret dengan lebih panjang...
hanya sekadar sempat untuk mengucapkan ...


SELAMAT HARI LAHIR KE 13 UNTUK KAK CHIK...


moga2...dipanjangkn umur dalam keredhaan Allah...ameen~

Monday, September 29, 2008

sesat cari jalan pulang~..- mlm 27 ramadhan

"jadi ke tak...pegi malam nii??"

"ntah la..depend ngn program orientac ni jgak r..ntah bile nk abes.."

"adoii..nnti kalu lewt2 sgt xde tmpt laa.."

"xpe2...kte tgk cne nnti..."

berceloteh...celoteh....
beriya-iya betul seorang sahabat sy seorang ini mengajak saya...

nk kemana nii??
haaa....destinasi tujuan---->Masjid Amru Al As..
**pada malam ke 27 ramadhan setiap tahun....masyarakat arab akan menyerbu ke masjid Amru Al As kerana Jbrail akan turun...(jibrail turun??)hehe..
As-syeikhu Jibrail senanye yang akan datang ke massjid ini untuk mengimamkan solat terawih pada malam tersebut.
seorang syeikh yang sangat tersohor.....
Apa yang istimewanya??haaaa....bagi yang ingin menguji stamina bolelah mencuba untuk turut serta kerana anda akan betul2 teruji...
doa qunut pada rakaat terakhir solat witir selama...

1 JAM LEBIH!!!

*untuk makluman...diatas ini bukanlah typing error....atau terkabur mata yang memandang...tetapi memang sejam++..ahaks.
tetapi untuk kali ini bukan lah kerana keunikan qunutnya yang panjang mahu sy tuliskan disini.....tapi.......hehe.

sememangnya dri sndiri ade menyimpan niat untuk pergi lagi ke masjid amru kali ini selepas berpeluang pada tahun yg lepas...
tidak mahu terlepas merasaikan zouknye..
tetapi agak sukar kali ini kerana telah bertembung dengan program orientasi untuk pelajar2 baru MARA yang baru sahaja sampai.
erk..
mjlis orientasi dijadualkan berakhir untuk hari ini hampir2 waktu maghrib...

"kalu macam ni, konpemnye kt masjid sudah melimpah dengan lautan manusia.."*sigh

hati kecil ini memberontak mahu pergi jugak kerana telah sy jadualkan malam 27 ramadhan di masjid amru ini sebagai salah satu must-do event sepanjang mengasingkan diri di bumi anbia' ini..keskes.
rase tidak lengkap sekiranya tidak dapat dipenuhi segala yang telah di rancang..

didorong dengan rasa tersebut...maka setelah selesai bersolat maghrib, digagahkan juga diri ini untuk bergerak pergi walaupn agak kepenatan setelah seharian berorientasi bersama adik2 baru..
kbetulan pula diajak oleh seorang sahabat untuk join skali ke masjid amru menaiki motorsikal...huh!alhamdulillah...dipermudah..
cuma sifulan ni tak tau jalannye untuk ke masjid amru...dan terpaksala sy selaku bekas penduduk di fustat yang berdekatan dengan masjid amru menjadi driver..cehh!!

recall...recall blk jalan nak balik ke masakin fustat...hehe..
maka bermulalah kisah pengembaraan yang ingin sy kongsikan sebenarnya disini..(intro yg agak panjang lol..;P)
mula bergerak dari ARMA....terus memulas minyak dan enjin berderum menuju mengikut arah handle kupusing2..
sy pn mula mengecam balik jalan untuk ke masjid amru kerana jalannya adalah laluan yang biasa sy lalui suatu ketika dahulu sewaktu ingin pulang ke rumah di masakin fustat.

terus meluncur laju sehinggalah sampai ke satu kawasan di mana laluan terbahagi kepada 3 lanes...
argh...tbe jd konfius....
eh...mn satu lane yang nak ke fustat dulu ni ek??
jalan yang dah bertukar....atau aku ni yang da blur/??adess..
dengan tekadnya ku memilih lane yang ditengah...(buat2 yakin jer)
masuk2 je lane tuh....trus masuk dalam satu terowong nih....eh???
eh?eh?
bile mase plak ade terowong time nak balik fustat dulu??

hah....da memang btol2 konpem la kali nii....
SESAT CARI JALAN PULANG LAA!!

tp senanye bukan sesat gak pon....just tersilap jalan aje..hehe
nak u turn pn tak leh da dalam terowong tuh sehala jek...
mahu tak mahu....men terus aje laaa....
terowong ni pon satu hal....ape pasal la panjang sangat???(ish2...nak salahkan terowong plak)
motor terus meluncur dipandu terowong....entah ke mana agaknya..
pecut punya pecut....akhirnya sampai ke hujung terowong...

eh...kte kt mana nih??

ntah...ak pon xtau..

maka...bermulalah sesi soal jawab....menandakan masing2 dah mati akal mengenai tempat yang kami berada pada waktu tuu..TAK TAU!!
huwaa...tak penah lagi ku sampai ke tempaat nih...penin pn ade...nk u turn xleh lgi...
pusing2 punya pusing tetap tak dapat nak cari lubang keluar dari 'dunia' yg tk pernah ku sampai lg nii..

check minyak...check minyak...
fuhh.. nseb bek da isi full awl2 td.....

last2...terpakse la jgak kami menggunakan khidmat pnunjuk jalan percuma...PEKERJA MAJLIS BANDARAYA CAIRO(hehe...kesian pk cik tuh sbb kami ganggu de tgh khusyuk sapu smpah time tuu)..
at last..bejaye juga mencari gateway yang menghubungkan 'lost world' itu dengan dunia yg nyata..huh??
lega...
arghh...masih tk kusangka boleh terlupa jalan pulang ke fustat yang selalu ku lalui dlu...heh!
xpe2..cobaan.
berjaye untuk sampai ke masjid amru jgk walaupun ketika itu sudah selesai solat isya'...*agak terlewat dek kerana gara2 mahu mencari parking dan mujurlah motor boleh mncelah dalam kepadatan knderaan2 pd malam itu..


gambar...
sedang berehat sementara menunggu separuh masa kedua terawih...erk??

agak sedey...taun ini tidak dapat msuk rapat ke kwsn masjid dan hanya dapat menunaikan solat di atas jalan raya sejauh lbey kurang 500 meter dari perkrangan masjid..(huh!ramai betol manusia..)

lagi gambar yg sempat di'snap' kt sini...


mn masjid??xnampak pun...huh!ini adalah jalan raya yang dipenuhi lautan manusia(500 meter dari masjid)


ala kulli hal....malam itu sy dpt pulang dengan berpuas hati kerana hasrat untuk menjejak kaki lagi ke sini tercapai lagi untuk kali keduanya...
tahun depan i'm afraid i can't...because........i'll be in my hometown..Malaysia!!!!insyaAllah..yeahyeah..ha3.


coming up next---> catatan di malam 1 syawal.......penglmn best brsama kengkawan di perantauan...nantikan....hehe


Thursday, September 25, 2008

POSTO!.....POSTO!..warkah dari keJAUHan..

