Pages

Monday, October 26, 2009

Ikan atau pokok??




Alkesah...
Seorang sahabat mamat ni dengan penuh semangat cintakan fauna nye ingin memelihara ikan.(nama dirahsiakan....bukan ahli beit aku)

>Menda ape yang boleh pelihara tapi tak keluarkan tahi ek???ikan ni kalo bagi makan pun asek berak aje. Kejap aje da kotor air.

uish..




>ko ternak pokok aje aa....da malas sangat nak cuci tahi memanjang je.
ko ternak pokok pun untung gak....ko bagi de baje tahi(organik) sekali pun, tetap de idup dan keluarkan hasil utk ko. 





Teringat pula satu alkesah laen antara seorang jahil dan orang alim yang sememangnya berlaku dalam kehidupan nyata kita ini..

>apa ko ingat ko baek sangat ke pakai serban atas kepala???
ko ingat ko bijak ke ape haaa???
*nada menengking*

Thursday, October 22, 2009

Hari ini hari raya..09

Di sebuah kampung terpencil....
Esok hari raya!!esok hari raya!!yeaa.........
satu rumah digemparkan dengan jeritan monster2 kecil@kanak2 riang..iye lah...kan esoknye hari raya!
pak cik femes-slalu-umum-esok-hari raya baru sahaja mengisytiharkan perang tarikh hari raya puasa yang akan jatuh pd esok hari.
aku pun join skali duk sambil geleng2 pale aje la melihat gelagat mereka semua.
sebijik macam aku zaman dahulu kala juga la..

malam itu aman damai kerana mereka semua(monster2) tidur awal kerana bersemangat mahu bangun awal untuk beraya esoknya+tiada modal untuk bermain lagi kerana bunga2 api juga telah kehabisan stok.

sedang semua orang nyenyak.....aku juga yang tidak dapat ketiduran~aii...naseb2.

Di pagi raya..

mereka semua beraya!









 watak2 hari raya




senyum sampai ke external auditory meatus!....raye o raye...acik oo acik






mak cik dan anak buah nye..





tengah semua orang sibuk2 melayan tetamu datang beraya...tercari2 aku dimanakah hilangnya yang sorang ini.
rupanya elok je tersorok bawah meja kecik ni sambil tengah maen game...aduh!(adik sepupu)


adik2 sepupu(s) juga..

DUET RAYA..

tetamu tengah nak balik...
kakak : eh....errr....mama!(dengan nada yang kuat)...nape kak ngah(adiknye) dapat lagi banyak sampul duet raye dari kak long??
orang ramai : ketawa pecah berderai.........

dengan tanpa segan silunya beliau meng'komplen' pasal ade orang terlupa nak hulurkan duet raye.aii..macam2~

aku juga turut tidak terlepas untuk menjadi mangsa...

monster2 kecik : angah mesti byk duet kn??hehe.
(paham2 aje laaa)
da siap2 salam dan hulur duet....siap bole mintak lebih lagi!uhh...ak muflis2~




Tercapai juga matlamat untuk beraya di kampung....tiba masa untuk terbang pulang semula..

 


babai semua....babai Malaysia....-KLIA-





- Dubai International Airport-(xtau nme btol)



p/s : moga ia kekal menjadi sebuah memori berharga yang tak mungkin dilupakan..
 ni yang malas sangat nak balik....nanti rase nak balik lagiii.!







Tuesday, October 20, 2009

Sanah helwa Acik!


Selamat hari lahir untuk acik!


Selamat hari lahir acik..
sorii...sorii...dan sorii..
angah terlupa lagi tarikhnye..
20hb disangka 25hb....kire ok la...xjauh sangat larinya.=P

Sedikit nukilan..

Friday, October 9, 2009

A.M.A.N.A.H

Alhamdulillah....alhamdulillah....alhamdulillah.


Segala pujian kepada Allah.....hari ini dapat celikkan mata dari lena dan dapat tarik hembus nafas kelegaan.
kenapa?


Setahun yang dirasakan amat panjang...hari demi hari dilalui dengan harapan agar masih mampu bertahan. Amanah yang diletakkan dipundak terase sangat berat untuk dibawa ke sana ke mari. Sampai kekadang terasa seperti mahu terjatuh menyembah ke bumi. Dengan hanya berbekalkan doa2 dan suntikan semangat dari sumber2 tertentu dapat terus menggagahkan lagi untuk terus melangkah hingga ke hari ini.

Kerana aku hanyalah seperti budak yang baru sahaja belajar untuk merangkak tetapi tiba2 disuruh untuk bingkas bangun dan berlari. Tetapi betul juga, sampai bila asyik mahu merangkak?sedangkan keadaan sekarang menuntut aku untuk mampu lebih dari itu.

Ooh,sekali lagi hikmah menjadi watak dalam cerita ini. Dalam mana2 kisah sekali pun tentu sekali ada hikmah yang menanti untuk memunculkan diri. Sekadar menanti untuk diterokai.
Dalam hal ini, dalam usaha untuk berlari walaupun mungkin tak berjaya, tetapi tanpa sedar mungkin sudah dapat berdiri at least.hoo yeaaa...

A.M.A.N.A.H
Ya!amanah yang itu. Macam nama kelas aku ketika darjah 6 (6 AMANAH). Ia suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Di dunia ini tempat untuk kita menanggung 'amanah' yang itu dan di akhirat nanti akan kita jawab persoalan 'amanah' yang itu juga.
untuk calon2 yang sudah dipilih bakal menyambung amanah-->SELAMAT BERTUGAS!!!

