Kaki mula melangkah bergerak bersama sahabat2 laen...diiringi dengan lambaian sahabat yang sanggup datang mengiringi pemergian kami ini.
Walaupun menghadapi kesukaran sedikit, tetapi setelah bersusah payah sket menerangkan kepada ammu driver teksi, Mahattah Tarjuman(baca Targuman utk lahjah amiiyyah mesir) terpampang gah jugak akhirnya depan mata.
Dengan menggunakan status musafir yang baru berusia beberapa detik lepas, aku suda dibolehkan utk menjama'kan terus solat maghrib dan isya' di masjid mahatttah bas itu jgk sebagai rukhsah. Cuba untuk memanfaatkan sebaik mungkin masa yang ada sementara menunggu kedatangan bas yang akan mengangkut kami semua.
sabar menanti~
Jam lebih kurang 10 malam, masa dinanti akhirnya tiba dan bas mula bergerak meninggalkan mahattah menuju destinasi yang sedia ada tertaip pada tiket.
Jujurnya aku lebih senang dengan perjalanan malam sebegini kerana dapat 'compensate' kan rasa letih+mengantuk dengan waktu yang sememangnya dijadualkan untuk tidurr!maka sepanjang perjalanan kebanyakannya diisi dengan dengkuran penuh melodi sajalah. sesekali terjaga sbb dihantuk oleh tingkap bas apabila terlentok.
Entah jam berapa, aku terjaga apabila bas mula perlahan. Destinasi sudah berjaya dijejak.eh, bukan2. Perjalanan masih berbaki jauh. Ini baru sekadar permulaannya sahaja. Tuah badan dapat tidur, perjalanan yg amik masa 8 jam terasa beberapa kelip mata sahaja(campur yang tersedar time trhantuk kpale..aduhh!).
Matahari baru shaja mula menjenguk , ayam juga baru berkokok suara serak2 basah ketika aku mula menjejakkan kaki di Port Safaja(bace Safaga utk lahjah amiyyah mesir).