Kehadapan pembaca2 sekalian..

semoga sentiasa dalam kebahagiaan dan mendapat kerahmatan dariNya.

Semenjak dua menjak ini...agak sukar mahu mengupdatekn blog ini..
sekadar sempat menjelajah ke blog2 plihan....dan tuu pn tak sempat nk meninggalkan jejak..adess.
kali ini pn hanya sempat nak mencelah sekejap....
setelah menerima bebelan demi bebelan...xsanggup lg laaa..;P

so, nah amik nii!!


kedatanganku ke Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah pada hari Ahad lepas telah disambut dengan suatu kejutan!!
haaa....ape itu??

roll down...
roll down...

hehe..


"fais....ni ustaz usop ade bwakn sesuatu untuk enta" ..tegur bro/ustaz azam sebaik saje ku melangkah sampai ke bilik..

tersenyum2 aje muke2 laen yg ade dalam bilik time tuu..

eh...ape ape hal yang pelik semacam aje dorang sume nih??
terpikir dalam benak kepala ini...

"ade ape??"trkial2 diri ini kehairanan..

"ni ade 'hadiah' untuk enta....jauh datangnye"..sambil menghulurkan suatu bungkusan...terbalut rapi....keputihan..
trtulis..
untuk angah..
Mohd Fais bin Mohd Azli
(alamat..bla..bla..bla~)


sepantas kilat mindaku menangkap......


KAD RAYA!!!

patutlaa pelik semacam aje dorang sume nii....rupanya jeles sebab kiriman ini yang baru kuterima dari kampung halaman....keskeskes..
wawawawawawa...
tak tersangka2...

tak tersabar2 mahu membuka dan melihat isi kandungan..
sekeping kad dan sekeping gambar si kecil(dahulunya) yang kini sudah besar----->my young lil sister,Farzana@adek Na..

dalam perbualan latestku dengan family di rumah....telah di'mention'kan bahawa proses pmilihan kad raye untuk tahun ini telah dilakukan oleh adek Na sendiri..
no wonder laa....kad raya untuk taun ni agak canggih berbanding taun lepas...siap dengan berirama lagi apabila dibuka....aiseh...adek..oo..adek.thanx.

diamati ucapan demi ucapan tertulis di atas kad....
tapi yang paling menarik perhatian ku......at the last part at of the card.
ruangan khas ucapan dari adek na....written by herself!!....hoho.

memetik sedikit..


selamat hari raya aidilfitri untuk angah..

angah, ni adek na yang tulis sendiri(memang da bley cam pon dari tulisan tu..hehe)..

macam mane?lawa tak adek na tulis??(hoho...tergelak jge bile bace nih...ishish)

adek na sayang sangat angah....bile angah nak balik??

hurmm....mintak maaf banyak2 kt adek..
angah tak balik untuk beraye untuk kali ini....sekali lagi....selepas tahun lepas adek tertanya2 kemana perginya angah.
kalaulah adek faham......
takpela, lambat laun nanti....adek pn akan belajar.

mahu menyelitkan sedikit ucapan disini...
Salam Akhir Ramadhan terutamanya untuk keluarga dirumah , sahabat2 dan pembaca2 sekalian...moga kita semua berhasil untuk mendapatkn malam Lailatul Qadr
dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua...kullu sanah wa antum bikhair.





*tak sabar menantikan kueh mueh raya dari sahabat2 yang pulang ke malaysia....muahahaha.



Sunday, September 14, 2008

"KASIH dan CINTA tidak bersyarat...~"

BELIAU....

dilahirkan pada 14 September 1958...

dibesarkan di sebuah kampung yang terpencil di sebuah daerah di Kelantan...kampung laut, tumpat,kelantan...

membesar sebagai anak kampung yang berdikari...memikul penuh tanggungjawab..

dengan pencapaian akademik yang tidak setara mana...tapi memikul impian yang tinggi..
"satu hari nanti akan ada yang menyambung cita-cita"

BELIAU...meningkat dewasa dan bertemu dengan pasangan hidup dari Pasir Mas, Kelantan..

dikurniakan 4 orang anak yang serba daif...

mendidik anak-anak dengan ketegasan dan penuh kasih sayang...bukan dengan kemewahan..

agar tidak lupa diri..

supaya anak-anak menjadi ORANG...bukan sekadar orang-orang..

berhijarah jauh ke daerah baru...semata-mata mencari punca rezeki..

berpenat lelah untuk mencari sesuap makan...

membanting tulang di ladang..

membesarkan kami semua...tanpa mengabaikan kepentingan apa itu yang dinamakan ILMU dan IMAN..

biarlah orang lain mewah...janji kita skeluarga cukup senang dan bahagia...penuh dengan nilai2 dan bukannya sekadar keluarga yang KOSONG..

Setinggi mana kita pergi jangan sekali2 lupa diri...ingat segalanya dari ALLAH.

Selamat Hari Ulangtahun untuk ABAH ke-50!!!