Wednesday, October 7, 2009

Diari Ramadhan 2

Balik kampung

18 September 2009/28 Ramadhan 1430H

Along dan cik Yan selamat menjejakkan kaki ke rumah dari KL dalam lebih kurang pkul 3 pagi.Tengah2 malam buta pgi hon2 dan ketuk2 pntu rumah...aih..naseb baek tak disambut dengan parang kontot abah.maklumlaa,pencuri skang pon ramai pastu kreatif2 plak.
Mujurlah si pilot@along tuh jenis mata kalis-tidur-dikala-malam-hari-tapi-bukan-disiang-hari jadi, setakat drive KL-Kemaman tgh2 malam tu bknlah satu masalah.
Lagipun pada hari ini gak diisytiharkan tol free bermula dari 12 tgh malam sampai 5 pagi.memang berbaloi dapat jimat banyak duit tuu.

Konvoi mula bergerak balik ke kelantan selepas pkul 11 pagi sebab nak bagi can kat along dan mak cik yang kepenatan berehat dulu.

Malang takde bau

Aku duk memerhati aje sepanjang perjalanan. Lepas satu...satu...ade je accident.ish2.trlintas dlm hati..'pe nak jadi..'
Ak pon yang kebosanan mula duk borak ngn abah pasal insurans kete yang accident tuh.bla..bla...kne repot situ...claim sini...
Tugas aku hari ni sebagai co-pilot stu kte ngn ma dan abah.abang ak plak lagi satu kete ngan mk cik.
Elok2 aje tengah syok berbual hati ak rase tak brape sedap.. along kt depan tengah memotong dan abah pun ikut rapat aje memotong sekali.
tetiba..

'skreeeeeeeeeeetttttttttttttt'
'dummmmmmmmmm'

Allah!
rpenye kete depan emergency brake sebab ade lori tanker..dan abang aku pn tros pgi emergency brake sambil tgh memotong sbb takde ruang.abah aku yang follow dr belakang plak...
beginilaa jadinye......






dan begini..hua3.









begini pula naseb yang dilanggar..

Alamatnye tergandala perjalanan kami kerana terpaksa tersadai di balai polis trafik selama 3 jam. Iye lah, macam yang kami borakkan tadi. Kena buat repot untuk claim insurans. Cuma bezanya tadi teori tapi sekarang pula praktikalnya. Memang pakej lengkap!

Alhamdulillah kerana walaupun sebegitu rupa jadinya, tangki air tak bocor dan tetap dapat meneruskan perjalanan seperti biasa sehingga ke kampung halaman.fuuhhh.
Hikmah sebalik kejadian-->jangan langgar kete orang laen, kalau kete sesame sendiri takpe????
eh...tak2.hikmahnye untuk belajar sabar...sabar...sabar...dan hati2.



p/s : Sampai ke hari ini , fobia ktika memandu masih berbekas2. Lagi plak ble naek teksi ngn ammu arab yang tak reti2 nak tekan brek. Maunye ak nak tekankn brek.uihhh..

Tuesday, October 6, 2009

Diari Ramadhan 1


Salam alaykum warahmatullah wabarokatuh..

14 september 2009/24 ramadhan 1430 H
Balik bercuti setelah 2 tahun ini menyebabkan banyak perkara seolah ‘baru’.Mna taknya, pertama kali menjejakkan kaki ketika turun sahaja di KLIA, ak da cukup terpinga2 tengok ramai btol orang yang sama ‘spesies’ ngn aku sekeliling.maka, aku dengan muka jakun macam tak penah jumpa orang terkial2 kt tgh2 airport tu sambil kepala duk pusing2..
Kini ramadhan pun telah hampir samai ke penghujung lagi. Semuanya dirasakan sekejap.dari saat ak mula sampai ke Malaysia, mula berpuasa, dan kemudian sekarang ramadhan hampir penghujung menandakan hari raya bakal tiba tidak lama lagi. Sedar tak sedar, cuti ak juga sudah makin sedikit yang berbaki.
Cakap pasal da nak raya nih, haa..macam2 iklan pasal raya ada.Dalam tv, radio, pasar2 raya pun turut sama nak beraya. Eh, tak2.sbenarnya yang ak perasan dari awal ramadhan lgi da ade iklan pasal raya.ooh, ini satu lagi perkara seakan ‘baru’ utk aku. Hari raya aku yg lepas tak sebegini rupa. Aku melihat perbezaan ini sebagai suatu hikmah untuk aku belajar sesuatu hendaknya.
Akhir2 ramadhan begini, surau2 di kawasan rumah ak pun berebut2 mengadakan iftar jamaie. 2 hari berturut ak pun menyumbang tenaga melapahkan daging2 lembu. Bak kata abah, orang2 muda tak elok disimpan aje tenaga.uih2.nseb la kbetulan dengan aku tengah takde keje.

Petang semalam ak selongkar stor kat blakang rumah mecari sesuatu. Cari sana, cari sini...haa akhirnya jumpa.PELITA!ini smua gara2 adek bongsu aku yang beria2 sangat nak pasang pelita nih.Em, nak puaskan hati si kecik itu, ak pn psngkn la kt kliling kwsn dpn umah.


Da siap2 pasang....tadaaa!wah,bru ade gaye macam da nak raya la.
Hurmm...dalam 2-3 hari lagi adek dan abg aku akn balik bersama2 mak cik ak.  Perancangannya kami akan konvoi beramai2 pulang ke kampung halaman di kelantan. Aish..tidak sabar rasanya untuk kembali berkumpul beramai2.