Pejam....celik....pejam...celik....
yaAllah....rupanya aku skarang sudah berada dalam bulan Sya'ban..
kenapa macam tiada zouq dalam diri nii...untuk mempergiatkan lagi amalan sedangkan bulan Sya'ban sudah pun menyapa untuk ke sekian kalinya??
Persoalan yang dilontarkan oleh al-fadhil Ustaz Sayed Kadir ketika di majlis pengajian kitab Nailul Raja' benar-benar seperti menyedarkan diri dari lamunan..
"Siapa tahu hari ini sudah berapa Sya'ban ?"maka brmulalah episod tembak menembak..
"eishh...ana rase semalam 6 Sya'ban...so ri ni kalu dikira2 sepatutnya 7 laa""eh...bknlaa..ustaz, ana rase ari ni baru 6 Sya'ban kot"Macam2 ijtihad yang telah dikeluarkan oleh 'ulama' mengenai tarikh bulan hijriah ini...dan yang pastinya memang kurang mengambil berat...uhuk2..
diri ini pn tidak terlepas untuk mengambil bahagian dalam sesi tembak menembak itu....segan pn ade rsenye dengan ustaz kerana ketidak'cakna'an dalam bab ini(huh!...pe nk jadi??)hiih..
Sememangnya sangat mudah melupakan bulan Sya'ban ini....
bulan Sya'ban ini diumpamakan sperti waktu diantara Maghrib dan Isya' yang mana manusia sangat mudah lalai pada waktu tersebut..lalai bererti lalai dari mengingati Allah dan melakukan amal ibadat...
dan pada waktu itu jugalah antara waktu yang paling afdhal untuk beribadat dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda..
dikala manusia berat mahu melakukan ibadat, saat itu juga lah merupakan waktu yang afdhal untuk beribadat..
Rasulallah pernah ditanya mengapa beliau melebihkan puasa sunat dalam bulan Sya'ban berbanding bulan2 yang lain..baginda bersabda.
Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.
(Hadis riwayat an-Nasaie)
Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina 'Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )
Hurmmm....termenung seketika..............
Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).Rejab yang juga merupakan bulan Allah..Sya'ban bulan nabi junjungan besar Muhammad S.A.W dan Ramadhan pula adalah bulan untuk umat Muhammad.
Terdapat juga malam yang istimewa dalam bulan Sya'ban ini iaitu malam nisfu Sya'ban....
merupakan salah satu malam daripada empat malam yang istimewa untuk beribadat dan beramal kebajikan..
malam nisfu Sya'ban, malam pertama hari raya Aidilfitri, malam Arafah dan malam seribu bulan iaitu malam lailatul Qadar yang disembunyikan waktunya agar umat Muhammad berlumba2 untuk mendapatkannya dengan hati yang seikhlas mungkin.
hurmm...jika Rejab dimuliakan dengan Isra' mikrajnya...maka Sya'ban dengan malam nisfu Sya'ban dan Ramadhan pula dengan Lailatul Qadar.
InsyaAllah...kali ini malam nisfu Sya'ban akan jatuh seminggu lagi bermula dari hari ini..bersamaan 15 Ogos(jumaat malam Sabtu)..
haa..apa lagi yg ditunggu....bersama2 lah kita melebihkan ibadat pada malam tersebut.
jika selalunya pada wktu2 perayaan akan ada special offer atau Grand Sale...walaupun kadang2 kala pada hari pertama puasa lagi sudah ada promosi untuk hari raya...betapa mahu meraikan perayaan itu dan ramai orang berpakat2 menyerbu ke tmpat2 promosi kerana pelbagai tawaran menarik yang disediakan...
maka apa salahnya kalau kita anggapkan malam nisfu Sya'ban ini sebagai GRAND SALE ataupn PROMOSI untuk kita melakukan ibadat...kerana pd malam itu menjanjikan seribu satu macam
keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda..
Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta'ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya'ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan. ( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )
dan pelbagai2 lagi kelebihan laen yg terdapat pd malam nisfu Sya'ban dan bulan Sya'ban itu sendiri....rugi yang teramat rasanya jika 'promosi' ini dibiar berlalu begitu sahaja..
Pelbagai cara untuk meraikan malam nisfu Sya'ban ini dan kebiasaannya amalan bacaan Yassin sebanyak 3 kali antara solat maghrib dan isya' dilakukan secara beramai2 di masjid dan surau ataupun individu di rumah..
"adakah ini sekadar suatu u'ruf ataupun adat masyarakat kita Melayu ataukah bidaah??"duga ustaz mahu menguji para pelajar ketika dalam majlis ilmu trsebut..
"sedangkan tiada nas yang menyebutkan tentang amalan ini" sambung ustaz lagi...
menambah lagi kekusutan di kepala...ooo...masalah fiqh...smemangnya merumitkan.
diam mmbisu sajelaaa kali ini...nak dijawab dibimbangi salah dengan ilmu cetek didada..
tetapi dalam hati tetap mahu mnjawab...."hurmm..mungkinkah adat..."
tersenyum ustaz melihat para pelajar yang kebingungan malah penulis sndiri yang menggaru kepala(ish..isyarat tidak tahu~..)
Kemudian dijelaskan bahawa bacaan Yassin sebanyak 3 kali itu bukanlah adat orang Melayu semata kerana turut diamalkan di sesetengah negara Islam lain...seperti Bumi Mesir ini sendiri.
tidaklah logik jika dikatakan adat Melayu telah membawa pengaruh ke Mesir ini...tetapi sebaliknya.
ianya juga bukanlah bidaah..kerana terjadinya bidaah ini apabila mengkhususkan sesuatu ibadat hanya pada malam tersebut...contohnya slt sunat malam nisfu Sya'ban.
mengnai tiada nas yang menyebutkan mengenai bacaan Yassin ini, dijelaskan bahawa ianya telah dimulakan oleh para tabi'in yang mula menghidupkn amalan di malam nisfu sya'ban...yang sebelumnya tiada di zaman Rasulallah dan para sahabat..
kemudiannya menjadi ikutan umat selepasnya...sehingga ke hari ini..
Kurangnya penghayatan dalam diri menjadikan kurang kepekaan dalam perkara2 sperti ini...turut di pengaruhi dengan suasana..
jika dahulunya disekolah...lagi2 disekolah agama sentiasa diingatkan tentang hari2 kebesaran Islam..lebih membakar semangat untuk beramal dengan bi'ah yang sentiasa terjaga..
tapi kini...keadaan lebih mencabar...tiada lagi peringatan yang bertali arus...sendiri membawa diri dengan bi'ah realiti(pahit+manis+masam+masin...dan...mcm2 lg).
moga kita terus beristiqamah dan kekal dalam golongan yang diberi petunjuk...amiiinn.
Allahumma barikna fii sya'ban...waballighna ramadhan..JOM HEBOHKAN FESTIVAL SYA'BAN MENUJU RAMADHAN!!info dipetik dari al fadhil ustaz Syed Kadir dan untuk mklumat tmbahan sila rujuk disini.