Setulus ucapan dari angah di Perlembahan Nil...terlalu banyak rasanya pengorbanan yang telah abah lakukan untuk kami adik beradik...
masih segar di ingatan dan tidak boleh angah lupakan apabila suatu malam....angah terasa mahu makan sedangkan makanan ketika itu tidak begitu mencukupi...
sedangkan abah ketika itu baru sahaja pulang dari luar..
tapi abah membiarkan angah untuk makan dengan mengatakan abah sudah makan...
tapi rupa2nya...di tengah malam abah makan seorang diri di dapur...hanya NASI PUTIH..
bukan kerana kerana nasi itu...tapi kerana besarnya pengorbanan seorang abah terhadap anaknya yang mentah tidak reti untuk berfikir ketika itu..
lagaknya begitu mententeramkan....seolah semuanya dalam keadaan terkawal..
maafkan angah atas kementahan diri ini untuk berfikir..
maafkan atas terburu-buru diri ini mengambil tindakan..
maafkan atas diri ini yang tidak dapat sama untuk meringankan bebanan..

Pemergian angah kali ini tidak lain dan tidak bukan HADIAH untuk abah dan ma sekaligus..
Tekad ku simpan dalam hati..."ak mesti mndapatkan ape yang ku cari disini...agar berbaloi dengan harga yang terpaksa dibayar dengan meninggalkan mereka semua di rumah"


***************************************************************************

Hampir2 terlupa bahawa hari ini adalah hari kebesaran untuk abahku kerana terlalu sibuk dengan kerja2 disini...huhu..
tetapi mujurlah ma sempat mengingatkan daku semalam...
aiiya....terok btol anak sorang nii!!erk..
sempat juga untuk mencapai henset sbentar td dan menaipkan sesuatu untuk abah..

"Salam, abah.selamat ulang tahun kelahiran ke-50.angah mewakili along,kcik dan adik na ingin meminta maaf atas segala kesilapan selama membesarkan kami.terima kasih untuk segala penat lelah.doakan angah cemerlang disini...dunia akhirat.insyaAllah."


abah n along di pagi hari raya tahun lalu


terharu melihat kesungguhan atuk saudara ini(abah) melayan kerenah cucu saudaranya....

berita gembira berganda juga untuk abah pada hari jadinya kali ini kerana penantian untuk kereta baru yang telah ditempah juga akan berakhir hari ini...(menambah koleksi kereta laa)haha..beraya sakan~
nampaknya banyak perubahan yang akan dan telah berlaku sepeninggalan ku selama setahun ini...rumah baru..kereta baru...muka adik2 pun da 'baru'..ahaks.
alhamdulillah....sememangnya Allah telah menambahkan nikmat kesenangan kami sekeluarga sekarang...Syukran Lillahh...
segala nikmatMu tak dapat ku bayangkan ya Allah..

"Ya Allah...ampunilah dosaku dan kedua orang tua ku serta peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara dan menyayangiku sejak kecil lagi....gembirakanlah jua kedua orang tuaku....kerana kegembiraan mereka adalah segala2nya bagiku ya Rabb." ameen...


Selamat Ulangtahun Kelahiran Abah...sanah helwa ya abi!!sememangnya kasih sayang Allah wujudkan antara ibu bapa dan anak2 adalah cinta yang asli, suci...penuh berkat tanpa bersyarat....

Thursday, September 11, 2008

"Aku Terima Nikahnya"??

Jam 3.00 pagi...waktu Kaherah.

Masih terasa lagi kepala yang berdenyut-denyut...entah apa yang tidak kena??
sejak malam semalam kepala asek berpusing...balik sahaja dari bertadarus bersama2 dengan pelajar dari maahad Shoubra.

Sekejap sahaja lagi da nak kena bersiap untuk bersahur pula...bimbang juga nanti kalau dilayan sangat duk menulis nii, sahur melayang....rugiilaa kalu terlepas keberkatan sahur ini.so, tulis yg mana 'dan' aje laa dulu ...

Padahal pada awalnya tak terase mahu menulis dengan keadaan yang tidak berapa mengizinkan ini+++mode malas..ish2....tapi tetibe jek terase mahu juga setelah di'sapa' dengan suatu perkhabaran oleh seorang sahabat lama.

Sambil duk terbaring sendirian bertemankan laptop melayan kepala yang tidak abes2 berdenyut.....
tetiba
buzz!!window yahoo messenger yang memang sengaja dibiarkan terbuka.. menyala2..
menandakan ade makhluk yang telah menyapa..

sengaje dibiarkan seketika...memikirkan mungkin sekadar gurauan tangan2 yang memang tak leh kalau tak buzz orang laen..huh?
then...terpapar mesej.

"salam"

"fais...ko kne tolong aku.."

"really need ur advice n help rite now"

aduii....macam penting la pulak bunyinye...nak tak nak...kena la jugak mnjawab..

"wslm"

"pe jd?"

sekadar membalas dengan ringkas kerana perasaan ingin tahu itu di'compensate' dengan kepala yang btul2 tgh keberatan..

borak punye borak...tanye punye tanye...
tup..tup....barulaa ku paham kenape laa 'de' nii beriya-iya sangat bunyinya nk tegur..
rupanya 'de' ni dalam mushkilah kabiir bak kate orang arab...
masalahnya ini bukan masalah besar......tapi betul2 besar...hihi.
cukup untuk membuatkan ku yang mendengar ini....bertambah2 lagi kepeningannya.
uhuk2!!
aiyaaa...

pe yang masalah sebenarnya skarang????
rupa2nya....'de' ni yang merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan(identiti dirahsiakan) yang sememangnya merupakan salah seorang yang boleh dikatakan sahabat agak lame laa.
telah menerima suatu undangan walimah.....
so what??
bukan walimah untuk orang laen...tetapi undangan untuk walimah sendiri.
senang cakap ade orang nak propose laa.

menurut cerita yang telah disampaikan dari tuan punya badan...
ade seorang ikhwah yang telah meluahkan segala isi hati perut dan segala macam isi lagi kepadanya..
menyatakan bahawa mahu meng'cop' de nii sebagai bakal isterinya...(eh...bley men cop2 lak..)
dah stat macam tu...maka haru lah jadinya si tuan punya badan tuu..
menjadi serba tak kena..
mndi tak basah..
tidur tak lena..
makan tak kenyang(pose laa)....niii sy yg tmbh sendiri la.haha.

maka alkesahnya telah diadukan dengan bakal doktor ni(me laa) knonnya doktor bab hati dan perasaan laa...adesss..
eh2...bukannye mahu berlagak sebagai seorang pro disini....
takde pengalaman pun dalam bab2 begini...bukannya sudah menjadi tunang orang, jauh lagi menjadi suami orang...
tapi cuba untuk sekadar menjawab atas kapasiti sebagai seorang sahabat yang telah diberi kepercayaan untuk mendengar keluhan dan diminta pendapat serta nasehat..

Ape yang patut dicakapkn ye???
Kelu+gagap+terketar juga tangan mahu menaipkan sesuatu...
iye laa...dah namenye pn amatur lagi dalam bab2 begini..
tengah duk pening2 tuu....teringat laa sy ini dengan sebuah buku yang berjudul "Aku terima nikahnya" karangan Ustz Hasrizal@Abu Saif.

Bab2 begini...."JANGAN TERGESA-GESA DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH" katanya di dalam buku tersebut.
what more can i say??
huh!..
buntu....buntu....
jika sebelum ini diminta nasehat mengenai hal2 laen....insyaAllah masih boleh untuk berkongsi sebarang dua nasihat dan pesanan....tapi berat untuk kali ini.
tapi mungkin ada dikalangan pembaca2 sekalian yang lebih arif ataupun mempunyai sebarang pendapat untuk diutarakan mengenai hal ini.....dipersilakan~

Apabila ditanya sendiri kepada tuan punya badan adakah sudah bersedia???
kerana segalanya ku rasakan atas kesanggupan tuan punya badan tu sendiri jugak laa..

ktenye..
'agak2 la jugak sebab study pon blom abes lagi...bajet nak tnggu laa sampai 3rd year ke pe..'

tp tmbahnye lagi yang si ikhwah itu pn bersungguh-sungguh dalam membuat 'tawaran' itu..
antara dialog yang dikatakannya 'aku betul2 siyes nii..'....'ak da pilih masak2 ko sebagai calon isteri aku'...(lbey kurang gtu laa...setelah di author semula)
oo...parah2..kesian jugak aku mengingatkan member ini seorang yang dalam dilema untuk membuat keputusan terbaik buat masa sekarang..

Ini belum diambil kira dari pihak keluarga pula....ape respon mereka...terutamanya dari mak dan ayah??
memang tak dapat ku bayang macam mana situasinya itu....dan memang kalu bley tak nak bayang.

bunyinya macam teruk sangat kah??uhuk2.
sehingga sekarang...daku pun masih tidak memberikan sebarang respon secara betul2 sebab nak settlekan dulu ape2 yang memeningkan kepala ini..
biarlah respon yang diberi nanti betul2 datang dari akal yang waras dan sehat walafiat....bukannya repekan atau rapuan yang ntah ape2.
hurmm...respon??fikir...fikir..


kisah ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar salah satu dari bermacam2 lagi kisah2 yang berlaku terhadap insan2 disekeliling ku...menambah koleksi2 asam garam kehidupan diri.
mungkin untuk kali ini bukan diri nii yang menjadi subjeknya....tetapi manalah diketahui sekiranya di waktu2 hadapan berdepan dengan situasi yang hampir sama kn??kn?


wallahua'lam...

*masih mahu melelapkan mata barang seketika*dah nak sahur laaa!!

Friday, September 5, 2008

UnIdentified Flying Objects[U.F.O]-Ramadhan Kareem~

Salam sejahtera ke atas kamu yg sedang membaca ini...

iye laa!kmu laa....xyah laa duk pndang2 kt len ..
mcm mana dengan puasa??ckp lg x stakat nii??
me??alhamdulillah.....xde lg ponteng stakat nii...arap2nye berterusan laa...
sme2 amiin kn ek..

Adoii....mood berat ati nak update blog nii da dtang blk laa....huh!
xpe2....mau lawan gak....so, tulis aje laa ape2 pn janji tulis juge..

haa....tajuk ni mcam angker jgak kan??
ade gaye macam X-files gtu gak r..
tp jangan bmbang ini cerita bkan cerita hantu...jembalang mhupun pontianak..
nak tau cite ape????haaa....bace lagi....dan...lagi...



Satu hari ini.....
daku dlm perjalanan balik dari Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah...

time tuu jam sudah menunjukkn pukul....6.00 petang.

'aisey...lg setengah jam je lg nih nak berbuka pose'

'sempat x ak nk smpai umah nii???tawakkal aje laa'

daku pn bergerak aje laa pergi ke mahattah untuk menunggu bas ke arah Abu Riish....jalan sorang2...jalan..jalan...jalan..dan terus jalan(byk jalan2 nii sbb jauh ngt mahattah tuu dari ARMA)
penat seh!!

da smpai kat mahattah tu....
daku pun mnunggu menanti dan brharap....biarlaa cepat2 sket bas ni sampai..
da 10 mnt berlalu..daku msih lgi tercacak brdiri kt tmpt sama..
'adess...kang nanti tak pasal ak berbukak pose tepi jalan ni jgak!'

pastu elok2 aje ade bas sampai...huh! lega..alhamdulillah da settle bab mnunggu bas nii...tapi masalah skang ni lak...sempat ke tak sampai umah sblom berbuke pose nii??huhu..haru2~
ala....kamikaze aje laa....

nseb bek laa pak cik yang bawak bas ritu adalah merupakan bekas pelumba formula 1 yang baru je retire..
fuhh....de bwk bas macam nk tercabut je tayarnye...siap leh mencelah2 lagi..
jalan pn tengah kosong dekat ngn bukak pose gni...memang jadi circuit nk memecut laa..

haaa....skang da nak sampai yang part2 U.F.O nii...hehe

bas time tuh da agk kosong sbb kebanyakan masyarakat arab da pgi serbu 'maidah rahman' daa... mau
tgh2 syok daku ni pn duk melayan perasaan sorang dalam bas sambil duk mengintai2 jam tangan....tkut trlewat laa....da janji nak pegi bukak pose kt umah jepah n da gang rni.

TIBE2....ttooiiiinnngg!!
muncul satu objek entah dari mana menhentam kepala ku ini...adess.
aku tercari-cari mende ape laa agaknye tu...berterbangan dari luar tingkap bas....huh...unidentified???!!!
Mende ape la tu agknye ek???
Objek kehitam-hitaman....berbentuk agak mencurigakan....
erk...

Cukuplah dengan suspen setakat ni yer...haha

Rupa-rupanya 'objek kehitaman' yang diklasifikasikan unidentified flying object tuh sbenarnye buah2 kurma yang telah siap dipekkan di dalam plastik...
adoiiilaaa...merapu bukan maen panjang stakat nak bagitau pasal buah kurma ke???

Senanye atas permintaan beberapa sahabat...mahu daku menceritakan macam mana suasana bulan Ramadhan di bumi anbia' untuk taun ini..
so...daku mengambil inisiatif untuk memberi sedikit gambaran mengenai apa yang terjadi sepanjang bulan ramadhan disini...*walaupun agk terlbey2 gambarannya*hehe..

Macam2 yang berlaku disini yang menjadikan bulan ramadhan disini lebih meriah berbanding bulan2 laen dan di tempat2 laen....
Mengenai kes U.F.O td itu...sebenarnya menjadi kebiasaan apabila hampir tiba waktu berbuka puasa...maka berlambak2 'pekerja2 sukarelawan' menanti di tepi2 jalan raya..
pe tugasnye???
mereka akan mengagih2kan makanan kepada kenderaan2 yang melalui jalan tersebut...khususnya untuk kenderaan2 awam.
bunyi mengaih-agihkan tuu bunyi macam baek sket..tp hakikatnye dorang ade maen campak2 je ikt tingkap bas...(satu yang tersesat landing kt kepala gue..huhu)

Memang mereka memenuhi disepanjang jalan....sehinggakan ade yang road block semata2 nak agih2agihkan makanan dan minuman kepada penumpang2 bas contohnya.

Alaa...mnde kecik je pon ni.....watpe nk dibesar2kn???

Walopon nmpak macam remeh....tapi cukup membuatkan daku kagum sebab suasana begini tak dijumpai di tempat2 laen...that's what makes it unique!
Smemangnya masyarakat2 Arab ini sangat memuliakan bulan yang penuh barakah ini...

Bandar Kaherah ini juga dipenuhi dengan cahaya yang melimpah ruah di bulan Ramadhan... pelita2 Arab dipasang di merata2 tempat..
mengingatkan daku pada suasana Hari Raya di kampung halaman...
ditambah lagi dengan budak2 Arab disini pon obses dengan mercun...haha...mcm daku di zaman muda2 dlu...ngehngeh.

Hurmmm....satu perbezaan yang ketara sebaik sahaja menjelang bulan Ramadhan disini...semakin kurang orang2 Arab yang keluar rumah di waktu siang.....jalan2 menjadi agak lengang lagi2 di waktu pagi..
tapi apabila malam mula melabuhkan tirai......dorang pn mule la kuar umah...penuh la di jalanan tuh..(uih!mcm kelawar la plak..ha3)
Sepanjang malam juga la tidak akan sunyi dari kecohnya suara2 manusia dan lagi2 bunyi jeritan hon2 knderaan...
p/s:orng Arab mesir nih saangattt la ske maen hon...sket2 je hon.aduii..

Hurmm...cite punye la cite....last2 bas telah pn sampai ke destinasi....time nk pgi serbu iftar pula..
Dapat la jgak satu pengajaran daripada peristiwa kali ni.....laen kali tak payah bimbang untuk balik menaiki bas walopon da dekat dengan waktu berbuka kerana mkanan anda akan disponsor di sepanjang perjalanan nanti!!!hehe.

Friday, August 29, 2008

CAHAYA diatas CAHAYA...

Alhamdulillah...segala jenis puji bagi Allah...tuhan sekalian alam.
dengan rahmat dan kurnianya kita masih dapat hidup dengan nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam.

nukilan kali ini dengan harapan dipermudahkan perjalananku untuk pulang kepangkal jalan...

beristiqamah..tetap, thabit dalam perjuangan menegakkan kebenaran

...segalanya bermula dengan membersihkan diri ini sendiri...




taubat seorang hamba-irsyadee ft hafiz hamidun..



Ya Allah..

aku mengadu...lemahnya daya upaya ku ini..
kurangnya amal ibadatku..
goyahnya keimananku..

Kepada siapa akan Kau serah diriku ini?
Adakah Engkau akan hanya melihat aku dari jauh dengan wajah yang masam?
tapi ku yakin Engkau sentiasa menolong hambaMu..
hanya kepada Mu aku menaruh harapan..
mohon dijauhkan kemurkaan dan digantikan keredhaan..
mengharapkan cahaya hidayahMu..
CAHAYA diatas CAHAYA.



(28 sya'ban 1429h)

Wednesday, August 27, 2008

renungan sejenak~

DUNIA...
yang merupakan jejambat untuk ke akhirat....
tidak dapat tidak...kita harus melalui alam dunia ini sebelum sampai ke alam yang selepasnya..
walaupun sesetengahnya hanyalah sementara cuma....sekadar satu kerlipan mata....ataupun mungkin langsung tidak sempat hendak mengerlipkan mata melihat alam penuh tipu daya ini. tiada yang kekal dan nyata di dunia ini melainkan di akhirat sana nanti.
namun, bagi yang sempat untuk merasa kehidupan dunia ini lebih lama sedikit mula dijangkiti dengan penya
kit WAHAN..





huh!!tatk
ala terasa diri ini kuat dan punya keyakinan mantap....seakan mahu beramal tanpa henti... tapi dikala diri lemah...mudah sahaja untuk tergelincir dari landasan yang sepatutnya...
ya!!sememangnya iman umat manusia ini 'yaziid wa yankus' tetapi sekadar mana kah pengurangan itu??
jika disandarkan pada angka....adakah mencapai paras NEGATIF??
Dalam kita bersukaria-ria....
sedar atau tidak???MAUT itu semakin menghampiri kita semua...

'la yasta'khiruuna saa'atan wala yastaqdimuun'.




semakin bertambah usia....semakin hampir kita kepada perhentian terakhir.
sekali kita menghembus nafas...belum tentu selepas ini kita akan masih berpeluang untuk menarik nafas untuk kesekian kalinya..
mungkinkah hembusan itu adalah yang terakhir??
sesaat kita masih hidup dan sesaat kemudian mungkin sudah tiada bagi kita.
alangkah ruginya jika dibazirkan setiap saat d
i dalam hidup ini..

memetik kata2 Tuan Guru Nik Abdul Aziz da
lam satu ceramahnya..

kita hidup ini diibarat seperti sebuah kenderaan yang sedang dihidupkan enjinnya....jika tidak digunakan untuk berkhidmat kepada tuannya dan dibiarkan tersadai...adalah satu kerugian kerana minyak tetap digunakan.

Ini diibaratkan kepada diri seorang manusia yang bergelar hamba yang merasakan sudah cukup baginya dengan tidak beramal tetapi tidak juga melakukan perkara2 larangan..

apakah dikira hidupnya didunia ini tidak menggunakan nikmat2 Allah??
sudah tentu jawapannya mustahil...dan ma
ka dengan itu, perlulah disyukuri nikmat2 itu..


ingat wahai diri!!brape banyak dosa yang telah kamu lakukan??!! sekadar mana sngatkah amal kebaikan yang telah kamu lakukan.
nukilan ini tidak lain dan tidak bukan.. mahu memperingatkan diri ini yang leka!hanyut!dibuai dengan indahnya perhiasan dunia ini..



Hanya Allah yang maha tahu betapa banyaknya berdosa diri kita ini...
moga dengan sebenar2 taubat dan dengan linangan air mata mampu membasuh segala kesilapan kita yang telah lalu..

Allahummaghfirlna zunuubana... waliwaalidaina warhamhuma kama rabbayaana soghirana..
walimua'llimiina wali jami'ie muslimina wa muslimat..
walmu'miniina walmu'minat..
al ahyaa' i minhum wal amwat..




-->orang yang paling bijak adalah yang sentiasa mengingati mati..

Monday, August 25, 2008

::AL-IHTIMAM HAMMU!!::



IKLAN RAMADHAN!!!
Kini sudah hampir berlalunya Sya'ban....dan kini mampir tiba pula bulan yang ditunggu2...Ramadhan al-mubarak
Hurmm...masih belum mahu mengulas panjang mengenai bulan ramadhan ini lagi dalam entry kali ini..
cma sebagai introduction akan hadirnya bulan istimewa nanti..

genap seminggu dari hari ini maka akan perjuangan melawan nafsu..makan,minum dan perkara2 yang membatalkan puasa.
hurmm....adakah daku sudah bersedia??bagaimana dengan kalian semua??tepuk dada sendiri...pastu jawab sesorang ye..hihi.

Di bumi mesir sudah bermula pengajian Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki....seorang ulama' dari tanah indonesia...tersohor dengan keilmuannya.
pengajian tafaqquh fiddin ini sememangnya diadakan setiap tahun bersempena dengan tibanya bulan Ramadhan...MAI BERPAKAT KITA RAMAI2KAN.

p/s: kelas pengajian ini turut disiarkan live secara online di mymkkk.tv..so kepada sesiapa sahaja yang nak join tapi tidak berkesempatan , bley la ke laman ini.

Saturday, August 23, 2008

keeping faces in memory..part 1

Olla~..
this time 'my life corner' membawakan tatapan wajah2 yang telah ditinggalkan semenjak setahun yang lepas di kampung halaman Malaysia..

Bukannya ape...cuma mahu mengupdatekan kembali wajah-wajah terkini di dalam memori ini...tkut2 laa nanti da terlupa pula..
Lagi2 wajah si anak2 kecil yang cepat betul mengalami perubahan...ye la...sedang membesar la ktakan~

yang dahulunya meniarap....da boleh merangkak..
yang merangkak...da berjalan..
yang dahulunya xbrape reti nak bercakap....skarang da pot...pet..pot...pet..haha.

Untuk kali ini...mahu updatekan gambar anak2 sepupuku..thanks to my cousin, abang din sebab dapat mereply kan email dengan segera sebaik sahaja dikemukakan request untuk gambar2 ini...




abang n kakak

ketika bersekolah di Kolej Islam Sultan Alam Shah , Klang , Selangor dulu , di kala cuti hujung minggu maka akanku meluncur menaiki komuter ke rumah sepupuku di Bangi berdekatan ngn MPI...menghabiskan waktu cuti disana ..ape mau buat??takkan mau balik ke terengganu setiap minggu...penat lar!

maka..nk dijadikan cerita...memang selalu juga laa melayan kerenah si cilik ini semua..wahwah...memang aktif!haha..memang penat nak layan...tapi xpe la lagipn bukannya selalu dapat jumpa dengan pak Ngah mereka nii..haha


da besar yang ni sorang ek...mke pn da xcam..adess




waduh..kok mau besilat ke ape ni??haha




happy birthday...eit.spe pnye bday nii??kak long ke?haha.



abang din, kak long n family..

sekian dahulu untuk edisi kali ini....
masih menantikan reply untuk request gambar2 terkini dari kemaman, terengganu.....cepat2 la deh!
part 2 akan menyusul selepas ini...dengan edisi gambar2 si cilik dari kemaman pula....



::what's newest in egypt.
-->Egypt parliament building in tahrir was caught in fire...bley plak pak2 arab ni bersorak tengok bangunan terbakar...adess
-->A talk by Syeikh Yusof Qardawi....i thought he was banned from entering Egypt??tokoh ikhwan muslimin...sambutan memang sangat hangat!(sdey tak dapt pergi walopon dekat aje ngn umah sbb xbrape sehat)
-->Ekspo Gempak PMRAM...baru sahaja berakhir dengan kisah malang menimpa diri ini...hukhuk.

::coming up next
-->Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia....sounds interesting~(must join!!)




Saturday, August 16, 2008

Ke sana...ke sini....rush hour!!

eh2...ape plak tajuk entry kali nih??!!!

hurmm...sekadar pengubat untuk blog tak ter'update' setelah skian lama nii..
huhu..
Akhir-akhir ini memang agak disibukkan @ menyibukkan diri dengan banyak hal juga laa(haa...sape suh cari pasal!!)hihi,,
Kejap ke hulu dan kejap ke hilir...memang tak leh dan tak mau nak duk diam r..ish2..

ini pun baru sahaja dapat berhenti menghela nafas seketika....pulang dari majlis sambutan nisfu sya'ban anjuran persatuan PERUBATAN untuk pelajar2 yang masih tertinggal di bumi Mesir ini..hehe.
walaupun majlis ini hanya lah 'sekadar' aja...namun dapat juga berkumpul dan bertegur sapa dengan sahabat dan senior....barulah terperasan....oohh, rupa2nya aku ini tidak bersendirian di bumi Mesir nih..

Dalam minggu ini juga sedang berlangsung suatu lagi program Ekspo Gempak PMRAM bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara yang bakal menjelang tiba(haa...jangan ingat kami di perantauan daa lupekan tanah air yee~)
...dan pihak PERUBATAN telah dijemput untuk menyertai pameran mengenai kesihatan...wahwah...dapt laa merasa pengalaman menjadi 'doktor' sket nanti...walaupun sekadar memeriksa tekanan darah, mngdakan pameran first aid dan lain2..erk..hehe.
Slebihnya mengenai ekspo ini akan diceritakan dengan lebih lanjut selepas selesainya ekspo ini nanti...mau snap pics sket laa..





Selepas ini mungkin terpaksa bertawakkuf seketika untuk meng'update' blog ini....tapi kalu ade kelapangan masa akan cuba juga nak update..
Terpaksa membuat persiapan juga untuk program Ihya' Ramadhan yang akan bermula sebaik masuk bulan Ramadhan yang sudah tidak lama lagi...
cukuplah dulu rasenye bebelan untuk setakat nii....selebihnya akan ade ulasan selepas berakhirnya program2 ini nanti....banyak mau dikongsi nanti rasenye...tataaa~

Sunday, August 10, 2008

::SEMOGA BERBAHAGIA::

Entry ini ditujukan untuk pasangan yang akan dan telah melangsungkan walimah.....terutamanya abang kadir yg lebih dikenali sebagai mr pres bg pelajar2 perubatan di Mesir..
beliau yg telah melansungkan akad pada 2 Ogos 2008...bersama pasangannya kak zaatil...

TENGKU ABDUL KADIR BIN TENGKU ZAINAL ABIDIN

dengan
ZAATIL IFFAH BINTI ASMAWI

dan tidak dilupakan juga satu lagi pasangan senior KISAS(sekolah penulis) iaitu kak salwa dan pasangannya khairil idham....yg mengadakn walimah pada 9 Ogos 2008..


SALWA BINTI MOHD SALEH
dengan
KHAIRIL IDHAM BIN ISMAIL



sama2 kita amiinkan doa untuk pasangan ini...


Bismillahir rahmanir rahim


Alhamdulillah robbil alamin hamdan hamidin hamdan syakirin hamdan sobirin hamdan yuwafi ni' amahu wayukafi mazidah

Allahumma Solli ala Saiyyidina Wanabiyyina Muhammad s.a.w

Ya Allah makmurkanlah rumah-rumah kami, janganlah engkau musnahkan kami dengan sebab keburukan perbuatan kami dan janganlah engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun kadar sekelip mata.

Ya Allah Ya tuhan Kami, kami memohon kepada Mu agar diberkati kedua pasangan ini dengan penuh keberkatanMu yang Maha Luas.

Satukanlah hati-hati kedua mempelai ini dengan rasa kasih sayang dan cinta yang berterusan, kemurahan dan kelapangan rezeki yang halal, serta zuriat yang soleh dan solehah yang bakal menggembirakan mereka dengan keturunan yang beriman.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jauhkanlah mereka dari rasa sedih dan dukacita, kesempitan rezeki dan kesusahan. Sesungguhnya Engkaulah Ya Allah yang mempunyai limpahan nikmat yang tidak habis-habis yang engkau limpahkan kepada semua hamba-hambaMu.


Ya Allah kurniakanlah kepada mempelai ini dengan limpahan taufik dan hidayah yang dengannya mereka berdua dapat mengharungi lautan kehidupan berumahtangga di atas petunjuk Mu dan bimbingan Nabi Mu Muhammad s.a.w, teguh dan kuat dalam menjaga syariat Mu, serta sabar dan istiqomah di atas landasan kebenaran dan keteguhan iman.


Ya Allah Sesungguhnya tidak turun bala melainkan dengan sebab dosa, dan tidak disingkap dosa melainkan dengan taubat. Inilah tangan-tangan kami yang penuh dosa menghulur memohon keampunanMu dan ubun-ubun kami tunduk bertaubat maka hindarkanlah dari kami segala bala kerana tiada siapa yang dapat menghilangkannya melainkan Engkau.

Ya Allah Perbaikilah kesudahan perkara kami seluruhnya dan selamatkanlah kami daripada malu di dunia dan azab di akhirat

Ya Allah ampunilah kami, ibu bapa kami, guru-guru kami orang-rang yang berbuat baik kepada kami, orang yang punya hak atas kami dan sekalian mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat.


Ya Allah persatukanlah hati-hati kami, tunjukilah kami jalan yang selamat, selamatkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya dan jauhkanlah kami dari kekejian zahir dan batin dan berkatilah kami pada pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, pasangan hidup kami dan zuriat kami dan terimalah taubat kami kerana sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Dan jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmatMu, memuji dan menerimanya dan sempurnakanlah dia buat kami.

Robbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah wa qina azab annar.


ucapan dari penulis--->moga sentiasa berbahagia sehingga ke anak, cucu, cicit, nyet...dll..;P

Friday, August 8, 2008

::SYA'BAN::


Pejam....celik....pejam...celik....

yaAllah....rupanya aku skarang sudah berada dalam bulan Sya'ban..

kenapa macam tiada zouq dalam diri nii...untuk mempergiatkan lagi amalan sedangkan bulan Sya'ban sudah pun menyapa untuk ke sekian kalinya??

Persoalan yang dilontarkan oleh al-fadhil Ustaz Sayed Kadir ketika di majlis pengajian kitab Nailul Raja' benar-benar seperti menyedarkan diri dari lamunan..

"Siapa tahu hari ini sudah berapa Sya'ban ?"
maka brmulalah episod tembak menembak..
"eishh...ana rase semalam 6 Sya'ban...so ri ni kalu dikira2 sepatutnya 7 laa"

"eh...bknlaa..ustaz, ana rase ari ni baru 6 Sya'ban kot"

Macam2 ijtihad yang telah dikeluarkan oleh 'ulama' mengenai tarikh bulan hijriah ini...dan yang pastinya memang kurang mengambil berat...uhuk2..
diri ini pn tidak terlepas untuk mengambil bahagian dalam sesi tembak menembak itu....segan pn ade rsenye dengan ustaz kerana ketidak'cakna'an dalam bab ini(huh!...pe nk jadi??)hiih..

Sememangnya sangat mudah melupakan bulan Sya'ban ini....
bulan Sya'ban ini diumpamakan sperti waktu diantara Maghrib dan Isya' yang mana manusia sangat mudah lalai pada waktu tersebut..lalai bererti lalai dari mengingati Allah dan melakukan amal ibadat...
dan pada waktu itu jugalah antara waktu yang paling afdhal untuk beribadat dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda..
dikala manusia berat mahu melakukan ibadat, saat itu juga lah merupakan waktu yang afdhal untuk beribadat..

Rasulallah pernah ditanya mengapa beliau melebihkan puasa sunat dalam bulan Sya'ban berbanding bulan2 yang lain..baginda bersabda.

Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.

(Hadis riwayat an-Nasaie)

Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina 'Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban.

( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )


Hurmmm....termenung seketika..............


Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

Rejab yang juga merupakan bulan Allah..Sya'ban bulan nabi junjungan besar Muhammad S.A.W dan Ramadhan pula adalah bulan untuk umat Muhammad.

Terdapat juga malam yang istimewa dalam bulan Sya'ban ini iaitu malam nisfu Sya'ban....
merupakan salah satu malam daripada empat malam yang istimewa untuk beribadat dan beramal kebajikan..
malam nisfu Sya'ban, malam pertama hari raya Aidilfitri, malam Arafah dan malam seribu bulan iaitu malam lailatul Qadar yang disembunyikan waktunya agar umat Muhammad berlumba2 untuk mendapatkannya dengan hati yang seikhlas mungkin.

hurmm...jika Rejab dimuliakan dengan Isra' mikrajnya...maka Sya'ban dengan malam nisfu Sya'ban dan Ramadhan pula dengan Lailatul Qadar.

InsyaAllah...kali ini malam nisfu Sya'ban akan jatuh seminggu lagi bermula dari hari ini..bersamaan 15 Ogos(jumaat malam Sabtu)..
haa..apa lagi yg ditunggu....bersama2 lah kita melebihkan ibadat pada malam tersebut.
jika selalunya pada wktu2 perayaan akan ada special offer atau Grand Sale...walaupun kadang2 kala pada hari pertama puasa lagi sudah ada promosi untuk hari raya...betapa mahu meraikan perayaan itu dan ramai orang berpakat2 menyerbu ke tmpat2 promosi kerana pelbagai tawaran menarik yang disediakan...
maka apa salahnya kalau kita anggapkan malam nisfu Sya'ban ini sebagai GRAND SALE ataupn PROMOSI untuk kita melakukan ibadat...kerana pd malam itu menjanjikan seribu satu macam
keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda..

Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta'ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya'ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.

( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )


dan pelbagai2 lagi kelebihan laen yg terdapat pd malam nisfu Sya'ban dan bulan Sya'ban itu sendiri....rugi yang teramat rasanya jika 'promosi' ini dibiar berlalu begitu sahaja..
Pelbagai cara untuk meraikan malam nisfu Sya'ban ini dan kebiasaannya amalan bacaan Yassin sebanyak 3 kali antara solat maghrib dan isya' dilakukan secara beramai2 di masjid dan surau ataupun individu di rumah..

"adakah ini sekadar suatu u'ruf ataupun adat masyarakat kita Melayu ataukah bidaah??"duga ustaz mahu menguji para pelajar ketika dalam majlis ilmu trsebut..
"sedangkan tiada nas yang menyebutkan tentang amalan ini" sambung ustaz lagi...

menambah lagi kekusutan di kepala...ooo...masalah fiqh...smemangnya merumitkan.
diam mmbisu sajelaaa kali ini...nak dijawab dibimbangi salah dengan ilmu cetek didada..
tetapi dalam hati tetap mahu mnjawab...."hurmm..mungkinkah adat..."
tersenyum ustaz melihat para pelajar yang kebingungan malah penulis sndiri yang menggaru kepala(ish..isyarat tidak tahu~..)

Kemudian dijelaskan bahawa bacaan Yassin sebanyak 3 kali itu bukanlah adat orang Melayu semata kerana turut diamalkan di sesetengah negara Islam lain...seperti Bumi Mesir ini sendiri.
tidaklah logik jika dikatakan adat Melayu telah membawa pengaruh ke Mesir ini...tetapi sebaliknya.
ianya juga bukanlah bidaah..kerana terjadinya bidaah ini apabila mengkhususkan sesuatu ibadat hanya pada malam tersebut...contohnya slt sunat malam nisfu Sya'ban.
mengnai tiada nas yang menyebutkan mengenai bacaan Yassin ini, dijelaskan bahawa ianya telah dimulakan oleh para tabi'in yang mula menghidupkn amalan di malam nisfu sya'ban...yang sebelumnya tiada di zaman Rasulallah dan para sahabat..
kemudiannya menjadi ikutan umat selepasnya...sehingga ke hari ini..

Kurangnya penghayatan dalam diri menjadikan kurang kepekaan dalam perkara2 sperti ini...turut di pengaruhi dengan suasana..
jika dahulunya disekolah...lagi2 disekolah agama sentiasa diingatkan tentang hari2 kebesaran Islam..lebih membakar semangat untuk beramal dengan bi'ah yang sentiasa terjaga..
tapi kini...keadaan lebih mencabar...tiada lagi peringatan yang bertali arus...sendiri membawa diri dengan bi'ah realiti(pahit+manis+masam+masin...dan...mcm2 lg).
moga kita terus beristiqamah dan kekal dalam golongan yang diberi petunjuk...amiiinn.

Allahumma barikna fii sya'ban...waballighna ramadhan..

JOM HEBOHKAN FESTIVAL SYA'BAN MENUJU RAMADHAN!!

info dipetik dari al fadhil ustaz Syed Kadir dan untuk mklumat tmbahan sila rujuk disini.